Skrip MC Mesyuarat Agung Pibg 2015

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Pn. Ruhailiza Bt.

Hanafi
Pn. Norhaslinda Bt. Mohd Yusof

BIL AGENDA TEKS

1. Ketibaan para Diumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik


jemputan dan Mohammad Shahid Bin Ismail, Yang DIPertua Majlis
ibu bapa Perbandaran Bentong dan Yang Dipertua Persatuan
Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu
ke tempat duduk utama. Semua hadirin dipersilakan
berdiri.
Nyanyian lagu
Negaraku Bagi memulakan majlis, marilah sama-sama kita
menyanyikan lagu Negaraku dengan iringan muzik.

 Semua hadirin dipersilakan duduk.

2. Bacaan doa. Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah
sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang
akan diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz
Mohd Hanif Bin Zakaria. Dipersilakan.

 Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis


merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan
doa sebentar tadi.

3. Ucapan Aluan Bismillahirrahmanirrahim….


Pengerusi

1
Pn. Ruhailiza Bt. Hanafi
Pn. Norhaslinda Bt. Mohd Yusof

Majlis Ke Pekan Nilai membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam


Satu Malaysia.

Yang Berbahagia Encik Mohammad Shahid Bin


Ismail, Yang DIPertua Majlis Perbandaran Bentong

Yang Dihormati Pegawai Pendidkan Daerah Bentong,


Encik Sudar Bin Kiman

Yang Berusaha En. Mohd Faizal Bin Jaafar, Yang


DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah
Kebangsaan Bukit Piatu

Yang Berusaha En. Tuan Ab. Aziz Bin Tuan Abdullah,


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu

Yang dihormati, Pegawai – pegawai dari Pejabat


Pendidikan Daerah, Guru-guru penolong kanan,
guru-guru, Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa
dan Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu
2013/2014, seterusnya ibu bapa penjaga sekalian.

Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan Yang


Berbahagia Encik Mohammad Shahid Bin Ismail, para
jemputan khas dan ibu bapa serta penjaga ke

2
Pn. Ruhailiza Bt. Hanafi
Pn. Norhaslinda Bt. Mohd Yusof

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru


Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu yang ke-14 pada
hari ini.
Untuk pengetahuan Yang Berbahagia dan hadirin
sekalian, objektif Mesyuarat Agung Persatuan Ibu
Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu kali
ke-14 ini diadakan adalah untuk memberi peluang
kepada ibu bapa dan penjaga serta para guru dalam
sekolah untuk berbincang, berkolaborasi, berunding
dan bekerjasama antara satu sama lain berkenaan
dengan cara memperbaiki taraf pendidikan murid
sekolah ini. Diharap mesyuarat yang akan kita
adakan nanti berjalan dengan lancar dalam suasana
yang harmoni.

4. Ucapan Yang Hadirin sekalian,


Dipertua PIBG
Majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG ke-14 pada
kali ini dimulakan dengan ucapan daripada Yang Di
Pertua PIBG SK Bukit Piatu, Encik Mohd Faizal Bin
Jaafar. Untuk itu, dijemput ke pentas utama.

3
Pn. Ruhailiza Bt. Hanafi
Pn. Norhaslinda Bt. Mohd Yusof

 Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG atas


ucapan beliau sebentar tadi.

Seterusnya,
5. Ucapan Guru
Besar SK Bukit
Piatu
Majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu, Encik Tuan
Ab. Aziz Bin Tuan Abdullah untuk menyampaikan
ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

 Majlis merakamkan ucapan terima kasih


kepada En. Tuan Ab. Aziz Bin Tuan Abdullah
atas ucapan beliau sebentar tadi.

6.
Ucapan Hadirin yang dihormati, izinkan saya
Perasmian memperdengarkan pantun seterusnya.
Oleh
Yang Makan durian bersama pulut,
Berbahagia Duduk bersembang atas serambi,
Encik Tampillah tuan kami menjemput,
Mohammad Bersama ucapan kata perasmi.
Shahid Bin
Ismail, Yang Untuk tidak melengahkan masa marilah sama-sama

4
Pn. Ruhailiza Bt. Hanafi
Pn. Norhaslinda Bt. Mohd Yusof

DIPertua Majlis kita mendengar ucapan perasmian yang akan


Perbandaran disampaikan oleh Yang Berbahagia Encik Mohammad
Shahid Bin Ismail, Yang DIPertua Majlis Perbandaran
Bentong
Bentong.

. Majlis dengan penuh hormat dan takzim


mempersilakan.

 Tuan berbudi tidak terperi,


Hulurkan madah kata perasmi,
Yang Berbahagia kami segani,
Kesudian tuan kami hargai.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Rasmilah sudah Mesyuarat Agung PIBG SK bukit
Piatu yang ke-14 pada hari ini. Majlis merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Yang
Berbahagia Encik Mohammad Shahid Bin Ismail
merasmikan majlis kita sebentar tadi.

7.
Penyampaian Sebagai tanda penghargaan atas kesudian Yang
cenderahati Berbahagia Encik Mohammad Shahid bin Ismail
kepada tetamu merasmikan majlis kita pada hari ini, majlis dengan
kehormat segala hormatnya mempersilakan Yang Dipertua
PIBG untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang
Berbahagia dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Sekali lagi, terima kasih diucapkan kepada Yang


Berbahagia kerana sudi menghadiri majlis kami dan

5
Pn. Ruhailiza Bt. Hanafi
Pn. Norhaslinda Bt. Mohd Yusof

juga terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG atas


penyampaian cenderahati itu tadi.

Kata Penutup  Oleh itu, maka berakhirlah majlis perasmian


8.
perasmian & kita pada hari ini. Sekalung penghargaan yang
Mesyuarat tidak terhingga diucapkan kepada Yang
Agung PIBG kali Berbahagia Encik Mohammad Shahid Bin
ke-14 Ismail atas kesudian beliau untuk meluangkan
masa menghadiri majlis kita pada hari ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Yang


Dihormati Pegawai Pendidikan Daerah Bentong,
Encik Sudar Bin Kiman, Yang Dipertua PIBG SK Bukit
Piatu

serta Ahli Jawatan Kuasa PIBG sesi 2013/2014 dan


Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung kali
ke-14 serta mereka yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

Sebelum menutup tirai Majlis Perasmian ini, kami


memohon ampun dan maaf andai tersalah kata
tersilap bicara sepanjang mengacarakan majlis pada
petang ini.

6
Pn. Ruhailiza Bt. Hanafi
Pn. Norhaslinda Bt. Mohd Yusof

 Majlis akan diteruskan dengan Mesyuarat


Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu
Kali ke-14. Seterusnya majlis akan
dipengerusikan oleh Yang Dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu sebentar lagi.

Sekian dari kami… salam…

TEKS
PENGACARA
MAJLIS
MESYUARAT PIBG
SK BUKIT PIATU
KALI KE 147

TAHUN 2015

You might also like