Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KERTAS KERJA PROGRAM LINUS- “SAYA SAYANG ANAK SAYA- KE ARAH LINUS SIFAR”

1.0 Tajuk Kertas kerja


Kertas kerja mempekenalkan program linus Tahun 2018 bersama ibubapa murid tahun 1 dan
linus literasi, numerasi dan literasi bahasa inggeris, anjuran Panitia Matematik dengan kerjasama
panitia Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia SK BUGAYA SEMPORNA.

2.0 Pengenalan
Program linus- “ Saya Sayang Anak Saya” ini dianjurkan bertujuan untuk memperkenalkan
program Literasi Bahasa Malaysia, Numerasi Matematik dan Literasi Bahasa Inggeris kepada ibu
bapa murid tahun 1 dan murid program Linus dari tahun 2 dan 3. Selain daripada itu, program ini
bertujuan untuk memberi idea kepada ibubapa murid tahun 1 dan semua murid linus bagaimana
untuk membantu anak mereka dalam pembelajaran dirumah dan seterusnya membantu murid
lulus dalam saringan Linus yang diadakan setiap tahun iaitu ke arah Linus Sifar. Di harap program
ini dapat membantu ibu bapa dalam bersama-sama mendidik anak mereka untuk mencapai
keputusan yang lebih baik dalam ujian saringan linus yang bakal diadakan.

3.0 Objektif Program

3.1 Memberi kefahaman kepada ibu bapa tahun 1 dan ibu bapa murid linus tentang program linus
dari segi konstruk yang dinilai dalam ujian saringan linus

3.2 Memberi idea kepada ibu bapa murid tahun 1 dan murid linus cara dan kaedah yang boleh
digunakan untuk membantu anak dalam pembelajaran dirumah.

3.3 Memberi kesediaan kepada murid tahun 1 dan murid linus bagi menghadapi ujian saringan linus
yang akan dijalankan.

3.4 Merapatkan hubungan antara guru murid dan ibu bapa.

4.0 PENDAPATAN / SUMBER-SUMBER KEWANGAN


Makanan dan minuman peruntukan suwa sekolah

5.0 TEMPAT

Tempat yang dicadangkan ialah di SK. Bugaya Semporna.

6.0 TARIKH / HARI

Tarikh yang dicadang untuk pelaksanaan adalah Sabtu 31 Mac 2018 Pukul 8 - 10 pagi

7.0 BILANGAN PESERTA


Program ini melibatkan semua murid tahun 1 dan murid linus tahun 2 dan tahun 3. Ibu bapa
murid tahun 1 dan murid linus tahun 2 dan tahun 3.

8.0 TENTATIF PROGRAM

*Perincian aktiviti sila rujuk Lampiran 1

9.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA


PENGERUSI : EN. AHED BIN KALOK (GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI : PN. LAILA BT HJ BANA (GPK KURIKULUM)

PENYELARAS :PN. NURZULYATI BT ALI (KETUA PANITIA

SETIAUSAHA & DOKUMENTAS : PN. SABTUYAH BT SHEBELI

PENYELARAS AKTIVITI : (MENYEDIAKAN PERLATAN & PERJALANAN AKTIVITI)

PN. SARAIYAH BT ELLI

EN. MAHRI B. MAS

EN. ASRI B. ADANAN

EN. YUMAT HAJIMI

EN. HASBI B JUMPUT

EN. AHMAD B. RAWI

10.0 PENUTUP

Program linus- “Saya sayang anak saya- Ke arah Linus Sifar” ini diharap dapat membantu
meningkatkan prestasi pencapaian murid dalam program linus. Di harap kerjasama ibu bapa dan
guru dalam usaha membantu anak-anak akan terus berkekalan sehingga ke akhir sesi persekolahn
murid. Diharapkan kertas cadangan ini dapat diterima dan diluluskan seperti yang telah
dirancangkan. Diharap juga bahawa program ini akan berjaya mencapai objektif seperti yang telah
dinyatakan di awal kertas ini.

Lampiran 1 Tentatif Program

0800-0830 Ketibaan ibu bapa dan murid-murid

0830-0900 Bacaan doa

Ucapan oleh guru besar – Encik Ahed b. Kalok

Penerangan program linus oleh PK Kurikulum – Pn. Laila Bt Hj. Bana.

0900-1100 Pembahagian kumpulan

Permainan Stesen Ilmu

Stesen 1- Bahasa Malaysia

Stesen 2 – Bahasa Inggeris

Stesen 3 – Matematik

Stesen 4- Bahasa Malaysia


Stesen 5- Bahasa Inggeris

Stesen 6 – Matematik

1200 bersurai

Cadangan Aktiviti Stesen aktiviti Penyelaras

1 Bahasa Malaysia Mencantum suku kata tertutup/ diagraf/ konsonan bergabung dan vokal
berganding

2 Bahasa Inggeris Mari belajar bunyi huruf Nyanyian lagu-lagu phonics Pn. Saraiyah

3 Matematik Menambah dan menolak yang melibatkan pengumpulan semula

4 Bahasa Malaysia

5 Bahasa inggeris Mencari perkataan. Guru akan membunyikan huruf. Murid akan mencari kad
perkataan yang mempunyai huruf yang di bunyikan

6 Matematik Stesen pertama. Stesen kedua – Mari belajar bunyi huruf

You might also like