Pembelajaran Dalam Talian

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Pembelajaran dalam talian menggangu pendidikan tinggi.

Menurut Kamaludin Ahmad 2006, e- pembelajaran atau lebih dikenali sebagai pembelajaran
dalam talian dapat didefinisikan sebagai satu proses yang menggunakan sistaem ataupun
komponen elektronik bagi mempelbagaikan penggunaan teknologi untuk meningkatkan
kebolehcapaian dan keberkesanan pembelajaran pelajar-pelajar. Dalam era teknologi maklumat
dan komunikasi ini, pembelajaran dalam talian menjadi suatu istilah yang amat popular dan juga
mempunyai pelbagai tafsiran dan juga persepsi terhadapnya. Secara kesimpulannya bolehlah
dikatakan bahawa e-pembelajaran ataupun pembelajaran dalam talian ini melibatkan penggunaan
computer atau komponen elektronik termasuklah CD-ROM dan juga bahan-bahan pembelajaran
melalui atas talian.
Pembelajaran dalam talian merupakan satu alat yang digunakan untuk menyampaikan serta
mempelajari tentang Sesutu ilmu yang dikhendaki. Internet memainkan peranan yang penting
dalam hal ini bagi membantu pelajar memahami konsep yang disampaikan. Selain itu, internet
ataupu lebih dikenali pembelajaran dalam talian semakin penting sekarang. Pada masa ini
banyak aplikasi disediakan dalam talian bagi pelajar-pelajar bagi mengikuti pembelajaran pada
peringkat yang lebih tinggi.
Menurut Timothy et.al. (2000) pula, pembelajaran dalam talian merupakan suatu alat yang
digunakan bagi menyampaikan pengajaran. Bagi memenuhi tujuan pembelajaran dalam talian
banyak laman web telah dibina serta aplikasi digunakan untuk menampung keperluan peajar-
pelajar masa kini. Ada laman web tempatan dan juga lamab web luar negara. Pengajar perlu
terlebih dahulu mengetahui kandungan yang ada dalam aplikasi yang digunakan untuk
berkomunikasi dengan pelajar bagi memudahkan urusan perhubungan antara satu sama lain.
Dalam keadaan ini, internet memainkan peranan yang penting kepada para pelajar untuk
mengasses serta memuat turun bahan pembelajaran untuk digunakan sebagai bahan
pembelajaran. Kaedah ini memberi kebebasan kepada pelajar untuk memilih masa yng sesuai
untuk mengakses aplikasi serta belajar mengikut citarasa tersendiri. Guru pula hanya memankan
peranan sebagai fasilitator dalam talian sahaja. Guru hanya berinteraksi dengan murid apabila
diperlukan sahaja. Pendekatan ini amat menyokong pelajar untuk belajar secara konstruktif keran
pelajar perlu hanya berfikiran kritis dan juga kritis bagi menyelesaikan masalah serta membina
pengetahuan melalui interaksi sosial.

1
Melaui pembelajaran dalam talian ini murid dapat mengamalkan pembelajaran yang
berterusan disamping berupaya menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan kerana ia
mengandungi animasi, grafik , viadeo dan juga audio yang menarik perhatian pelajar yang
mempelajarinya. . selain itu, pembelajaran dalam talian ini secara langsung membolehkan proses
pembelajaran yang mat canggih bersama menyahut cabaran abad ke-21 dapat dilaksanakan tanpa
mengira jarak dan juga bilangan pelajar yang menggunakannya. Lebih-lebih lagi, ada juga
kemudahan perbincangan iaitu dalam bentuk forum disediakan untuk latiahan dan juga
maklumat kepada pelajar. Selain itu, pelajar juga dapat berinteraksi antara satu sama lain dalam
talian serta ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran secara kolaboratif.
Disamping itu, pembelajaran dalam talian amat membantu proses pembentukan pembelajaran
sepanjang hayat seseorang yang mempelajarinya.

1.1.Apakah yang dimaksudkan dengan kegangguan dan Peningkatan MOOCs

Gangguan berlaku pada bila-bila masa dalam mana-mana aplikasi yang kita sering
digunakan. Seringkali kita terdengar bahawa ramai dikalangan pelajar lepasan universiti tidak
puas hati dengan gangguan yang terdapat dalam pembelajaran dalam talian yang digunakan.
Mengapakah gangguan seperti ini berlaku? Gangguan seperti ini berlaku kerana terdapat ramai
pengguna yang mengunakan aplikasi yang sama pada masa yang sama serentak. Ini
mengakibatkan capaian pada internet akan menjadi perlahan dan merumitkan keadaan pengguna
yang menggunakannya.
Pengguna yang bijak akan menguruskan masa dengan baik untuk mengakses talian yang
diberi suapay tiada gangguan semasa atau sewaktu sedanga membuat tugasan. Satu lagi masalah
yang amat besar akan timbul iaitu apabila sampai tarikh akhir penghantaran tugasan. Seperti
yang kita sedia maklum ramai pelajar yang belajar secara separuh masa hanya dapat menyiapkan
tugasan pada masa yang terdekat mengakibatkan ramai mengahntar tugasan pada masa ataupun
pada waktu terakhir. Ini mengakibatkan talian yang digunakan menjabi perlahan dan merumitkan
lagi keadaan pengguna. Pengguna terpaksa tunggu bejam-jam untuk mendapatkan bahan yang
dikhendaki dari internet.

2
Selain itu, satu lagi gangguan yang iasa terdapat dalam talian ialah apabila memuatnaik sesi
rancangan pengajaran ataupun video yang diambil dimuatnaik dalam portal yang diberi.
Kadangkala saiz fail yang lebih besar tidak dapat diterima oleh sistem menyebabkan portal
meminta pennguna bagi mengecilkan saiz video yang dimuatnaik itu. Ini juga merupakan
diantara keganguan yang terdapat dalam pembelajaran berasaskan talian.
MOOCs merupakan sistem aplikasi dalam talian yang dibangunakan untuk meningkatkan
taraf pendidikan rakyat negara yang sedang bekerja. Peningkatan dalam penggunaan aplikasi
dalam talian ini meningkat di kalangan pelajar-pelajar yang belajar secara jarak jauh. Selain itu,
jika dilihan pada masa kini Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan juga Institut Pengajian
Tinggi Swasta (IPTS) juga menggunakan aplikasi ini untuk murid bagi memberi , menghantar
tugasan serta berkomunikasi secara dalam talian dengan murid.

3
Pembelajaran dalam talian mengubah pendidikan tinggi.

Ramai pelajar masa kini lebih gemar bekerja sambil meneruskan pengajian ke tahap yang
tinggi. Ini kerana mereka mahu mencari rezeki hidup bagi menampung kos perbelanjaan dalam
masa mengikuti pengajian tinggi. Untuk tujuan itu, ramai pelajar memilih aliran pengajian jarak
jauh bagi meningkatkan tahap penguasaan mereka ke tahap yang lebih tinggi. Pembelajaran
dalam talian amat membantu mereka untuk mengikuti di pusat pengajian tinggi. Walaupun
mereka tidak dapat bersemuka dengan pengajar malah mereka boleh memilih masa-masa tertentu
dan terluang untuk belajar serta mereka berasa selesa untuk belajar dalam talian. Jika ada
gangguan dalam talian, pelajar boleh menangguhkan kerjanya untuk sementara waktu dan
meneruskan semula apabila ada capaian internet yang mencukupi.
Bagi wanita yang mempunyai tanggungjawab yang tinggi seperti mengasuh anak,
berkerja dan sebagainya juga dapat menguruskan masa dengan baik untuk belajar dalam talian.
Pembelajaran dalam talian amat membentu para penggubah masa depan mereka. Disamping itu,
pembelajaran dalam talian juga membantu para pengguna untuk berkongsi maklumat serta
pandangan dengan masyarakat dalam talian.
Tetapi impak yang berlaku dalam pembelajaran secara talian terhadap pengajian tinggi
amat ketara dilihat. Sebagai contohnya:- seorang yang belajar secara sepenuh masa dalam
kampus lebih mendapat banyak manfaat berbanding dengan yang belajar menerusi talian sahaja.
Ini adalah kerana pelajar sepenuh masa yang berada dalam kampus dapat bersemuka dengan
tenaga pengajar serta mereka dapat menyelesaikan masalah pembelajaran mereka secara
bersemuka serta dapat jalan penyelesaian serta-merta. Bagi yang belajar melalui talian sahaja,
terpaksa tunggu respons daripada tenaga pengajar kerana banyak respons lain daripada pelajar-
pelajar talian terpaksa diselesaikan satu persatu oleh tenaga pengajar. Ini bermakna orang yang
belajar secara dalam talian terpaksa menunggu giliran untuk mendapatkan penjelasan mengenai
topic-topik yang difikirkan keliru olehnya. Ini bermakna pelajar dalam talian terpaksa menunggu
lebih lama berbanding pelajar dalam kampus kerana kesibukan pensyarah.
Selain itu kolaborasi secara bersemuka dalam kampus dapat meningkatkan tahap
penguasan pelajar serta kebolehan pelajar untuk berinteraksi antara satu sama lain. Manakala
pelajar dalam talian juga dapat berkolaborasi. Akan tetapi mereka tidaklah seberani pelajar

4
kampus kerana walaupun berkolaborasi mereka tidak bersemuka dengan pelajar-pelajar yang
lain.

Kelebihan dan kekurangan pembelajaran dalam talian

Internet merupakan aplikasi yang paling diminati oleh semua lapisan masyarakat pada
zaman yang serba moden ini. Ia juga merupakan satu sumber informasi yang sangat penting bagi
semua lapisan masyarakat tidak kira miskin kaya atau tua ataupun muda. Berbagai-bagai
informasi yang menarik dapat ditemukan dalam internet. Jawapan bagi sesuatu persoalan yang
amat sukar boleh didapati dengan mudah dengan menggunakan internet. Sebagai contohnya jika
seseorang itu tidak mengetahui cara-cara hendak memulakan kajian terhadap sesuatu bidang
yang diceburi maka mereka bolehlah mendapatkan bahan dalam internet bagi membantu mereka
untuk mengorak langkah yang seterusnya. Langkah demi langkah diterangkan secara terperinci
untuk membolehkan seseorang itu memperolehi apa yang dikhendaki mengikut kepuasan
dirinya.
Disamping mencari maklumat seseorang pelajar juga dapat mencari bahan yang
diperlukan menerusi internet. Kini ramai pengguna internet mengikuti pembejaran dalam talian
untuk meningkatkan tahap penguasaan serta meningkatkan diri ke peringkat yang lebih tinggi.
Sebagai contohnya pembelajaran ke peringkat Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan
sebagainya. Selain itu, pengguna juga dapat banyak informasi tentang bidang yang dipelajari
serta dapat banyak maklumat berkaitan bidang penguasaan.
Para pelajar juga dapat berinteraksi dengan pelajar-pelajar di dalam dan juga diluar
negara untuk mendapatkan informasi serta bahan yang dikhendaki dengan mudah. Selain itu,
para pelajar juga dapat berkongsi bahan menerusi kemudahan pembelajaran dalam talian yang
disediakan oleh pusat-pusat pengajian yang diikuti olehnya. Pelajar juga dapat menguruskan
masa belajar yang sesuai bagi mengikuti modul-modul dalam talian yang disediakan oleh pusat-
pusat pengajian jarak ajauh ataupun sepenuh masa. Iaitu pelajar lebih fleksibel menggunakan
masa terluang untuk mengikuri pembelajaran dalama talian.
Dengan hanya ada akses internet yang mencukupi serta kelajuan yang mencukupi pelajar
dapat menggunakan atau mengikuti pembelajaran dalam talian dengan mudah. Selain itu, tempat

5
penggunaanya pun tidak terbatas kerana pelajar boleh mengaksesnya dengan menggunakan
aplikasi yang ada internet di mana jua tanpa mengira waktu dan juga tempat.
Walaupaun banyak terdapat kebaikan menerusi pembelajaran melalui talian ini, ada juga
permasalahan yang timbul semasa menggunakan aplikasi pembelajaran dalam talian ini. Antara
kekurangan yang terdapat dalam pembelajaran dalam talian adalah seperti pelajar tidak dapat
mengadakan pertemuan bersemuka dengan tenaga pengajar. Ini akan mengakibatkan
kesungguhan yang ditunjukkan oleh pelajar bagi menyiapkan dan juga menguruskan
pembelajaran dalam talian tidak dapat penilaian yang sewajarnya daripada pihak pengajar.
Selain itu ada juga pelajar yang belajar melalui talian mencari jalan singkat untuk
mengupah orang lain untuk menyiapkan tugasa bagi dirinya. Dan perkara ini mungkin tidak
diketahui sepenuhnya oleh tenaga pengajar. Bagi yang menyiapkan tugasan secara jujur pula
akan mendapat keputusn yang amat berbeza dengan yang lain. Ini bermakna pelajar yang jujur
serta membuat tugasan secara tulus tidak dapat keputusan yang baik berbanding yang mengupah
orang lain untuk menyiapkannya.

6
Bilik Darjah Masa Hadapan

Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah pada masa kini bukan lagi berpusatkan guru.
Tetapi pengajaran dan pembelajaran lebih kepada berpusatkan murid; manakala guru hanya
bertanggungjawab sebagai fasilitator sahaja. Bilik darjah abad ke-21 adalah salah satu konsep
bilik darjah yang menjamin melahirkan pelajar masa depan yang berfikiran kritis and kreatif.
Menurut Nosch (2001), bertanya soalan, menjawab soalan dengan memikirkan tentang
jawapan serta percaya pada penaakulan seseorang merupakan bahagian-bahagian yang terdapat
dalam pemikiran kritikal. Ianya mampu memberikan kelebihan apabila pelajar berdepan dengan
situasi penyelesaian masalah. Penyemaian kemahiran berfikir secara kreatif ini dapat menjana
banyak pilihan bagi situasi berupa penyelesaian masalah yang dihadapi oleh pelajar. Pelajar perlu
mempunyai pemikiran yang kritikal dan bersistem dalam abad ke-21.Kemahiran berfikir dan
menyelesaikan masalah merupakan diantara kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar bagi
menyahut cabaran abad ke 21.
Dunia kini bukan sama seperti apa yang kita telah lihat serta alami pada marzipan dahulu.
Ianya amat berbeza jika dibandingkan dengan zaman kanak-kanak kita. Web digunakan untuk
menghubungkan antara satu sama lain. Selain itu, pelajar juga dapat berinteraksi dengan
menggunakan watsup, facebook, twiter dan sebagainya untuk berinteraksi dengan pihak lain
serta untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Facebook mempunyai jumlah pengguna
yang ramai iaitu melebihi billion pengguna sejak ia mula diperkenalkan.
Dengan adanya web kanak-kanak di seluruh dunia mempunyai budaya yang serupa
berbanding dengan ibu bapa mereka. Dunia sekarang ini merangkumi teknologi maklumat yang
luas. Bolehlah ianya dikatakan sebagai dunia di hujung jari. Segala maklumat dapat diperolehi
dengan senang. Teknologi maklumat dan komunikasi memainkan peranan yang penting bagi
menjana thought dan juga untuk mencari maklumat.
Bilik darjah Abad -21 diperkenal dengan tujuan menekankan apa kemahiran yang perlu
dikuasai oleh murid-murid. Kurikulum juga perlu diubah bagi mamastikan murid generasi
sekarang menguasai apa yang perlu dikuasai. Perubahan yang dilakukan oleh pihak yang

7
mahukan reformasi dalan pendidikan serta orang perseorangan yang terlibat dalam sesuatu
organisasi bergantuk pada kemahuan mereka tersendri. Jika kurikulum lama diteruskan mungkin
murid akan ketinggalan zaman dan mereka tidak dapat mengikuti perubahan yang berlaku dalam
sistem pendidikan dari masa ke semasa.
Bagi mewujudkan masyarakat yang bermaklumat, pengintegrasiaan penggunaan ICT dan
juga multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran amat perlu untuk bersaing dengan
masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke-21. Selain itu, Kemahiran Teknologi
Maklumat dan Komunikasi juga merupakan antara kemahiran yang terkandung dalam
pembelajaran abad ke-21. Holmes (1999), pula berpendapat bahawa integrasi teknologi
maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan guru yang bersedia
dalam menggunakan teknologi dalam pengajaran harian dalam matapelajaran yang diajar. Pelajar
perlu arif dalam bidang Literasi Maklumat, Literasi Media dan Literasi Teknologi. .
Strategi berpusatkan murid amat penting bagi melahirkan murid yang lebih cenderung untuk
menjadi kreatif dan sentiasa berusaha mengambil inisiatif untuk mencuba dan juga membuat
sesuatu yang berfaedah. Menurut Dr.Ragbir Kaur Joginder Singh (2012), dalam strategi
memusatkan murid, peranan murid amat diutamakan. Kemahiran interpersonal juga merupakan
antara kemahiran yang terkandung dalam pembelajaran abad ke-21. Kemahiran ini penting dan
harus dikuasai oleh murid bagi membolehkan murid dapat berkoloborasi dengan rakan sekelas
dan juga rakan-rakan yang lain. Kemahiran kolaboratif ini melibatkan satu kumpulan murid yang
berkerjasama bagi mancapai hasil pembelajaran yang cemerlang dalam bidang yang diceburi
sama ada dalam bidang akademik mahupun ko-kurikulum
Kemahiran Pembelajaran Kritikal dan Kreatif juga amat dititik beratkan dalam pembelajaran
abad ke-21. Pelajar haruslah berfikir secara Kritikal dan Kreatif untuk menyelesaikan masalah
yang diberi. Kemahiran ini digabungjalinkan dalam setiap matapelajaran yang diajar di sekolah-
sekolah agar murid dapat menguasai kemahiran ini dengan baik. Murid-murid digalakkkan
mengambil bahagian dengan aktif dalam perbincangan yang diadakan, tugasan yang diberi, sesi
penyoalan, penyelesaian masalah, penemuan dan juga permaianan dan sebagaianya. Dalam
situasi ini guru hanya berperanan sebagai pembimbing bagi membimbing murid menjalankan
aktiviti-aktiviti yang dirancangkan.
Selain itu, kemahiran pembelajaran menggunakan kaedah simulasi juga amat penting.
Kaedah simulasi merupakan kaedah yang menggunakan situasi tiruan bagi memahami tentang

8
konsep ataupun prinsip tertentu. Simulasi melatih murid untuk berfikir dan menyusun idea secara
teratur bagi manggambarkan sesuatu masalah diselesaikan. Dengan cara ini, dapatlah kita
membina pemikiran murid yang analitis dan kritis. Pembelajaran berasaskan kaedah simulasi
dapat membimbing murid supaya melibatkan diri dalam keadaan sebenar bagi mengetahui
maksud terkandung dalam sesi pengajaran guru. Kemahiran membuat refleksi juga merupakan
diantara kemahiran abad ke -21. Aktiviti yang berbentuk sahih membolehkan pelajar membuat
refleksi terhadap pelajaran yang telah dipelajari. Pelajar dapat merenung kembali pelajaran yang
dipelajari serta dapat membuat refleksi dengan mengambil kira segala aspek yang
dipelajari.Disamping itu nilai kerjasama dan juga cara komunikasi yang baik juga penting bagi
melahirkan insan yang seimbang.
Menurut Birchall (1992), pemikiran reflektif memerlukan penggunaan pengalaman sedia ada
bagi menimbangkan idea baru untuk mencapai keputusan bagi langkah yang seterusnya. Guru
memainkan peranan penting bagi mewujudkan situasi yang membolehkan murid mengganggap
dirinya dalam situasi sebenar serta dapat berinteraksi dengan rakan yang mempunyai latar
belakang yang berbeza.
Ia membantu murid untuk mencari jawapan bagi soalan-soalan yang mencabar dan juga
soalan-soalan yang berbentuk penyelesaian masalah. Ia juga amat membantu murid untuk
mencari serta melaksanakan aktiviti berdasarkan hipotesis yang diberi ataupun dicadangkan oleh
guru. Kajian akan dijalankan oleh murid itu sendiri bagi mengetahui jawapan bagi soalan yang
telah dikemukakan. Ia juga akan membangkitkan naluri ingin tahu murid. Kemahiran inkuiri
penemuan juga diaplikasikan dalam pembelajaran abad ke-21. Kaedah ini biasanya digunakan
dalam matapelajaran seperti matapelajaran sains dan juga matematik. Menurut Mok.Soon Sang
(2002), inkuiri penemuan atau kaedah Heuristis merupakan proses bagi mendapat tahu tentang
fenomena ataupun ciri sesuatu perkata yang wujud tetapi ianya belun dikenalpasti ataupun belum
diketahui sepenuhnya.
Ada juga organisasi yang inginkan keadilan dalam pembelajaran, pelajaran berasaskan
tingkah laku dan juga mereka mahu pembelajaran abad ke -21 tercapai. Ada juga organisasi yang
inginkan pembelajaran berasaskan kolaborasi, cooperatif , kreatif, komunikasi, penyelesaian
masalah, kemahiran teknologi maklumat dan juga daya usaha. Kemahiran inkuiri penemuan juga
diaplikasikan dalam pembelajaran abad ke-21. Ia membantu murid untuk mencari jawapan bagi
soalan-soalan yang mencabar dan juga soalan-soalan yang berbentuk penyelesaian masalah. Ia

9
juga amat membantu murid untuk mencari serta melaksanakan aktiviti berdasarkan hipotesis
yang diberi ataupun dicadangkan oleh guru. Kajian akan dijalankan oleh murid itu sendiri bagi
mengetahui jawapan bagi soalan yang telah dikemukakan. Kaedah ini biasanya digunakan dalam
matapelajaran seperti matapelajaran sains dan juga matematik. Menurut Mok.Soon Sang (2002),
inkuiri penemuan atau kaedah Heuristis merupakan proses bagi mendapat tahu tentang fenomena
ataupun ciri sesuatu perkata yang wujud tetapi ianya belun dikenalpasti ataupun belum diketahui
sepenuhnya. Ia juga akan membangkitkan naluri ingin tahu murid. Antara keperluan yang perlu
ada dalam bilik darjah masa depan ialah seperti yang berikut:-
 Televisyen
 Komputer yang dilengkapi dengan rangkaian internet
 LCD projector bagi bilik-bilik khas
 Carta kelakuan murid
 Papan putih
 Papan lembut
 Meja murid disusun mengikut kumpulan
 Rekod hasil kerja murid
 Sudut pameran hasil kerja murid
 Anchor aktiviti
 Papan ganjaran
 Parking lot
 Ruang duduk yang selesa untuk kerka kumpulan/ perbincangan
 Kehadiran murid

Kelengkapan-kelengkapan seperti ini amat perlu untuk murid belajar dalam suasana bilik
darjah yang kondusif. Penambahan kemahiran pembelajaran abad ke-21 sebagai kurikulum baru
oleh pihak reformasi membawa kesan keatas pembelajaran yang berlaku di bilik darjah. Apa
yang berlaku ialah penambahan dilakukan dengan menambah kemahiran baru keatas kurikulum
yang sedia ada mengakibatkan kurikulum yang ditambah berada diluar subjek terak yang diajar.
Ia melingkari subjek teras yang diajar. Mereka berasa ia amat membebankan kerada mereka tidak
dilatih menggunakan kemahiran-kemahiran baru yang diselitkan. Ada guru yang tidak mahu
mengajar menggunakan kemahiran yang ditambah ini. Ini adalah kerana mereka sudah biasa
mengajar dengan menggunakan kemahiran yang telah dilatih kepada mereka.
Matapelajaraan teras seperti Sains, Matematik, Kajian Sosial dan juga Seni Bahasa masih
merupakan matapelajaran pentik bagi sesetengah pihak. Masih ada kemahiran-kemahiran
tertentu yang menjadi aspek terpenting bagi sesetengah pihak untuk mencapai kariernya. Walau

10
bagaimanapun kemahiran harus diubah bagi memastikan pembaharuan dalam matapelajaran
teras kerana matapelajaran teras itu bukanlah sesuai digunakan bagi semua murid kerana cara
belajar dan juga keperluan pembelajaran murid adalah tidak sama kerana setiap murid
mempunyai nilai kebolehan yang berbeza mengikut kemampuan masing-masing.
Seperti yang kita sedia maklum kemahiran membaca dan juga menulis merupakan kemahiran
yang amat penting yang perlu diajar kepada murid. Tiada perubahan serta pengguguran
dilakukan keatas subjek teras manakala subjek lain berdiri dengan sendirinya.
Ini menyebabkan guru-guru menghadapi kesukaran menjalankan pengajaran dan
pembelajaran dengan menambah kemahiran abad ke-21. Tetapi sekarang dengan peredaran masa
ia berubah kerana kemahiran teknologi makluamat dan komunikasi mengambil alih tempat
tersebut. Pergaulan murid yang mempunyai pelbagai kebolehan juga menjadi punca perubahan
keatas kurikulum yang diperkenalkan ini. Itulah sebabnya mengapa kuikulum baru
diperkenalkan. Oleh sebab itu kita sebagai masyarakat yang hidup dalam dunia ini perlu dapat
mengusai kemhiran abad ke -21 supaya tidak ketinggalan. Serta sebagai guru kita mendukung
tanggungjawab yang lebih besar untuk melahikan insan yang baik serta berilmu pegetahuan.
Cara pengajaran guru patutlah tidak menyerupai cara pengajaran dahulu dan sekarang.
Ianya perlua disesuaikan bagi murid sekarang dan yang akan datang. Jika kita lihat dalam
matapelajaran teras yang diajar ada murid yang dapat menguasai segala kemahiran yang diajar
dengan baik. Guru memainkan peranan yang amat penting dlaalam hal ini. Guru-guru harus
berubah mengikut perubahan masa.

11

You might also like