Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Panduan dan arahan kepada calon

peperiksaan SPM
Berikut ialah sebahagian panduan dan arahan kepada calon peperiksaan SPM:

1. Calon hendaklah semak kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada
muka hadapan buku soalan.
2. Calon dilarang meniru, memberi tiru, menyamar, tukar tempat duduk dan menyeleweng.
Gerak geri calon yang mencurigakan akan diperhatikan.
3. Botol air diletak di kaki meja.
4. Kad pengenalan dan slip peperiksaan letak di atas meja sebelah kanan. Jika hilang,
jangan panik, dapatkan surat pengesahan daripada sekolah.
5. Pastikan calon mematuhi Peraturan Peperiksaan daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia
dan Peraturan Sekolah dan peraturan Kementerian Pelajaran Malaysia . Jika melanggar
peraturan, keputusan peperiksaan boleh digantung.
6. Nota, kertas, buku, surat khabar, kotak pensel, beg pensel jernih, telefon bimbit, alat
komunikasi dilarang bawa masuk.
7. Gunakan pensel 2B atau BB untuk Jawapan Objektif Bermaklumat (JOB/ OMR).
8. Sebaiknya gunakan pen hitam untuk Buku Jawapan atau Helaian Tambahan. Ikat Helaian
Tambahan dengan benang, mengikut susunan nombor soalan. Jangan malu minta Helaian
Tambahan, cuma angkat tangan.
9. 30 minit pertama calon dilarang keluar dewan.
10. 10 minit terakhir calon juga dilarang keluar dewan.
11. Patuhi etika berpakaian dan rambut pendek. Calon dilarang merokok.
12. Calon ke tandas bersama Pengawas Peperiksaan. Calon dilarang berbual, berkomunikasi
dan membaca nota di dalam tandas. Semasa ke tandas, calon mungkin mendapatkan
bantuan daripada orang luar.
13. Calon dibenarkan bawa dan guna sebarang jenis kalkulator termasuk Matematik 2.
14. Calon yang keluar awal atau ke tandas mungkin menyeludup soalan. Pemeriksaan
spontan dan soal siasat akan dilakukan. Bukti penyelewengan akan disimpan .

Calon Berkeperluan Khas (CBK)


1. Calon Buta, Rabun, Pelbagai Kecacatan, Spastik/ Cerebral Palsy, Autisme/Sindrom
Down/ Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)/ Attention Deficit Disorder
(ADD), Disleksia dan Cacat Anggota dan Kemalangan boleh mendapat Masa Tambahan
dari Ketua Pengawas.
2. Calon Pekak / Bisu boleh mendapat Masa Tambahan.
3. Jika kemalangan atau sakit denggi boleh menjawab di Hospital .Bilik Khas akan
disediakan dan Pengawas peperiksaan akan bertugas di sana . Sila maklumkan kepada
Guru Setiausaha Peperiksaan Sekolah. .[1]

You might also like