Kepentingan Perpaduan Kaum Di Malaysia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KEPENTINGAN

PERPADUAN KAUM DI
MALAYSIA
Written by Super User. Posted in isu perkauman (article-cg)
By: Mohd Amirul Husni bin Jakaria

Sudah terang lagi bersuluh, slogan kata “Satu Malaysia’’ yang menjadi pegangan wazir
negara kita, Dato’ Seri Najib Abdul Razak merupakan satu langkah yang jelas bagi
memantapkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana,
banyak kepentingan yang boleh kita peroleh daripada amalan perpaduan kaum di Malaysia.

Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat yang


harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan wujudnya
masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu, India, Kadazan dan
sebagainya. Peribahasa “ rambut sama hitam, hati lain-lain” jelas menunjukkan walaupun
manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi sukma dan keinginan manusia adalah
berbeza. Dengan mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat, barulah
masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama dapat tercapai. Oleh hal yang
demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah mewujudkan perpaduan
kaum dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti kata peribahasa, “ bulat air kerana pembetung,
bulat manusia kerana muafakat”.

Industri pelancongan merupakan salah satu industri yang menjadi penyumbang


terbesar kepada pendapatan negara. Kunci utama dalam menarik kedatangan pelancongan ke
Malaysia ialah dengan rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum
yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia akan menarik minat pelancong dari luar negara
untuk melihat sendiri amalan perpaduan kaum yang menjadi pegangan setiap rakyat
Malaysia. Hal ini secara implicit dapat memperkenalkan keindahan Malaysia kepada
masyarakat luar seterusnya menaikkan nama negara. Oleh itu, wajarlah rakyat Malaysia
mengamalkan perpaduan kaum kerana selain dapat menarik kedatangan pelancong,
perpaduan juga mampu menaikkan nama negara, seperti kata peribahasa,” sambil menyelam
minum air”.

Selain itu, dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat memajukan
ekonomi negara. Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia, penindasan
ekonomi tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan bersaing dengan adil tanpa sedikit pun
perasaan hasad dengki dalam diri mereka. Contohnya, persaingan yang berlaku dalam dunia
perniagaan. Bukan itu sahaja, apabila rakyat mengamalkan peribahasa, “bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh,” nescaya rakyat juga dapat bersama-sama memajukan ekonomi
negara.

Konklusinya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak
kerajaan semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Janganlah kita bersikap evasif
mahupun “ bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing” kerana perpaduan
kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi masing-masing
dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur.

You might also like