Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PEMBINAAN ITEM SOALAN

SOALAN JENIS ITEM BETUL/SALAH, YA/TIDAK, ( X ) @ ( √ )

DISEDIAKAN OLEH :

KUMPULAN 2

SK JURU

SK PERMAI INDAH

SK PAUH JAYA

SK KHIR JOHARI
set 1

Buku Teks Tahun 5 m/s 26


Bahan ransangan disediakan.

C. Bulatkan betul atau salah bagi pernyataan di bawah.

BETUL
Gigi manusia mempunyai empat jenis iaitu gigi kacip,

gigi taring,gigi geraham kecil dan gigi geraham besar. SALAH

Kita hanya perlu memberus gigi sekali sehari. BETUL

SALAH

Susu merupakan sejenis makanan yang kaya dengan BETUL


karbohidrat. SALAH

( 2 markah )
Set 2

Tandakan( / ) pada ayat yang betul dan ( x ) pada ayat yang salah penggunaan kata
ganti nama diri..

1. Hakimi dihukum. Beliau ponteng sekolah. ( )

2. Anjing itu garang. Anjing itu terpaksa dikurung. ( )

3. “ Hamba tidak tahu bahawa baginda gering,datuk, ’’ kata Temenggung Dali

Kepada Datuk Bendahara. ( )

( 2 markah )

SET 3

Tandakan betul atau salah untuk penggunaan kata penguat dalam ayat-ayat di
bawah.

1. Perangai budak itu nakal nian.

2. Rumah di atas bukit sungguh amat besar.

3. Nasiayam di restoran itu paling sedap sekali.

4. Budak kecil itu bijak sungguh.

( 3 markah )
Tandakan betul atau salah bagi peribahasa di bawah.

peribahasa makna ya tidak

1. cakar ayam tulisan yang buruk

2. ajak-ajak ayam mempelawa secara bersungguh-sungguh

3. banyak lemak kelakuan yang mengada-nyada

4. dalam tangan sudah tentu dapat

( 3 markah )
SET 4

Tandakan (√) atau (x) pada pernyataan di bawah berdasarkan grafik yang
diberikan.

a. Sungai merupakan sumber air semulajadi yang amat diperlukan oleh semua
makhluk.

b. Tindakan manusia mencemari sungai merupakan satu sikap yang terpuji.

c. Sungai adalah tempat pembuangan sampah yang diwartakan oleh pihak


kerajaan.

d. Pencemaran sungai merupakan antara faktor penyebab kepada banjir kilat


dan keracunan air bersih.

( 3 markah )

You might also like