Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN

CIKGU RAHANI

Mengumumkan ketibaan Yang diraikan Pn Rahani Bt Sulaiman.

Semua hadirin diminta berdiri

Hadirin dipersilakan duduk.

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam sejahtera dan selamat pagi

Yang Berusaha Puan Faizah Bt Ibrahim, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,


Yang Diraikan Pn Rahani Bt Sulaiman,
Yang Dihormati En Khuiruddin B Shamsudin, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid,Puan Rousnani Bt Ibrahim Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
En Azizan Bin Saad,Penolong Kanan Tingkatan 6,Guru-guru Kanan,
guru-guru seterusnya, murid-murid, yang diRahmati Allah sekalian.

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya kita
dapat bersama-sama berkumpul untuk meraikan hari bersejarah sempena persaraan Pn
Rahani Bt Sulaiman.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
Ustaz Che Mohd Redza Bin Joned. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Che
Mohd Redza atas bacaan doa itu tadi.

Guru umpama bintang cemerlang


Walau bersara jasa dikenang

Perkhidmatan Pn Rahani sebagai pendidik sepanjang lebih tiga dekad lamanya


sangatlah besar maknanya untuk negara khususnya untuk warga SMK Sik.
Sudah teradat si anak lelaki

Mati berjuang,berundur jangan

Berani kami menjungjung adat

Bukan memberi kata dan puji

Hanya budi dalam ingatan

Buat kenangan sepanjang hayat

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan wakil guru En. Mohd Asri Bin
Mohd Yusof, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Asri, atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang Berusaha Pn


Faizah Bt Ibrahim untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn Faizah atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.

Buah mengkudu buah bidara


Mari disimpan didalam dulang
Hari ini genap bersara
Jasa baik tetap dikenang

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang
Diraikan Pn Rahani Bt Sulaiman. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang


Diraikan Puan Rahani atas ucapan itu tadi.

Di kesempatan ini juga, saya mewakili warga SMK SIK ingin menyampaikan seloka
khusus buat yang diraikan Puan Rahani Bt Sulaiman

Assalamualaikum pembuka bicara


Madah disusun mengungkap rasa
Suasana suram pagi yang hiba
Bagai mengerti gelodak jiwa
Cikgu Rahani panggilan mesra
Guru veteran yang banyak berjasa
Mendidik anak bangsa bukan sebentar cuma
Tiga dekad begitulah lama

Dari muda hingga berusia


Menjalankan tugas dengan setia
Menabur bakti mencurah jasa
Tak terbalas dek pelajar semua

Kini sudah tibanya masa


Berundur Cikgu Rahani kerana bersara
Hilanglah permata yang berharga
Hilang seri hilang cahaya

Sampai di sini seloka kami


Tidak berakhir hubungan ini
Silaturahim terus terpatri
Biarpun Cikgu Rahani tiada di sisi

Ampun dan maaf kami pinta


Andai pernah mengusik rasa
Jenguklah kami sekali sekala
Andai rindu datang menjelma

Semoga cikgu Rahani sihat sejahtera


Menyusuri hari-hari yang ceria
Di samping beribadat pada yang Esa
Moga dilindungi Allah sentiasa.

Majlis sudah sampai ke penghujungnya, saya selaku pengacara ingin memohon ribuan
kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum


Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Saya serahkan kembali kepada pengawas bertugas.

You might also like