Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 35

Kajian Penilaian Kritikal Mengenai Motivasi Pekerja oleh Pengurusan Guppy Plastic Industries

Sdn Bhd

A. PENGENALAN

1. LATAR BELAKANG SYARIKAT

Guppy Plastic Industries Sdn. Bhd. (GPISB) telah mula beroperasi pada

tahun 1971 dengan menggunakan nama Gombak Fish Farm. Ianya terletak di

Setapak Selangor. Gombak Fish Farm masih beroperasi sehingga ke hari ini di

Jingjang, Selangor. Pada tahun 1981, GPISB telah didaftarkan di Pejabat

Pendaftaran Syarikat dengan No Pendaftaran 76939-U.

Memulakan operasi dengan membeli sebuah mesin injection moulding,

bagi membuat barangan rumah plastik seperti cawan dan pinggan mangkuk oleh

dua orang sahabat iaitu Mr. Ng Ah Heng @ Ng kiat Guan (Pengerusi Eksekutif)

dan Mr Goh Choon Piow (Pengarah Urusan).

Beroperasi di Kawasan Perusahaan Cheras Jaya, semenjak tahun 1988,

kilang injection moulding yang mulanya hanya seluas 2 hektar dan kini telah

berkembang kepada 6 hektar pada tahun 1994. Kilang ini telah berkembang

dengan pesat sehingga dapat membuka 2 cawangan iaitu Guppy Plastic (Pg)

Sendirian Berhad, di Bukit Tengah, Prai pada tahun 1996 dan Guppy Plastic

(Tongzhou) Sdn. Bhd. di China dalam tahun 2000.

Diketuai oleh Mr Goh Boon King sebagai Pengurus Besar, kilang yang

beroperasi di Balakong ini mempunyai mesin sebanyak 75 buah. Menjalankan

operasi 80% untuk pasaran eksport, 10% untuk pasaran Free Trade Zone dan

Lesen Pengilang Gudang dan 10% lagi untuk pasaran tempatan.

Page 1 of 35
Kajian Penilaian Kritikal Mengenai Motivasi Pekerja oleh Pengurusan Guppy Plastic Industries
Sdn Bhd

Keluaran utama kilang ini untuk pasaran eksport adalah Plastik Aquarium

& Accessories dan Pet Product jenama Hagen Inc, dan barangan plastik sudu,

pisau dan lain-lain jenama McDonalds. Untuk pasaran tempatan pula, barangan

yang dikeluarkan ialah seperti barang-barang plastik akuarium, dan plastik

keperluan rumah (pinggan mangkuk, kerusi meja dan lain-lain) dengan

menggunakan jenama Guppy.

Page 2 of 35
Kajian Penilaian Kritikal Mengenai Motivasi Pekerja oleh Pengurusan Guppy Plastic Industries
Sdn Bhd

Page 3 of 35
Kajian Penilaian Kritikal Mengenai Motivasi Pekerja oleh Pengurusan Guppy Plastic Industries
Sdn Bhd

Page 4 of 35
Kajian Penilaian Kritikal Mengenai Motivasi Pekerja oleh Pengurusan Guppy Plastic Industries
Sdn Bhd

Page 5 of 35
Kajian Penilaian Kritikal Mengenai Motivasi Pekerja oleh Pengurusan Guppy Plastic Industries
Sdn Bhd

2. DEFINISI MOTIVASI

Terdapat beberapa definisi motivasi yang boleh memberi gambaran

tentang sifat-sifat seseorang dan kelakuan bagi orang-orang yang bermotivasi.

Diantara definisi-definisi motivasi ialah;

a. Semua keadaaan seperti dorongan, kehendak, keperluan dan lain-lain yang

ada dalam diri seseorang. Ia merupakan keadaan dalaman yang menggerak

atau mencetuskan sesuatu (Berelson & Steiner, 1964).

b. Dari perspektif seorang pengurus, seseorang yang telah dimotivasikan akan

bekerja keras, memelihara satu tahap kerja tertentu, tingkahlakunya ke arah

mencapai matlamat atau objektif yang penting (Donelly et al, 1987).

Page 6 of 35
Kajian Penilaian Kritikal Mengenai Motivasi Pekerja oleh Pengurusan Guppy Plastic Industries
Sdn Bhd

c. Membangkitkan semangat, panduan/halatuju dan ketekunan dalam perlakuan.

Pekerja yang bermotivasi akan meninggalkan kesan kepada produktiviti.

Sebahagian tugas seorang pengurus adalah untuk memotivasi pekerja bagi

mencapai matlamat organisasi. (Management, Richard L Daft, Edisi Keempat,

m.s 526)

Selanjutnya teori-teori motivasi boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan,

iaitu;

a. teori-teori isian yang memfokuskan pada apa itu motivasi. Contohnya;

i. Hirarki Keperluan Maslow. Abraham Maslow telah mengenal pasti

bahawa para pekerja mepunyai lima tahap keperluan yang dapat disusun

seperti keperluan fisiologi, keselamatan, sosial, esteem dan pencapaian

kendiri.

ii. Teori Dua Faktor Hertzberg. Hertzberg telah mengenalpasti dua

kategori faktor yang akan menyebabkan tahap kepuasan dan tahap tidak

kepuasan kepada para pekerja.

iii. Teori X dan Y oleh McGregor. Andaian dan layanan yang salah

daripada pihak pengurus kepada pihak bawahan mereka akan

mempengaruhi motivasi seseorang pekerja.

iv. Model motivasi Atkinson. Seseorang yang ingin meningkatkan

dirinya bergantung kepada kekuatan dorongan motivasi dan peluang-

peluang yang diberi.

Page 7 of 35
Kajian Penilaian Kritikal Mengenai Motivasi Pekerja oleh Pengurusan Guppy Plastic Industries
Sdn Bhd

b. teori-teori proses yang melihat bagaimana untuk memotivasi. Contohnya;

i. Teori Jangkaan. Motivasi adalah sebagai satu proses pemilihan. Sebagai

contoh, insentif usaha kerja akan menyebabkan seseorang itu berusaha

dengan lebih kuat atau tidak.

ii. Teori Keadilan. Penilaian seseorang pekerja berdasarkan adil atau tidak

mengenai ganjaran yang diterimanya berbanding dengan pekerja-pekerja

lain.

c. teori-teori pengukuhan yang menekankan pada cara-cara sesuatu tingkah laku

itu dipelajari. Contohnya;

i. Pengukuhan positif. Memuaskan keperluan-keperluan utama dan sekunder

bagi seseorang pekerja.

ii. Pembelajaran Pengelakan. Para pekerja diajar untuk mengelakkan diri dari

akibat-akibat negatif seperti mengelakkan kemalangan di tempat kerja.

iii. Pupusan. Merujuk kepada ketiadaan sebarang pengukuhan akibat sesuatu

tingkah laku,

iv. Hukuman. Mengenakan hukuman bagi seseorang pekerja yang

menunjukkan tingkahlaku negatif.

Page 8 of 35
Kajian Penilaian Kritikal Mengenai Motivasi Pekerja oleh Pengurusan Guppy Plastic Industries
Sdn Bhd

B. KAJIAN

Kajian “Penilaian Kritikal Mengenai Motivasi Pekerja oleh Pengurusan

GPISB” ini menganalisa motivasi pekerja dari segi faktor-faktor yang

mempengaruhi dan cadangan penyelesaiannya. Cara pengendalian kajian ini telah

dibuat berdasarkan;

 Temubual dengan pihak pengurusan

Sebanyak 5 kali temubual dengan pihak pengurusan telah dibuat dalam

memahami dan menentukan faktor-faktor motivasi pekerja.

 Menganalisa data

Hasil kajian ini berdasarkan data-data pekerja yang telah diambil daripada

Julai 2008 sehingga Jun 2009 dan juga laporan “Additional Noise

Monitoring Report” bertarikh 24 September 2007.

Page 9 of 35
Kajian Penilaian Kritikal Mengenai Motivasi Pekerja oleh Pengurusan Guppy Plastic Industries
Sdn Bhd

C.

Page 10 of 35
Kajian Penilaian Kritikal Mengenai Motivasi Pekerja oleh Pengurusan Guppy Plastic Industries
Sdn Bhd

HASIL KAJIAN

1. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

MOTIVASI PEKERJA DI GUPPY PLASTIC

Terdapat 5 faktor yang mempengaruhi motivasi pekerja di Guppy Plastic.

Faktor-faktor tersebut ialah;

a. Gaji,

b. Kerja lebih masa

c. Waktu bekerja

d. Persekitaran tempat kerja,

e. Insentif-insentif tambahan

Ini dapat dibuktikan berdasarkan statistik dari bulan Julai 2008 sehingga

Jun 2009, terdapat lebih kurang pekerja yang 74 orang berhenti dan hanya 11

orang masuk bekerja di kilang ini.

1.1 GAJI

1.1.1 GAJI DAN TEORI-TEORI MOTIVASI

Seringkali gaji menjadi penyebab kepada faktor yang mempengaruhi

motivasi seseorang pekerja. Faktor gaji ini dapat dikaitkan dengan beberapa teori

motivasi seperti yang dinyatakan di bawah;

a. Hirarki Keperluan Maslow. Dalam teori keperluan Maslow, gaji adalah

terletak dalam Keperluan Psikologi iaitu keperluan paling bawah iaitu asas

yang perlu dipenuhi oleh setiap individu dewasa.

Page 11 of 35
Kajian Penilaian Kritikal Mengenai Motivasi Pekerja oleh Pengurusan Guppy Plastic Industries
Sdn Bhd

b. Teori Dua Faktor Hertzberg. Frederick Hertzberg telah meletakkan

kategori gaji ini dalam faktor memelihara, kerana ia adalah perlu untuk

mencapai tahap kepuasan yang berpatutan di kalangan pekerja. Faktor gaji

boleh memotivasikan subordinat, tetapi faktor gaji ini juga lebih

berpotensi sebagai punca ketidakpuasan apabila tidak dititikberatkan.

c. Teori Jangkaan. Kepercayaan, jangkaan atau harapan seseorang pekerja

akan mempengaruhi motivasinya. Sebagai contoh, seseorang individu

akan meningkatkan hasil usahanya untuk mendapat gaji yang lebih jika dia

dijanjikan begitu. Sebaliknya seseorang individu yang lain mungkin tidak

mahu meningkatkan hasil kerjanya kerana dia mempercayai bahawa gaji

yang diterimanya adalah setimpal dengan usahanya sekarang.

d. Teori Keadilan. Faktor gaji akan mempengaruhi motivasi seseorang

pekerja diasaskan menurut penilaian, sama ada adil atau tidak, individu

terhadap ganjaran yang akan diperolehi. Mengikut teori ini, reaksi pekerja

akan melaraskan tingkah lakunya jika mereka menerima gaji yang kurang

dengan mengurangkan hasil atau mutu kerjanya.

1.1.2 GAJI TETAP/ BULANAN

Berdasarkan gaji bulanan yang diterima, satu perbandingan telah dibuat

mengikut Pekerja Tempatan dan Asing. Seterusnya perbandingan ini juga

mengambil kira tentang shif bekerja. Data-data di bawah menunjukkan gaji kasar

bulanan yang ditawarkan kepada pekerja separa mahir;

Jadual x – Gaji kasar bulanan untuk pekerja separa mahir

Page 12 of 35
Kajian Penilaian Kritikal Mengenai Motivasi Pekerja oleh Pengurusan Guppy Plastic Industries
Sdn Bhd

Gaji/ Elaun Pekerja Tempatan Pekerja Asing


(RM) (RM)
Shif 1 Shif 2 Shif 3 Shif 1 Shif 3
Gaji Asas 540.00 495.00 540.00 474.00 474.00
Elaun Shif 45.00 72.00 135.00 39.00 105.00
Elaun Kenderaan 65.00 65.00 91.00 0.00 0.00
Kerja Lebih Masa 0.00 0.00 0.00 288.57 317.82
Elaun Kedatangan 50.00 50,00 50.00 50.00 50.00
Jumlah 700.00 682.00 816.00 851.57 946.82

Jadual x – Perbezaan gaji Pekerja Tempatan dan Pekerja Asing mengikut Shif

Gaji/ Pekerja Pekerja Asing Perbezaan (RM)


Elaun Tempatan (RM)
(RM)
Shif 1 Shif 3 Shif 1 Shif 3 Shif 1 Shif 3
(a) (b) (c) (d) e = c-a f = d-b
Jumlah 700.00 816.00 851.57 946.82 151.57 130.82

Jadual x – Perbezaan gaji Pekerja Tempatan mengikut Shif

Gaji/ Pekerja Tempatan Perbezaan (RM)


Elaun (RM)
Shif 1 Shif 2 Shif 3 Shif 1 &2 Shif 1 & 3 Shif 2 & 3
(a) (b) (c) d = b-a e = c-a f = c -b
Jumlah 700.00 682.00 816.00 (18.00) 116.00 134.00

Jadual x – Perbezaan gaji Pekerja Asing mengikut Shif

Gaji/ Pekerja Asing Perbezaan


Elaun (RM) (RM)
Shif 1 Shif 3 Shif 1 & 3
(a) (b) c = b-a
Jumlah 851.57 946.82 95.25

1.1.3 GAJI HARIAN

Page 13 of 35
Kajian Penilaian Kritikal Mengenai Motivasi Pekerja oleh Pengurusan Guppy Plastic Industries
Sdn Bhd

Gaji untuk pekerja separa mahir dan mahir di bahagian pengeluaran dan

pembungkusan adalah mengikut hari mereka bekerja. Sekiranya mereka tidak

bekerja, maka gaji tidak akan dibayar untuk hari tersebut. Manakala yang bekerja

penuh untuk satu bulan, kilang akan membayar insentif tambahan.

Jadual di bawah menunjukkan gaji harian yang di terima mengikut Shif;

Jadual x – Gaji harian untuk pekerja separa mahir

Gaji/ Elaun Pekerja Tempatan


(RM)
Shif 1 Shif 2 Shif 3
Gaji Harian 18.00 16.50 18.00
Elaun Shif 1.50 2.40 4.50

1.1.4 KENAIKAN GAJI

Kilang ini tidak mengamalkan kenaikan gaji sewaktu pengesahan jawatan.

Manakala untuk kenaikan gaji tahunan, ianya adalah amat minima bagi setiap

pekerja separa mahir. Berdasarkan data kenaikan gaji pada Julai 2008, gaji

minimum dan maksimum bulanan yang dinaikkan ialah RM21.00 dan RM26.00.

(kalau ada) Terdapat juga sebilangan (atau berapa %) pekerja yang tidak

menikmati kenaikan gaji tahunan ini berdasarkan kepada penilaian prestasi

tahunan.

1.1.5 KESAN MOTIVASI KEPADA GAJI

Gaji adalah salah satu faktor yang penting dalam mempengaruhi motivasi

pekerja. Gaji diperlukan untuk meyediakan keperluan psikologi harian mereka

seperti makanan, pakaian, membayar sewa rumah, petrol dan lain-lain.

Page 14 of 35
Kajian Penilaian Kritikal Mengenai Motivasi Pekerja oleh Pengurusan Guppy Plastic Industries
Sdn Bhd

Berdasarkan jadual-jadual di atas, jelas menunjukkan perbezaan bagi gaji

yang diterima oleh pekerja-pekerja tempatan dan asing dan juga perbezaan di

antara shif-shif. Sekiranya gaji yang ditawarkan oleh syarikat itu tidak kompetitif

berbanding dengan sektor perkilangan yang lain, maka akan wujud ketidakpuasan

hati yang tinggi di kalangan pekerja. Perbezaan yang ketara ini akan

mempengaruhi motivasi pekerja seperti tidak suka bekerja, malas dan suka

membuat kerja yang mudah atau senang sahaja.

Tiada kenaikan gaji sewaktu pengesahan jawatan dan kenaikan gaji yang

minima kepada pekerja kilang ini boleh menyebabkan perasaan ketidakpuasan

hati di kalangan mereka.

Tekanan kepada pekerja kerana menerima gaji yang tidak mencukupi juga

boleh dikaitkan dengan Teori Dua Faktor Hertzberg. Oleh sebab gaji yang tidak

mencukupi, mereka juga akan mencari peluang lain yang lebih baik bagi

memenuhi keperluan psikologi mereka.

1.2 KERJA LEBIH MASA

Kerja lebih masa adalah faktor kedua yang mempengaruhi motivasi

pekerja di GPISB. Kebanyakan kerja lebih masa di kilang ini hanya di tawarkan

kepada pekerja asing yang sedia ada. Ini kerana waktu kerja mereka adalah 12

jam dimana 3 jam di anggap kerja lebih masa. Oleh sebab itu, kerja lebih masa

kurang di tawarkan kepada pekerja tempatan.

Kerja lebih masa juga hanya di tawarkan untuk bahagian-bahagian tertentu

sahaja seperti ‘crushing & mixing’ dan bahagian pembungkusan. Manakala untuk

Page 15 of 35
Kajian Penilaian Kritikal Mengenai Motivasi Pekerja oleh Pengurusan Guppy Plastic Industries
Sdn Bhd

bahagian pengeluaran dan stor yang mana ramai pekerja tempatan, kerja lebih

masa ini tidak ditawarkan.

1.2.1 KESAN MOTIVASI KEPADA KERJA LEBIH MASA

Dengan gaji yang tidak mencukupi dan di tambah dengan kekurangan

kerja lebih masa kepada pekerja tempatan, ianya akan menyebabkan mereka

merasakan tidak dihargai dan tidak diperlukan sepenuhnya. Tambahan pula kerja

lebih masa ini hanya mengutamakan pekerja-pekerja asing daripada pekerja-

pekerja tempatan.

Oleh itu Keperluan Fisiologi pekerja-pekerja tempatan tidak dapat

dipenuhi seperti yang dinyatakan oleh Abraham Maslow dalam Hirarki Keperluan

Manusia.

Pekerja-pekerja tempatan juga tidak akan bekerja bersungguh-sungguh

kerana jangkaan ganjaran mereka tidak seperti yang mereka harapkan. Mereka

juga akan berasa bahawa pihak pengurusan tidak adil dalam pengagihan kerja

lebih masa.

1.3 WAKTU BEKERJA

1.3.1 WAKTU BEKERJA YANG TETAP BAGI SETIAP SHIF

Dasar dan pentadbiran syarikat adalah salah satu faktor pemeliharaan di

dalam Teori Dua Faktor Hertzberg yang boleh mengakibatkan seseorang pekerja

itu bermotivasi tinggi atau sebaliknya. Dasar atau tatacara yang banyak memberi

Page 16 of 35
Kajian Penilaian Kritikal Mengenai Motivasi Pekerja oleh Pengurusan Guppy Plastic Industries
Sdn Bhd

kemudahan kepada pekerja akan menyebabkan seseorang pekerja itu rasa senang

untuk terus berkhidmat dengan syarikat tersebut.

Di syarikat ini, waktu bekerja adalah faktor ketiga yang mempengaruhi

motivasi pekerja-pekerja. Waktu bekerja di kilang ini di bahagikan kepada 3 shif.

Shif tersebut adalah tetap dan tidak bertukar-tukar. Jadual di bawah menujukkan

waktu bekerja di kilang ini mengikut shif.

Jadual x – Waktu bekerja

Shif Waktu Kerja


Shif 1 8:00 a.m. – 5:00 p.m.
Shif 2 5:00 p.m. – 12:00 a.m
Shif 3 12:00 a.m. – 8:00 a.m

Page 17 of 35
Kajian Penilaian Kritikal Mengenai Motivasi Pekerja oleh Pengurusan Guppy Plastic Industries
Sdn Bhd

1.3.2 KERJA 6 HARI SEMINGGU

Sudah banyak kilang sekarang mengamalkan kerja 5 hari seminggu.

Tetapi kilang ini masih mengamalkan kerja 6 hari seminggu untuk pekerja-

pekerja bahagian pengilangan. Kilang ini juga tidak mengamalkan cuti pilihan

pada hari Sabtu seperti yang banyak diamalkan oleh kilang-kilang yang masih

memerlukan 6 hari seminggu masa bekerja. Abraham Maslow telah meletakkan

keperluan ini dalam Keperluan Keselamatan iaitu faedah-faedah sampingan yang

layak diterima oleh pekerja.

1.3.3 KURANG CUTI RASMI TAHUNAN

Kilang ini hanya mengambil cuti rasmi tahunan sebanyak 13 hari sahaja

berbandingkan 16 hari cuti rasmi Malaysia. Waktu bercuti yang tidak sama boleh

menyebabkan seseorang pekerja sukar untuk merancang cuti bersama keluarga

seperti cuti-cuti hari perayaan.

1.3.4 KESAN MOTIVASI KEPADA WAKTU BEKERJA

Walaupun pihak majikan telah mendapat kebenaran untuk pekerja wanita

bekerja lebih dari pukul 11:00 malam tanpa menukar shif bekerja dan bekerja

untuk shif yang tetap, pihak majikan perlu juga memikirkan masalah-masalah lain

seperti masalah kesihatan pekerja.

Sebagai contoh, bagi pekerja-pekerja baru yang bekerja di shif 3,

walaupun pada awalnya mereka yang memilih untuk bekerja di waktu malam,

tetapi tidak dapat bertahan lama kerana mungkin mereka tidak dapat

menyesuaikan diri. Apabila mereka memohon untuk bertukar shif, permohonan

Page 18 of 35
Kajian Penilaian Kritikal Mengenai Motivasi Pekerja oleh Pengurusan Guppy Plastic Industries
Sdn Bhd

mereka tidak dapat dipenuhi oleh pihak sumber manusia, kerana ianya akan

menyebabkan kekurangan pekerja di shif-shif yang tertentu.

Oleh itu akan wujud Teori Dua Faktor Hertzberg iaitu faktor kesihatan

kerana pekerja merasakan polisi syarikat yang di wujudkan oleh majikan tidak

bersesuaian dengan jiwa mereka. Pekerja-pekerja ini akan mencari peluang

pekerjaan di tempat lain yang dapat memenuhi faktor kesihatan.

Manakala bekerja 6 hari seminggu dan kurang cuti rasmi tahunan akan

menyebabkan Keperluan Sosial oleh seseorang pekerja tidak dapat dipenuhi

sepenuhnya. Ini kerana mereka lebih banyak menghabiskan masa di tempat kerja

berbanding bersama keluarga masing-masing. Jurang Keperluan Sosial yang tidak

diambil berat akan menyebabkan ketidakstabilan rumah tangga dan seterusnya

akan menjejaskan kilang disebabkan pekerja yang tidak berkualiti.

1.4 PERSEKITARAN TEMPAT KERJA

Persekitaran tempat kerja yang tidak selamat, teratur, panas, kotor, bising

dan sebagainya akan mempengaruhi motivasi seseorang pekerja. Ianya

merupakan faktor keempat yang mempengaruhi motivasi pekerja-pekerja di

Guppy Plastic. Dalam Teori Dua Faktor Hertzberg atau Teori Kesihatan dan

Motivasi, terdapat 6 perkara yang mempengaruhi ketidakpuasan hati pekerja yang

tinggi dan salah satu antaranya adalah keadaan tempat kerja. (Two-faktor theory,

From Wikipedia, the free encyclopedia, dilayari pada 19hb Disember 2009). Teori

Hirarki Keperluan Maslow pula menggariskan bahawa Keperluan FIsiologi

Page 19 of 35
Kajian Penilaian Kritikal Mengenai Motivasi Pekerja oleh Pengurusan Guppy Plastic Industries
Sdn Bhd

seperti keadaan kerja yang selesa perlu dipenuhi. Tambahan pula keperluan ini

adalah keperluan paling asas bagi setiap pekerja.

1.4.1 TEMPAT KERJA YANG PANAS

Keadaan tidak selesa di kilang ini terletak di bahagian pengilangan. Ini

adalah kerana mesin-mesin ini mengeluarkan haba panas untuk mencairkan dan

membentuk bahan mentah untuk di jadikan produk plastik.

Gambarajah-gambarajah di bawah menunjukkan keadaan persekitaran di

bahagian pengilangan dan juga mesin-mesin yang digunakan.

Gambarajah x – Keadaan persekitaran di bahagian pengilangan

Page 20 of 35
Kajian Penilaian Kritikal Mengenai Motivasi Pekerja oleh Pengurusan Guppy Plastic Industries
Sdn Bhd

Page 21 of 35
Kajian Penilaian Kritikal Mengenai Motivasi Pekerja oleh Pengurusan Guppy Plastic Industries
Sdn Bhd

Page 22 of 35
Kajian Penilaian Kritikal Mengenai Motivasi Pekerja oleh Pengurusan Guppy Plastic Industries
Sdn Bhd

Gambarajah x – Mesin-mesin untuk pengilangan

Page 23 of 35
Kajian Penilaian Kritikal Mengenai Motivasi Pekerja oleh Pengurusan Guppy Plastic Industries
Sdn Bhd

Page 24 of 35
Kajian Penilaian Kritikal Mengenai Motivasi Pekerja oleh Pengurusan Guppy Plastic Industries
Sdn Bhd

1.4.2 TEMPAT KERJA YANG BISING

Mesin-mesin di kilang ini digunakan untuk menghasilkan produk-produk

plastik. Ianya menggunakan teknik “injection moulding” di mana mesin-mesin ini

menggeluarkan bunyi yang agak kuat apabila sedang beroperasi.Berdasarkan

“Additional Noise Monitoring Report” bertarikh 24 September 2007, terdapat

beberapa tempat kerja yang telah melebihi tahap bunyi yang dibenarkan. Jadual di

bawah menunjukkan tahap kebisingan di 6 bahagian pengilangan.

Jadual x – Tahap kebisingan di bahagian pengilangan

Page 25 of 35
Kajian Penilaian Kritikal Mengenai Motivasi Pekerja oleh Pengurusan Guppy Plastic Industries
Sdn Bhd

Work Section Job Result of Monitoring


Category Dose Peak Level Max Level Leq 8
% dB dB(A) dB(A)
Sonic Machine Mc operator 183.7 136 115 94.3
Moulding Niigata Mc operator 12.67 139.5 108.0 75.0
Moulding Mitsubishi Mc operator 44.1 138 111 84.1
Packing General 3.86 133 100 66.5
worker
Crushing Mc operator 290.8 136 112 97.6
Maintenance/ Forklift Fitter 12.17 130 110.2 74.8

Tahap bunyi yang dibenarkan ialah 90 dB(A) untuk tempoh masa 8 jam

bekerja. Tindakan pembetulan oleh pihak pengurusan perlu di ambil apabila tahap

bunyi minimum adalah 85 dB(A). Berdasarkan jadual di atas, di dapati tahap

kebisingan di bahagian “Sonic Machine” dan “Crushing” telah melebihi tahap

bunyi yang dibenarkan.

Pendedahan berterusan kepada haba panas dan bunyi bising selama 8 jam

akan mengakibatkan pekerja tidak selesa dan mudah letih. Dalam Senarai Semak

Tekanan, faktor persekitaran tempat kerja dan bunyi bising akan mengakibatkan

tekanan kepada pekerja tersebut.

Bunyi bising hanyalah antara masalah-masalah lain dalam Senarai Semak

Penekanan, tetapi jika ditambah dengan faktor-faktor lain seperti gaji, maka

tekanan mungkin akan timbul dalam diri pekerja itu. (T. Cox dan A. Griffith:

Manual on Occupational Stess in Nursing, ILO, (1994) Panduan bagi Pencegahan

Tekanan dan Keganasan di Tempat Kerja Kementerian Sumber Manusia, Jabatan

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia m.s 32)

1.4.3 KESAN MOTIVASI KEPADA PERSEKITARAN TEMPAT KERJA

Page 26 of 35
Kajian Penilaian Kritikal Mengenai Motivasi Pekerja oleh Pengurusan Guppy Plastic Industries
Sdn Bhd

Berdasarkan gambar-gambar di persekitaran tempat kerja, dapat di

simpulkan bahawa persekitaran tempat kerja yang tidak selesa akan

mempengaruhi motivasi seseorang pekerja.

Dengan tekanan kerja yang dihadapi oleh pekerja, pihak majikan akan

mempunyai pekerja yang bermasalah seperti tidak hadir bekerja, kurang

produktivi, sering melakukan kesalahan dan lain-lain.

Pendedahan berterusan kepada bunyi bising boleh menyebabkan masalah

kesihatan seperti kehilangan pendengaran kekal, tekanan perasaan, darah tinggi

dan sebagainya. Dengan pekerja yang bermasalah dan tidak sihat, pihak majikan

sukar untuk mencapai visi dan misi syarikat.

1.5 INSENTIF-INSENTIF TAMBAHAN

1.5.1 KEMUDAHAN ASRAMA DAN FAEDAH KESIHATAN

Faktor insentif-insentif tambahan merupakan faktor kelima yang

mempengaruhi pekerja-pekerja di GPISB.

Pihak majikan menyediakan kemudahan asrama yang lengkap kepada

pekerja-pekerja asing. Malangnya, pihak majikan tidak mahu menyediakan

kemudahan asrama ini kepada pekerja-pekerja tempatan yang datang dari luar

Selangor dan Kuala Lumpur.

Pihak majikan juga tidak menyediakan faedah kesihatan yang

komprehensif seperti faedah rawatan di hospital, khidmat pakar, pergigian dan

Page 27 of 35
Kajian Penilaian Kritikal Mengenai Motivasi Pekerja oleh Pengurusan Guppy Plastic Industries
Sdn Bhd

lain-lain lagi. Apa yang ada hanyalah faedah rawatan untuk pesakit luar yang

dihadkan kepada RM300 setahun dan RM30 untuk sekali rawatan.

1.5.2 KESAN KEPADA INSENTIF-INSETIF TAMBAHAN

Pihak majikan akan kekurangan tenaga pekerja tempatan yang sanggup

bekerja dan menetap di rumah sendiri. Sebagai contoh, pekerja-pekerja daripda

luar kawasan Selangor dan Kuala Lumpur lebih suka memilih tempat kerja yang

menyediakan kemudahan asrama kerana kadar sewa rumah yang tinggi dan

kesukaran mendapat tempat kediaman yang sesuai.

Tanpa faedah kesihatan, ianya akan membantutkan motivasi seseorang

pekerja. Ini kerana Keperluan Keselamatan mereka tidak dapat dipenuhi oleh

pihak majikan terutamanya bagi pekerja-pekerja yang kerap memerlukan rawatan

dan mempunyai anak yang ramai.

Page 28 of 35
Kajian Penilaian Kritikal Mengenai Motivasi Pekerja oleh Pengurusan Guppy Plastic Industries
Sdn Bhd

D. KESIMPULAN

1. CADANGAN PENYELESAIAN

Menurut Gabriel (1997) suatu sistem motivasi yang baik harus;

a. Fleksibel. Cukup fleksibel untuk meliputi unsur-unsur motivasi yang

berlainan yang membolehkan orang ramai mencapai objektif

masing-masing – wang atau lain-lain seperti pengakuan.

b. Komprehensif. Apabila unsure motivasi yang berlainan diberi, ia

seharusnya memenuhi kesemua keperluan-keperluan dari psikologi

sehingga ke kemajuan kendiri.

c. Jaminan. Manusia suka menerima maklumbalas yang positif. Dalam

penilaian prestasi kerja, para pekerja harus diberitahu kedudukan

mereka berkenaan dengan tugas.

d. Progresif. Ini bermakna tahap output dapat ditingkatkan demi

menghadapi permintaan persaingan persekitaran, dan memenuhi

keperluan pekerja untuk kerja yang lebih sukar dan mencabar.

Berdasarkan penyataan di atas, beberapa cadangan penyelesaian yang

terperinci telah dinyatakan di bawah.

1.1 GAJI

Dengan membuat jangkaan, cara bekerja seseorang individu itu dengan

gaji yang di tawarkan dan keadaan ekonomi semasa, Pihak pengurusan boleh

Page 29 of 35
Kajian Penilaian Kritikal Mengenai Motivasi Pekerja oleh Pengurusan Guppy Plastic Industries
Sdn Bhd

membuat penilaian semula mengenai gaji bertepatan dengan keadaan ekonomi

pada masa ini. Penilaian ini boleh dibuat dengan perbandingan gaji mengikut

kajian Persatuan Majikan Malaysia (MEF).

Jadual x - Perbandingan Purata Bulanan Gaji di antara Operator Pengeluaran Mahir dan
Separa Mahir

Jenis Pekerjaan Purata Gaji Bulanan Purata Gaji Bulanan


Syarikat MEF
(RM) (RM)
Operator Pengeluaran-Mahir 910.00 1,100.00
Operator Pengeluaran-Separa Mahir 725.00 886.00
(MEF Salary Survey for Non Executives, 2008)

Dengan membuat perbandingan ini, pihak majikan boleh membuat

penilaian gaji pekerja-pekerja mereka dan menimbangkan untuk mengkaji semula

gaji pekerja-pekerja separa mahir.

Sekiranya pihak majikan dapat memenuhi keperluan yang paling asas ini,

pekerja akan bekerja dengan lebih produktif lagi. Dengan mengekalkan pekerja

yang mempunyai sikap Y dalam diri mereka pihak majikan tidak akan rugi kerana

pekerja-pekerja ini akan membantu majikan untuk meningkatkan produktiviti dan

pekerja-pekerja yang mempunyai sikap X sedikit sebanyak akan dimotivasikan.

Dengan meningkatnya motivasi ini, matlamat syarikat akan boleh dicapai.

1.2 WAKTU BEKERJA YANG TETAP

Pihak majikan boleh membuat pilihan kepada pekerja untuk bekerja dalam

2 shif yang bertukar-tukar setiap 2 minggu atau sebulan seperti yang ditawarkan

kepada pekerja asing. Waktu kerja I dari pukul 8:00 a.m – sehingga 8:00 p,.m dan

Page 30 of 35
Kajian Penilaian Kritikal Mengenai Motivasi Pekerja oleh Pengurusan Guppy Plastic Industries
Sdn Bhd

waktu kerja II dari jam 8:00 p.m. sehingga 8:00 a.m. Waktu kerja asas 8 jam dan

di tambah dengan 3 jam waktu kerja lebih masa.

Majikan tidak akan menanggung kerugian dengan menawarkan waktu

kerja yang sama untuk pekerja tempatan seperti pekerja asing yang sedia ada. Ini

kerana dengan tempoh kerja selama 12 jam sehari akan menampung waktu kerja

untuk pekerja shif 2.

Dalam teori Victor H Vroom, ketidakpuasan hati yang tinggi wujud

akibat daripada polisi syarikat dan suasana tempat kerja. Sekiranya pihak majikan

tidak berusaha untuk menukar waktu bekerja mungkin lama kelamaan, pekerja

shif ke 3 akan semakin berkurangan berikutan daripada faktor usia pekerja dan

masalah kesihatan yang akan timbul seperti tekanan darah tinggi kerana waktu

tidur yang berbeza.

1.3 PERSEKITARAN TEMPAT KERJA

Sememangnya agar sukar untuk majikan menyediakan dan memuaskan

hati pekerja. Tetapi majikan perlulah sentiasa berusaha untuk memperbaiki

hubungan mereka dengan pekerja demi masa depan syarikat.

Pihak majikan boleh menyediakan latihan-latihan dan panduan untuk

pekerja bagaimana untuk menghadapi tekanan di tempat kerja. Mungkin majikan

tidak menyedari terdapat pekerja mereka yang menghadapi tekanan tempat kerja,

kerana majikan tidak menghabiskan masa mendengar masalah pekerja,

Page 31 of 35
Kajian Penilaian Kritikal Mengenai Motivasi Pekerja oleh Pengurusan Guppy Plastic Industries
Sdn Bhd

Selain daripada memberikan latihan dan panduan cara-cara mengatasi

tekanan ditempat kerja, cara berkomunikasi juga perlu di tukar. Majikan perlu

menukar cara komunikasi dari satu hala komunikasi sebelum iaitu komunikasi

bawah ke atas tetapi bertukar ke 2 hala komunikasi iaitu dari bawah ke atas dan

dari atas ke bawah.

Bagi mengelakkan kesan bunyi bising di tempat kerja, penyediaan

Peralatan Perlindungan Peribadi yang sesuai mengikut piawaian yang ditetapkan

oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan hendaklah disediakan ditempat-tempat

yang bising seperti‘crushing & mixing’. Selain itu, mesin tersebut juga boleh

dipasang alat penyeyap bunyi agar bunyinya tidak disebarkan ketempat yang

berdekatan. Pekerja-pekerja juga perlu dimotivasikan dengan memberikan

latihan-latihan untuk mendorong mereka supaya menggunakan peralatan-

peralatan yang telah disediakan dengan betul.

Sekiranya majikan mempunyai sikap bertanggung jawab, dengan

mengambil berat dan mendengar masalah yang wujud dikalangan pekerja. Pekerja

akan merasa gembira kerana majikan mengambil berat tentang masalah mereka.

Pekerja akan merasakan diri mereka dihargai oleh pihak majikan. Mereka yang

telah mencapai tahap keperluan keselamatan, merasa selamat untuk bekerja dan

boleh bekerja dengan tenang dengan wujud motivasi dalam diri, mereka akan

berusaha bekerja keras untuk mencapai matlamat organisasi yang telah

ditetapkan.

Page 32 of 35
Kajian Penilaian Kritikal Mengenai Motivasi Pekerja oleh Pengurusan Guppy Plastic Industries
Sdn Bhd

1.4 KERJA LEBIH MASA DAN ELAUN-ELAUN LAIN

Pihak majikan juga tidak boleh berat sebelah dalam membuat

pertimbangan di mana, pihak majikan juga perlu menimbangkan untuk memberi

peluang kepada pekerja-pekerja tempatan untuk membuat kerja lebih masa. Pihak

majikan tidak boleh hanya memberikan kerja lebih masa kepada pekerja asing

sahaja, kerana pekerja tempatan juga mempunyai tanggungjawab untuk

membayar segala perbelanjaan harian mereka.

Kerja lebih masa ini boleh dibuat oleh majikan dengan menukarkan waktu

kerja mereka kepada 12 jam sehari. Dimana tambahan 3 jam daripada 8 jam

waktu kerja boleh di kira sebagai kerja lebih masa.

Pekerja juga tidak harus membuat alasan dan meminta yang berbagai-

bagai jika diberi peluang untuk bekerja lebih masa. Mereka harus mengambil

peluang yang diberikan. Sekiranya mereka asyik membuat berbagai-bagai

permintaan dan alasan, sudah pasti pihak majikan tidak akan mempertimbangkan

lagi untuk memberi peluang kepada pekerja.

Majikan juga perlu mengambil berat tentang keperluan asas pekerja

seperti tempat tinggal untuk pekerja yang baru berhijrah ke negeri Selangor dan

tidak mempunyai rumah untuk mereka tinggal. Dengan menyediakan rumah-

rumah sewa untuk pekerja-pekerja tempatan yang datang luar dari negeri

Selangor, majikan mungkin akan mempunyai tenaga kerja tempatan yang sama

banyak dengan pekerja asing. Ini kerana sekiranya pihak majikan menyediakan

Page 33 of 35
Kajian Penilaian Kritikal Mengenai Motivasi Pekerja oleh Pengurusan Guppy Plastic Industries
Sdn Bhd

tempat tinggal untuk mereka ini, pasti mereka akan terus bekerja dengan kilang

ini.

Dengan meningkatkan motivasi pekerja dengan memberikan kerja lebih

masa dan tempat tinggal untuk mereka yang baru datang dari luar negeri

Selangor, sudah pasti pekerja-pekerja ini akan terus bekerja sekurang-kurangnya

untuk 2 hingga 3 tahun lagi.

1.5 LAIN-LAIN

Menukar hari bekerja dari 6 hari kepada 5 hari seminggu secara bergilir-

gilir. Dengan cara bekerja selama 5 hari seminggu bergilir-gilir pekerja akan

mendapat lebih waktu berehat 2 hari bersama-sama keluarga setelah penat

bekerja. Dengan ini, pekerja mempunyai tenaga untuk balik bekerja pada hari

Isnin minggu berikutnya.

Memberi ganjaran lain kepada pekerja yang rajin dengan memberikan

bonus tahunan yang lebih, memberikan tambahan cuti tahunan daripada 16 hari

kepada 22 hari setahun untuk mereka yang berkhidmat melebihi 10 hingga 15

tahun selain daripada memberikan mereka insuran rawatan dan masuk hospital

akan dapat meningkatkan motivasi lagi pekerja.

Dengan ada penukaran kerja 5 hari seminggu atau berselang seli minggu

berikutnya, ganjaran bonus dan lain-lain ganjaran lagi, sedikit sebanyak akan

meningkatkan lagi motivasi pekerja. Pekerja-pekerja ini akan merasa diri mereka

di hargai oleh pihak majikan.

Page 34 of 35
Kajian Penilaian Kritikal Mengenai Motivasi Pekerja oleh Pengurusan Guppy Plastic Industries
Sdn Bhd

E. PENUTUP

Pekerja tempatan ataupun pekerja asing, mereka adalah aset untuk

sesebuah organisasi tersebut. Tanpa pekerja-pekerja ini, organisasi akan sukar

untuk mencapai matlamat yang mereka telah tetapkan. Oleh sebab itu, pihak

majikan perlu menjaga kepentingan pekerja-pekerja mereka memotivasikan

pekerja mereka dalam bentuk ekstricsik dan insstrciksic.

Pekerja juga harus tahu untuk menghargai pihak majikan dengan bekerja

bersungguh-sungguh dan meningkatkan produktiviti dan pengeluaran. Dengan ini

majikan dan pekerja akan bersama-sama berusaha untuk mencapai matlamat

organisasi.

Page 35 of 35

You might also like