Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 10
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Director General of Education Malaysia Ore ARAS 8, BLOK EB Level 8, Biock EB MALAYSIA KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E Government Complex Parcel E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN jet Or eed Orr: Federal Government Administrative Centre Faks: 03-8889 4548 62604 PUTRAJAYA, Laman Web: www.moe.gov.rny KP/KPPM/6 Jid. 2 (20 ) Tarikh: i) Februari 2016 Semua Ketua Bahagian Semua Pengarah Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 2 TAHUN 2016 STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK) TUJUAN 1. Surat pekeliling ikhtisas ini dikeluarkan bertujuan untuk memaklumkan semua sekolah tentang penambahbaikan yang terdapat dalam Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) mulai tahun 2016. LATAR BELAKANG 2. SEGAK adalah satu bateri ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan. Kecergasan adalah keupayaan sistem badan untuk berfungsi dengan efisien bagi membolehkan murid sihat dan dapat melaksanakan aktiviti dengan berkesan. Komponen kecergasan yang diukur dalam SEGAK terkandung dalam Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) serta Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Pendidikan Jasmani. 3, Ujian SEGAK telah dilaksanakan kepada murid sekolah di Malaysia mulai tahun 2008 yang melibatkan murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5. SEGAK mempunyai prosedur ujian yang standard. Setiap ujian mempunyai norma yang telah ditetapkan mengikut umur dan jantina murid. Terdapat lima (5) instrumen di dalam SEGAK, iaitu: a b. c. d. e Indeks Jisim Badan (Body Mass Index- BMI); Ujian Naik Turun Bangku Tiga (3) minit; Ujian Tekan Tubi (murid lelaki) atau Tekan Tubi Ubah Suai (murid perempuan); Ujian Ringkuk Tubi Separa; dan Ujian Jangkauan Melunjur 4, Pada dasamya SEGAK dilaksanakan di sekolah seluruh negara seperti yang termaktub dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/2008 dan Panduan SEGAK 2007. Walau bagaimanapun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah disyorkan untuk membuat penambahbaikan dengan menggunakan norma terkini bagi Jadual Pengkelasan Indeks Jisim Badan berdasarkan World Health Organization (WHO) 2007 (Lampiran 1). Jadual ini akan menggantikan jadual berdasarkan National Centre for Chronic Disease Prevention and Health Promotion (CDC) 2000 (Lampiran 2) yang telah digunakan dalam SEGAK. PELAKSANAAN 5. Pelaksanaan SEGAK hendaklah seperti berikut: 5.1 5.2 53 54 5.5 Mengikut Buku Panduan SEGAK 2016 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia; Ujian SEGAK hendaklah dilaksanakan dua (2) kali setahun jaity pada bulan Mac dan Ogos bagi murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5; Ujian ini boleh dilaksanakan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan juga di luar waktu persekolahan; Semua data ujian direkod dengan menggunakan Borang SEGAK Sekolah Rendah (BSSR) atau Borang SEGAK Sekolah Menengah (BSSM); dan Data yang diperoleh dari ujian SEGAK hendaklah direkodkan di dalam sistem perekodan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). 6. Sejajar dengan penambahbaikan dalam pelaksanaan SEGAK, Jadual Pengkelasan BMI WHO 2007 hendaklah diguna pakai secara berperingkat di sekolah mulai bulan Mac 2016 seperti ketetapan berikut: Tahun 4 WHO 2007 | WHO 2007 | WHO 2007 Tahun 5 CDC 2000 | WHO 2007 | WHO 2007 Tahun 6 ‘CDC 2000 | CDC 2000 | WHO 2007 Tingkatan 4 WHO 2007 | WHO 2007 | WHO 2007 Tingkatan 2 CDC 2000 | WHO 2007 | WHO 2007 Tingkatan 3 ‘CDC 2000 | CDC 2000 | WHO 2007 Tingkatan 4 WHO 2007 | WHO 2007 | WHO 2007 Tingkatan 5 ‘DC 2000 | WHO 2007 | WHO 2007 TARIKH KUAT KUASA 7. Surat pekeliling ikhtisas_ ini dikeluarkan. PEMBATALAN berkuat kuasa pada tarikh surat pekeliling ini 8. Dengan berkuatkuasanya surat pekeliling ikhtisas ini, maka Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4 Tahun 2008 bertarikh 9 Julai 2008 adalah dibatalkan. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 9. YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan dimohon mengambil tindakan memaklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di bahagian-bahagian KPM, jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah, pengetua dan guru besar di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan, Sekian. Terima kasin. “BERKHI INTUK NEGARA” (DATO’ SRI DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF) Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru merangkap Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

You might also like