Teks Maulidurrasul

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

.‫السالم عليكم ورحمة هللا و بركاته‬.

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


Yang berusaha, En Amran b Ab Shukor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kg Tengah
Yang dihormati, _________________________, penceramah jemputan kita pada hari ini
Yang dihormati, Puan Zahrah bt Pardi, Penolong Kanan Pentadbiran,
Puan Sharina Ismail, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid,
En Khairil Azhan b Ab Manab, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,

Rakan-rakan guru seterusnya


Yang dikasihi, anak-anak murid sekalian..

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan ..‫أهال و سهال و مرحبا بكم إلى مجليس ختم القرءان‬
menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzati, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan
limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Maulidur Rasul ini. Mudah-
mudahan hasrat untuk melahirkan generasi yang cintakan Junjungan Besar Nabi Muhammad saw
dapat direalisasikan melalui program-program sebegini

Zikir Munajat Pembersih jiwa


Doa dipohon menjana taqwa

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-sama menadah tangan penuh
kehambaan kepadaNya....,

Untuk itu, majlis mempersilakan Al Fadhil Ustaz Ranto Hidayat b. Syafii untuk memimpin
bacaan doa.....dipersilakan.

#########

Amin..ya rabbal alamin


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas pimpinan bacaan doa itu tadi..Semoga majlis kita
mendapat keberkatan dan lindungan Allah SWT.
Hadirin sekalian,

Seterusnya majlis mempersilakan Yang berusaha, En Amran b Ab Shukor Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Kg Tgh untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.....Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
#########

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Majlis diserikan lagi dengan memperdengarkan salam dam selawat ke atas jujungan besar dalam
alunan Qasidah oleh anak-anak Tahfiz…………………..
Hadirin sekalian,
Seterusnya dipersilakan Al-Fadhil Ustaz _Muhammad Zaidy b Dailami untuk menyampaikan
ceramah sempena Sambutan Maulidurrasul pada hari ini.. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

#########
Alhamdulillah, satu perkongsian yang amat berguna dan perlu diamalkan hari ini..Namun,
majlis kita masih belum selesai.

Sebagai tanda hati ikhlas daripada pihak majlis, dipersilakan En Amran b Ab Shukor
menyampaikan cenderamata kepada Al-fadhil Ustaz Muhammad Zaidy b. Dailami,
penceramah jemputan pada hari ini .Dipersilakan.

#########

Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha En Amran b Ab Shukor atas kesudian
menyampaikan cenderamata sebentar tadi.

Alhamdulillah, majlis kita sudah sampai di penghujungnya. Saya mewakili seluruh Ahli
Jawatankuasa Pelaksana Majlis Sambutan Maulidurrasul , ingin mengungkapkan ucapan rasa
syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis kita pada
hari ini samada secara langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan
daripada-Nya, insya Allah.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
mengacarakan majlis ini.

Marilah sama-sama kita akhiri majlis kita pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan
surah al-`Asr.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa


Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi AmnilLahi Ta’ala wa ilal liqa’, ma’as salamah.

You might also like