Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

TEKS PENGACARA

MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN SUKAN PRESTASI


TINGGI SEKOLAH
SPTS) PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-4 TAHUN
2014

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan Zainuren


bin Haji Mohd Nor, Timbalan Pengarah Bahagian Sukan
Kementerian Pendidikan Malaysia dengan diiringi oleh
Yang Berusaha Tuan Haji Mahmudi bin Bakri, Ketua
Sektor Pengurusan Sekolah dan Yang Dihormati Tuan
Haji A.Rahman bin Haji Ngit, Ketua Sektor Pembangunan
Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor serta
para tetamu kehormat ke Majlis Penutupan Kejohanan
Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) Peringkat
Kebangsaan Kali ke-4 2014.

LAGU NEGARAKU

LAGU 1MURID 1SUKAN

Para hadirin dipersilakan duduk.


TARIAN SELAMAT DATANG
Tarian oleh : SK ( ASLI ) Sg. Bumbun, Selangor

Bismillahirrahmanirrahim

1. Yang Berbahagia Tn. Zainuren bin Haji Mohd Nor,


Timbalan Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian
Pendidikan Malaysia
2. Yang Berusaha Tuan Haji Mahmudi bin Bakri, Ketua
Sektor Pengurusan Sekolah, menjalankan tugas Timbalan
Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
3. Pn. Lucia Quek, Ketua Sektor Pembangunan Sukan,
Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia
4. Tuan Haji A.Rahman bin Haji Ngit, Ketua Sektor
Pembangunan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri
Selangor
5. Encik Izham bin Md Isa, Ketua Unit Sukan, Sukan
Prestasi Tinggi Sekolah
6. Pegawai-pegawai Bahagian Sukan, Kementerian
Pendidikan Malaysia,
7. Ketua-ketua Sektor, Jabatan Pendidikan Negeri
Selangor,
8. Ketua-ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan
Jabatan Pendidikan Negeri-negeri
9. Pegawai-pegawai Unit Sukan, Jabatan Pendidikan
Negeri Selangor
10. Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Selangor
11. Pegawai-pegawai Unit Sukan PPD Daerah Negeri
Selangor
12. Ketua-ketua Kontinjen Negeri-negeri dari seluruh
Malaysia
13. Para pegawai Kejohanan
14. Jawatankuasa Pengelola, seterusnya para jurulatih,
guru, ibu bapa dan semua atlet yang diraikan sekalian.

Bandar Kulim nun di utara,


Tempat kenangan sejarah tersirat.
Salam takzim pembuka bicara,
Mengalukan kedatangan hadirin hadirat.
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam 1
Malaysia.

Alhamdulillah, izinkan kami memanjatkan setinggi-tinggi


kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha
Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita
dipertemukan dan berkumpul di Emerald Ballroom, Hotel
Goldcourse, pada petang yang indah ini bagi
melaksanakan Majlis Penutupan Kejohanan Sukan
Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) Peringkat Kebangsaan
kali ke-4 untuk tahun 2014.

Untuk pengetahuan Yang Berbahagia Tuan Zainuren bin


Haji Mohd Nor dan para hadirin, bahawa bermula dari 15
September sehingga 18 September 2014 telah
berlangsungnya Kejohanan Sukan Prestasi Tinggi
Sekolah Peringkat Kebangsaan di beberapa lokasi yang
telah ditetapkan bagi permainan badminton, balapan dan
padang, memanah, bola sepak, sepak takraw, hoki,
gimnastik dan gimrama. Kejohanan ini dilangsungkan
bertujuan untuk menggalakkan dan memberi peluang
kepada semua atlet murid mempamerkan bakat dan
kebolehan masing-masing melalui kejohanan sukan
bermula dari peringkat negeri hinggalah ke peringkat
kebangsaan. Selain itu, diharapkan kejohanan ini dapat
menyemai semangat kesukanan yang tinggi dalam diri
para pelajar, berdaya saing secara sihat dan dapat
melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelektual sejajar dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Negara yang mahu melahirkan modal insan
yang juga merupakan bakal pewaris kepimpinan negara
pada masa akan datang.

Kalau pergi ke tanjung keramat,


Anak manis jangan di angkat.
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat.
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Penyayang dengan limpah kurnianya, marilah kita sama-
sama bermunajat menadah tangan memohon taufik dan
hidayah agar majlis kita pada hari ini diberkati dan
dirahmati Allah SWT. Dengan segala hormatnya
dipersilakan Ustaz Fadzli bin Mohd Idris untuk memimpin
bacaan doa.

DOA

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Fadzli bin Mohd


Idris atas bacaan doa itu tadi.

Yang Berbahagia Tuan Haji Zainuren bin Haji Mohd Nor


dan hadirin sekalian,

Sebagai halwa mata dan telinga, marilah kita sama-sama


menyaksikan Persembahan Multimedia daripada
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor.
PERSEMBAHAN MULTIMEDIA DARIPADA BTPN
SELANGOR

Terima kasih diucapkan kepada BTPN Negeri Selangor


atas Persembahan Multimedia itu tadi.

Seterusnya marilah kita saksikan pula satu lagi


persembahan tarian daripada murid-murid SK Pulau
Menanti, Sepang Selangor Darul Ehsan.

PERSEMBAHAN TARIAN

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada murid-


murid SK Pulau Meranti yang telah mempersembahkan
tarian sebentar tadi.

Majlis kini diteruskan dengan ucapan. Untuk itu, majlis


dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha
Tuan Haji Mahmudi bin Bakri, Ketua Sektor Pengurusan
Sekolah, menjalankan tugas Timbalan Pengarah, Jabatan
Pendidikan Negeri Selangor, merangkap Pengerusi
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Sukan Prestasi
Tinggi Sekolah (SPTS) Peringkat Kebangsaan kali ke-4
bagi tahun 2014 untuk menyampaikan ucapan. Majlis
mempersilakan.

UCAPAN TIMBALAN PENGARAH JABATAN


PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Yang


Berusaha Tuan Haji Mohd Mahmudi bin Bakri atas ucapan
itu tadi.

Seterusnya, majlis dengan berbesar hati mempersilakan


Yang Berbahagia Tuan Haji Zainuren bin Haji Mohd Nor,
Timbalan Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian
Pendidikan Malaysia, untuk menyampaikan ucapan
Perasmian Penutupan Kejohanan Sukan Prestasi Tinggi
Sekolah (SPTS) Peringkat Kebangsaan Kali ke-4 untuk
tahun 2014. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

UCAPAN TIMBALAN PENGARAH BAHAGIAN SUKAN


KPM
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia
Tuan Zainuren bin Haji Mohd Nor atas ucapan itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis dilanjutkan lagi dengan acara penyampaian hadiah.


Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan hormatnya
mempersilakan Yang Berusaha Tuan Mohd Mahmudi bin
Bakri, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan
Pendidikan Negeri Selangor dengan diiringi oleh Tuan Haji
A.Rahman Bin Haji Ngit, Ketua Sektor, Sektor
Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri
Selangor, untuk menyampaikan cenderamata dan Sijil
Penyertaan kepada Ketua-Ketua Kontinjen MSS Negeri.

Dipersilakan Ketua Kontinjen :


1. Negeri Selangor
2. Negeri Perlis
3. Negeri Negeri Sembilan
4. Negeri Johor
5. Negeri Pahang
6. Negeri Terengganu
7. Negeri Sabah
8. Negeri Sarawak
9. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
10. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Putrajaya
11. Negeri Kelantan
12. Negeri Melaka
13. Negeri Pulau Pinang
14. Negeri Perak
15. Negeri Kedah, dan
16. Wilayah Persekutuan Labuan

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Berusaha Tuan Haji Mahmudi bin Bakri, Ketua Sektor
Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri
Selangor, kerana sudi menyampaikan cenderamata dan
sijil penyertaan kepada Ketua-Ketua Kontinjen Majlis
Sukan Sekolah Negeri. Sebagai tanda terima kasih, majlis
dengan hormatnya mempersilakan Yang Dihormati, Tuan
Haji A.Rahman Bin Haji Ngit, untuk menyampaikan
cenderamata kepada Yang Berusaha Tuan Haji Mohd
Mahmudi sebagai tanda tulus ikhlas. Majlis
mempersilakan.
CENDERAMATA KEPADA VIP

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah


kepada para pemenang. Bagi menyempurnakan acara,
majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang
Berbahagia Tuan Zainuren bin Haji Mohd Nor, Timbalan
Pengarah, Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan
Malaysia dengan diiringi oleh Yang Berusaha Tuan Haji
Mohd Mahmudi bin Bakri, Ketua Sektor Pengurusan
Sekolah, Jabatan Pendidikan Selangor untuk
menyampaikan sijil dan hadiah. Dipersilakan.

Dimulakan dengan acara Medley Relay :


Tempat Ke-4 dimenangi oleh Kontinjen Wilayah
Persekutuan Kula Lumpur
Dijemput wakil kontinjen untuk menerima sijil dan hadiah.
Tempat ke-3 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Pahang
Naib Johan dimenangi oleh Kontinjen Negeri Kedah
Dipersilakan semua peserta untuk menerima sijil dan
hadiah.
dan Johan dimenangi oleh Kontinjen Negeri Johor
Seterusnya bagi acara Balapan dan Padang :
Tempat Ke-4 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Selangor
Tempat ke-3 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Sarawak
dan Naib Johan dimenangi oleh Kontinjen Negeri Johor
Dan Johan dengan membawa pulang sijil pencapaian,
medal dan piala iringan dimenangi oleh Kontinjen Negeri
Sabah.

Bagi Acara Badminton :


Tempat Ke-4 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Sabah
Tempat ke-3 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Kedah
Naib Johan dimenangi oleh Kontinjen Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur
Dan Johan dengan membawa pulang sijil pencapaian,
medal dan piala iringan dimenangi oleh Kontinjen Negeri
Melaka.

Seterusnya bagi acara Sukan Memanah:


Tempat Ke-4 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Perak
Tempat ke-3 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Pahang
Naib Johan dimenangi oleh Kontinjen Negeri Selangor
Dan Johan dengan membawa pulang sijil pencapaian,
medal dan piala iringan dimenangi oleh Kontinjen Negeri
Kedah.

Bagi acara sukan Bola Sepak :


Tempat Ke-4 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Johor
Tempat ke-3 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Perak
Naib Johan dimenangi oleh Kontinjen Negeri Kelantan
Dan Johan dengan membawa pulang sijil pencapaian,
medal dan piala iringan dimenangi oleh Kontinjen Negeri
Sembilan.

Bagi Acara Sukan Sepak Takraw :


Tempat Ke-4 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Sabah
Tempat ke-3 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Sembilan
Naib Johan dimenangi oleh Kontinjen Negeri Kelantan
Dan Johan dengan membawa pulang sijil pencapaian,
medal dan piala iringan dimenangi oleh Kontinjen Negeri
Perak.
Bagi Sukan Gimnastik :
Tempat Ke-4 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Pahang
Tempat ke-3 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Selangor
Naib Johan dimenangi oleh Kontinjen Negeri Sabah
Dan Johan dengan membawa pulang sijil pencapaian,
medal dan piala iringan dimenangi oleh Kontinjen Negeri
Johor.

Bagi Sukan Gimrama :


Tempat Ke-4 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Johor
Tempat ke-3 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Sarawak
Naib Johan dimenangi oleh Kontinjen Negeri Selangor
Dan Johan dengan membawa pulang sijil pencapaian,
medal dan piala iringan dimenangi oleh Kontinjen Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.

Seterusnya, bagi Sukan Hoki Kategori Perempuan:


Tempat Ke-4 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Kelantan
Tempat ke-3 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Perak
Naib Johan dimenangi oleh Kontinjen Negeri Johor
Dan Johan dengan membawa pulang sijil pencapaian,
medal dan piala iringan dimenangi oleh Kontinjen Negeri
Selangor.

Dan Bagi Sukan Hoki Kategori Lelaki:


Tempat Ke-4 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Perlis
Tempat ke-3 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Sembilan
Naib Johan dimenangi oleh Kontinjen Negeri Johor
Dan Johan dengan membawa pulang sijil pencapaian,
medal dan piala iringan dimenangi oleh Kontinjen Negeri
Melaka.

Hadirin yang dikasihi sekalian, kini tibalah kita pada saat


yang ditunggu-tunggu. Dengan bangganya majlis
mengumumkan Johan Keseluruhan Kejohanan Sukan
Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) Peringkat Kebangsaan
Kali ke-4 bagi Tahun 2014 diungguli oleh Negeri Johor (
41 mata ). Tahniah diucapkan!

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Berbahagia Tuan Zainuren bin Haji Mohd nor kerana sudi
menyampaikan sijil dan hadiah kepada para pemenang.
Sebagai tanda terima kasih, majlis dengan hormatnya
mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Mahmudi
bin Bakri untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang
Berbahagia Tuan Zainuren. Majlis mempersilakan.

CENDERAMATA KEPADA VVIP

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada


Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Mahmudi atas
penyampaian cenderamata itu tadi.

Demikianlah tadi berakhirnya majlis penyampaian sijil dan


hadiah bagi Majlis Penutupan Kejohanan Sukan Prestasi
Tinggi Sekolah (SPTS) Peringkat Kebangsaan kali ke-4
Tahun 2014. Tahniah diucapkan kepada kontinjen yang
berjaya meraih kemenangan pada kejohanan kali ini, dan
kepada yang tewas, cuba lagi pada masa akan datang.
Kami mewakili seluruh ahli jawatankuasa pengelola
Kejohanan Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS)
Peringkat Kebangsaan kali ke-4 Tahun 2014
mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
semua pihak atas kerjasama dalam menjayakan
kejohanan ini sama ada secara langsung mahupun tidak
langsung. Atas segala kelemahan dan kekurangan
sehingga menimbulkan kesulitan, maaf jua kami pohon.
Semoga kita berjumpa lagi pada masa akan datang.

Kami akhiri majlis dengan serangkap pantun

Mancis digores menyala api,


Sinar kilauan menyambar para.
Walau SPTS berakhir di sini,
Semangat kesukanan terus membara.

Sebagai penutup majlis pada petang ini, para hadirin


dipersilakan berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu 1
Murid 1 Sukan.

LAGU 1 MURID 1 SUKAN

Sekian sahaja majlis pada pagi ini. Wabillahitaufik


Walhidayah Wassalamualaikum WBT dan terima kasih.
Dijemput para tetamu kehormat dan jemputan untuk
menikmati jamuan yang disediakan.

Sekian terima kasih, majlis bersurai.

You might also like