Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PERTANDINGAN SUKAN PROGRAM KECERGASAN

KPM PERINGKAT BAHAGIAN 2015

PERATURAN BOLA TAMPAR 3 ON 3

1. UNDANG-UNDANG

Bola Tampar 3 On 3 ini merupakan pengubahsuaian peraturan bola tampar


antarabangsa (FIVB) yang akan dimainkan di gelanggang bola tampar.

2. PEMBENTUKAN PASUKAN

Setiap pasukan boleh mendaftar sehingga 4 orang. Sepanjang masa dalam


sesuatu perlawanan, 4 orang pemain mesti berada di dalam gelanggang.
Selepas pendaftaran pertukaran pemain hanya dibenarkan sebelum
perlawanan pertama dimulakan.

3. PENDAFTARAN

3.1 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini


mestilah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh
Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan

3.2 Setiap pasukan boleh mendaftar sehingga 5 orang. Seorang pemain


hanya dibenar berdaftar dalam satu pasukan sahaja. Pemain yang
tewas di peringkat liga, tidak dibenarkan mengganti mana-mana
pemain di peringkat kalah mati.

4. UMUR

Terbuka

5. KELAYAKAN DAN STATUS PEMAIN

5.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua pegawai dan kakitangan


Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya dan Cyberjaya.

5.2 Setiap peserta hendaklah bersedia kad bertugas masing-masing


disahkan oleh ketua majikan masing-masing.
5.3 Pengurus pasukan berkenaan adalah bertanggungjawab penuh pada
setiap nama pemain yang didaftarkan.

1
6. FORMAT PERTANDINGAN

6.1 Semua perlawanan dimain berdasarkan 2 set terbaik daripada 3 set


(Best of 3). Untuk 2 set yang pertama, mata maksimum 15 manakala
set 3, mata maksimum ialah 8. Sekiranya seri pada 14-14 dalam set 1
& 2 dan 7-7 dalam set 3, maka perbezaan 2 mata diperlukan untuk
menentukan pemenang.
6.2 Kedudukan semua pemain dalam gelanggang adalah bebas, sesiapa
sahaja boleh melakukan rejaman, hadangan atau servis tanpa
mengikut giliran di dalam kawasan servis badminton sahaja

7. KELEWATAN

Kegagalan pasukan hadir pada masa yang dijadualkan, pasukan yang hadir
akan dikira menang. Pasukan yang mendapat kemenangan percuma akan
mendapat kemenangan dengan kiraan 25-0, 25-0.

8. PAKAIAN

8.1 Pakaian yang bersesuaian dengan permainan bola tampar.


8.2 Nombor jersi di bahagian depan dan belakang hendaklah dipaparkan.
( cadangan )

.
9. SISTEM PERTANDINGAN

Bagi format pertandingan berpasukan, maka pertandingan peringkat awal


akan dijalankan secara liga dalam kumpulan. Bergantung kepada jumlah
penyertaan dengan minima 3 pasukan setiap kumpulan:

9.1 sekiranya 12 pasukan atau lebih, maka akan dibentuk 4 kumpulan

9.2 sekiranya 9 hingga 11 pasukan, maka dibentuk 3 kumpulan

9.3 sekiranya 6 hingga 8 pasukan, maka dibentuk 2 kumpulan

9.4 sekiranya 4 atau 5 pasukan, maka pertandingan akan dijalankan


secara “round-robin”

10. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

Penentuan pasukan yang layak ke separuh akhir (pusingan kalah-mati) adalah


sebagaimana ketetapan berikut:
2
10.1 Bagi carta 4 kumpulan, hanya Johan kumpulan sahaja layak bertanding
ke peringkat separuh akhir.

10.2 Bagi carta 3 kumpulan, Johan kumpulan layak otomatik ke separuh


akhir manakala mana-mana pasukan naib-johan yang mengumpul
mata tertinggi dan seterusnya (jika sama) jumlah perbezaan skor
tertinggi layak ke separuh akhir.

10.3 Bagi carta 2 kumpulan, johan dan naib johan kumpulan akan
bertanding di peringkat separuh akhir secara “criss-cross”.

10.4 Bagi perlawanan secara round-robin, maka johan kumpulan adalah


pemenang pingat emas, tempat kedua pingat perak dan tempat ketiga
pingat gangsa.

11. MASA BERMAIN

11.1 Tempoh perlawanan tidak dihadkan. Permainan akan ditamatkan


sekiranya terdapat mana-mana pasukan yang mencapai mata penamat
terlebih dahulu.

12. BILANGAN PENGGANTI

4.1 Pemain gantian berdaftar semasa perlawanan boleh dibenarkan


dengan permintaan pengurus pasukan kepada pengadil rasmi. Pemain
yang digantikan boleh kembali ke gelanggang. (rolling substitute)

13. PENENTUAN PEMENANG

13.1 Sekiranya pada akhir peringkat kumpulan terdapat 2 (dua) atau lebih
pasukan yang mempunyai mata yang sama, maka cara menentukan
kemenangan adalah seperti berikut:-
A jumlah set yang menang (semua perlawanan dalam kumpulan)
C = ---------------------------------------------------------------------------------------
B jumlah set yang kalah (semua perlawanan dalam kumpulan)
 Pasukan yang memperolehi nisbah set yang lebih tinggi
menduduki tempat yang teratas

13.2 Sekiranya masih terdapat persamaan kedudukan, maka formula berikut


digunakan.
D jumlah mata yang menang (semua perlawanan dalam
kumpulan)
F =
----------------------------------------------------------------------------------------

3
E jumlah mata yang kalah (semua perlawanan dalam kumpulan)
 Pasukan yang memperolehi nisbah mata yang lebih tinggi
menduduki tempat yang teratas
13.3 Sekiranya masih lagi berkedudukan sama, maka cara menentukan
kemenangan dikira seperti berikut:-
L jumlah set yang menang (perlawanan antara pasukan terlibat)
N = ---------------------------------------------------------------------------------------
M jumlah set yang kalah (perlawanan antara pasukan terlibat)
 Pasukan yang memperolehi nisbah set yang lebih tinggi
menduduki tempat yang teratas
13.4 Sekiranya masih lagi seri, formula berikut akan digunakan:
P jumlah mata yang menang (perlawanan antara pasukan
terlibat)
R = ---------------------------------------------------------------------------------------
Q jumlah mata yang kalah (perlawanan antara pasukan terlibat)
 Pasukan yang memperolehi nisbah mata yang lebih tinggi
menduduki tempat yang teratas
13.5 Sekiranya masih seri maka keputusan perlawanan yang telah diadakan
antara kedua-dua pasukan akan di ambil kira. Pasukan yang
memenangi perlawanan tersebut akan dikira sebagai pemenang.

13.6 Sekiranya masih tidak boleh menentukan pemenang antara tiga (3)
atau lebih pasukan, maka keputusan akan ditentukan dengan cabutan
undi

14. PEMBERIAN MATA


Pasukan Menang – 2 mata
Pasukan Kalah – 0 mata

15. PENGADIL DAN PENJAGA GARISAN

15.1 Hanya pegawai yang bertauliah dan berpenggalaman akan dilantik


untuk bertugas di dalam pertandingan-pertandingan.

15.2 Semua pengadil/penjaga garisan yang dilantik hendaklah terdiri


daripada mereka yang bertugas dengan Kementerian Pelajaran
Malaysia.

16. BANTAHAN

Setiap pasukan tidak dibenarkan membuat bantahan.

4
17. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua hal yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan peraturan ini atau semua perkara di luar
jangka atau mengenai perbezaan tafsiran, akan diputuskan oleh pihak
Pengelola yang mana keputusannya adalah muktamad.

You might also like