Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

CERPEN SEKEPING TANAH

Hisyam dan abangnya, …………………….. membincangkan tanah


pusaka mereka. Hisyam mencadangkan tanah pusaka itu diuruskan sebaik-
baiknya manakala Harun pula mencadangkan tanah pusaka itu ……….. dan
wangnya dibahagi tiga dengan…………., kakak Hisyam. Hisyam
memberitahu abangnya bahawa dia dan Halimah tidak bersetuju tanah
pusaka itu dijual. Sebaliknya, mereka mahu membangunkan tanah itu
dengan pembinaan rumah kediaman mewah. Harun tidak bersetuju dengan
hasrat adiknya mahu menubuhkan syarikat keluarga dan menghina Hisyam
yang tidak berkelulusan tinggi.

Dengan perasaan rendah diri, Hisyam mengakui bahawa dia tidak


pandai tetapi dia yakin bahawa kakaknya, Halimah boleh menguruskan
syarikat tersebut. Mereka berdua telah bersetuju untuk menubuhkan syarikat
keluarga tersebut. Harun menambah bahawa menguruskan syarikat
keluarga memeningkan kepala. Hisyam pula menyatakan bahawa
menguruskan anak-anak pun memeningkan kepada. Harun teringatkan dua
orang anak lelakinya yang banyak menimbulkan masalah. Anaknya,
………….. terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah, manakala Musa
terjebak dalam kegiatan………….. Sementara itu, ketiga-tiga orang anak
Hisyam berjaya melanjutkan pengajian mereka ke …………. Pengurusan
kondo tempat tinggal Hisyam di atas tanah yang terhad
menginspirasikannya untuk memajukan tanah pusaka orang tua mereka.
Harun pula tetap dengan keputusannya mahu menjual tanah tersebut.

Malam itu, Hisyam berbincang dengan kakaknya, Halimah tentang


penubuhan ……………….. keluarga mereka. Hisyam turut menjelaskan
bahawa abangnya tetap tidak bersetuju dan ingin menjual tanah pusaka
tersebut. Harun tidak percaya terhadap kemampuan adik-adiknya
menguruskan syarikat keluarga yang akan ditubuhkan. Halimah bersetuju
dengan tindakan Hisyam dan memberikan kepercayaan kepada adiknya
untuk menguruskan syarikat mereka.
Walau bagaimanapun, Hisyam meminta kakaknya merahsiakan
tindakan mereka………………… tanah tersebut daripada pengetahuan
abang mereka. Halimah akan berjumpa dengan peguam untuk
menguruskan perrnbelian tanah tersebut. Ketika mereka sedang minum,
Halimah menerijna panggilan telefon daripada Harun. Harun memberitahu
bahawa tanah pusaka mereka akan dijual. Halimah hanya bersetuju.
Menurut Hisyam, abangnya mungkin memerlukan wang.

Harun, Halimah dan Hisyam menjual tanah pusaka mereka dengan


harga RM6 625 000.00. Harun dan Hisyam menerima wang berjumlah RM2
650 000.00 setiap seorang, manakala Halimah menerima wang berjumlah
RM1 325 000.00. Pada minggu itu juga tertegak papan tanda di atas tapak
tanah itu bahawa sebuah …………………. mewah setinggi ……..tingkat
akan dibina. Hati Harun terdetik apabila melihat nama adiknya, Hisyam
sebagai pengurus ………………….Sdn. Bhd. Harun mahu menelefon
adiknya, namun dilarang oleh otaknya.

Setelah tiga tahun setengah, Kondo Jaya berjaya didirikan,


Sebahagian besar pembeli mengambil kunci pada hari itu. Harun ingin
melihat pemilik kondo tersebut. Mata Harun terbeliak apabila melihat
adiknya, Hisyam dan Halimah menyerahkan kunci kepada pembeli. Wajah
Hisyam dan Halimah kelihatan puas dan gembira. Harun berundur dari situ
sambil memendam rasa. Malam itu, Harun menelefon Hisyam. Harun
meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap tindakan Hisyam dan Halimah
menubuhkan syarikat dan membeli tanah pusaka mereka. Kemudian,
Hisyam menemui kakaknya. Pada pertemuan itu Hisyam mendapat khabar
anak Harun, Musa telah dituduh ………………………. dalam
keghairahannya dengan kegiatan mat rempit. Hisyam terkejut. Menurut
Halimah lagi, sikap Harun yang membiarkan kegiatan anaknya telah menjadi
faktor berlakunya kejadian tersebut. Hisyam seterusnya menyerahkan
jawatan ……………………………..kepada kakaknya. Dia mahu memandu
teksi semula.

You might also like