Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

JABATAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH DARULAMAN

KOMPLEKS PENDIDIKAN, JALAN STADIUM NO.TELEFON : 04–7404000


05604 ALOR SETAR NO. FAKS : 04–7404358
KEDAH DARUL AMAN E-MAIL : www.kedah.edu.my

Ruj:JPK30-25/3146/16( 22)
Tarikh: 21 April 2018

Melalui:

Pengetua,
SMK

Tuan,

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN 2018


PENJAMINAN KUALITI : MODERASI PEMERIKSAAN DAN VERIFIKASI SKOR ITEM
PENTAKSIRAN

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman telah melantik pegawai tuan
seperti di atas sebagai pentaksir luar untuk melaksanakan urusan Moderasi Pemeriksaan Dan
Verifikasi Skor item pentaksiran. Dengan pelantikan ini beliau diperlukan hadir ke pusat-pusat PT3
untuk mengendalikan urusan penjaminan kualiti bagi pihak Lembaga Peperiksaan, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM).

3. Sehubungan itu, dipohon kerjasama tuan untuk membenarkan pegawai ini keluar melaksanakan
tugasnya (memeriksa / mengambil / memulangkan skrip) berdasarkan ketetapan berikut:

Tarikh :

Masa :

Tempat :

Mata Pelajaran : Jumlah SJC :

4. Pihak kami amat berharap pegawai tuan dapat melaksanankan tugas yang diamanahkan ini
dengan penuh tanggung jawab untuk menjaga kesahan dan kebolehpercayaan skor demi keadilan
kepada calon. Beliau layak membuat tuntutan perjalanan dan lain-lain tuntutan berdasarkan
Pekeliling Perbendaharan yang sedang berkuat kuasa sekarang. Kerjasama dan sokongan tuan amat
dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menurut perintah,

DATO’HJH AZUYAH HASSAN


Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman.

You might also like