Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

1.

Bahaskan peranan sultan dan pembesar dalam sosioekonomi masyarakat Melayu Tradsional

Alam Melayu sejak dahulu lagi mengamalkan sistem pemerintahan beraja.

Assalaamualaikum dan salam sejahtera,

Pada amnya, strukutur masyarakat melayu tradisional terbahagi kepada dua keadaan iaitu

golongan yang diperintah dan golongan yang memerintah. Peranan golongan memerintah

dapat dilihat menerusi peranan sultan sebagai penaung takhta kerajaan dan pembesar sebagai

golongan yang melincinkan pentadbiran sesebuah kerajaan meayu tersebut.

Peranan sultan dapat dilihat apabila Masyarakat Melayu menganggap sultan sebagai punca

atau kuasa yang menjamin kedamaian, kemakmuran dan kegemilangan masyarakat.

Buktinya, Sejarah Melayu menekankan bahawa negara hanya wujud selagi wujudnya seorang

raja yang berwibawa. Dalam berbagai sejarah Nusantara apabila raja memeluk Islam, maka

semua rakyat akan mengikuti agama raja mereka dan secara rasminya Islam akan menjadi

agama rasmi Negara. sultan akan menjadi ujung tombak perjuangan dan penyebaran Islam.

Dan segi pertanian pula, sultan berhak mengerahkan rakyat bertani. Baginda mewakilkan

urusan itu kepada para pembesar negeri. Dalam hal ini, sesiapa yang inggar dianggap derhaka

kepada sultan dan hukuman akan dikenakan kepada orang-orang yang ingkar arahan sultan.

Bukan itu sahaja, sultan dan pembesar juga berkuasa dalam melaksanakan sistem kerah.

Dalam hal ini, dapat dikatakn melalui sistem ini rakyat dikerah melaksanakan sesuatu

pekerjaan untuk sultan tanpa dibayar upah dalam tempoh masa yang tertentu. Antara

pekerjaan yang terlibat ialah membina istana, menjadi tentera, membina jalan, membina

jambatan, membina benteng pertahanan, membersih sungai dan sebagainya. Golongan

bangsawan dikecualikan daripada sistem ini. Orang biasa yang berstatus tinggi juga

dikecualikan dan sistem ini. Sistem ini menunjukkan perbezaan status sosial dalam kalangan

rakyat.
Peranan pembesar dapat dilihat sebagai golongan yang melincinkan pentadbiran Kerajaan

Malayu tradisional. Hal ini dapat dilihat apabila pembesar dipecahkan kepada sistem empat

lipatan dan peranannya merangkumi temenggung, bendahari, laksamana dan penghulu.

Peranan yang paling ketara yang dimainkan oleh pembesar adalah pembesar berfungsi dalam

sistem pemungutan cukai iaitu hasil ekonomi yang diperolehi oleh rakyat yang dikenakan

cukai tertentu untuk pendapatan negara. Pendapatan pembesar adalah bergantung kepada

cukai yang dikutipnya keatas daerah di bawaj jagaan pembesar tersebut. Sebarang lebihan

yang dikumpulkan atau dimiliki oleh pembesar itu akan dugunakan sebagai pinjaman untuk

mengikat lebih ramai lagi orang supaya berhutang dengannya. Wujudnya kalangan pembesar

yang lebih kaya daripada raja adalah disebabkan mereka dienarkan terlibat dalam kegiatan

perniagaan. selain itu, peranan pembesar juga dapat dilihat menerus pengurasanndalam

sistem tadbir urus negara yang memerlihatkan tanggungjawabnya dalam pengurusan ekonomi

di perlabuhann dan kegiatan perdagangan. Pembesar juga bertindak sebagai perantaraan

sultan kepada rakyat menerusi urusan-urusan rasmi tertentu.

Oleh itu, dapatlah kita lihat bahawa peranan golongan pemerintah di dalam sistem

sosioekonomi masyarakat melayu tradisional mempunyai signifikan yang tersendiri bagi

memastikan kelangsungan dalam urusan ekonomi dan sosial dalam tadbir urus negara yang

cekap serta berkesan


Sultan dan pembesar menduduki heirarki tertinggi dalam sistem pemerintahan dan

pentadbiran. Mengikut sistem pemerintahan dan pentadbiran tradisional seseorang raja

berkongsi kuasa dan peranan dengan golongan pembesar dalam menjalan dan melicinkan

jentera pentadbiran. Peranan sultan dalam aspek sosiokenomi ialah sultan mengambil

bahagian dalam perniagaan dan mendapat keuntungan yang lumayan. Baginda berkuasa

dalam soal perburuhan, hasil pertanian, perdagangan dan pemungut cukai. Sultan berperanan

menyelaras sistem cukai dalam jajahan takluknya serta mempunyai hak mendapat hasil

pungutan cukai negerinya. Contohnya, Sultan Abdul Samad menerima hasil cukai (bijih

timah) daerah Kelang daripada Raja Mahadi. Sultan Pahang memperoleh cukai import yang

dikenakan di muara Sungai Pahang berjumlah $50,000 setahun. Dari segi pertanian sultan

berhak mengerahkan rakyat bertani. Baginda mewakilkan urusan itu kepada para pembesar

negeri.

Peranan pembesar pula dalam aspek ekonomi pula ialah mengutip cukai, terlibat dalam

kegiatan perniagaan dan sebagai perantaraan dengan pedagang yang datang dari luar.

Pendapatan pembesar adalah bergantung kepada cukai yang dikutipnya keatas daerah di

bawaj jagaan pembesar tersebut. Sebarang lebihan yang dikumpulkan atau dimiliki oleh

pembesar itu akan dugunakan sebagai pinjaman untuk mengikat lebih ramai lagi orang

supaya berhutang dengannya. Wujudnya kalangan pembesar yang lebih kaya daripada raja

adalah disebabkan mereka dienarkan terlibat dalam kegiatan perniagaan. Pembesar juga

biasanya menerima ganjaran daripada pedagang yang datang berniaga kerana sudah menjadi

amalan tradisi para pedagang untuk menghadiahkan sebahagian daripada nilai kargo yang

dijadikan sebagai persembahan kepada raja. Buktinya, sultan perak telah mendapat 6 dolar

daripada 400 paun bijih timah yang dieksport dari mana-mana daerah di Perak yang dikutip
oleh mana-mana pembesar daerah yang berkenaan. Tegaslah, bahawa golongan ini

memainkan peranan yang penting dalam sistem ekonomi masyarkat tradisional.

Sekian terima kasih.

2. Kegiatan pertanian dalam masyarakat Melayu merupakan aktiviti terpenting. Bincangkan

Pertanian pula adalah satu aktiviti pengeluaran makanan dan barangan untuk keperluan
manusia melalui perkebunan, penanaman, penternakan dan perhutanan. Pertanian merujuk
kepada pekerjaan bercucuk tanam sama ada pekebun, peladang atau pesawah. Manakala
pertanian dalam disiplin antropologi bermaksud sistem bercucuk tanam moden, yang
menggunakan peralatan-peralatan dan bahan-bahan yang moden sesuai mengikut zaman
berkenaan. Sebagai contoh, pembinaan sistem pengairan, jentera moden, dan sebagainya.
Masyarakat Melayu pada zaman tradisional dilihat telah menjalankan aktiviti pertanian
sebagai salah satu cara untuk mendapatkan sumber bekalan makanan. Disebabkan itu,
kegiatan pertanian merupakan aktiviti terpenting bagi masyarakat Melayu zaman
tradisional.Oleh itu, beberapa aktiviti pertanian yang dijalankan oleh masyarakat Melayu
dapat dilihat sebagai kelangsungan hidup mereka.

Antara kegiatan pertanian yang dijalankan oleh masyakat Melayu tradisional adalah kegiatan

penanaman padi. Terdapat dua bentuk pertanian yang diusahakan iaitu pertanian pindah dan

pertanian tetap. Bagi menjalankann pertanian pindah, hutan perlu diteroka dan kemudian

dijalankan pertanian menanam padi huma Selepas itu, kawasan baharu lain diteroka lagi

untuk penanaman yang berikutnya. Tanaman tetap yang dijalankan adalah tanaman padi

sawah Kecenderungan pertanian penanaman padi basah dan padi kering sewaktu era pra

kolonial British memberikan satu impak yang tinggi terhadap penghasilan sumber makanan

yang mencukupi bagi masyarakat pada ketika itu. Namun begitu, permulaanya hanya
dilakukan oleh pesawah untuk kegiatan sara diri sahaja dan tidak bersifat komersial.

Kebanyakkan tanah-tanah yang digunakan adalah hasil usaha petani itu sendiri untuk

mengerjakannya kerana kesediaan tanah adalah bergantung kepada kegigihan seseorang itu

mengusahakannya.

Selain itu, penanam tebu dan kopi di Tanah Melayu telah diperkenalkan. Hal ini jelas apabila

dari semua tanaman yang diusahakan oleh orang-orang Eropah, hanya tebu dan kopi sahaja

yang boleh dikatakan berjaya. Tebu menjadi industri yang bermodal besar dibawah kuasa

Eropah dan nampaknya mempunyai masa depan yang cerah pada masa itu. Usaha orang-

orang Cina pada masa awal-awal menanam tebu dan penyertaan penanam-penanam tebu

yang berpengalaman dari Mauritius menjamin tanaman ini sebagai usaha komersial. Oleh itu,

Masyarakat Melayu mula menjalan kegiatan pertanian komersial dengan menjalankan

penanaman tebu dan kopi sebagai salah satu tanaman yang terdapat di tanah Melayu.

Pertanian lain yang diusahakan oleh masyarakat Melayu sebagai tanaman komersial adalah

penanaman perusahan getah secara meluas yang membawa kepada tanaman dagangan yang

pesat pada abad ke-20 hasil daripada permintaan terhadap getah kerana revolusi perindustrian

yang berlaku di Eropah pada ketika itu. Sir Frank Swettenham yang merupakan pemangku

Residen Perak pada ketika itu telah menyemai 400 biji getah yang diambil di Kuala Kangsar

dan natijahnya getah mula menjadi tanaman dagangan sekitar awal abad ke-20. Galakan

terhadap penanaman getah oleh kerajaan pada awal abad ke-20 menghasilkan ramai

perusaha-perusaha kecil yang mengusahakan lading-ladang getah dan memperlihatkan

kenaikkan harga getah antara tahun 1897 sehingga 1914 menjadi pendorong yang kuat

terhadap perusahaan tanaman dagangan tersebut.

Kesimpulannya, Kegiatan pertanian merupaka perkara yang penting untuk meneruskan

kelangsungan hidup masyarakay terdahulu yang akhirnya membawa kepada kemasukkan


pihak kolonial yang memperkenalkan tanaman komersial untuk diusahakan oleh masyarakat

di Tanah Melayu.

3. Kemasukan orang Cina ke negeri-negeri Melayu telah menyumbang kepada perkembangan


kegiatan perlombongan. Bincangkan

Perlombongan bijih timah sudah dijalankan oleh orang-orang Melayu sekian


lama.Kemasukan British juga disebabkan oleh bijih timah. Perkembangan perlombongan
bijih timah ini dapat dilihat apabila pembesar tempatan membawa masuk buruh cina dan
kira-kira 80,000 orang cina di perak sebagai buruh ikatan. Kemasukan ini hasil daripada
permintaan yang banyak kesan daripada Revolusi Perusahaan di British dan Amerika. Bijih
timah digunakan dalam perusahaan membuat tin, motokar, wayar, dan kereta api. Industri ini
berkembang dengan kemasukan buruh daripada cina ini. Perkembangan industri ini secara
besar-besaran iaitu selepas penemuan longgokan bijih timah yang banyak di Larut, Perak
iaitu pada tahun 1848 dan di Kinta pada tahun 1880. Dalam pertengahan pertama abad ke 19,
pelombong cina memperkenalkan pembaharuan dalam teknik perlombongan seperti
pam rantai bagi mengeringkan lombong-lombong yang bertakung. Disebabkan oleh
penemuan longgokan timah yang banyak, pelombong ini telah memajukan perusahaan bijih
timah mengikut Barat.

Pelombong cina juga memperkenalkan sistem lombong yang lebih baik seperti sistem
lombong dedah, pam kelikir, dan palung. Pada 1877, Enjin wap dan pam emper
diperkenalkan di Perak bagi mengatasi masalah banjir di kawasan perlombongan dan dapat
mendalamkan lagi aktiviti melombong. Teknik Hidraulik dan pam kelikir adalah kaedah yang
dibawa dari Australia dan diterima oleh pelombong Cina pada tahun 1898.Kemajuan buruh
cina ini telah membawa masuk pemodal-pemodal British dari negeri-negeri Selat yang
menyokong perlombongan.Pada akhir kurun ke-19 orang cina menguasai kegiatan
melombong bijih timah dan antara tahun 1898-1905 Tanah Melayu menjadi pengeluar utama
bijih timah.

Kemasukkan buruh cina juga memperlihatkan adanya belaku perlombongan emas.


Perlombongan emas sudah mula dijalankan oleh orang cina pada tahun 1880 di Sungai
Segama.Emas juga didapati di sepanjang tebing Sungai Sarawak dan tempat ini telah menarik
pelombong cina kerana lombong Sambas tidak lagi mendatangkan hasil.Emas tidak begitu
banyak ditemui dengan perlombongan yang tidak teratur. Pada tahun 1890 an, Syarikat
Borneo memperkenalkan alat-alat melombong yang moden dan telah membuka lombong
sendiri di Bau dua tahun kemudian. Pada tahun ini juga emas dilombong secara komersial di
Raub, Pahang yang diusahakan oleh Syarikat dari Australia. Keadaan ini telah memberi
peluang kepada industri perlombongan emas dan memcapai kemuncaknya selepas 20 tahun
berikutnya.

Jelaslah bahawa kegiatan perlombongan dilihat mampu berkembang dengan baik selepas
kemasukkan tenaga buruh dari luar yang dilihat membawa kepada peningkatan hasil keluaran
bagi sumber perlombongan yang terdapat di tanah melayu pada ketika itu.

You might also like