Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM 2018

Yang berusaha YDP PIBG, Tn Hj Haron b

Yang berusaha Tn. Pengetua, Tn Hj Ahmad bin Yacob

Yang berusaha Tn. Penolong Kanan Pentadbiran, Tn Hj Yusoff bin Safien

Yang berusaha Tn. Penolong Kanan HEM, En. Zulkapli bin Mat Sin

Yang berusaha Tn. Penolong Kanan Kokurikulum, Tn Hj Aminuddin bin Mohd Isa

Yang Beusaha Pn. Penolong Kanan Pra U, Pn.

Guru-guru kanan, guru-guru seterusnya rakan pelajar sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana limpah kurniaNya, sekali lagi kita dapat berkumpul di
pagi ini untuk sama-sama memeriahkan majlis Anugerah Kokurikulum 2018 SMK Hamzah.

Tetak buluh kajang sepuluh


Laksana dititing kias ibarat
Angkat tangan jemari sepuluh
Doa dipohon majlis diberkat

Dengan ini, dijemput dengan segala hormatnya yang berbahagia Al Fadhil, Ustaz Mohd
Khuzaimi bin Che Soh untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

………………………………..

Amin….amin…amin…Ya rabbal alamin…

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Ustaz. Semoga dengan doa yang
dipanjatkan tadi, majlis kita pada hari ini akan sentiasa di bawah lindungan paying
rahmatNya.

Hadirin Sekalian,

Gerak kerja kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah yang


melibatkan penyertaan semua pelajar. Aktiviti Kokurikulum merupakan lanjutan daripada
kurikulum yang diajar di dalam bilik darjah dan bertujuan mengukuhkan lagi apa yang telah
dipelajari terutama yang berkaitan dengan matapelajaran di sekolah.

Justeru, Majlis Anugerah Kokurikulum yang diadakan setiap tahun adalah khusus untuk
menghargai sumbangan dan jasa para pelajar SMK Hamzah yang telah membantu
menaikkan nama sekolah di peringkat daerah, negeri malah ada juga di peringkat
kebangsaan dengan pencapaian-pencapaian cemerlang yang telah diraih.

Adalah menjadi harapan pihak sekolah dengan memberikan pengiktirafan melalui Majlis
Anugerah Kokurikulum ini, para pelajar yang lain akan juga turut bersemangat untuk
mengenal potensi diri dan cuba menyerlahkan bakat terpendam yang ada dalam diri mereka
pada masa akan datang, seterusnya mengharumkan nama sekolah dengan penglibatan
dalam aktiviti-aktiviti luar bilik darjah yang positif dan berfaedah.
Bukan rumput sebarang rumput
Rumput penghias tepi halaman
Bukan jemput sebarang jemput
Jemput memohon berikan ucapan

Untuk itu, tanpa melengahkan masalagi, dengan penuh takzim dijemput Yang Berusaha Tn.
Pengetua, Tn. Hj Ahmad bin Yacob, untuk memberikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

………………………………

Ribuan terima kasih diucapkan kepada yang berusaha Tn Hj Ahmad bin Yacob di atad
ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Terbang tinggi si burung helang


Berkicau kenari sambil berterbangan
Insan cemerlang Negara terbilang
Bakat diserlah tanda kecemerlangan

Majlis diteruskan dengan dengan penyampaian anugerah Kokurikulum. Bagi


menyempurnakan acara penyampaian anugerah, dengan suka citanya dijemput Tn.
Pengetua, Tn Hj Ahmad bin Yacob diiringi Penolong Kanan Kokurikulum, Tn Hj Aminuddin
bin Mohd Isa kehadapan untuk penyampaian sijil. Dipersilanakan….

Penyampaian Anugerah Kokurikulum dimulakan dengan penyampaian Sijil Anugerah Perak.


Dipersilakan…

MUHAMAD SHAFIQ AIDIT BIN SALEHI


MUHAMMAD FITRI BIN CHE ALI
MUHAMMAD AFNAN BIN ZAHARI

dari pasukan Hoki, mereka ini telah berjaya terpilih untuk menyertai Kejohanan Hoki Bawah
16 tahun peringkat kebangsaan yang berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil, Kuala lumpur.

Seteruskan dipersilakan

ABDULLAH FAHMI BIN MOHD AMIN


MUHAMAD SHAFIQ AIDIT BIN SALEHI
MUHAMMAD AFIQ IQRAM BIN SHAIFU
NASRULLAH QADHIRA BIN YUSRI
MUHAMMAD FARIEMAN BIN ROSLI

Mereka telah berjaya terpilih untuk menyertai Kejohanan Hoki MSSM yang diadakan di
Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh Perak

Seterusnya dipersilakan

ABDULLAH FAHMI BIN MOHD AMIN


MUHAMAD SHAFIQ AIDIT BIN SALEHI
MUHAMMAD FITRI BIN CHE ALI
MUHAMMAD AFNAN BIN ZAHARI
MUHAMMAD FARIEMAN BIN ROSLI
SAIFUL SHUKRI BIN RAHAMAT
MUHAMMAD ZULHILMI BIN SULAIMAN
MUHAMMAD ADAM IRFAN BIN MAT NAWI
MUHAMMAD HAFSHAM BIN MOHD RADZI
MUHAMMAD AMIRUL AIMAN BIN MOHD NOH
MUHAMMAD AMIRUL MUSTAQIM BIN AZAHAR
MOHAMAD SHAKIR AIMAN BIN SALEHI

Barisan pemain Hoki ini telah menyertai Kejohanan Hoki Jemputan Sekolah Sukan Negara
Bukit Jalil Kuala Lumpur pada 12 – 16 September 2018

Seterusnya dipersilakan

NISRINA NABIHAH BINTI MOHD RADUAN


NUR NATASYA BINTI YUSOF FONG
NUR SYAHMIN NAJWA BINTI ABDUL KARIM
SYARIFAH NUR ALISA BINTI ZULHAIRAZE

Mereka ini telah menyertai peringkat kebangsaan Kelab Tatta- STEM innovation Challage
2018 yang diadakan di Universiti Malaysia Kelantan Bachok pada 16 Oktober 2018

Seterusnya dipersilakan

CHIA LI LING
LOW HUI JUN
THENG YUAN YUAN
QRINSTINA TAN RING YUING

Yang telah menyertai Pertandingan Sajak Bahasa Cina peringkat Negeri Kelantan untuk
kategori menengah rendah dan menengah atas.

Seterusnya dipersilakan peserta Pertandingan Perbahasan Bahasa Cina peringkat Negeri


Kelantan

KOH YET SIN


LAI YEAN XIN
WONG PEI WEN
MEI LILY OOI
CATHERINE TAN CHEW YEN

Seterusnya dipersilakan

MUHAMMAD AIDI HARIZ BIN MUHAMMAD RIZAL


AHMAD AMIR FIRDAUS BIN ABU BAKAR
MUHAMMAD ALIF LUQMAN BIN BURHANUDDIN
INTAN SYUHADA NORHISHAM BINTI ABDULLAH
GAN YEE MIN
IZHAM ZAFRAN BIN AZRUL
MUHAMMAD RIDZUAN BIN SHAUDIN
NIK FARISHA IRWAYU BINTI MOHD FAISAL
NUR SYAFIKAH ATIRAH BINTI ARIFF
NUR AZZAH BINTI MASHASAN
CHAN SIEW NEE
LEE YEE XYNN
KOH YET SIN
NUR KHAIRUNNISABINTI MOHD ZUL JAPRI
NURUL RODIAH BINTI AZMAN
NUR SYAKILA AYUNI BINTI MOHD SULAT
NIK FARAH HUDA BINTI PAIZUL HANAPI
EARDIANA ERIKA BINTI ZAMERI
GAN YEE LAN
LEE YEE XYNN

Rakan kita ini telah berjaya menyertai Upacara Penganugerahan Panji-panji St John
Ambulans Malaysia dan Perbarisan Kebangsaan pada 8 september 2018 bertempat di
Padang Timur, Dataran Petaling Jaya, Selangor

Seterusnya dipersilakan

NURUL NAQIBA BINTI ROSLI


CHE NUR WAJIHAH BINTI ZUKRI
NUR ISMA FARIZA BINTI AB AZIZ
NUR AIN NABILLAH BINTI MOHD ZAID
NIK NUR QISTINA BINTI SUHAIMI
NURUL SYAHIRAH BINTI MOHD ASRU
IFFAH NAZIEHAH BINTI ZULKAPLI
QAIRUNNISA NAJWA BINTI KAMAROZZAMAN

Mereka adalah para peserta bola jaring yang telah berjaya terpilih menyertai ke Kejohanan
Bola Jaring MSSK negeri Kelantan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn Pengetua atas kesudian menyampaikan
anugerah sebentar tadi.
Untuk anugerah seterusnya adalah anugerah emas di mana anugerah emas ini
dianugerahkan kepada peserta yang menyertai ke kejohanan peringkat negeri keatas dan
memperolehi tempat.

Dengan ini, majlis dengan penuh takzim menjemput Yang Dipertua PIBG Sekolah Menegah
Hamzah Tn Hj Haron bin diiringi PK Kokurikulum, Tn Hj Aminuddin b Mohd
Isa untuk menyampaikan sijil anugerah.
Kita mulakan dengan pasukan bola sepak, dengan ini dipersilakan

MUHAMMAD IKRAM BIN MOHD MARZUKI


TUAN ZHAFRI AMIEZAN BIN TUAN ZAINI ANNUR
MOHAMAD AFIQ IQRAM BIN SHAIFU

Mereka adalah antara kontigen bola sepak bawah 18 tahun MSSD Machang 2018 dan
layak ke Kejohanan Bola Sepak MSSK 2018 (U18) dan merupakan Johan di dalam
kejohanan tersebut. Tahniah diucapkan.

Seterusnya dipersilakan

SITI NUR FAQIHAH BT SAIDI


SITI ANIS SURAYA BINTI CHE MOHD ZAAIM ZAKI
CHE NUR WAJIHAH BINTI ZUKRI

Mereka adalah atlet olahraga sekolah yang telah berjaya ke Kejohanan Olahraga MSSK
2018 dan seterusnya ke Kejohanan Olahraga MSSM 2018.

Dipersilakan pula para peserta softball sekolah iaitu

MOHAMAD ADZHA HAIQAL BIN HASSAN


NIK AQIL DANIEL BIN MOHD FAISAL
MUHAMMAD AZIM BIN ABDULLAH
AHMAD ADIB IRFAN BIN ROSDAN
MOHAMMAD HAIQAL ASHRAF BIN HUSSIN
WAN MOHAMAD ZIKRI BIN WAN HASLEN
MUHAMMD NUQMAN BIN MAHMOOD
MUHAMAD MUQRIZ MOHD AZLIN
NIK AQIL DANIEL BIN MOHD FAISAL
NUR SYAHIRAH BINTI SAAD
AIMI BATRISYIA BINTI ROSDI
NUR KHAIRINI BINTI MOHD ZAIDI
SOFEA ILYANA BINTI ISMAIL
NUR AISYA NADHIRAH BINTI HAMID
NUR SYAFINI ISMAIL
NUR HIDAYAH BINTI IDERIS
NUR IZNIE HAIRISSA BINTI AZMAN
PAJA PUTERI NUR INSYIRAH BINTI RAJA ALI

Pasukan ini telah berjaya menyertai ke Kejohanan Sofbal MSSK 2018 dan kejayaan yang
diperolehi adalah Naib Johan bagi pasukan lelaki dan Johan bagi pasukan Perempuan.
Tahniah diucapkan
Seterusnya dipersilakan

KANG KHAI CHIEN


KANG WEI SHERN
CHU AI FEI

Mereka ini adalah pemain badminton sekolah yang telah menyertai pelbagai Kejohanan
badminton sama ada di peringkat negeri ataupun kebangsaan. Banyak kejayaan yang
dicapai antaranya adalah
Kejohanan Badminton peringkat MSSK 2018
Air Asia National Badminton Junior League
National Badminton Championship U18
Celcom Axiata National Inter State U18 Championship dan
Sukan Malaysia SUKMA 2018

Tahniah diucapkan

Seterusnya di persilakan

CHENG LICK LIANG

Merupakan peserta tunggal taekwondo sekolah yang telah berjaya sebagai Johan di
Kejohanan Taekwondo Semekam Peringkat Kebangsaan 2018 dan
Kejohanan Taekwondo Jemputan Sekolah-sekolah Malaysia SK Sultan Sulaiman 1 (SBT) -
Red One Kali Ke-6, 2018 serta
Naib Johan di TM (WTF) Sportexcel National Senior and Junior Taekwondo Circuit Second
Leg 2018

Tahniah diucapkan

Seterusnya dipersilakan

ELLY SUWANNA A/P ECHAN


GAN YEE LAN
LEE YEE XYNN
THENG SHEE SHEE

Mereka adalah dari pasukan kelab matematik yang telah menyertai Pertandingan Matematik
UIAM 2018 dan memperolehi tempat ketiga peringkat kebangsaan. Tahniah
Seterusnya di jemput

CHENG LICK LIANG

GOH JUN SHAN


CHOONG GUANG HAO
KOH SIEW THING
LAW KEY VIN
JEFFER YONG
GOH XIN YUEN
KING SOON KIT
SIMPSON SAUSURIAONG A/L UDOM
KOH YEE LIANG

Para peserta ini adalah dari pasukan scrabble sekolah yang telah menyertai dan berjaya
mendapat tempat di pelbagai kejohanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Tahniah diucapkan.

Seterusnya pasukan pemantun sekolah, dipersilakan

Mereka telah berjaya sebagai Naib Johan di Pesta Pantun Sekolah Menengah peringkat
negeri Kelantan 2018 yang diadakan di SMK Dato’ mahmood Paduka Raja Tanah Merah,
Kelantan. Tahniah para pemantun…

Seterusnya dipersilakan

MUHAMMAD FASYIN HUSSAINI B MOHD FAUZI


NURUL AIN ATHIRAH BT MARAZITA
NURUL ATRISYA BT AZLAN
NURMAHIRAN MARIA BT MAHANIZAN
MUHAMMAD HAZIM BIN AZMI
SYEIK PUTRA BIN HALIM
MUHAMMAD WAFIUDDIN BIN ROSDI
NURUL AFRINA AKASYA BINTI MARAZITA
NUR SYAHIRA BINTI SABARUDDIN
SYARIFAH NUR ALISA BINTI ZULHAIRAZEE
NIK SHAHRUDDIN BIN MAT JUSOH

Nama-nama ini tidak asing lagi bagi kita kerana banyak kejayaan yang telah disumbangkan
oleh pasukan TATIH SENI ini. Kejayaan mereka bukan sahaja di peringkat kebangsaan
malah turut mendapat tempat di peringkat antarabangsa. Bermula dengan Johan di Fastival
Kesenian & Kebudayaan, JPN Kelantan, mereka telah diundang untuk mengadakan
persembahan pelbagai acara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa antaranya adalah
Persembahan Utama di Jelajah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia
Persembahan Utama di Majlis Ramah Mesra & Sambutan Aidilfitri Bersama Menteri
Pelajaran Y.B Dr. Maslee Malik
Persembahan Utama di International malaysia technical Coorperation Programmed dan
Persembahan Utama di American Corner Soft Launch Ceremony, Universiti Malaysia
Kelantan

Tahniah diucapkan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Dipertuan PIBG Tn Hj Haron
atas kesudian tuan menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Para Hadirin Sekalian,

Melati kuntum rotan berhias


Tumbuh melata ditepi kali
Hari Anugerah Kokurikulum 2018
Insan cemerlang untuk dihargai

Tibalah kita ke penyampaian anugerah terakhir pada majlis hari ini iaitu Anugerah Tokoh
Kokurikulum 2018. Tokoh anugerah dipilih berdasarkan penglibatan aktif dalam kegiatan
kokurikulum sepanjang tahun dan membantu mengharumkan nama sekolah di pelbagai
peringkat.

Dengan itu, majlis sekali lagi menjemput Yang Dipertua PIBG, Tn Hj Haron bin
diiringi oleh Tn. Pengetua, Tn Hj Ahmad bin Yacob dan Penolong Kanan Kokurikulum, Tn Hj
Aminuddin bin Mohd Isa untuk menyampaikan anugerah.

Kita mulakan dengan Tokoh Anugerah Kokurikulum pertama adalah

KANG KHAI CHIEN

Beliau merupakan pemain badminton sekolah, ppd machang seterusnya wakil negeri
Kelantan yang banyak menimpa kejayaan besar dalam kejohanan yang disertai sepanjang
tahun 2018 ini. Tahniah diucapkan.

Seterusnya,

NURUL NAQIBA BINTI ROSLI

Beliau merupakan pemain pasukan softball dan Bola Jaring peringkat MSSD, MSSK dan
MSSM dan beliau juga merupakan salah seorang atlet untuk pasukan Kelantan di SUKMA
2018. Tahniah Naqiba.

Tokoh Anugerah Kokurikulum seterusnya

CHOONG GUAN HAO

Beliau bukan sahaja hebat di dalam acara scrabble, malah turut telibat dalam pertandingan
debat dan juga olahraga sekolah. Tahniah diucapkan

Dan Tokoh Anugerah Kokurikulum yang terakhir adalah


ABDULLAH FAHMI BIN MOHD AMIN

Beliau merupakan pemain pasukan Hoki sekolah yang hebat di mana telah menyertai
Kejohanan Hoki peringkat kebagsaan bawah 14 tahun untuk 2014 dan 2015
Kejohanan Hoki peringkat kebagsaan bawah 16 tahun untuk 2016 dan 2017
Kejohanan Hoki peringkat kebagsaan MSSM untuk tahun 2016, 2017 dan 2018

Tahniah diucapkan.

Majlis mengucapak ribuan terima kasih atas kesudianyang berbahagia Tn. Hj Haron
menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Tenang-tenang air di kali


Tempat mandian putera puteri
Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap harap dimaafi

Tahniah diucapkan kepada para penerima Anugerah Kokurikulum 2018. Semoga dengan
pengiktirafan ini akan memberi suntikan dan semangat yang lebih membara kepada semua
untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang di masa akan datang.

Para hadirin sekallian

Kita telah pun berada dihujung acara. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan di
penghujung ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
dalam memastikan Majlis Anugerah Kokurikulum 2018 dapat berlangsung dengan
meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pelajar atas kerjasama yang
diberikan.

Sekian sahaja daripada kami, andai kata terkasar dan tersalah bahasa harap dimaafkan.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah dan sebarang kekurangan itu
datangnya dari kekhilafan diri kami sendiri.

Sekian, Wabilahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Mengumumkan keberangkatan keluar dif-dif kehormat meninggalkan perkarangan majlis.

You might also like