Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SMK DATO’ IBRAHIM MAJID

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2018

SEJARAH
TINGKATAN 1

2 JAM

NAMA : ................................................................. TINGKATAN : ..........................

Kertas soalan ini mengandungi Bahagian A dan Bahagian B. Jawab semua soalan.

Bahagian A
20 Markah

1. Jadual berikut merujuk kepada konsep masa dalam sejarah

Konsep Maksud
Masa
X Jangka masa sepuluh tahun
Abad Jangka masa seratus tahun
Apakah X ?
A Dekad C Hijrah
B Zaman D Masihi

2. Apakah kaedah pengkajian sejarah yang digunakan secara saintifik untuk mencari
maklumat daripada bahan tinggalan sejarah?
A Kaedah lisan C Kaedah lakaran
B Kaedah bertulis D Kaedah arkeologi

3. Zaman Air Batu pada tahap yang kedua ialah?

A Miosen C Holosen
B Pliosen D Pleistosen

4. Berlaku glasier utama sebanyak 11 kali merupakan zaman

A Miosen C Holosen
B Pliosen D Pleistosen

1
5. Antara haiwan yang mengalami kepupusan pada Zaman Pleistosen ialah
A Dipterus C Eurypterids
B Trilobite D Harimau bertaring

6. Apakah urutan Zaman Prasejarah yang betul?

A Logam – Mesolitik – Neolitik – Paleolitik

B Paleolitik – Mesolitik – Neolitik – Logam
C Paleolitik – Mesolitik – Logam – Neolitik
D Mesolitik – Neolitik – Paleolitik – Logam

7. Peralatan manusia Zaman Paleolitik dan Neolitik diperbuat daripada

A batu C tembikar
B kayu D besi dan tembaga

8. Apakah konsep tamadun mengikut pandangan Barat?

A Kejayaan dalam kehidupan

B Pencapaian ilmu dan teknologi
C Peningkatan tahap kerohanian
D Pembentukan sistem kepercayaan

9. Bukti perkembangan teknologi dalam tamadun Mesir Purba ialah?

A Zigurat C Kereta kuda

B Piramid D Wang syiling

10. Maklumat berikut menunjukkan lokasi tamadun awal dunia.

Terletak di antara Sungai Tigris dan
Sungai Euphrates

Apakah tamadun tersebut?

A Rom C Mesir Purba

B Yunani D Mesopotamia

2
Bahagian B
(80 markah)

1. Tandakan ( ) pada mana-mana contoh sumber primer

a) Fosil

b) Artifak

c) Jurnal Sejarah

d) Batu bersurat

e) Dokumen Rasmi

f) Buku Teks Sejarah

( 8 Markah)

2. Nyatakan kaedah penyelidikan dalam sejarah yang sesuai

berdasarkan maklumat berikut
Maklumat Kaedah Penyelidikan

a) Pelajar tingkatan 1 Amanah diminta

membuat tugasan tentang asal-usul diri dan
keluarga.

b) Marina dan Aisyah ingin mengkaji

dokumen Perjanjian Pangkor.

c) Pelajar dari Universiti Malaysia Sabah

ingin mengetahui tentang kes Kapal Karam
di Selat Melaka

d) Adam menemu ramah ketua kampung

untuk mengetahui sejarah penubuhan
Kampung Parit Raja
e) Aisyah membuat kajian serta penyelidikan
melalui pembacaan mengenai Perdana
Menteri Pertama di Arkib Negara
( 10 Markah)

3
3. Padankan sumbangan berikut dengan tokoh yang betul.

a) Bertanggungjawab Cai Lun

menyatukan China
b) Mengasaskan Dinasti Han Maharaja Gaozu

c) Memperkenalkan teknologi Maharaja Shi

pembuatan kertas Huangdi
( 6 Markah)

4. Tandakan (  ) pada tokoh yang terlibat dalam perluasan kuasa dalam Tamadun
India dan ( X ) pada jawapan yang salah.

a) Asoka

b) Ramayana

c) Chandragupta Maurya

( 6 Markah)

5. Berdasarkan maklumat berikut , tandakan () pada kerajaan yang betul.

Maklumat Kerajaan Bani Kerajaan Bani Kerajaan

Umaiyah Abbasiyah Turki
Uthmaniyah
a) Berpusat di Anatolia

b) Islam bertapak di India dan

Asia Tengah
c) Berpusat di Baghdad dan
memerintah selama lima abad
d) Islam berkembang ke
Sanmaniyah di Transoxania
hingga ke barat India
e) Pengaruh kerajaan ini meluas
hingga ke Alam Melayu
( 10 Markah)

4
6. Tandakan ( ) pada pernyataan yang betul dan (x) pada pernyataan yang salah.

a) Masyarakat Arab Jahiliah terbahagi kepada kaum Hadhari dan Badwi

b) Kaum Hadhari hidup secara nomad dengan memelihara binatang

ternakan

c) Mereka mengamalkan sistem kabilah yang diketuai oleh seorang raja

d) Penyatuan masyarakat berkabilah adalah berdasarkan keturunan yang

digelar semangat assabiyah

e) Masyarakat Arab Jahiliah sering berperang untuk merebut pengaruh ,

kuasa dan harta

( 10 Markah)

7. Nyatakan lokasi pembentukan tamadun awal dunia

Tamadun Awal Lokasi

a) Mesopotamia

b) Mesir Purba

c) Indus

d) Hwang He

( 4 Markah)

8. Terangkan maksud tamadun mengikut bahasa

i) Yunani
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

ii) Inggeris
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

iii) Arab
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

5
iv) Melayu
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
( 8 Markah )

9. Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dengan kuasa menggubal undang-undang dan
struktur kerajaan ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal
sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan
yang mengamalkan sistem demokrasi dipanggil negara atau kerajaan yang demokratik.
Adakah negara kita mengamalkan sistem demokrasi ? Berikan 2 bukti berdasarkan
jawapan anda.

________________________________________________________________________

10. Pemerintah tamadun awal menjalankan dasar perluasan kuasa untuk menyatukan
kerajaan-kerajaan kecil, membentuk empayar dan meluaskan kawasan takluk.
Berdasarkan pernyataan tersebut , apakah ciri-ciri kepimpinan yang harus dimiliki oleh
pemerintah untuk menjamin kegemilangan sesebuah kerajaan atau negara ?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

( 10 Markah )

You might also like