KEPERCAYAAN

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

KEPERCAYAAN ANIMISME

Kepercayaan animisme atau kepercayaan kepada makhluk halus dan roh


dipercayai merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul dalam
kalangan manusia primitif purba kala.Kepercayaan animisme mempercayai
bahawa setiap benda di bumi ini, (seperti kawasan tertentu, gua, pokok atau
batu besar), mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semangat
tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat
dan roh jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka. Semangat ini juga
dikenali dengan pelbagai nama, antaranya jin, mambang, roh, datuk, tuan, dan
penunggu. Kadang-kala semangat ini juga dianggap roh leluhur mereka yang
telah meninggal yang kini menetap ditempat sedemikian.Dianggarkan bahawa
di Kalimantan Barat masih terdapat 7,5 juta orang Dayak yang tergolong
pemeluk animisme.Selain daripada semangat dan roh yang mendiami di
tempat-tempat yang dinyatakan di atas, kepercayaan animisme juga
mempercayai bahawa roh orang yag telah mati boleh masuk ke dalam
tubuh haiwan, misalnya suku Nias, di sebuah pulau yang terletak di
barat Sumatera mempercayai bahawa seekor tikus yang keluar masuk dari
rumah merupakan roh daripada wanita yang telah mati beranak. Roh-roh
orang yang telah mati juga boleh memasuki tubuh babi atau harimau dan
dipercayai akan menuntut bela ke atas orang yang menjadi musuh simati pada
masa hidupnya. Kepercayaan ini menyerupai dengan kepercayaan kelahiran
semula seperti yang terdapat pada agama Hindu
AGAMA KRISTIAN

Agama Kristian adalah agama terbesar di dunia, kira-kiranya 2.1 bilion


penganut, atau sepertiga jumlah penduduk dunia. Kristian adalah
sebuah agamamonotheis yang berdasarkan kehidupan dan ajaran-ajaran Jesus
dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya para pengikutnya
dalam Perjanjian Baru. Agama Kristian berkongsi semua kitab-kitab
dalam Alkitab Ibrani dengan agama Yahudi dan sebab itu agama ini juga digelar
sebuah agama usulan Abraham. Penganut Kristian atau Nasrani mengikuti
ajaran Jesus Christ (Ibrani: Yehoshua). Jesus dikenali juga dengan panggilan 'Al-
Masih'.Pelbagai tradisi agamawi, kepercayaan dan cara sembahyang yang
memegang pada adat resam yang tertentu wujud dalam Kristianiti. Agama
Kristian selalunya dipaparkan sebagai tiga aliran yang terutama yang telah
dibentuk selama dua ribu tahun dahulu:Katolik Roma (Mazhab yang nyata
terbesar, dengan anggaran 1.2 bilion penganut yang telah
dibaptis),Ortodoks (Ortodoks Timur Dan Ortodox Timur Tengah),
Protestan (Pelbagai mazhab dan aliran fikiran, seperti Anglikanisme, Reformasi,
Luteran, Methodis, Injili, and Pentekostalisme) . Penganut Kristian
menganggap bahawa Yesus adalah anak Yahweh. Beliau dikatakan membentuk
sebahagian daripada Tritunggal (sang hyang Tri Tunggal di Indonesia atau Tri
Tunggal Mahasuci di Singapura). 'Tritunggal' bermaksud
persatuan Yahweh Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Yesus) dan Roh Kudus yang
membentuk satu Tuhan. Penganut Kristian juga percaya bahawa Yesus wujud
bersama Yahweh sebelum terciptanya dunia, dilahirkan di dunia
menerusi Bunda Maria (yang merupakan seorang perawan), dibangkitkan dari
kubur setelah wafat selama tiga hari dan kini berada di "tangan kanan" Yahwe
Tuhan di syurga
AGAMA ISLAM

Islam (Bahasa Arab: ‫ ;اإلسالم‬al-'islām (bantuan·maklumat); disebut: [ɪs.ˈlaːm])


aslama , yuslimu , islaman ialah agama samawi yang terkandung dalam al-
Quran, yang dianggap penganutnya sebagai kalam Allah (Bahasa
Arab: ‫هللا‬, Allāh), kata demi kata, serta ajaran dan contoh normatif nabi
terakhir Nabi Muhammad s.a.w., seorang tokoh politik dan
keagamaan Arab abad ke-7. Perkataan Islam bermaksud "penyerahan", atau
penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah. Seorang penganut Islam dikenali
sebagai Muslim, bermaksud "seorang yang tunduk [kepada Allah]".Muslim
percaya bahawa Allah itu Esa dan tujuan hidup ialah untuk menyembah
Tuhan.Muslim juga percaya bahawa Islam merupakan versi lengkap dan
sejagat kepercayaan monoteistik ajaran Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi
Isa a.s., dan lain-lain nabi. Nabi Muhammad s.a.w. bukanlah pengasas agama
baru, sebaliknya menjadi pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi
terdahulu. Tradisi Islam menegaskan bahawa agama
Yahudi dan Kristian memutarbalikkan wahyu yang Allah berikan kepada nabi-
nabi ini dengan mengubah teks atau memperkenalkan tafsiran palsu, atau
kedua-duanya . Amalan keagamaan Islam termasuklah Rukun Islam, yang
merupakan lima tanggungjawab yang menyatukan Muslim ke dalam sebuah
masyarakat. Selain itu, terdapat syariat Islam (‫شريعة‬, syari'ah) yang menyentuh
pada hampir semua aspek kehidupan dan kemasyarakatan.
Tradisi ini meliputi segalanya dari hal praktik seperti hukum
pemakanan dan perbankan kepada jihad dan zakat . Hampir kesemua Muslim
tergolong dalam salah satu dari dua mazhab terbesar, Sunah dan Syiah.Islam
adalah agama paling berpengaruh di Afrika dan Timur Tengah, serta di
sebahagian besar Asia. Komuniti besar juga ditemui di China, Semenanjung
Balkan di Eropah Timur dan Rusia. Terdapat juga sebahagian besar komuniti
pendatang Muslim di bahagian lain dunia, seperti Eropah Barat. Sekitar 20%
Muslim tinggal di negara-negara Arab,25% di Asia Selatan dan 13%
di Indonesia, negara Muslim terbesar mengikut populasi . Terdapat sekitar 1.57
bilion Muslim, atau 23% penduduk dunia, menjadikan Islam agama kedua
terbesar di dunia, selepas Kristian dan boleh dikatakan agama yang
berkembang paling pesat di dunia.

You might also like