Laporan Majlis Khatam Quran 2018

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

LAPORAN MAJLIS PENUTUP

AL-QURAN DI HATIKU
PERINGKAT SEKOLAH 2018
8.00 – 10.10 PAGI
1 5 N O V E M B E R 2 0 1 8

LAPORAN
MAJLIS PENUTUP AL-QURAN DIHATIKU
2018

Pendahuluan

Pada tahun 2005, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan suatu


program untuk memperkasakan sistem Pendidikan Islam yang dikenali sebagai
program j-QAF. Program tersebut merupakan singkatan daripada jawi, al-Quran, Fardu
Ain dan Bahasa Arab. Salah satu daripada komponen yang terdapat di program j-QAF
ialah model Khatam al-Quran. Matlamat daripada pengenalan model tersebut
menerusi program j-QAF adalah untuk memastikan murid-murid di sekolah rendah
mampu menguasai bacaan al-Quran dengan baik dan berjaya mengkhatamkan al-
Quran selewat-lewatnya semasa mereka berada di tahun enam. (Kementerian
Pendidikan Malaysia 2005) . Pada tahun 2011 Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) telah dilaksanakan menggantikan KBSR. Bidang pembelajaran al-Quran dalam
kurikulum baru ini terus diberi perhatian serta menjadi kesinambungan terhadap
usaha-usaha pemerkasaan Pendidikan Islam khasnya di dalam bidang pembelajaran
al-Quran.

Rasional

Berdasarkan dapatan kajian pada bulan Julai 2018 yang telah dijalankan oleh pihak
sekolah mengenai pencapaian bacaan Al Quran seramai 239 orang murid Islam
( rujuk lampiran 1) , murid yang tidak dapat menguasai bacaan Iqra` hingga Iqra` 3
berjumlah seramai 71 orang
( 29.7 %) , menguasai Iqra` 4 hingga 6 berjumlah 52 orang (21.8%) , menguasai Al
Quran seramai 94 orang (39.3%) dan 22 orang murid telah khatam Al Quran iaitu
9.2% .

1
LAPORAN MAJLIS PENUTUP
AL-QURAN DI HATIKU
PERINGKAT SEKOLAH 2018
8.00 – 10.10 PAGI
1 5 N O V E M B E R 2 0 1 8

Faktor-faktor yang menyumbang kepada senario yang membimbangkan ini


berkait rapat dengan tahap ilmu pengetahuan, keperihatin ibu bapa terhadap
pendidikan Islam anak-anak, taraf sosio ekonomi dan kesibukan ibu bapa. Pelajar yang
terabai dan tercicir daripada kemahiran membaca Al Qur’an perlu diberi perhatian
yang wajar kerana jika dibiarkan berterusan, akan lahirlah generasi yang kurang
berminat untuk menghayati Al Qur’an dan Islam.
Fenomena ini seterusnya akan menyumbang kepada salah laku sosial dalam
kalangan masyarakat dan menjejaskan imej negara. Oleh itu, program ` Al-Quran di
hatiku` menjadi satu keperluan dan tuntutan yang patut dilaksanakan. Pelaksanaan
program ini diharap dapat membantu pelajar untuk meningkatkan penguasaan
bacaan Al Quran secara bertahap dari bacaan Iqra` 1 hingga 6 , juzuk 1 hingga
khatam juzuk 30 dan seterusnya membudayakan Al Qur’an dalam kehidupan.

Matlamat
Bagi meneruskan generasi celik Al-Quran dalam kalangan murid-murid Islam, usaha
ke arah meningkatkan penguasaan dan penghayatan isi Al-Quran amatlah dituntut
bermula dengan bacaan yang betul dari semasa ke semasa. Kemuncak kepada
inisiatif ini ialah mereka dapat khatam Al-Quran dengan jayanya. Bertitik tolak dari
kesedaran inilah , pihak sekolah sentiasa berusaha melahirkan pelajar yang celik al-
Quran sehingga mereka khatam sepenuhnya sebelum melangkah keluar dari sekolah
ini.

Objektif

1. Menarik minat pelajar untuk membaca dan mengkhatamkan al-Quran sebelum


Tahun 6 .
2. Membentuk kekuatan jiwa agar yakin akan kemampuan diri untuk mematuhi perintah
Allah, bersemangat dan tahu akan tanggungjawab diri sendiri terhadap Allah.
3. Menerapkan amalan mengaji Al - Quran sejak daripada kecil kerana ia menjadi ibadah
yang tinggi nilainya di sisi Allah sebagai pemberi syafaat di akhirat kelak.
4. Melahirkan anak anak didik yang sentiasa bermotivasi menjadi hamba Allah yang taat
melalui bacaan Al –Quran.
5. Melahirkan anak-anak didik yang berwibawa ,berkeyakinan diri , positif serta berdaya
saing selaras dengan cabaran pendidikan abad ke 21.

2
LAPORAN MAJLIS PENUTUP
AL-QURAN DI HATIKU
PERINGKAT SEKOLAH 2018
8.00 – 10.10 PAGI
1 5 N O V E M B E R 2 0 1 8

Maklumat
Program

1. BUTIRAN PROGRAM
a. Tarikh : 15 Novermber 2018 ( Jumaat )
b. Masa : 8.00 – 10.10 pagi
c. Tempat : Dewan Bickley, SK(P) Methodist 1
d. Sasaran : 38 daripada 40 murid daripada Tahun 2 hingga 6 dapat
khatam Al-Quran pada tahun 2018.

2. TENTATIF PROGRAM
7.40 pg : Guru Kelas mengambil kehadiran murid
8.00 pg : Semua murid Islam berkumpul di dewan
: Semua murid bukan Islam berkumpul di kelas 2 Hijau
(aktiviti Panitia Pendidikan Moral)
: Perarakan masuk murid Khatam Al –Quran
disertai selawat oleh semua murid
Persembahan Nasyid
: Majlis Khatam bermula
: Bacaan Doa
: Penyampaian Cenderahati
: Ucapan penutup oleh Guru Besar
10.10 pg : rehat
10.40 pg : PdPc seperti biasa

2. MODUS OPERANDI
i. Tasmik
ii. Talaqqi Musyafahah
iii. Persembahan murid

3. JAWATANKUASA INDUK
3
LAPORAN MAJLIS PENUTUP
AL-QURAN DI HATIKU
PERINGKAT SEKOLAH 2018
8.00 – 10.10 PAGI
1 5 N O V E M B E R 2 0 1 8

Penaung : Tn Hj Abu Bakar bin Sahari


(Pengarah Pendidikan Negeri Melaka))
Pengerusi : Pn Anna Ong Siah Lian ( Guru Besar)
Naib Pengerusi 1 : Pn Roslinah binti A Jalal (GPK 1)
Naib Pengerusi 2 : Pn Pauziah binti Rasul (GPK HEM)
Naib Pengerusi 3 : Pn Noryati binti Zainal (GPK Ko Kurikulum)
Setiausaha : Pn Saripah binti Md Raus
Bendahari : Pn Zalina binti Abdullah
AJK : Pn Juliah binti Abdul Rahaman (Setiausaha kurikulum)
: Semua Ketua Panitia Mata Pelajaran

4. AHLI JAWATANKUASA KECIL


Bacaan Doa & Bacaan surah , doa Brosur & Pendaftaran
khatam Al Quran Pn Nurul Asyikin binti Mohd Rashdi
Ustaz Mohd Rahim bin Ismail
Pn Norziaton binti Hamid

Pengacara Majlis Siaraya


Ustaz Ma Hasran bin Ma Hussain En. Zulfadli bin Taib

Perakam Sambutan Peserta


En. Che Mohd Rozairi bin Che Mohd Cik Jamilah binti Kamaludin
Nor
Persiapan Bunga Telur & Pulut Cenderahati Murid & Sijil
Kuning Pn Madura Udin Niah binti Bahari
Pn Zalina binti Abdullah Pn Syahirah binti Sa`at
Pn Hariani binti Abdul Wahab Pn Roslinda binti Rosli

Persembahan Murid Hiasan Dewan & Pentas


Pn Hazliza binti Hashim Pn Faranita Haniza binti Mohamad
Ustaz Ma Hasran bin Ma Hussain Amin
Pn Juslinda binti Matsah
Cik Nurul Afifi binti Abu Bakar

Persiapan & Susun Atur Dewan Disiplin & Kawalan Murid


En. Zamri bin Saad Guru Bertugas
En. Zulfadli bin Taib
En. Muhammad Mustafa bin Kasdan
Pekerja

Penyelia Peserta Khatam Surat Menyurat


Pn Juliah binti Abdul Rahaman Pn Saripah binti Md Raus

Laporan Jamuan
Pn Rohani binti Sulaiman Pn Norashikin binti Abdul Rahman

4
LAPORAN MAJLIS PENUTUP
AL-QURAN DI HATIKU
PERINGKAT SEKOLAH 2018
8.00 – 10.10 PAGI
1 5 N O V E M B E R 2 0 1 8

Floor Manager Aktiviti Panitia Pendidikan Moral


Pn Roslinah binti A Jalal Ketua Panitia Pendidikan Moral
Pn Pauziah binti Rasul Pn Fong Lai Quin
Pn Noryati binti Zainal Pn Ku May Fang
Pn Saripah binti Md Raus

5. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KECIL

Bil. NAMA & TUGASAN PERINCIAN TUGAS


Bacaan Doa & Menyediakan teks bacaan doa .
1. Bacaan surah , Doa khatam Melatih murid membaca doa
Al Quran Melatih murid membaca surah dan doa
khatam Al Quran
Ustaz Mohd Rahim bin Ismail Memastikan susunatur murid khatam
Pn Norziaton binti Hamid membeli hiasan kepala untuk peserta
khatam
2. Brosur Menyediakan dan membanyakkan brosur
Mengagihkan brosur kepada guru-guru ,
Pn Nurul Asyikin binti Mohd Rashdi guru pencatat laporan dan pelapor.
En Sulaiman bin Abu Padlet .

3. Pengacara Majlis Memilih murid dan melatih murid sebagai


pengacara majlis
Pn Noraini binti Asin Menyediakan teks

4. Cenderahati Murid & Sijil Menguruskan pembelian cenderahati


Menyiapkan sijil murid
Pn Madura Udin Niah binti Bahari Menguruskan penyampaian cenderahati
Pn Syahirah binti Sa`at murid
Pn Roslinda binti Rosli ( bag kertas , sebuah Al Quran , sijil ,
bunga telur dan pulut kuning )
Cenderahati untuk wakil PIBG

5. Persiapan bunga telur & Membeli dan menyediakan bunga telur ,


Pulut Kuning telur ,tapak bunga pahar
Menempah pulut kuning
Pn Zalina binti Abdullah Menyerahkan set bunga telur kepada ajk
Pn Hariani binti Abdul Wahab cenderahati .
Menempatkan baki set bunga telur di
dewan .
Mengagihkan pulut kuning kepada semua
staf dan pekerja .
6. Sambutan peserta Menyediakan kumpulan murid untuk
Cik Jamilah binti Kamaludin perarakan dan caklempong
Mengiringi peserta khatam ke dewan

7. Persembahan Murid Memilih dan melatih murid tahap 1


Mengetuai selawat semasa peserta
5
LAPORAN MAJLIS PENUTUP
AL-QURAN DI HATIKU
PERINGKAT SEKOLAH 2018
8.00 – 10.10 PAGI
1 5 N O V E M B E R 2 0 1 8

Pn Hazliza binti Hashim khatam masuk ke dewan.


Ustaz Ma Hasran bin Ma Hussain memastikan pakaian murid kemas ,
bersih , seragam .

8. Perakam / salin CD Merakam & menyalin gambar


Menyiapkan 4 salinan laporan bergambar
En Che Mohd Rozairi bin Che Muatturun dalam CD , padlet.
Mohd Nor
9. Siaraya Memastikan sistem siaraya dewan dapat
berfungsi dengan baik .
En. Zulfadli bin Taib

Hiasan Dewan & Pentas Menyediakan dan menghias pentas /


10. dewan / backdrop dengan hiasan yang
Pn Faranita Haniza binti Mohamad bersesuaian.
Amin Memulangkan segala alatan yang telah
Pn Juslinda binti Matsah digunakan ke tempat asal.
Cik Nurul Afifi binti Abu Bakar Memastikan keadaan dewan dan pentas
Pekerja seperti sediakala semula.

Persiapan & Susun Atur Menyediakan tempat duduk tetamu.


11. Dewan Menyediakan permaidani untuk laluan
peserta khatam.
En Zamri bin Saad Menyediakan karpet / tikar , AlQuran &
En Zulfadli bin Taib rehal i atas pentas .
En Muhammad Mustafa bin Memulangkan semula peralatan yang
Kasdan telah digunakan ke tempat asal selepas
pekerja majlis.memastikan keadaan pentas /
dewan bersih dan kemas sebelum ,
semasa dan selepas majlis .

Disiplin & Kawalan Murid


12. Memastikan semua murid dalam keadaan
Guru bertugas terkawal .

Penyelia Peserta Khatam Memastikan murid hadir pada majlis


13. khatam.
Pn Juliah binti Abdul Rahaman Memastikan murid menerima cenderahati
selari dengan pengumuman pengacara.
Memastikan pergerakan keluar masuk
murid berjalan lancar .
Sentiasa mengingatkan murid supaya
mengucapkan terima kasih .
Surat menyurat Menyediakan surat mohon sumbangan .
Menyediakan surat jemputan kepada YDP ,
14. Pn Saripah binti Md Raus NYDP , AJK PIBG dan ibubapa terlibat.

15. Laporan Menyiapkan laporan lengkap program.

Pn Rohani binti Sulaiman

6
LAPORAN MAJLIS PENUTUP
AL-QURAN DI HATIKU
PERINGKAT SEKOLAH 2018
8.00 – 10.10 PAGI
1 5 N O V E M B E R 2 0 1 8

Jamuan Menempah dan menguruskan jamuan VIP


16. di bilik mesyuarat.
Pn Norashikin binti Abdul Rahman Menceriakan tempat jamuan VIP.
Pn Hayati binti Nordin
Pn Faezah binti Rahim

Floor Manager Memastikan perjalanan persiapan majlis


17. berjalan lancar.
Pn Roslinah binti A Jalal Memastikan majlis berjalan mengikut
Pn Pauziah binti Rasul perancangan .
Pn Noryati binti Zainal Menjadi tempat rujukan kepada semua
Pn Saripah binti Md Raus unit pelaksana.

18. Aktiviti Panitia Pendidikan Memastikan aktiviti yang sesuai kepada


Moral murid
Memastikan semua murid moral berada di
Ketua Panitia Pendidikan Moral kelas 2 H.
Pn Fong Lai Quin Memastikan disiplin murid terkawal .
Pn Ku May Fang

6.ANGGARAN PERBELANJAAN
AMAUN
BIL. PERKARA KUANTITI
(RM)
1. Telur 100 biji telur 34.50
2. Bunga telur & ikat RM39.90 x 4 kotak 159.60
3. Jelly RM5.80 x 2 peket 11.60

Cenderahati murid RM28.00 x 40


4. Naskah Al Quran 1120.00
orang

81.6
Bag kertas untuk murid RM20.40 x 4 peket
5. 0
Bag kertas untuk 2 VIP RM3.30 x 2 bag
6.60
Kek pulut kuning + Rendang daging
(sekilo daging) RM70 x2 biji 140.00
6.
kek pulut kuning + rendang ayam
(seekor ayam) RM60 x sebiji 60.00
7. Pulut kuning RM4 x 85 peket 340.00
8. Tapak bunga pahar RM8.90 x 4 buah 35.60
9. Hiasan dewan RM100 100.00
10. Hiasan kepala 40 orang 103.20
11. Banner RM80 x 1 keping 80.00
12. Jamuan RM5 x 5 orang 25.00
7
LAPORAN MAJLIS PENUTUP
AL-QURAN DI HATIKU
PERINGKAT SEKOLAH 2018
8.00 – 10.10 PAGI
1 5 N O V E M B E R 2 0 1 8

JUMLAH 2297.70

7. SUMBER KEWANGAN

i. Peruntukan PIBG SK(P) METHODIST 1


ii. Sumbangan daripada guru-guru dan ibu bapa murid

8. IMPAK

1. Majlis Penutup Al-Quran Di Hatiku telah dapat dilaksanakan dengan


jayanya.

2. Matlamat majlis ini telah tercapai apabila mendapat respons yang positif
dalam kalangan Jawatankuasa PIBG dan ibu bapa murid terutama bagi
murid yang telah khatam Al-Quran. .

3. Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Penutup Al-Quran Di Hatiku tahun 2018


telah berkerjasama dengan jayanya untuk menjalankan majlis ini.

9. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Panitia Pendidikan Islam akan meneruskan program Al Quran Di Hatiku
pada tahun hadapan seawal bulan Februari 2019 . Data pencapaian
penguasaan murid dalam bacaan Al Quran akan menjadi kayu ukur
pelaksanaan aktiviti ini . Pada majlis penutup pula , panitia bercadang
menjemput seorang perasmi khasnya wakil dari Sektor Pendidikan Islam
untuk merasmikan majlis penutup . Panitia juga bercadang memberi
peluang kepada semua warga sekolah yang beragama Islam yang berminat
untuk memberi infak Al Quran . Panitia juga akan berusaha untuk
memohon derma daripada pihak swasta atau agensi-agensi luar .

10. PENUTUP
8
LAPORAN MAJLIS PENUTUP
AL-QURAN DI HATIKU
PERINGKAT SEKOLAH 2018
8.00 – 10.10 PAGI
1 5 N O V E M B E R 2 0 1 8

Kecemerlangan hidup adalah apabila seseorang itu cemerlang dari


segi jasmani, kebendaan, keduniaan, cemerlang kerohanian, kejiwaan
dan ke akhirat. Cemerlang dicapai jika berjaya mengatasi pelbagai
rintangan dalam hidupnya dan dapat melaksanakan segala tuntutan
agama. Firman Allah swt yang bermaksud : “Sesungguhnya berjayalah
orang yang beriman, iaitu mereka yang kusyuk di dalam sembahyangnya,
dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang
sia-sia, dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya
(mengeluarkan zakat) dan mereka yang menjaga kehormatannya”
(Surah al-Mukminum : ayat 1-5). Semoga usaha ke arah kemenjadian
murid yang mampu menguasai bacaan Al Quran dapat dicapai untuk
kesejahteraan roh dan jasad .

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

ROHANI BINTI SULAIMAN


PELAPOR
PENUTUP AL-QURAN DIHATIKU 2018 .......................................
SK(P) METHODIST 1 (ANNA ONG SIAH LIAN)
MELAKA. GURU BESAR,
SK(P) METHODIST 1,
MELAKA.

You might also like