Kertas Kerja Pameran & Demonstrasi BOMBA 2016

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN TEMENGGONG

93050 KUCHING, SARAWAK

Kertas Kerja Program ʽDemonstrasi Mencegah Kebakaran & Pameran Jentera Bomba’
Tahun 2016

Pengenalan
Sekolah Kebangsaan Temenggong merancang untuk menjemput pihak Bomba &
Penyelamat untuk mengadakan demonstrasi mencegah kebakaran dan pameran jentera
bomba. Aktiviti ini merupakan salah satu daripada aktiviti dalam Kempen Sekolah Selamat
yang amat penting dalam menyampaikan maklumat kepada warga sekolah mengenai
langkah-langkah mencegah kebakaran dan di samping memberikan pengalaman yang
menarik kepada murid-murid berkenaan pameran jentera serta kerjaya yang mereka boleh
ceburi apabila besar nanti.

Objektif
1. Mendedahkan maklumat tentang langkah-langkah pencegahan kebakaran.
2. Mengenalpasti bahan serta cara untuk mengelakkan kebakaran besar berlaku.
3. Menyedarkan murid-murid dan kakitangan sekolah berkenaan pentingnya memadam
api kebakaran semasa ia masih kecil.
4. Memastikan guru-guru dan murid-murid menjaga keselamatan diri semasa berlaku
kebakaran.
5. Murid-murid dan kakitangan dapat merasa pengalaman berada di dalam jentera
bomba.

Nama Program
Demostrasi Mencegah Kebakaran & Pameran Jentera Bomba

Sasaran
Semua warga Sekolah Kebangsaan Temenggong, Padawan

Perlaksanaan Program
7:30 pagi Murid berkumpul di ruang legar
8:30 pagi Ketibaan Pihak Bomba dan Penyelamat
9:00 pagi Ceramah berkenaan Kebakaran dan Akibatnya
9:30 pagi Demonstrasi Mencegah Kebakaran
10:30 pagi Pameran Jentera Bomba
11:30 pagi Jamuan / Bersurai
SEKOLAH KEBANGSAAN TEMENGGONG
93050 KUCHING, SARAWAK

AJK Pelaksana
PENGERUSI : ENCIK MAZLAN BIN MOHAMAD HANIS
NAIB PENGERUSI 1 : PUAN ZELIHA BT WAHAP
NAIB PENGERUSI 2 : ENCIK ASDY ROZANOOR BIN DRAHIM
NAIB PENGERUSI 3 : ENCIK NOORDIN BIN JOHARI
PENYELARAS : ENCIK ARABI BIN HAMZAH
SETIAUSAHA : PUAN ROZITA BT PAUZI
: EN. ARABI BIN HAMZAH
KAWALAN MURID : EN. HAMZAH BIN BUANG (Ketua)
GURU KELAS
PEGAWAI KESELAMATAN

Perbelanjaan
Jamuan Jemputan (Ceramah) 10 orang x RM 7.00 = RM 70.00

Penutup

Melalui program ini nanti diharapkan dapat memberi pendedahan kepada murid-murid dan
warga sekolah secara amnya mengenai cara-cara yang betul untuk menyelamatkan diri
semasa kebakaran serta kaedah pengungsian.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................. ....................................
(ROZITA BT PAUZI) (MAZLAN BIN MOHAMAD HAIS)
Setiausaha Program Guru Besar

Disemak oleh:

…………………….
(ZELIHA BT WAHAP)
Penolong Kanan HEM

You might also like