CTH Minit Curai 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH TUN FATIMAH,

JALAN TUN ABDUL RAZAK,


80000 JOHOR BAHRU, JOHOR.

KERTAS MINIT CURAI

Nama Pegawai : Nor Hidayah Binti Ab.Rahman


Jawatan : PPS DG41
Program/Kursus : Kursus Penyebaran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Tingkatan 1 Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru
Anjuran : Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru
Penceramah : Ustazah Faridah Binti Ismail
(JU Pend. Islam Daerah Pasir Gudang)
Tarikh : 02 April – 04 April 2012
Masa : 8:00 Pagi – 04:30 Petang
Tempat : Bilik Sanggar Bahasa, SMK Impian Emas

Berikut adalah kandungan kursus / aktiviti :

Bil. Kandungan Tindakan


1 Sesi 1: (9.00 pagi – 10.30 pagi)
Tajuk: Taklimat berkenaan konsep PBS:

i. Penceramah memaklumkan kepada semua guru Pendidikan Islam


berkenaan PBS untuk pelajar tingkatan 1 ambilan Januari 2012 perlu
dilaksanakan.
ii. Elemen PBS adalah seperti berikut:
a) Akademik
- Pentaksiran Pusat
- Pentaksiran Sekolah

b) Bukan akademik
- Pentaksiran Psikometrik
- PAJSK Makluman

Sesi 2: (11.00 pagi - 12.00 petang)


Tajuk: Taklimat berkenaan Pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran
Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK)

i. Taklimat tersebut disampaikan oleh JU Pend. Moral Daerah Johor Bahru.


ii. Penceramah memaklumkan bahawa semua guru matapelajaran perlu
mengetahui maklumat berkenaan pentaksiran Psikometrik dan PAJSK.
iii. Pentaksiran Psikometrik akan dilaksanakan oleh kaunselor. Manakala
guru matapelajaran Pend. Jasmani dan Kesihatan bertanggungjawab
melaksanakan PAJSK.
iv. Proses mengisi data secara online PAJSK akan dilaksanakan oleh guru
tingkatan atau SU koko.
v. Pentaksiran Psikometrik ialah bertujuan mengukur dimensi yang
berkaitan dengan minda atau jiwa seperti sensitiviti, kecerdasan,
aptitud, minda dan personaliti pelajar. Makluman
Sesi 3: (2.30 petang – 4.00 petang)
Tajuk: Pentaksiran Pusat (PP) dan Pentaksiran Sekolah (PS)

i. Penceramah memaklumkan berkenaan:


- definisi pentaksiran pusat
- prinsip pentaksiran pusat
- pelaksanaan pentaksiran pusat
- pemberatan pentaksiran pusat dalam PBS

ii. Tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan perlu


disempurnakan mengikut tempoh yang ditetapkan. Tugasan mesti
dilaksanakan sepenuhnya di bawah seliaan guru mata pelajaran.
iii. Jadual pelaksanaan yang seragam akan dikeluarkan oleh LP.
iv. Semua tugasan akan ditaksir oleh guru yang mengajar mata pelajaran
berkenaan pada waktu yang ditetapkan dalam jadual pelaksanaan.
v. Penceramah memberi penjelasan berkenaan konsep, prinsip proses, Penyelaras
peranan dan ciri pentaksiran sekolah. Pend. Islam
vi. Penceramah meminta semua guru yang hadir perlu menyebarluaskan Ting. 1
berkenaan pelaksanaan PBS dengan menjalankan kursus dalaman
dengan guru-guru Pendidikan Islam yang lain.
2 Sesi 1: (8.30 pagi – 10.30 pagi)
Tajuk: Pengoperasian PBS dan Konsep Standard Prestasi

i. Taklimat disampaikan bertujuan memaklumkan tentang pengurusan dan


pengendalian (pengoperasian) PBS.
ii. Penceramah memaklumkan penyediaan fail perkembangan pelajar. Satu
fail bagi setiap pelajar untuk semua matapelajaran. Hanya evidens
terbaik sahaja disimpan.
iii. Pihak jawatankuasa PBS sekolah juga perlu menyediakan satu fail
showcase untuk satu tingkatan. Hanya satu Evidens terbaik bagi sesuatu Setiausaha
tingkatan akan dipilih dan dimasukkan ke dalam fail showcase. Peperiksaan
iv. Penceramah menjelaskan tentang band, standard, deskriptor, evidens,
penyataan standard prestasi dan instrumen.

Sesi 2: (11.00 pagi - 04.30 petang)


Tajuk: LDK (Pembinaan Instrumen)
i. Peserta kursus dibahagikan kepada 8 kumpulan berdasarkan silibus
matapelajaran Pendidikan Islam tingkatan 1:
- Kumpulan Tilawah al-Quran
- Kumpulan Ayat Kefahaman
- Kumpulan Ayat Hafazan
- Kumpulan Hadis
- Kumpulan Akidah
- Kumpulan Ibadah
- Kumpulan Sirah
- Kumpulan akhlak Islamiyyah
ii. Guru dibekalkan dengan Dokumen Standard Prestasi (DSP) dan diminta
membuat perbincangan serta membina instrumen.

3 Sesi 1: (8.30 pagi – 10.30 pagi)


Tajuk: LDK (Pembinaan Instrumen) – sambungan

Sesi 2: (11.00 pagi - 04.30 petang)


Tajuk: Pembentangan Kumpulan dan Makro Teaching

Pegawai pelapor,

(NOR HIDAYAH BINTI AB.RAHMAN) 5 APRIL 2012

You might also like