Laporan Program Perjumpaan Waris Tahun6 2018

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

 Program Perjumpaan Waris Tahun 6 Kali ke-3, 2018

 SK (P)Methodist 1 , Melaka.
 14 Julai 2018

LAPORAN
PROGRAM PERJUMPAAN WARIS MURID TAHUN 6
KALI KE-3, 2018

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah merupakan satu penilaian khusus yang
diwajibkan kepada pelajar sekolah rendah sebelum menamatkan persekolahan darjah enam.
Peperiksaan ini dianggap penting kerana ia menggambarkan kesemua apa yang dipelajari di
sekolah rendah. Maka dengan itu, perjumpaan ibu-bapa telah dijadikan satu program wajib bagi
sekolah pada tahun ini. Perjumpaan ibu-bapa tahun 6 adalah satu medium yang diguna pakai
bagi melaporkan prestasi murid-murid tahun 6 di samping dijadikan satu medan untuk
bermuafakat serta bermusyawarah dalam membincangkan isu-isu pembelajaran murid-murid
tahun 6. Perkongsian pintar ini mampu dijadikan satu landasan dalam memperbaiki pendidikan
anak-anak mereka malah ibu-bapa juga boleh memastikan ibu-bapa dapat mengenalpasti
kelemahan dan juga kekuatan anak-anak mereka dalam menghadapi peperiksaan UPSR 2018.

Program ini bukan sahaja menumpukan perbincangan daripada segi perancangan dan
pengurusan murid-murid tahun 6, ia juga bertujuan untuk meningkatkan keupayaan intelek murid-
murid tahun 6 selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan insan yang
seimbang dalam semua aspek JERI (Jasmani, Emosi, Rohani & Intelektual). Program ini dilihat
sebagai satu program yang amat sesuai dijalankan dan sewajarnya mendapat perhatian yang
lebih daripada ibu-bapa kerana ia sedikit sebanyak mampu memberikan perangsang dan juga
wadah kepada murid-murid tahun 6 untuk terus berjaya di dalam UPSR. Oleh itu, penganjuran
program ini diharapkan mampu memikul misi yang dipertanggungjawabkan agar Ilmu Sumber
Intelek yang dimaksudkan di dalam moto sekolah akan menjadi kenyataan.

1
 Program Perjumpaan Waris Tahun 6 Kali ke-3, 2018
 SK (P)Methodist 1 , Melaka.
 14 Julai 2018

Maklumat Program yang telah dijalankan

1. Tarikh : 14 Julai 2018


2. Hari : Sabtu
3. Masa : 8.00 pagi – 11.00 pagi
4. Tempat : Bilik Mesyuarat , SK(P) Methodist 1

5. Pengerusi : Guru Besar

6. Kumpulan Sasaran : Ibu bapa murid Tahun Enam

7. Kehadiran : 33 orang

8. Modus Operandi : Program dijalankan secara :

 Perbentangan Analisa Peperiksaan Murid-murid Tahun 6


 Perbincangan Bersama waris

9. Atur Cara :

8.00 hingga 9.30 pagi - Sesi Perbentangan Peperiksaan dan perbincangan


bersama waris murid-murid 6H
9.30 hingga 11.00 pagi - Sesi Perbentangan Peperiksaan dan perbincangan bersama
waris murid-murid 6K
11.00 pagi - Bersurai

10. IMPAK

1. Ibubapa dapat memberi perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka yang bakal
menempuh peperiksaan UPSR 2018.
2. Ibubapa dapat mempelajari serta memahami serba sedikit tentang format kertas peperiksaan
yang diduduki anak mereka.
3. Murid-murid dapat membina sikap positif terhadap peperiksaan dan membaharui niat belajar
untuk cemerlang dalam UPSR yang akan datang.

11. KOS PERBELANJAAN

Tiada (Peruntukan Sekolah)


2
 Program Perjumpaan Waris Tahun 6 Kali ke-3, 2018
 SK (P)Methodist 1 , Melaka.
 14 Julai 2018

12. PENUTUP

Adalah menjadi harapan pihak pengelola agar program ini mendapat kelulusan daripada pihak
pentadbiran sekolah agar matlamat asal pelaksanaan program ini dapat dicapai. Pihak kami juga
menaruh harapan yang amat tinggi agar program ini mendapat sokongan dan pertolongan yang
sepenuhnya daripada pihak pentadbiran sekolah kerana dengan adanya program ini, maka akan
lahirlah ibu-bapa yang lebih sensitif dan juga peka terhadap perkembangan pembelajaran anak-
anak mereka.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


NORZIATON HAMID
(PELAPOR PROGRAM PERJUMPAAN WARIS
MURID TAHUN 6 KALI SIRI 3, 2018 ------------------------------------
(ANNA ONG SIAH LIAN)
GURU BESAR,
SK(P) METHODIST 1, MELAKA.

You might also like