Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

SOALAN OBJEKTIF (40 markah)

ARAHAN
Bahagian ini mengandungi ENAM PULUH LIMA (65) soalan. Jawab SEMUA soalan di atas
kertas OMR yang disediakan.

1. Teori pengasingan kuasa (Eksekutif, legislatif dan kehakiman) dalam sistem pentadbiran
Malaysia telah dikemukakan oleh _____________.
A. W.R. Roff
B. Montesqiue
C. Lord Cobbold
D. Lord Landsdowne

2. Manakah antara berikut merupakan tujuan utama doktrin pengasingan kuasa


diaplikasikan dalam struktur pentadbiran?
A. Memastikan perjalanan pentadbiran negara lancar.
B. Membolehkan proses perlaksanaan undang-undang berjalan dengan baik.
C. Mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat pemusatan kuasa pada satu
badan tertentu.
D. Memastikan pemerintahan selari dengan pengamalan sistem demokrasi
berparlimen.

3. Unsur apakah yang paling penting dalam menerapkan pemerintahan bercorak demokrasi
berparlimen?
A. Rakyat
B. Dewan Negara
C. Sistem pemerintahan
D. Raja atau pemerintah

Soalan 4 berdasarkan senarai di bawah.

Badan Pentadbiran
Badan Perundangan
Badan Kehakiman

4. Manakah antara berikut yang menduduki struktur yang paling atas bagi ketiga-tiga badan
tersebut?
A. Sultan
B. Ketua Menteri
C. Perdana Menteri
D. Yang Di-Pertuan Agong

1/13
5. Negara yang mengamalkan sistem Federalisme merujuk kepada ________________.
A. Sistem pemerintahan oleh rakyat
B. Semua negeri patuh kepada kerajaan pusat
C. Mengandungi negeri-negeri melayu bersekutu
D. Pembahagian kuasa dalam suatu sistem pemerintahan antara kerajaan
pusat dan negeri

6. Berikut merupakan tanggungjawab yang termasuk dalam bidang kuasa negeri


KECUALI _______________.
A. Tanah
B. Hiburan awam
C. Undang-undang islam
D. Pertanian dan perhutanan

7. Manakah antara penyataan berkaitan hal ehwal islam berikut, yang tidak benar?
A. Agama islam ialah agama rasmi persekutuan
B. Undang-undang islam terkandung dalam senarai negeri
C. Majlis agama islam juga bertindak sebagai ketua agama islam
D. Setiap raja atau sultan ialah ketua agama islam di negeri masing-masing

8. Pilih penyataan yang tidak benar mengenai Parlimen.


A. Ahli parlimen dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya
B. Parlimen mempunyai kuasa memperkenan rang undang-undang
C. Parlimen terdiri daripada YDPA, Dewan Rakyat dan Dewan Negara
D. Parlimen merupakan lambang kewujudan demokrasi berparlimen di
Malaysia

9. Pada Pilihanraya Umum Persekutuan Tanah Melayu tahun 1955, Parti Perikatan telah
mencapai majoriti mudahdengan memenangi sebanyak _________ kerusi yang
dipertandingkan.
A. 49
B. 50
C. 51
D. 52

10. Antara perkara berikut, yang manakah bukan merupakan ciri-ciri amalan demokrasi di
Malaysia?
A. Parlimen
B. Pilihan Raya
C. Kerahan tenaga
D. Kebebasan Asasi

2/13
11. Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak menjelaskan fungsi YDPA?
A. Membubarkan Parlimen
B. Memecat Perdana Menteri
C. Memperkenan rang undang-undang
D. Memanggil, Menangguh dan membubarkan Parlimen

12. Dasar ini telah diperkenalkan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu.
A. Susun dan perintah
B. Pecah dan perintah
C. gabung dan perintah
D. Kelompok dan perintah

Soalan 13 berdasarkan senarai di bawah.

Mahkamah Juvana
Mahkamah Sesyen

13. Apakah jenis mahkamah yang sesuai dipadankan dengan senarai di atas?
A. Mahkamah Rendah
B. Mahkamah Negeri
C. Mahkamah Atasan
D. Mahkamah Khas

14. Mahkamah yang mempunyai kuasa untuk menyelesaikan pertikaian antara kerajaan
Negeri dengan kerajaan Persekutuan ialah ______________.
A. Mahkamah Agung
B. Mahkamah Sesyen
C. Mahkamah Rayuan
D. Mahkamah Majistret

15. Situasi manakah yang membolehkan seseorang itu memohon bagi mendapatkan
pengampunan Yang di-Pertuan Agong?
I. Seorang Koperal telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tentera.
II. Encik Z telah dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Syariah
Pahang
III. Encik X telah dijatuhkan hukuman mati mandatori oleh Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur
IV. Encik Y telah dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi di
Sabah.

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

3/13
16. Manakah antara berikut termasuk dalam kumpulan kes jenayah di mahkamah syariah?
I. Poligami.
II. Penceraian.
III. Minum arak.
IV. Tidak berpuasa.

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

17. Antara berikut, yang manakah menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebagai
ahli tidak rasmi (ex-officio)?
A. Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Pembangunan Negeri dan Mufti Negeri.
B. Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat
Undang-undang Negeri.
C. Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Undang-undang Negeri dan Penasihat
Kewangan Negeri.
D. Setiausaha Dewan Undangan Negeri, Pegawai Ekonomi Negeri dan Penasihat
Undang-undang Negeri.

18. Pernyataan berikut benar tentang kes-kes sivil yang dibicarakan di Mahkamah Syariah,
KECUALI ________________.
A. wasiat dan wakaf.
B. penceraian dan pembahagian harta.
C. penderaan terhadap isteri atau anak.
D. nafkah dan tanggungan perkahwinan.

19. Pada peringkat manakah rang undang-undang dibahaskan semula setelah pindaan
dilakukan oleh Jawatankuasa Dewan?
A. Peringkat jawatankuasa
B. Bacaan kali pertama
C. Bacaan kali kedua
D. Bacaan kali ketiga

20. Dalam struktur pentadbiran negara, badan yang bertanggungjawab menggubal dan
memutuskan sesuatu dasar ialah ________________.
A. Majlis Raja-raja
B. Suruhanjaya
C. Kementerian
D. Kabinet

4/13
21. Berikut merupakan perkara yang merujuk kepada sistem kabinet KECUALI _________.
A. Merupakan badan tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif
B. Dianggotai Perdana Menteri dan Jemaah menteri yang lain
C. Setiausaha kabinet ialah Ketua Setiausaha Negara
D. Kabinet berkuasa menggubal undang-undang

22. Jabatan Kastam Di Raja Malaysia terletak di bawah kawalan __________________.


A. Kementerian Kewangan
B. KeKementerian Dalam Negeri
C. Kementerian Sumber Manusia
D. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

23. Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal undang-undang dan Parlimen
berada di bawah kementerian ______________.
A. Kementerian Dalam Negeri
B. Jabatan Perdana Menteri
C. Jabatan Peguam Negara
D. Kementerian Kewangan

24. Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan badan berkanun yang bertanggungjawab
kepada ___________________.
A. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
B. Jabatan Perdana Menteri
C. Kementerian Kewangan
D. Kementerian Pelajaran

25. Badan ini ditubuhkan dengan menggunakan undang-undang tertentu dan bersifat separuh
kerajaan. Manakah antara berikut merujuk kepada badan ini?
A. Kereta Api Tanah Melayu
B. Tenaga Nasional Berhad
C. Dewan Bahasa dan Pustaka
D. Sistem Penerbangan Malaysia Berhad

26. Pentadbiran di peringkat kerajaan tempatan diketuai oleh seorang _____________.


A. Menteri Besar
B. Ketua Menteri
C. Pegawai Daerah
D. Yang Dipertua Negeri

27. Tujuan penubuhan kerajaan tempatan yang utama ialah _____________.


A. Melaksanakan pembangunan di kawasan bandar.
B. Mengurus kutipan cukai pintu bagi pihak kerajaan negeri.
C. Membentuk sistem pentadbiran di luar bidang kuasa kerajaan negeri.
D. Memberi peluang kepada penduduk tempatan terlibat dalam pengurusan tempat
kediaman mereka.

5/13
28. Berikut merupakan contoh kerajaan tempatan KECUALI _________________.
A. Majlis daerah Hulu Selangor
B. Majlis Bandaraya Alor Setar
C. Majlis Perbandaran Kajang
D. Majlis Daerah Shah Alam

29. Suruhanjaya Di Raja yang diwujudkan adalah bersifat ______________.


A. Tetap
B. Sementara
C. Tidak ditentukan tempoh perkhidmatan
D. Dihadkan masa tempoh Perkhidmatannya.

30. Manakah antara berikut merupakan fungsi utama Suruhanjaya Pilihanraya?


I. Menyemak dan mengubah persempadanan kawasan pilihan raya.
II. Memilih calon yang berhasrat ingin bertanding dalam pilihan raya.
III. Menjalankan pilihan raya umum dan kecil bagi Dewan Rakyat dan Dewan
Negara.
IV. Mengurus dan menyemak daftar pengundi bagi semua kawasan pilihan raya.

A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV

31. Menurut Perlembagaan, sekiranya Parlimen dibubarkan maka Pilihan Raya perlu
diadakan dalam tempoh _________ hari selepas pembubaran.
A. 50
B. 60
C. 70
D. 90

32. Antara berikut, manakah syarat yang perlu ada pada seseorang yang menganggotai ahli
Suruhanjaya Pilihan Raya?
A. Berumur lebih daripada 65 Tahun
B. Boleh memegang jawatan bergaji
C. Ahli Dewan Rakyat
D. Seseorang yang tidak muflis

33. Berikut merupakan parti politik yang mewarnai lanskap politik negara pada masa ini
KECUALI __________.
A. Parti Gerakan Rakyat Malaysia
B. Parti Progresif Penduduk
C. Parti Sosialis Malaysia
D. Parti Semangat 46

6/13
34. Seseorang calon yang ingin bertanding dalam Pilihan Raya haruslah memenuhi syarat
berikut
I. Sempurna akal
II. Berumur 31 tahun ke atas
III. Tidak memegang jawatan bergaji
IV. Tidak di sabitkan muflis oleh mahkamah

A. I, II dan III sahaja


B. I, III dan IV sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV

35. Antara berikut, siapakah yang boleh mendapat keistimewaan untuk mengundi secara undi
Pos?
A. Warganegara
B. Anggota tentera
C. Tahanan penjara
D. Pemastautin Tetap

36. Seseorang boleh didapati hilang kelayakan untuk mengundi jika________________.


I. Tidak sempurna akal
II. Sedang menjalani hukuman penjara
III. Diisytiharkan muflis oleh mahkamah
IV. Dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah

A. I dan II sahaja
B. I, II dan III sahaja
C. I, II dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV

37. X dilaksanakan untuk membaiki kehidupan penduduk di luar bandar dan mewujudkan
Masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera. X ialah
A. Dasar Penswastaan.
B. Dasar Ekonomi Baru.
C. Dasar Wawasan Negara.
D. Dasar Pembangunan Luar Bandar.

38. Mengikut prinsip Rukun Negara ini, ianya boleh diibaratkan seperti sauh yang boleh
menahan seseorang daripada hanyut tanpa haluan sehingga boleh terjerat dalam
kemaksiatan dan kejahatan.
A Kesetiaan kepada Raja dan negara
B Kepercayaan kepada Tuhan
C Kedaulatan undang-undang
D Kesopanan dan kesusilaan

7/13
39. Ekoran rusuhan kaum 13 mei 1969, darurat telah diisytiharkan secara rasmi pada 16 mei
1969 oleh ________________.
A. Majlis Gerakan Negara
B. Majlis Perundingan Negara
C. DYMM Yang Di-Pertuan Agong
D. Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj

40. Manakah merupakan usaha Kerajaan dalam usaha mewujudkan perpaduan kaum?
I. Pengenalan Dasar Ekonomi Baru
II. Pengisytiharan Dasar Pendidikan Negara
III. Pembentukan Dasar Kebudayaan Negara
IV. Percantuman pelbagai parti dalam Barisan Nasional.

A. I, dan III sahaja


B. I, II dan III sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV

41. Sejarah penanaman pokok getah di Tanah Melayu bermula pada tahun 1877 apabila ianya
mula diperkenalkan di negeri _____________.
A. Perak
B. Pahang
C. Selangor
D. Negeri Sembilan

42. Aktiviti penanaman kelapa sawit yang diperkenalkan di Tanah Melayu adalah berasal
daripada ___________________.
A. India
B. Sri Lanka
C. Afrika Selatan
D. Amerika Selatan

43. Perindustrian kenderaaan bermotor negara bermula dengan penghasilan kereta nasional
pertama iaitu Proton Saga pada tahun ____________.
A. 1983
B. 1985
C. 1987
D. 1989

44. Tun Dr. Mahathir Mohamad telah memperkenalkan dasar wawasan 2020 pada tahun
1991 yang mana ianya menggariskan __________________.
A. Tujuh cabaran
B. Lapan cabaran
C. Sepuluh cabaran
D. Sembilan Cabaran

8/13
45. Siapakah diantara tokoh di bawah yang telah memperkenalkan Dasar Bersih, Cekap dan
Amanah?
A. Tunku Abdul Rahman Al-Haj
B. Tun Dr. Mahathir Mohamad
C. Tun Abdullah Badawi
D. Tun Hussein Onn

Soalan 46 adalah berdasarkan Rajah di bawah.

Pos Dasar __________


Malaysia Penswastaan
Berhad

46. Berdasarkan Rajah di atas, yang manakah antara berikut sesuai untuk diisikan pada
ruangan yang kosong?
A. KFC Holding
B. Air Asia Berhad
C. Fedex Corporation
D. Tenaga Nasional Berhad

Soalan 47 adalah berdasarkan maklumat di bawah.

 Kad perakam waktu


 Penggunaan tanda nama
 Penubuhan pasukan meningkatkan mutu kerja

47. Program di atas diwujudkan di bawah pengenalan dasar _________________.


A. Dasar pandang ke timur
B. Kepimpinan melalui tauladan
C. Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam
D. Dasar Bersih, Cekap dan Amanah

Soalan 48 adalah berdasarkan maklumat di bawah.

 Mengurangkan beban kewangan Kerajaan


 Pengangihan sumber kewangan yang cekap

48. Penyataan di atas berkaitan dengan _______________________.


A. Dasar Penswastaan
B. Dasar Perindustrian Negara
C. Dasar Pembangunan Nasional
D. Dasar Pensyarikatan Malaysia

9/13
49. Antara berikut, yang manakah tidak termasuk di bawah Dasar Pembangunan Negara?
A. Dasar Luar Malaysia
B. Dasar Ekonomi Baru
C. Dasar Perindustrian Negara
D. Dasar Pembangunan Nasional

50. Sekolah ini ditubuhkan dengan asas utama memupuk perpaduan dan dibina dalam
kompleks yang memuatkan pelbagai jenis aliran. Sekolah ini ialah _____________.
A. Sekolah Jenis Kebangsaan
B. Sekolah antarabangsa
C. Sekolah Kebangsaan
D. Sekolah Wawasan

51. Berikut merupakan Dasar-dasar yang berada di bawah Dasar Sosial Negara
KECUALI _________________.
A. Dasar Belia Negara
B. Dasar pandang ke Timur
C. Dasar Pendidikan Kebangsaan
D. Dasar Kebudayaan Kebangsaan

52. Pengenalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah untuk ________________.


A. Menaikkan taraf hidup penduduk
B. Menaikkan semangat cintakan Negara
C. Mewujudkan kesamarataan antara kaum
D. Mewujudkan keperibadian bangsa dan perpaduan kaum di Malaysia

53. Elemen utama yang menjadi asas penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah
_______________.
A. Perpaduan kaum
B. Keamanan Negara
C. Kemajuan sistem pendidikan
D. Memartabatkan bahasa kebangsaan

Soalan 54 adalah berdasarkan maklumat di bawah.

 Berdasarkan kebudayaan rakyat tempatan


 Islam menjadi unsur utama

54. Penyataan di atas adalah tentang _________________.


A. Dasar Belia Negara
B. Dasar Pendidikan Negara
C. Dasar Kebajikan Masyarakat
D. Dasar Kebudayaan Kebangsaan

10/13
Soalan 55 adalah berdasarkan maklumat di bawah.

 Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan diajar kepada semua murid sekolah
 Jadual waktu yang sama untuk semua sekolah
 Semua sekolah menggunakan kurikulum yang sama

55. Penyataan di atas adalah berkaitan dengan _______________.


A. Penyata Barnes
B. Penyata Razak
C. Penyata Fenn-Wu
D. Akta pelajaran 1961

56. Berikut merupakan matlamat Dasar Kebudayaan Kebangsaan KECUALI


____________.
A. Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara
B. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
C. Menyediakan panduan kepada rakyat untuk bertindak berlandaskan unsur budaya
yang telah diterima bersama
D. Memperkaya dan meningkatkan kualiti kehidupan manusia dan kerohanian yang
seimbang
dengan pembangunan sosioekonomi
57. Berapakah prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara?
A. 4 Prinsip
B. 5 Prinsip
C. 6 Prinsip
D. 7 Prinsip

58. Dasar luar Malaysia menekankan prinsip-prinsip berikut KECUALI __________.


A. Dasar Agresif
B. Dasar berkecuali
C. Dasar Kerjasama
D. Menentang dasar Double Standart Barat

59. Faktor yang mempengaruhi dasar luar Malaysia ialah _____________________.


I. Politik
II. Sejarah
III. Ekonomi
IV Keselamatan

A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. I, II dan III sahaja
D I, II, III dan IV

11/13
60. Semasa pemerintahan _______X_______Malaysia mengamalkan dasar luar yang
berkecuali dan menjalinkan hubungan diplomatik tanpa mengira ideologi.

X di atas merujuk kepada ___________________.


A. Tun Abd Razak
B. Tun Hussein Onn
C. Tunku Abdul Rahman
D. Tun Dr. Mahathir Mohamad

61. Manakah antara berikut merupakan krisis yang pernah membabitkan hubungan antara
Malaysia dan Singapura.
I. Harga air
II. Buruh Asing
III. Perebutan Pulau Batu Putih
IV. Pengeluaran Singapura daripada Persekutuan Malaysia

A. I dan II
B. I, II dan III
C. I, III dan IV
D. Semua di atas

62. Berikut merupakan negara yang menganggotai Pertubuhan negara Komanwel


KECUALI _____________.
A. India
B. Brunei
C. Malaysia
D. Korea Selatan

63. Sejak menjadi ahli X pada tahun 1957, Malaysia memainkan peranan yang aktif dengan
mengutarakan isu Aparteid dan juga penjajahan. Pertubuhan X ialah?
A. NAM
B. PBB
C. ASEAN
D. KOMANWEL

64. Deklarasi Kuala Lumpur yang ditandatangani oleh Menteri-Menteri Luar ASEAN pada
27 november 1971 mengisytiharkan ____________.
A. ASEAN sebagai kawasan aman, bebas dan berkecuali
B. ASEAN sebagai kawasan hak bersama
C. ASEAN sebagai kawasan bebas dadah
D. ASEAN sebagai pusat pendidikan

12/13
65. World Health Organization (WHO) merupakan sekretariat yang wujud dalam pertubuhan
_____________.
A. OIC
B. PBB
C. NAM
D. EAEC

13/13

You might also like