Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT UNIT BERUNIFORM PENGAKAP BIL 1/2018

TARIKH : 7 Februari 2018

MASA : 3.00 petang– 5.00 petang

TEMPAT : Bilik Mesyuarat SK Abun Matu

HADIR :

1. En Mohd Syamer Ahmad Shukri

2. En Mohd Khairul bin Anuar

3. En Zaeky Anak Jalak

4. Cik Goh Chai Zeng

5. En Paul Jaing

AGENDA:

1. Ucapan alu-aluan
2. Pengesahan minit mesyuarat lepas
3. Cadangan ketetapan lantikan AJK induk dan AJK Organisasi
4. Pendaftaran ahli pengakap untuk tahun 2018
5. Perancangan pemilihan program Pengakap untuk 1 Murid 1 Projek
6. Ketetapan perancangan pelan strategik, taktikal dan operasi
7. Ketetapan jumlah aktiviti dan perjumpaan mingguan dan laporan aktiviti
mingguan
8. Cadangan perancangan ketetapan garis panduan keselamatan semasa
melakukan aktiviti pengakap
9. Cadangan perancangan garis panduan pemantauan keperluan ahli
pengakap, merekod data kehadiran ahli pengakap dan tindakan susulan
terhadap masalah ketidakhadiran ahli pengakap
10. Hal-hal lain

1
1.0 Ucapan alu-aluan

1.1 Mengucapkan terima kasih kepada rakan guru yang turut hadir pada mesyuarat
kali ini.

1.2 Perjumpaan kali ini adalah bertujuan untuk perbincangan perkara-perkara


baharu memandangkan ini merupakan perjumpaan agung kali pertama bagi tahun
2018.

1.3 Perkara-perkara yang dibincangkan adalah seperti dalam agenda di atas.

Tindakan: En Mohamad Syamer Ahmad Shukri

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Catatan keputusan minit mesyuarat kali terakhir bagi tahun 2017 telah
dibincangkan.

2.2 En Mohd Khairul bin Anuar mengesahkan catatan keputusan minit mensyuarat
yang lepas.

3.0 Cadangan ketetapan lantikan Ajk Induk dan Ajk Organisasi

3.1 Ajk Induk akan dirangka dan akan dinaungi oleh Guru Besar sebagai penasihat
diikuti penolong kanan sebagai pengerusi dan naib pengerusi manakala guru
penasihat unit beruniform sebagai penyelaras.

3.2 Ketetapan lantikan Ajk Induk dan Ajk Organisasi telah mula dibincangkan
berdasarkan perjumpaan pertama bersama murid-murid Pengakap.

3.3 Perlantikan Akela dan Penolong Akela untuk Ajk Organisasi adalah dalam
kalangan murid kerana ingin menyemai kepimpinan dari akar umbi.

Tindakan: En Mohamad Syamer Ahmad Shukri

4.0 Pendaftaran Ahli Pengakap untuk tahun 2018

4.1 Semua ahli pengakap perlu membayar wang yuran keahlian sebanyak RM7
kepada guru penasihat pengakap untuk pendaftaran keahlian.

2
4.2 Semua ahli pengakap harus membayar wang yuran kepada guru penasihat
selewat-lewatnya 30 April 2018.

4.3 Pemantauan pembayaran yuran ahli pengakap akan dibentangkan dalam


mesyuarat akan datang.

Tindakan: Semua Ahli Pengakap

Bendahari Ajk Organisasi Pengakap

5.0 Perancangan pemilihan program pengakap untuk 1 Murid 1 Projek

5.1 Guru penasihat telah menyuarakan perkara ini di dalam mesyuarat kali ini.

5.2 Beberapa cadangan aktiviti telah disenarai pendek mengikut kesesuaian tempat
dan geografi SK Abun Matu dan juga mengikut kepada keperluan semasa murid di
sekolah.

5.3 Antara cadangan program :

5.3.1 Projek Orienteering ( pemetaan )

5.3.2 Kem Ikatan

5.3.3 Kem Rimba Bara ( masakan ikhtiar Hidup )

5.3.4 Projek Tanaman

5.3.5 Bengkel Bantuan Awal Kecemasan Semasa Kebakaran

5.4 Pemilihan aktiviti akan berfokus kepada perkembangan murid-murid dan


kemahiran asas hidup yang perlu diikuasai oleh murid sepanjang menjalani aktiviti
dalam Pengakap.

5.5 Pemilihan aktiviti juga akan berfokus kepada murid secara menyeluruh dan
dapat diguna pakai secara berterusan.

5.6 Pemilihan penyelaras dan penetapan program akan diputuskan dalam


mesyuarat yang kedua nanti.

Tindakan: En Zaeky Anak Jalak

3
6.0 Ketetapan perancangan pelan strategik, taktikal dan operasi

6.1 Penolong Kanan Kokurikulum menyuarakan tentang pelan strategik,taktikal dan


operasi yang mesti diwujudkan dalam membentuk satu organisasi yang berhala tuju.

6.2 Perancangan pelan strategik telah dicatat dan akan disebut semula untuk proses
perangkaan dan pemilihan pelan yang sesuai untuk dimasukkan di dalam takwim
tahunan unit beruniform.

Tindakan: En Mohamad Syamer Ahmad Shukri

7.0 Aktiviti perjumpaan mingguan dan laporan aktiviti mingguan

7.1 Guru penasihat memberikan peringatan bahawa perjumpaan waktu minimum


mingguan haruslah akur dengan pekeliling yang telah sedia ada.

7.2 Beberapa aktiviti telah disebut dan dicadang supaya guru penasihat dapat
melakukan pemilihan aktiviti sepanjang tahun.

7.2.1 Undang-undang Pengakap

7.2.2 Istiadat Laung Agung

7.2.3 Kemahiran Tabik dan Hormat

7.2.4 Pertolongan cemas

7.2.5 Bantuan awal kecederaan

7.2.6 Lagu Pengakap

7.2.7 Persetiaan Pengakap

7.3 Ketetapan laporan aktiviti yang dicatat akan dibincangkan pada mesyuarat yang
seterusnya.

7.4 Guru penasihat akan berjumpa dengan penolong kanan kokurikulum untuk
meminta pandangan dan nasihat tentang senarai cadangan aktiviti tahunan unit
uniform Pengakap.

Tindakan: Semua guru penasihat dan Setiausaha

4
8.0 Cadangan perancangan ketetapan garis panduan keselamatan semasa
melakukan aktiviti pengakap

8.1 Guru penasihat akan merangka garis panduan keselamatan dan akan
membentangkan hasil pada mesyuarat akan datang.

8.2 Guru penasihat haruslah merujuk kepada pekeliling yang akur dengan garis
panduan keselamatan yang telah ditetapkan.

8.3 Perangkaan garis panduan ini akan meliputi pencegahan jika berlaku sebarang
kecemasan semasa melakukan aktiviti yang berisiko.

8.4 Garis panduan keselamatan ini juga akan memudahkan guru penasihat
memantau sebarang aktiviti dan tindakan murid sepanjang aktiviti dijalankan.

Tindakan: Semua guru penasihat

9.0 Cadangan perancangan pemantauan keperluan ahli pengakap,merekod


data kehadiran ahli pengakap dan tindakan susulan terhadap masalah
ketidakhadiran ahli pengakap

9.1 Cadangan pemakaian semua ahli pengakap pada setiap kali perjumpaan.

9.2 Cadangan beberapa keperluan yang perlu ada bagi setiap ahli pengakap akan
diputuskan dalam mesyuarat akan datang.

9.3 Kehadiran dan analisis kehadiran ahli pengakap akan disebut semula dalam
mesyuarat yang akan datang.

9.4 Beberapa cadangan untuk tindakan susulan atas kesalahan ketidakhadiran ahli
pengakap ke aktiviti mingguan adalah seperti berikut :

9.4.1 amaran lisan

9.4.2 amaran bertulis pertama ( jika berturut-turut sebanyak 3 kali)

9.4.3 amaran bertulis kedua ( jika berturut-turut 6 kali)

9.4.4 sesi kaunseling

Tindakan: Semua guru penasihat

5
10.0 Hal-hal lain

10.1 Penetapan perjumpaan waktu minimum seminggu pengakap akan diputuskan


dalam agenda perkara berbangkit pada mesyuarat akan datang.

10.2 Penyusunan mingguan akan melibatkan kelas tambahan pada sebelah petang
Isnin-Khamis.

10.3 Guru penasihat akan berbincang dengan penolong kanan kokurikulum dan
penolong kanan kurikulum untuk mendapatkan kata putus tentang perjumpaan
waktu minimum seminggu untuk unit beruniform.

Tindakan: Semua guru penasihat

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

………………………………. ……………………………….
( CIK GOH CHAI ZENG) ( PAUL JAING )
Guru Penasihat Pengakap Penolong Kanan Kokurikulum
SK Abun Matu SK Abun Matu

Disahkan Oleh,

……………………………….
(APOI JOB NGERONG)
Guru Besar SK Abun Matu

You might also like