Kertas 1 NSM

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

SULIT 1223/1

Bahagian A
[40 Markah]
Jawab semua soalan.

Soalan 1 hingga Soalan 20


Tiap-tiap soalan di bawah ini diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D.
Hitamkan jawapan yang tepat pada ruangan jawapan yang disediakan.

o Encik Ali beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad diturunkan


sebuah kitab suci yang bernama Al-Tazkirah.
o Beliau percaya Nabi Isa meninggal dunia dan dimaqamkan di
Srinagar, India.

1. Pernyataan di atas merujuk kepada ajaran ___________


A. Bahai
B. Syiah
C. Taslim
D. Qadiani

o Tidak percaya kepada Allah swt serta


o Mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhamad saw.

2. Pernyataan di atas merujuk kepada _______________


A. mulhid
B. kufur
C. syirik
D. nifak

3. Pilih pernyataan yang benar mengenai ajaran Taslim


i Menghapuskan jihad
ii Solat 9 rakaat sahaja 3 kali sehari
iii Beriktikad bahawa alam bersifat qadim
iv Solat secara niat tanpa rukun qauli dan fi’li

A. i dan ii
B. ii dan iii
C. iii dan iv
D. i dan iv
SULIT 1223/1

o Golongan penyokong Saidina Ali yang berjuang menentang Muawiyah


bin Abi Sufian tetapi mereka tidak menerima Majlis Tahkim.

4. Pernyataan di atas merujuk kepada ______________


A. Ahli Sunnah waljamaah
B. Khawarij
C. Taslim
D. Syiah

5. Antara yang berikut yang manakah bukan punca perbuatan membunuh diri?
A. Berputus asa dengan rahmat Allah
B. Tidak menyakini kehidupan hari akhirat
C. Kelemahan pelaksanaan undang-undang
D. Tidak sanggup menghadapi kegagalan hidup

6. Syiah Zaidiah beriktikad bahawa pelaku dosa besar _______________


A. berada di antara keimanan dan kekufuran
B. masih lagi mukmin tetapi fasiq
C. murtad yang asi
D. kafir

7. Hukuman ke atas penzina muhsan ialah __________________


A. 80 kali sebatan
B. 100 kali sebatan
C. disula hingga mati
D. direjam sehingga mati

 Tanda persetujuan pihak lelaki untuk mengambil perempuan sebagai isteri.


 Pihak lelaki harus memberi hadiah kepada pihak perempuan.

8. Pernyataan di atas merujuk kepada


A. mahar
B. merisik
C. meminang
D. mas kahwin

Mengerjakan ibadat haji dan umrah secara serentak.


9. Pernyataan di atas merujuk kepada __________________
A. Haji Ifrad
B. Haji Qiran
C. Haji Mabrur
D. Haji Tamattuk

“ Mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku kepada Siti Hajar yang
berusaha mencari air untuk anaknya Nabi Ismail as. Ketabahan dan
kecekalan itu Allah jadikan sebagai salah satu syiarnya untuk iktibar buat
selama-lamanya”.
o
SULIT 1223/1

10. Pernyataan di atas merujuk kepada hikmah rukun haji ibadat ____________
A. wukuf
B. tawaf
C. sa’ie
D. bercukur

11. Antara yang berikut yang manakah paling tepat menunjukkan perbezaan rukun
haji dan umrah.

Haji Umrah
A. Terdapat 6 rukun haji Terdapat 3 rukun umrah
B. Wukuf di Padang Arafah Tiada ibadat wukuf
C. Dikenakan dam pada kesalaahan Tidak dikenakan dam
haji sahaja
D. Dilakukan bermula bulan Boleh dilakukan pada bila-bila
Zulkaedah masa

12. Antara yang berikut yang manakah perkara sunat dalam ibadat haji?
A. Memperbanyakkan ucapan talbiah
B. Memulakan niat Sa’ie semasa mula di Safa
C. Mempercepatkan tempoh berada di Padang Arafah.
D. Memakai pakaian yang bewarna putih dan hitam.

13. Antara yang berikut yang manakah bukan hikmah ibadat haji kepada masyarakat?
A. Mengadakan perbincangan mengenai permaslahatan ummah.
B. Membentuk pakatan bersama menghadapi musuh Islam.
C. Mengingati sejarah kecemerlangan tamadun Islam
D. Saling berkenalan sesama umat Islam

14. Semua yang berikut merupakan rukun nikah, kecuali


A. wali
B. imam
C. bakal isteri
D. bakal suami
SULIT 1223/1

15. Bidang kuasa Mal Mahkamah Syariah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah
Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri merangkumi kes seperti
____________
A. kesahtarafan anak
B. sumbang mahram
C. tidak solat jumaat
D. minum arak

16. Berikut adalah faktor-faktor kegemilangan kerajaan Bani Abbasiah kecuali


i kestabilan politik
ii perpaduan antara kaum
iii sokongan padu daripada negara-negara jiran
iv kegemilangan pemerintahan Umar bin Abdul Aziz

A. i dan ii
B. ii dan iii
C. iii dan iv
D. i dan iv

o Penemuan penyakit baru dan punca


o Penemuan dalam bidang farmasi
o Membangunkan teknologi perubatan

17. Pernyataan di atas merujuk kepada _________________


A. Al-Hassan bin al-Haitham
B. Al-Khawarizmi
C. Ibnu Khaldun
D. Ibnu Sina

18. Pernyataan manakah yang tidak menerangkan tentang syarat hadis sahih yang
ditetapkan oleh al-Imam al-Bukhari?
A. Perawi orang Islam
B. Perawi bersifat thiqah
C. Perawi mempunyai ingatan dan akal yang kuat
D. Sanadnya bersambung terus kepada sahabat Rasulullah saw.
SULIT 1223/1

o Mendapat ganjaran Allah SWT


o Rezeki akan bertambah
o X

19. Pernyataan di atas menerangkan kelebihan memberi hadiah dan sedekah.


Antara yang berikut yang manakah pernyataan yang tepat bagi X.
A. Hidup lebih selesa
B. Jiwa menjadi lebih tenang
C. Gejala sosial dapat dibendung
D. Disukai masyarakat sekeliling

o Ihsan
o Kerjasama
o Menjauhi perkara yang haram

20. Pernyataan di atas merujuk kepada adab _________________


A berniaga
B bermusafir
C memberi sedekah
D amar makruf nahi munkar

Soalan 21 hingga Soalan 26


Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

21. ________________ ialah kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan
amaran azab di akhirat.

22. Iman menurut bahasa bermaksud _________________ , mengakui dan


membenarkan sesuatu tanpa mendustakannya.

Tanggungjawab o P
kepada ibu bapa o Membayar hutang mereka
yang telah o Mengekalkan hubungan silaturahim dengan
meninggal dunia sahabat mereka

23. P dalam jadual di atas ialah ________________________

o Azlan tidak taat kepada Allah dan rasulNya.


o Beliau telah melakukan perbuatan dosa besar berzina.
o Beliau juga sering melihat video lucah dan gambar-gambar aurat
perempuan di laman sosial.
SULIT 1223/1

24. Mengikut istilah asas ilmu akidah, Azlan digelar _________________

25. Mengikut Syiah Imamiah, jawatan “Imam” umat Islam hanya layak disandang
oleh __________________ .

26. Antara rukun gadaian ialah penggadai, pemegang gadai, __________________ ,


ijab & qabul serta bayaran.

27. Tindakan Encik Faizal menceraikan isterinya yang solehah tanpa sebarang sebab
hukumnya adalah __________________.

28. Perhubungan suami isteri menjadi haram sehingga suami membayar


____________ zihar.

Maksud adil o Adil dari aspek makanan dan pakaian


dalam poligami o Adil dari aspek tempat tinggal
o Adil dari aspek Q

29. Aspek Q dalam jadual di atas ialah _____________________

o Cara haji ini lebih afdhal serta tidak dikenakan dam.


o Jemaah haji mengambil masa yang panjang untuk mengerjakan haji.

30. Pernyataan di atas merujuk kepada kebaikan mengerjakan haji secara


____________________.

Soalan 31 hingga Soalan 33


Pilih nama khalifah yang betul dalam ruangan jawapan yang disediakan.
SULIT 1223/1

Pernyataan di bawah adalah antara sumbangan khalifah dalam memajukan kerajaan Bani
Abbasiah.

Harun al-Rasyid Al-Ma’mun Umar bin al-Khattab Abu Jaafar


al-Mansur

Pernyataan Khalifah / tokoh


Beliau telah memindahkan pusat pemerintahan
dari Damsyik ke Baghdad bagi menggiatkan 31.__________________________
aktiviti ekonomi.
Beliau memperkenalkan strategi al-Karadis iaitu
membahagikan tentera kepada 5 ketumbukan 32.__________________________
besar.
Beliau telah mengambil inisiatif membawa masuk
khazanah kary-karya Yunani yang diambil dari 33.__________________________
Pulau Cyprus dan Istanbul.

Soalan 34 hingga Soalan 37


Isi tempat kosong dengan jawapan yang tepat.

34. Al-Imam Ahmad bin Hanbal telah menghasilkan kitab _______________ yang
mengandungi 40,000 hadis.

35. Kerajaan Abbasiah memberikan tumpuan kepada tiga sektor utama bagi
menggiatkan ekonomi iaitu pertanian, perdagangan dan ____________________ .

o R
o Akal fikiran
Sumber-sumber o Bukti-bukti kajian saintifik
adab berfikir o Maklumat yang benar
o Matlamat yang jelas

36. R dalam jadual di atas ialah _____________________.

37. Memastikan pesakit bersih tubuh badan, pakaian dan tempat merupakan adab
menjaga pesakit dari aspek __________________ .

38. Orang Islam _______________ melaksanakan amar makruf dan nahi munkar
mengikut kemampuan masing-masing.
SULIT 1223/1

39. Perbuatan merosakkan atau memusnahkan kemudahan-kemudahan awam


merupakan satu perbuatan ______________ .

o S
Adab pemimpin o Berlaku adil
terhadap rakyat o Menyediakan keperluan asas

40. S dalam jadual di atas ialah ___________________.

Bahagian B
[60 markah]
Jawab tiga soalan.

Jawab Soalan 1, Soalan 2 dan mana-mana satu soalan daripada Soalan 3 atau Soalan 4.
1 (a) Golongan syiah berpecah menjadi 22 puak. Antara yang masih kekal
hingga sekarang ialah Imamiah dan Zaidiah
i. Nyatakan maksud syiah? [2 markah]
ii. Jelaskan dua pegangan Syiah Zaidiah yang bertentangan dengan
Ahli Sunnah waljamaah. [4 markah]

iii. Bagaimanakah anda membantu rakan yang terjebak dengan


fahaman dalam gambar di atas. [4 markah]

(b) i) Siapakah pengasas ajaran Bahai? [2 markah]


ii) Jelaskan tiga ciri kesesatan ajaran Bahai. [3 markah]

(c) Perbuatan sihir merupakan salah satu dari perkara membatalkan iman.
i. Nyatakan contoh perbuatan sihir? [1 markah]
SULIT 1223/1

ii. Terangkan dua akibat perbuatan sihir terhadap pengamalnya.


[4 markah]

2 (a) Wukuf di Padang Arafah adalah salah satu rukun haji.


i) Bilakah jemaah haji melakukan ibadat wukuf. [2 markah ]
ii) Jelaskan dua hikmah wukuf dalam ibadat haji. [2 markah ]

(b) Akikah afdhal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi.


i. Apakah maksud akikah? [2 markah ]
ii. Jelaskan dua syarat sah ibadat akikah [4 markah ]

(c) Li’an memberi implikasi terhadap suami isteri.


i. Apakah maksud Li’an? [2 markah]
ii. Jelaskan tindakan yang mesti dilakukan oleh suami dan isteri
semasa dalam proses li’an. [4 markah]
iii. Terangkan dua implikasi li’an terhadap suami isteri. [4 markah]

3 (a) i. Nyatakan dua faktor yang mendominasi perkembangan sains dan


teknologi pada zaman Abbasiah. [2 markah]
ii. Jelaskan dua kesan penemuan sains dan teknologi pada zaman
Abbasiah terhadap masyarakat Islam pada ketika itu. [2 markah]

(b) Al-Imam Malik dianggap tokoh terkemuka dalam ilmu hadis dan feqah.
i. Nyatakan riwayat hidup Imam Malik secara ringkas. [2 markah]
ii. Jelaskan dua sumbangan Imam Malik. [4 markah]

(c) Bermusafir banyak memberi manfaat kepada umat Islam.


i. Nyatakan tempat yang diwajibkan untuk umat Islam bermusafir
beserta alasan. [2 markah]
ii. Jelaskan dua adab bermusafir yang dituntut Islam. [4 markah]
SULIT 1223/1

iii. Sejauhmanakah amalan di dalam gambar di atas dapat membantu


mengurangkan kemalangan jalanraya. [4 markah]

4 (a) i. Nyatakan dua orang panglima tentera yang berkaliber dalam


kerajaan Bani Umaiyah. [2 markah]
ii. Jelaskan cara pemilihan tentera pada zaman kerajaan Bani
Umaiyah. [2 markah]

(b) Al-Sayyid Jamaluddin Al-Afghani telah membawa mesej islah kepada umat
Islam.
i. Nyatakan riwayat hidup beliau dengan ringkas. [2 markah]
ii. Jelaskan dua bentuk mesej islah tersebut. [4 markah]

(c) Berzikir kepada Allah swt boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana
sahaja.
i. Nyatakan maksud berzikir. [2 markah]
ii. Jelaskan dua adab berzikir yang dituntut Islam. [4 markah]

iii Huraikan kerugian bagi mereka yang tidak beramal dengan amalan
seperti dalam gambar di atas.
[4 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like