Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KERTAS CADANGAN

UNIT HAL EHWAL MURID


SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BUKIT MAHKOTA

PROGRAM PENGUNSIAN BANGUNAN 2017


(LATIHAN PENGOSONGAN BANGUNAN KETIKA KEBAKARAN)

TUJUAN

1. Kertas cadangan ini dikemukakan bertujuan untuk memohon


pertimbangan dan kelulusan pentadbir Sekolah Kebangsaan Bandar
Bukit Mahkota (SKBBM) bagi melaksanakan Program Pengunsian
Bangunan 2017.

LATAR BELAKANG

2. Program Pengunsian Bangunan 2017 merupakan program


pengosongan bangunan ketika berlaku kecemasan atau bencana
di sekolah yang dikelolakan oleh Unit Hal Ehwal Murid (HEM).
Salah satu aktiviti utama program ini ialah latihan pengosongan bangunan
ketika kebakaran.

3. Bagi melaksanakan latihan ini, Jawatankuasa Pengurusan 3K


(Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) SKBBM ditubuhkan di bawah
unit HEM bagi merancang, melaksanakan dan melaporkan aktiviti latihan
pengosongan bangunan ini.

1
ASAS PERTIMBANGAN

4. Latihan pengosongan bagunan ketika kebakaran


perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun
sebagai mematuhi arahan yang terkandung dalam
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8 Tahun 1978.

5. Keperluan untuk melaksanakan latihan ini adalah


sebagai persediaan warga sekolah dan orang awam yang berada
di dalam kawasan sekolah mengenal pasti isyarat kebakaran dan
laluan kecemasan yang boleh digunakan serta tempat berkumpul
sewaktu mengosongkan bangunan ketika berlaku kebakaran.

STRATEGI PELAKSANAAN

6. Latihan pengosongan bangunan ketika kebakaran dilaksanakan


berdasarkan persediaan berikut:

Bil Pengisian Tarikh

6.1 Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan 3K 26.09.2017

6.2 Pemeriksaan Pelan Laluan Kecemasan 27.09.2017

6.3 Taklimat kepada guru dan murid dalam 02.10.2017


Perhimpunan Mingguan Rasmi

2
PERKARA YANG DICADANGKAN

7. Latihan pengosongan bangunan ketika kebakaran dicadang untuk


dilaksanakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 4 Oktober 2017 (Rabu)


Masa: 8.30 pagi (sesi pagi)
2.00 petang (sesi petang)
Isyarat kecemasan akan diaktifkan dengan menggunakan
sistem penggera yang sedia ada di sekolah di mana loceng yang panjang
akan dibunyikan pada jam 8.30 pagi bagi sesi pagi dan 1.30 petang bagi
sesi petang.

8. Pelibatan guru adalah terdiri daripada Jawatankuasa Pengurusan


3K seperti perincian dalam jawatankuasa pada Lampiran 1.

IMPLIKASI

9. Latihan pengosongan bangunan ini melibatkan semua warga


SKBBM dan orang awam yang berada di dalam kawasan sekolah.

10. Latihan ini tidak melibatkan sebarang kos perbelanjaan.

KESIMPULAN

11. Pelaksanaan latihan pengosongan bangunan ini perlu dilaksanakan


sebagai persediaan semua warga SKBBM dalam menghadapi sebarang
bentuk kecemasan yang berlaku ketika berada di dalam kawasan
sekolah. Latihan ini sangat penting demi keselamatan diri agar tidak
berlaku kehilangan nyawa yang boleh mendatangkan kesan buruk
terhadap reputasi sekolah.

3
SYOR

12. Unit HEM SKBBM memohon pertimbangan daripada pentadbir


SKBBM untuk meluluskan pelaksanaan Program Pengunsian Banguan
2017 (Latihan Pengosongan Bangunan Ketika Kebakaran).

JAWATANKUASA PENGURUSAN 3K
UNIT HAL EHWAL MURID
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BUKIT MAHKOTA
18 SEPTEMBER 2017

4
KERTAS CADANGAN
UNIT HAL EHWAL MURID
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BUKIT MAHKOTA

PROGRAM PENGUNSIAN BANGUNAN


(LATIHAN PENGOSONGAN BANGUNAN KETIKA KEBAKARAN)

Ulasan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid:

_________________________________________________________

_________________________________________________________

DISOKONG / TIDAK DISOKONG

(PN. AMALINA BINTI ISMAIL)


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Mahkota

Tarikh:

KEPUTUSAN PENTABDIR SKBBM

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

(EN. MOHD. FAIZAL BIN. ABD. AZIZ)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Mahkota

Tarikh:

5
Lampiran 1
Jawatankuasa Pelaksanaan
Program Pengungsian Bangunan 2017
(Latihan Pengosongan Bangunan Ketika Kebakaran)
Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Mahkota

Pengerusi En. Mohd. Faizal bin Abd. Aziz


Guru Besar

Timb. Pengerusi Pn. Amalina binti Ismail


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Naib Pengerusi 1 Pn. Suwaibatullaslamiah binti Jalaludin


Guru Penolong Kanan Pentadbiran & Kurikulum

Naib Pengerusi 2 Hjh. Rusni binti Hasbullah


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Naib Pengerusi 3 En. Hamizon bin Hamid


Guru Penolong Kanan Petang

Penyelaras En. Muhammad Farid bin Abdul Ghani

Buku Program Pn. Haslinda binti Hashim


Pn. Siti Sarah binti Abas

Dokumentasi Pn. Erni Marliana binti Tanda


Pn. Nor Aida binti Jaafar

Disiplin En. Muhammad Farid bin Abdul Ghani


En. Mohamad Tarmizi bin Abdul Hamid

Fotografi En. Mohammad Hafiz bin Abdul Rahman


En. Suhazizi bin Sulaiman

Penggera En. Muhammad Shukri bin Haruddin


Pn. Junaidah binti Suar

Siaraya En. Mohd Nasrol bin Mohd Soludi


En. Basri bin Mat Nawang

Keselamatan En. Zakuan bin Jusoh


En. Nasaruddin bin Bujang

You might also like