Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Asalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Terima kasih pengacara majlis.

Yang berbahagia Pn.Mahani bt Hj. Hussin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pantai,
Yang berusaha Pn. Faridah bt Hj. Amit (Guru Penolong Kanan Pentadbiran),
Cik Azlina bt Abdol Garip (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid),
En. Abdul Kahar bin Abdul Rahim (Guru Penolong Kanan Kokurikulum),
Pn. Halifah bt Salim (Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas),
Yang dihormati guru-guru,
Serta murid-murid yang diraikan sekalian.

Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan izin-nya dapat kita bersama-sama
berkumpul di pagi yang indah ini di majlis Sambutan Hari Jadi dan Hari Kanak-kanak
peringkat Sekolah Kebangsaan Pantai bagi tahun 2018.

Untuk pengetahuan murid-murid dan guru-guru semua, di Malaysia perayaan hari


kanak-kanak ini mula disambut pada 8 oktober 1959 sebaik sahaja Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan Hari Kanak-kanak Sedunia dan
meminta semua negara meraikannya setiap tahun sebagai ‘Satu Hari Persaudaraan
Dunia dan Persefahaman dalam Kalangan Kanak-kanak’. Malaysia adalah antara 150
buah negara yang meraikan Hari Kanak-kanak setiap tahun.

Bagi membuktikan keprihatinan masyarakat terhadap kebajikan dan kesejahteraan


kanak-kanak, SK Pantai juga turut serta meraikan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah
yang disambut sekali dengan Sambutan Hari Jadi murid kali yang kedua pada tahun ini
bagi murid yang lahir pada bulan Ogos hingga Disember.

Hadirin sekalian,

Antara objektif sambutan ini diadakan adalah untuk menghargai sumbangan dan
peranan kanak-kanak di sekolah serta mewujudkan kesedaran dalam kalangan
masyarakat untuk memelihara hak dan masa depan kanak-kanak. Diharapkan dengan
adanya sambutan seperti ini, murid akan rasa diri mereka dihargai dan memberi
kesedaran kepada mereka bahawa mereka adalah sebahagian daripada aset sekolah
dan seterusnya akan menyangi sekolah. Secara tidak langsung juga, sambutan ini
boleh mengeratkan hubungan antara murid dan guru SK Pantai.
Saya dimaklumkan, aktiviti sand art juga telah dirancang dan akan dijalankan pada hari
ini. Aktiviti ini adalah salah satu cara untuk menanam minat kanak-kanak terhadap
penghasilan seni kreatif agar kanak-kanak ini belajar menghargai seni dan seterusnya
memupuk minat yang mendalam terhadap seni.

Tuan-tuan, puan-puan serta murid-murid yang diraikan sekalian,

Zaman kanak-kanak merupakan zaman yang sangat indah. Zaman kanak-kanak


jugalah proses pembelajaran berlaku dan zaman kanak-kanak jugalah untuk kita
membentuk dan memupuk mereka menjadi insan yang sempurna. Bak kata pepatah
‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Golongan kanak-kanak merupakan
sebahagian besar dari masyarakat dan bertambah dari setahun ke setahun. Sebagai
anggota masyarakat khususnya ibu bapa, wajarlah bagi kita mencorakkan masa depan
kanak-kanak seterusnya mewarnai masa depan negara.

Bagi mengakhiri ucapan, saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada SK Pantai
kerana dapat merealisasikan sambutan pada hari ini.

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, sukacitanya saya merasmikan majlis Sambutan


Hari Jadi dan Hari Kanak-kanak peringkat Sekolah Kebangsaan Pantai bagi tahun
2018.
Sekian,
Wassalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like