Vdocuments - MX - Minit Mesyuarat RBT Kali Ke 2 2014aaaaaa

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN

MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI DAN


PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
KALI KEDUA 2014

Tarikh : 13 November 2014


Masa : 1.10 petang
Hari : Rabu
Tempat : Bengkel Kemahiran Hidup

Kehadiran :
1. (AJK)

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru RBT dan TMK ke
mesyuarat kali kedua bagi tahun 2014.

1.2 Memaklumkan kepada guru-guru tentang tujuan utama perjumpaan


adalah untuk membincangkan Minggu Panita RBT/KH dan TMK.

2.0 Ucapan Penasihat – Encik Mohamad bin Jaapar

2.1 Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke


Mesyuarat Panitia Reka Bentuk dan Panitia Teknologi Maklumat dan
Komunikasi Kali Kedua bagi tahun 2014.

2.2 Beliau memaklumkan bahawa fail panitia KH/RBT adalah sama dan
satu sahaja dan menggunakan fail yang sama sehingga subjek KH
telah tamat , kemudian barulah masuk Fail RBT.

3.0 Laporan Analisa Mata Pelajaran RBT/ KH dan TMK bagi PKSR 2 tahun
2014

3.1 Ketua Panitia melaporkan pencapaian bagi subjek RBT/KH Tahun 4,


bilangan menguasai ialah 60 orang murid daripada 75 orang murid.
Manakala peratusan lulus ialah 80%. Bagi Tahun 5 pula bilangan
menguasai ialah 61 orang daripada 70 orang murid yang menduduki
peperiksaan dan peratusan lulus ialah 87.14%. Bagi Tahun 6 pula bilangan
menguasai ialah 73 orang daripada 81 orang yang menduduki peperiksaan
dan peratusan lulus ialah sebanyak 90.12%.

4.0 Pelaporan Pentaksiran Reka Bentuk dan Teknologi dan Teknologi


Maklumat dan Komunikasi
4.1 Guru-guru RBT dan TMK perlu mengisi dan melengkapkan pelaporan
pentaksiran murid secara offline.

5.0 Kewangan dan Pembelian Bahan dan peralatan bengkel

5.1 Ketua Panitia RBT/KH memaklumkan bahawa baki PCG RBT/KH ialah
RM216.00 akan dibelanjakan untuk Minggu Panitia RBT/KH dan akan
digunakan bagi membeli alatan dan bahan bengkel yang kurang.

6.0 Penggunaan Bilik KH/RBT

6.1 Ketua Panitia menegaskan bahawa penggunaan bengkel KH/ RBT


adalah untuk subjek KH/RBT sahaja untuk mengelakkan berlakunya
kemalangan di dalam bengkel dan kehilangan barangan bengkel.

6.2 Buku Rekod Penggunaan Bengkel hendaklah diisi.

6.3 Bengkel perlu dibersihkan selepas digunakan dan jadikan rutin kepada
murid sebelum meninggalkan bengkel.

7.0 In-house Training KSSR RBT Tahun 5

7.1 Puan Roslinda memaklumkan bahawa tajuk utama dalam DSKP RBT
Tahun 5 ialah Penghasilan Projek, Masakan dan Tanaman. (rujuk
dalam lampiran)

7.2 Untuk aktiviti masakan, bengkel diminta menyediakan alatan untuk


memasak seperti dapur gas, gas, kuali dan sebagainya.

7.3 Untuk aktiviti tanaman pula seeloknya dibuat pada awal tahun supaya
murid dapat menyiram, menjaga dan melihat hasil tanaman mereka.

7.4 Pelaporan Pentaksiran dibuat secara offline.

7.5 Teknik penulisan RPH RBT adalah sama seperti Tahun 4.

8.0 Aktiviti Keceriaan Bengkel

8.1 Aktiviti keceriaan bengkel KH/RBT akan diadakan pada 27 November


2014 pada pukul 8.30 pagi.

9.0 Aktiviti Perancangan Panitia RBT/KH dan Panitia TMK 2015


9.1 Ketua Panitia RBT memaklumkan bahawa Minggu Panitia pada kali ini
diadakan secara sederhana kerana kekangan masa. Antara aktiviti
minggu Panitia RBT ialah kuiz terbuka dan kuiz kotak misteri.

10.0 Ucapan Penangguhan


Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh :

………………………………………….

You might also like