Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SRKIP 1 ( Ulasan Hasrat Tokoh)

i. Penerangan hasrat tokoh: Tokoh tersebut ialah Tunku Abdul Rahman iaitu Perdana Menteri Malaysia yang
pertama. Beliau memberi ucapan di Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur. Beliau berhasrat agar semua
rakyat hidup dalam keadaan aman dan damai dan bersatu padu walaupun berlainan bangsa, agama, budaya
dan warna kulit. Contohnya negara kita mempunyai pelbagai bangsa dan etnik seperti Melayu, Cina dan India.
Oleh yang demikian, walaupun hidup dalam pelbagai perbezaan tetapi setiap rakyat sepatutnya hidup dalam
keadaan aman dan damai, harmoni dan tidak bersengketa. Ini kerana seandainya wujud persengketaan sesama
sendiri, negara akan huru-hara dan rakyat hidup dalam ketakutan. Jika wujudnya persengketaan ia juga akan
memberi kesan kepada semua bidang seperti ekonomi dan politik

ii. Kaitan hasrat tokoh dengan tempat tinggal :


Perbezaan dan kepelbagaian yang diungkapkan oleh Tunku Abdul Rahman sememangnya wujud di kampung
saya iaitu _________________. Perbezaan yang wujud boleh dilihat dalam pelbagai aspek seperti bangsa iaitu
penduduk kampung di kg. ___________ berbangsa ___________, _________, dan _________. Demikian juga
dari segi agama, walaupun majoriti penduduk kampung beragama Islam tetapi terdapat juga segelintir
penduduk yang beragama Kristian. Walaupun berbeza bangsa, budaya dan agama tetapi penduduk di kampung
kami hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

iii. Pandangan / komen pelajar terhadap kampung sendiri:


Pada pandangan saya, tempat tinggal saya iaitu kg. ____________ sememangnya hidup dalam keadaan bersatu
padu. Penduduk kampung mengamalkan sikap saling hormat menghormati. Pendapat ini berlandaskan kepada
bukti yang saya temui semasa melaksanakan kajian ini. Penduduk kampung melibatkan diri dalam pelbagai
aktiviti yang dianjurkan seperti gotong-royong dan kenduri-kendara yang diadakan oleh penduduk kampung.
Para penduduk saling kunjung mengunjungi bukan sahaja semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri, bahkan dalam
majlis kecil seperti Hari Jadi, Cukur jambul dan sebagainya.

iv. Cadangan cara-cara mengukuhkan perpaduan di kampung:


Terdapat beberapa cadangan saya untuk mengukuhkan lagi perpaduan di kampung kami. Antaranya ialah,
penduduk kampung seharusnya menerima dan menghormati kepelbagaian agama, budaya dan adat resam
penduduk. Perkara ini boleh dilaksanakan melalui ceramah-ceramah atau program perpaduan yang disiarkan
melalui media massa. Penduduk kampung seharusnya mengubah mentaliti lama yang bersikap perkauman.
Setiap individu di kampung berhak mengamalkan adat resam kaum masing-masing dengan harmoni. Sebagai
contohnya, amalan beragama dan sambutan perayaan.

Pada masa kini, kebanyakan masyarakat sentiasa sibuk dengan tugasan seharian dan menyebabkan mereka
sukar untuk mengenali jiran-jiran kerana kesibukan berkerja. Namun begitu, amalan menziarahi dapat
merapatkan hubungan antara penduduk terutamnya pada musim cuti sekolah dan musim perayaan. Amalan
rumah terbuka hendaklah digalakkan bagi meraikan satu-satu perayaan kerana ia dapat mengeratkan
perpaduan. Ini kerana semasa perayaan ini, penduduk kampung akan saling berkenalan, bermesra sambil
merasai juadah enak yang disediakan.
Penduduk kampung juga dapat mengukuhkan perpaduan melalui penganjuran program sukan. Contohnya
ialah program sukaneka sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan, Program Hari Raya, Hari Sukan Negara dan
sebagainya. Melalui program ini, penduduk kampung dapat mengeratkan silaturahim masing-masing.
Penganjuran program sebegini amatlah diminati oleh golongan muda pada masa kini dan secara tidak langsung
penduduk kampung dapat mengeratkan silatuharim.
Akhir sekali saya mengharapkan agar, perpaduan yang terjalin di kampung saya dapat berkekalan agar
suasana kehidupan sentiasa harmoni. Dengan keharmonian yang dikecapi, penduduk kampung dapat
memfokuskan kepada aspek lain seperti meningkatkan sosioekonomi keluarga masing-masing.

SKRIP 2 (Ulasan Hasrat Tokoh)

i. Penerangan hasrat tokoh:


Tokoh yang memberi ucapan tersebut ialah Perdana Menteri yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman. Beliau
telah memberi ucapan di Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur. Ucapan itu menyatakan hasrat beliau
agar semua rakyat hidup dalam keadaan aman dan damai dan bersatu padu walaupun berlainan bangsa, agama,
budaya dan warna kulit. Contohnya negara kita mempunyai pelbagai bangsa dan etnik seperti Melayu, Cina dan
India dengan pelbagai budaya. Contoh perbezaan yang lain ialah dari segi agama. Negara Malaysia menjadikan
agama Islam sebagai agama rasmi tetapi masyarakat lain boleh menganut agama yang berbeza seperrti Kristian,
Buddha dan Hindu. Oleh yang demikian, walaupun hidup dalam pelbagai perbezaan tetapi setiap rakyat
sepatutnya hidup dalam keadaan aman dan damai, harmoni dan tidak bersengketa. Sikap saling hormat
menghormati dan bertolak ansur perlulah diamalkan oleh setiap individu. Ini kerana seandainya wujud
persengketaan sesama sendiri, negara akan huru-hara dan rakyat sentiasa hidup dalam ketakutan. Jika
wujudnya persengketaan ia juga akan memberi impak kepada semua bidang seperti ekonomi dan politik

v. Kaitan hasrat tokoh dengan tempat tinggal :


Serertimana yang diucapkan oleh Tunku Abdul Rahman, kampung kami sememangnya mempunyai
kepelbagaian dalam pelbagai aspek seperti bangsa, agama dan budaya. Contohnya dari segi bangsa, penduduk
kampung di kg. ___________ berbangsa ___________, _________, dan _________. Begitu juga dari segi
agama, walaupun majoriti penduduk kampung beragama Islam tetapi terdapat juga segelintir penduduk yang
beragama Kristian. Walaupun berbeza bangsa, budaya dan agama tetapi penduduk di kampung kami hidup
dalam keadaan aman dan damai.

vi. Pandangan / komen pelajar terhadap kampung sendiri:


Seterusnya, pandangan saya, tempat tinggal saya iaitu kg. ____________ sememangnya hidup dalam keadaan
bersatu padu. Penduduk kampung mengamalkan sikap saling hormat menghormati. Pendapat ini berlandaskan
kepada bukti yang saya temui semasa melaksanakan kajian ini. Penduduk kampung mengambil bahagian dalam
pelbagaiprogram yang dianjurkan seperti gotong-royong dan kenduri-kendara yang diadakan oleh penduduk
kampung. Para penduduk saling kunjung mengunjungi bukan sahaja semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri,
bahkan dalam majlis kecil seperti Hari Jadi, Cukur jambul dan sebagainya.
vii. Cadangan cara-cara mengukuhkan perpaduan di kampung:
Terdapat beberapa cadangan saya untuk mengukuhkan lagi perpaduan di kampung kami. Antaranya ialah,
penduduk kampung seharusnya menerima dan menghormati kepelbagaian agama, budaya dan adat resam
penduduk. Perkara ini boleh dilaksanakan melalui ceramah-ceramah atau program perpaduan yang disiarkan
melalui media massa. Penduduk kampung seharusnya mengubah mentaliti lama yang bersikap perkauman.
Setiap individu di kampung berhak mengamalkan adat resam kaum masing-masing dengan harmoni. Sebagai
contohnya, amalan beragama dan sambutan perayaan.

Seterusnya ialah mengamalkan rumah terbuka.Kesibukan berkerja seharianseharian dan menyebabkan


penduduk mereka sukar untuk mengenali jiran-jiran dengan lebih rapat. Namun begitu, amalan menziarahi
dapat merapatkan hubungan antara penduduk terutamnya pada musim cuti sekolah dan musim perayaan.
Amalan rumah terbuka hendaklah digalakkan bagi meraikan satu-satu perayaan kerana ia dapat mengeratkan
perpaduan. Ini kerana semasa perayaan ini, penduduk kampung akan saling berkenalan, bermesra sambil
merasai juadah enak yang disediakan.
Penduduk kampung juga dapat mengukuhkan perpaduan melalui penganjuran program sukan. Contohnya
ialah program sukaneka sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan, Program Larian Sihat, Hari Sukan Negara dan
sebagainya. Melalui program ini, penduduk kampung dapat mengeratkan silaturahim masing-masing.
Akhir sekali saya , harapan saya ialah semoga perpaduan yang terjalin di kampung saya dapat berkekalan
agar suasana kehidupan sentiasa harmoni. Dengan keharmonian yang dikecapi, penduduk kampung dapat
memfokuskan kepada aspek lain seperti meningkatkan sosioekonomi keluarga masing-masing.

You might also like