Tugasan Individu KPD 4033

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 23

PEMARKAHAN

1 TUGASAN 1

KPD 4033
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

TAJUK TUGASAN

GAYA PEMBELAJARAN CEMERLANG

KUMPULAN C
DPLI UPSI YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK)
SEMESTER I 2018/2019

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID

MOHAMAD ZAIFUAN BIN ZULKAFLEE L20181011067

NAMA PENSYARAH: PROF. MADYA DR. MD. NASIR BIN MASRAN


PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR – KPD 4033 | 2018

ISI KANDUNGAN

BIL TOPIK M/S


1.0 PENDAHULUAN 2
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN 3
2.1 PERNYATAAN MASALAH 4
2.2 PERSOALAN KAJIAN 5
2.3 OBJEKTIF KAJIAN 5
2.4 KEPENTINGAN KAJIAN 5
3.0 METODOLOGI 6
3.1 TEMUBUAL 6
3.2 PEMERHATIAN 6
3.3 SOAL SELIDIK 7
3.4 LIMITASI KAJIAN 7
4.0 DAPATAN KAJIAN 8
4.1 PERBINCANGAN 11
5.0 PENUTUP 15
6.0 RUJUKAN 16
LAMPIRAN 1- BIODATA PELAJAR 17
LAMPIRAN 2- SOAL SELIDIK KECENDERUNGAN 18
KECERDASAN

1
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR – KPD 4033 | 2018

1.0 PENDAHULUAN

Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah salah satu elemen


terpenting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Dalam usaha untuk menyediakan P&P yang berkesan, kunci utama yang
perlu dikuasai oleh setiap pendidik adalah penguasaan dalam memahami
unsur terpenting iaitu pelajar itu sendiri. Setiap pendidik haruslah sedar
bahawa setiap individu yang lahir adalah berbeza di antara satu sama lain.
Setiap individu adalah unik dan tidak ada seratus-peratus sama dengannya
meskipun bagi pasangan kembar seiras. Menurut Khairul Yusri (2007),
perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada
norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral,
tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek – aspek yang lain mungkin terdapat
sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Oleh itu guru-guru harus
memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia boleh
mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas.

Kepelbagaian yang wujud di antara pelajar perlu dikaji dan difahami dengan
secara mendalam bagi menetukan strategi pengajaran dan pembelajaran
yang lebih berkesan. Kajian Analisis pelajar antara kajian yang sangat penting
dilakukan bagi seorang guru samada ianya dilakukan secara langsung atau
pun tidak langsung. Antara tujuan analisis pelajar ini dilakukan adalah untuk
mengetahui perbezaan latar belakang pelajar yang meliputi aspek
sosiobudaya dan juga psikologi pelajar bagi membantu guru dalam mengenal
pasti kepelbagaian setiap pelajar yang ada di dalam bilik darjah.

Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam akan kepelbagaian pelajar


yang wujud sekarang bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran
mereka bahkan juga pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada jantina,
peringkat umur, budaya, latar sosial, keluarga dan terutama sekali kepada
gaya pembelajaran setiap daripada mereka dengan menitikberatkan kepada
minat, bakat, pengalaman serta kemahiran yang diperolehi dalam membantu
pelajar mencapai hasil pembelajaran.

2
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR – KPD 4033 | 2018

Sesungguhnya, setiap individu pelajar itu mempunyai budaya, latar belakang


keluarga dan tahap sosio ekonomi yang berbeza-beza yang mana ia sedikit
sebanyak memberi kesan kepada pembelajaran mereka. Oleh yang demikian,
seorang guru perlu bijak dan peka dalam memahami secara mendalam akan
kepelbagaian pelajar bahkan juga pemerhatian yang teliti perlu diberikan
kepada budaya, jantina, etnik, bangsa, agama, latar belakang keluarga, sosio
ekonomi pelajar itu sendiri. Aspek-aspek ini adalah saling berkait antara satu
sama lain bagi menggambarkan akan kepelbagaian yang wujud di antara
pelajar di dalam sesebuah bilik darjah.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Seorang guru yang mengetahui dan memahami pelajarnya dapat


membantunya dalam merancang strategi pengajaran yang berkesan. Ini
kerana, melalui pengetahuan yang mendalam terhadap perbezaan latar
belakang sosiobudaya dan psikologi pelajar, dapat memberikan kesan yang
sangat dekat dengan pencapaian akademik pelajar.

Rasionalnya dengan adanya kajian seumpama ini juga, pendidik akan dapat
merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan kaedah pembelajaran
dan persekitaran pelajar. Fazli Ismail et al (2012) mencadangkan bahawa
kajian seupama ini perlulah dijalankan agar faktor-faktor yang menyumbang
kepada pencapaian akademik pelajar dapat dikenal pasti sekaligus dapat
merancang dan merangka usaha-usaha yang berkesan dan bernas bagi
membantu meningkatkan lagi pencapaian para pelajar.

Seiring dengan kemajuan era globalisasi, bakat dan kepelbagaian pelajar


juga semakin berkembang. Menyedari kepentingan memahami pelajar yang
pelbagai, satu kajian telah dijalankan dengan memilih seorang pelajar dari
Sekolah Menengah Ugama (Agama) Taqaddumil Ilmi, Ketereh (SMUTI).

3
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR – KPD 4033 | 2018

Pelajar, Nur Aina Najiha Binti Mohd Zuki merupakan salah seorang daripada
pelajar cemerlang yang sentiasa memperoleh markah yang tinggi didalam
peperiksaan. Pelajar berasal daripada Ketereh, Kelantan dan merupakan
pelajar tingkatan 2 di SMUTI.

Pelajar berasal dari latar belakang keluarga kurang berkemampuan di mana


bapa beliau merupakan seorang petani manakala ibu sebagai Guru KAFA.
Pelajar merupakan anak yang pertama daripada 5 orang adik beradik.

2.1 PERNYATAAN MASALAH

Sebagai seorang guru, adalah penting untuk mengetahui dan ambil peduli
akan siapa sebenarnya pelajar-pelajar atau komuniti di dalam sesebuah
kelas. Guru juga perlu meneliti akan pendekatan yang bersesuaian yang
dibawa oleh setiap pelajar, bakat serta minat mereka ke dalam situasi
pembelajaran. Sewajarnya guru perlu mengetahui bahawa setiap individu
pelajar adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang keluarga, dan tahap
sosioekonomi yang mana sedikit sebanyak memberi kesan kepada gaya dan
corak pembelajaran mereka. Setelah guru mampu memahami serta
mengenali setiap jenis pelajar didalam kelas,impaknya pelajar boleh
mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah.

Selain itu, guru juga harus mengambil berat dengan kaedah pembelajaran
yang diadaptasi oleh pelajar agar kaedah tersebut dapat diserap kepada
pelajar yang lain. Gaya pembelajaran juga mempengaruhi pelajar tersebut
samada boleh menjadi pelajar yang cemerlang ataupun tidak. Kaedah
pembelajaran yang sesuai dapat memberi kesan yang positif terhadap hasil
pembelajaran pelajar tersebut.

4
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR – KPD 4033 | 2018

2.2 PERSOALAN KAJIAN

Daripada permasalah kajian yang lalu, timbul beberapa persoalan seperti


berikut:-

i. Apakah bentuk gaya pembelajaran pelajar cemerlang semasa sesi


pengajaran dan pembelajaran?

ii. Bagaimanakah cara pembelajaran pelajar cemerlang dari segi jadual


belajar dan kaedah belajar?

2.3 OBJEKTIF KAJIAN

i. Mengenalpasti contoh gaya pembelajaran pelajar yang berkesan bagi


pelajar cemerlang agar boleh diterapkan dalam proses P&P.

ii. Memahami pelajar dengan lebih mendalam dari segi jadual belajar, kaedah
belajar.

2.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini, penyelidik berharap dapat memberi manfaat kepada


peningkatan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terutamanya kepada
perkembangan pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah
Ugama(Agama) Taqaddumil Ilmi, Ketereh. Selain itu, kajian ini juga adalah
penting bagi pendidik membantu memahami dengan lebih mendalam pelajar
– pelajar pada peringkat umur yang berkaitan.

Tujuan utama kajian ini juga dijalankan adalah untuk mengenalpasti faktor-
faktor yang mempengaruhi kecemerlangan pelajar dalam pemcapaian
akademik. Dengan mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian
pelajar, dapat membantu guru untuk menyusun dan merangka strategi yang
berkesan dalam pengajaran di dalam kelas dan melakukan pelbagai usaha
yang bersesuaian ke arah mempertingkatkan mutu pengajaran dan
5
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR – KPD 4033 | 2018

pembelajaran yang sedia ada seterusnya dalam usaha meningkatkan


pencapaian pelajar-pelajar yang lain.

Penyelidik berharap melalui kajian ini dapat memberi manfaat kepada


peningkatan aktiviti pengajaran dan pembelajaran terutamanya kepada
perkembangan pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah
Ugama(Agama) Taqaddumil Ilmi, Ketereh. Selain itu, kajian ini juga adalah
penting bagi penyelidik membantu memahami dengan lebih mendalam
pelajar-pelajar lain pada peringkat umur yang sama dan mempunyai
sosiobudaya dan psikologi yang berkaitan.

3.0 METODOLOGI

Dalam proses memahami gaya belajar pelajar, beberapa kaedah yang


bersesuaian telah digunakan. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk
deskriptif iaitu menganalisis data menggunakan kaedah

3.1 TEMUBUAL

Temubual yang dilakukan adalah bertujuan bagi mendapatkan lebih


maklumat mengenai latar belakang pelajar, jadual belajar dan kaedah belajar
yang digunakan oleh pelajar tersebut

3.2 PEMERHATIAN

Menurut Teori kepelbagaian Dunn and Dunn, pelajar boleh digolongkan


kepada dua kumpulan iaitu kategori pelajar yang dapat menguasai
persekitaran (independent) dan pelajar dikuasai persekitaran (dependent).
Penentuan kepelbagaian pelajar adalah berdasarkan pemerhatian yang
dilakukan semamasa di dalam kelas sewaktu proses P&P dan juga di luar
waktu P&P.

6
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR – KPD 4033 | 2018

3.3 SOAL SELIDIK

Soal selidik yang dijalankan bertujuan mengenalpasti kumpulan kecerdasan


pelajar tesebut berdasarkan teori kecerdasan kepelbagaian pelajar oleh
Howard Gardner. Menurut Gardner (1983), terdapat sembilan jenis
kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu: Kecerdasan Verbal
Linguistik, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal, Kecerdasan Muzikal,
Kecerdasan Kinestetik, Kecerdasan Interpersonal, Kecerdasan Intrapersonal,
Kecerdasan Naturalis dan Kecerdasan Eksistensial,
Pelajar akan dinilai bedasarkan skor yang diperoleh daripada soalselidik yang
berkaitan. Penentuan jenis kepelbagaian adalah berdasarkan skor yang
tertinggi yang diperoleh.

3.4 LIMITASI KAJIAN

Kajian kes analisis pelajar ini hanya memfokuskan seorang pelajar daripada
tingkatan 2 Al-Alusi iaitu pelajar bernama Nuraina Najiha Binti Mohd Zuki
yang belajar di Sekolah Menengah Ugama(Agama) Taqaddumil Ilmi, Ketereh
sejak dari tingkatan 1 sehingga kini.

7
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR – KPD 4033 | 2018

4.0 DAPATAN KAJIAN

PENILAIAN SKOR

Interpersonal 3.3
Intrapersonal 3.7
Kecerdasan Muzik 2.6
Kinestetik 3.7
Logik Matematik 4.1
Ruang Visual 3.5
Verbal Linguistic 3.8
Naturalis 2.6

Jadual 1: Keputusan soal selidik

Berdasarkan jawapan pelajar daripada borang soal selidik, kesemua gaya


pembelajaran Gagne diaplikasikan oleh pelajar semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Walaupun, tahap kecenderungan gaya pembelajaran pelajar
adalah berbeza, terdapat juga tahap kecenderungan yang mempunyai tahap
purata yang sama iaitu gaya pembelajaran Intrapersonal dan Kinestetik
sebanyak 3.7, diikuti dengan gaya pembelajaran Interpersonal sebanyak 3.3,
gaya pembelajaran Kinestetik sebanyak 3.7, gaya pembelajaran Ruang
Visual sebanyak 3.5, dan gaya pembelajaran Verbal Linguistic sebanyak 4.6.
Adapun, gaya pembelajaran Kecerdasan Muzik mendapat purata sebanyak
2.6 dan gaya Naturalis sebanyak 2.6 yang mana merupakan gaya
pembelajaran yang mendapat purata yang paling rendah.

Menerusi soal selidik yang telah dijalankan, pelajar ini boleh digolongkan
dalam kumpulan yang cenderung kepada kecerdasan logik matematik
berdasarkan skor tertinggi yang diperoleh seperti dalam jadual 1. Menurut
Salhah Abdullah (2009) pelajar yang cenderung kepada kecerdasan logik
matematik merupakan pelajar yang mempunyai kebolehan menggunakan

8
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR – KPD 4033 | 2018

nombor secara berkesan dan bijak berhujah, termasuklah memahami


kelompok nombor asas, prinsip sebab akibat serta kebolehan menjangka.
Membuat keputusan yang tidak berat sebelah dan cekap menggunakan
teknologi dalam menyelesaikan masalah.

Selain itu, pelajar juga boleh dianggap mempunyai kecerdasan yang pelbagai
berdasarkan skor yang diperoleh kerana mempunyai kecenderungan bagi
kecerdasan untuk verbal linguistik, intrapersonal dan juga kinestetik.

Teori pengetahuan Piaget menekankan pentingnya kegiatan seorang pelajar


yang aktif dalam mengkonstruksikan pengetahuan. Hanya dengan
keaktifannya mengolah bahan, bertanya secara aktif, dan mencerna bahan
dengan kritis pelajar akan dapat menguasai bahan dengan lebih baik.
Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan, ciri ciri yang ditekankan oleh
Teori Pengetahuan Piaget memang terdapat dalam diri pelajar ini. Pelajar ini
merupakan seorang yang aktif bertanya soalan yang berkaitan topik yang
diajar dan juga sering bertanyakan soalan-soalan pada aras yang tinggi.
Selain aktif di dalam kelas, pelajar ini mepunyai inkuiri yang tinggi ketika di
luar waktu P&P dan sering bertanya hal-hal pelajaran tidak kira di mana jua.

Pemerhatian di dalam kelas juga menunjukkan pelajar cenderung kepada


latihan – latihan yang melibatkan pengiraan dan sentiasa menawarkan diri
untuk mencuba di depan apabila soalan yang melibatkan pengiraan diajukan
kepada kelas. Situasi ini menyokong hasil soalselidik yang menunujukkan
pelajar ini cenderung kepada kecerdasan logik matematik. Pelajar juga
sentiasa berjaya menyelesaikan masalah tanpa bantuan guru. Daripada
pemerhatian ini, dapat disimpulkan bahawa pelajar adalah kategori pelajar
yang boleh berdikari sendiri (field independence) jika dilihat dari sudut teori
Dunn & Dunn.

Daripada temubual yang telah dilakukan terhadap pelajar, apabila ditanya


berkaitan jadual belajar, tiada jadual belajar yg khusus dan hanya mengikuti
jadual harian yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan asrama. Tetapi
pelajar ini menegaskan bahawa waktu yang selalu digunakan untuk
9
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR – KPD 4033 | 2018

mengulangkaji pelajaran adalah pada waktu-waktu lapang dan ketika bosan.


Menurut pelajar ini juga, waktu yang paling berkesan untuk belajar adalah
waktu malam terutama selepas waktu solat Maghrib dan selepas solat Isya’.
Perkara yang sering menghalang pelajar ini untuk terus bersemangat
mengulangkaji pelajaran adalah masalah mengatuk. Situasi ini menyokong
penyatan diatas bahawa pelajar ini juga mempunyai kecerdasan
intrapersonal.

Kaedah pembelajaran yang sering digunakan adalah tumpuan semasa dalam


kelas dan untuk mengekalkan tumpuan, terutama ketika mengantuk atau
ketika kelas yang kurang diminati, pelajar ini sering membawa air masak dan
juga gula-gula yang boleh mengurangkan masalah mengantuk. Sekiranya
keadaan masih lagi tidak berubah, pelajar ini akan meminta bantuan rakan
untuk memicit leher dan sentiasa mengekalkan postur badan yang sesuai
supaya dapat melancarkan proses pernafasan dan juga peredaran darah
supaya oksigen dapat dihantar ke otak.

Penekanan terhadap kaedah belajar secara emosi juga sering diterapkan.


Menurut Santrock (2004), motivasi ialah proses menjana, mengarahkan dan
mengekalkan tingkahlaku. Bagi mengekakan fokus untuk terus belajar
dengan bersungguh-sungguh beliau sering memikirkan tentang pengorbanan
yang telah dilakukan oleh keluarga terutama sekali ibu dan bapa. Dengan
cara ini pelajar dapat meningkatkan lagi motivasi untuk terus berusaha.
Motivasi sebegini juga dapat memberi peluang kepada pelajar yang kurang
menaruh minat dan harapan terhadap suatu aktiviti . Bagi mendapatkan
ketenangan dalam belajar, pelajar sering mengamalkan solat dan juga
bacaan al-Quran.

10
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR – KPD 4033 | 2018

4.1 PERBINCANGAN

Perbezaan pelajar dari aspek latar belakang sosiobudaya dan psikologi


mempunyai hubungan yang signifikan dalam pencapaian pelajar. Antaranya
pengaruh jantina adalah amat besar dalam mempengaruhi pencapaian
akademik seseorang individu. Jantina boleh mempengaruhi individu dalam
berbagai cara dan keadaan contohnya dalam cara berpakaian, berfikir,
kesopanan, sikap, personaliti dan juga dalam pencapaian akademik
(Campbell dan Clewell 1999).

Menurut Maccoby dan Jacklin (1974) pelajar perempuan lebih baik daripada
kecerdasan lisan atau bahasa, sementara pelajar lelaki pula lebih baik dari
segi kecerdasan ruang. Ini bermakna pelajar perempuan lebih baik di dalam
perbendaharaan kata, tugasan mengeja perkataan dan membaca.
Sementara, pelajar lelaki pula lebih baik di dalam tugasan membaca peta,
teka silang kata atau tugasan berkaitan ruang. Pelajar lelaki turut mempunyai
pencapaian akademik yang cemerlang dalam mata pelajaran matematik ,
contohnya dalam menyelesaikan tugasan geometri.
Faktor ini turut disokong oleh Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard
Gardner. Pencapaian akademik murid perempuan lebih baik daripada murid
lelaki kerana murid perempuan mempunyai kecerdasan verbal linguistik.
Menurut Howard Gardner’s, (1983), seseorang yang mempunyai kecerdasan
verbal-linguistik mampu memahami, bertutur, menulis pelbagai jenis bahasa
dan mampu menguasai bahasa asing dengan baik dan fasih.

Murid perempuan dikatakan memiliki kecerdasan verbal linguistik kerana


cemerlang pada peringkat persekolahan dalam bidang bahasa. Murid
perempuan sering melibatkan diri dalam pertandingan berkaitan bahasa,
meminati ilmu falsafah dan isu-isu sosial dan suka membaca bacaan yang
luas serta membaca dengan pantas.

Selain itu, Murid yang sihat sentiasa riang, cerdas, suka bertanya dan dapat
mengikuti pengajaran dan pembelajaran guru dengan baik. Manakala, murid
yang tidak sihat kelihatan lemah, kurang bertenaga, tidak menumpukan
11
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR – KPD 4033 | 2018

perhatian di dalam kelas dan tidak mempunyai ramai kawan. Selain itu, murid
lemah kerana menghadapi masalah kesihatan seperti asthma, talassemia,
hepatitis B dan sebagainya.

Penjagaan kesihatan merupakan salah satu tanggungjawab penting kepada


murid. Kesihatan fizikal dan kesejahteraan mental akan membolehkan murid
mengikuti pelajaran dengan baik dan sempurna. Pemakanan yang tidak
mencukupi sama ada dari segi kuantiti ataupun kualiti boleh melambatkan
proses kematangan. Kekurangan pemakanan yang seimbang boleh
menggangu pola-pola pertumbuhan kerana kurangnya pengambilan vitamin,
mineral dan protein.

Dengan pengabaian tersebut, keupayaan fizikal dan mental murid-murid


tersebut agak terbatas dan lemah menyebabkan tumpuan mereka terhadap
pembelajaran adalah lemah. Keadaan ini menyumbang kepada kemerosotan
pencapaian akademik dalam mata pelajaran yang dipelajarinya.

Faktor ini turut disokong dengan adanya Teori Hirarki Keperluan Maslow.
Keperluan Fisiologi merupakan peringkat keperluan yang paling asas.
Keperluan ini adalah penting bagi kehidupan sesuatu organisme, apatah lagi
manusia. Keperluan asas ini merangkumi apa yang diperlukan untuk diri atau
fizikal seseorang seperti keperluan mendapatkan makanan, minuman dan
tempat tinggal.
Oleh itu, dalam konteks pendidikan murid-murid yang kurang mendapat
makanan tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap
pelajaran mereka. Ini kerana kesan daripada kekurangan keperluan ini akan
mengakibatkan kesihatan murid terganggu atau terjejas.

Demikian Setiap murid mempunyai personaliti yang tersendiri. Faktor


personaliti memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pencapaian
akademik seseorang pelajar (Eysenck 1979). Menurut ahli psikologi,
personaliti merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak, keupayaan,
kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya.

12
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR – KPD 4033 | 2018

Menurut Carl Jung personaliti terbahagi kepada tiga jenis iaitu ekstrovert,
introvert dan ambivert. Murid yang memiliki ciri-ciri ekstrovert iaitu suka
bergaul, cepat mengeluarkan pendapat, mudah mesra, kreatif dan bersikap
lebih terbuka mempunyai pencapaian akademik yang lebih baik. Pelajar
sekolah rendah didapati lebih ekstrovert serta mampu memperolehi
pencapaian akademik yang cemerlang (Elliot,1972;Anthony,1977 dan Riding
1979).

Murid yang peramah, suka bergaul dan ceria mudah mendapat ramai kawan.
Ini dapat meningkatkan pencapaian akademik apabila mereka dapat belajar
secara berkumpulan. Pada kebiasaannya, murid akan menjadi baik dan
berjaya apabila mereka bersahabat dengan rakan yang baik dan rajin. Jika
mereka bersahabat dengan rakan yang tidak bermoral maka mereka turut
gagal mengekalkan kejayaan yang dicapai sebelumnya ( Sulaiman, 1996 ). Ini
bermaksud seseorang murid yang mempunyai kecemerlangan dalam bidang
akademik akan menjadi sebaliknya jika berkawan dengan rakan-rakan yang
mempunyai sikap yang malas dan tidak suka kepada sesuatu kejayaan dalam
bidang akademik. Hal ini kerana, seseorang rakan itu dapat mempengaruhi
rakan yang lain untuk mengikuti jejaknya.

Murid yang tinggal dan membesar di kawasan persekitaran yang sihat juga
akan mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan dirinya. Menurut
Papalia (2001) persekitaran merupakan perkara yang bukan genetik yang
mempengaruhi seseorang individu. Ini dapat dilihat melalui asuhan dan
interaksi dengan kedua orang ibu bapanya, pengaruh adik-beradik, ahli
keluarga lain, guru, kawan-kawan, bahan media cetak dan media elektronik
serta bahan daripada komputer.

Menurut Baumrind ( di dalam Santrock, 2001), terdapat empat bentuk asuhan


keluarga iaitu authoritarian, autoritatif, mengabaikan dan indulgent. Ibu bapa
yang mengamalkan bentuk asuhan keluarga autoritatif dapat membantu
pencapaian akademik murid-murid di sekolah. Ini kerana, ibu bapa autoritatif
adalah ibu bapa yang memberikan kebebasan yang terbatas kepada anak
mereka. Antara ciri ibu bapa autoritatif ialah menggalakkan anak-anak
13
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR – KPD 4033 | 2018

berdikari di samping memberi sedikit kawalan ke atas tingkah laku mereka


dan anak-anak bebas berkomunikasi secara lisan dengan ibu bapa yang
bersifat menyokong dan membantu perkembangan anak-anak mereka. Oleh
yang demikian, anak-anak yang dibesarkan dengan cara asuhan autoritatif ini
menunjukkan tingkah laku bersosial yang baik.

Faktor ini turut disokong dengan Teori Perkembangan Ekologi


Bronfenbrenner. Mengikut Urie Bronfenbrenner (1917) terdapat lima sistem
yang mempengaruhi ekologi iaitu sistem mikro, sistem meso, sistem ekso,
sistem makro dan sistem krono. Sistem mikro adalah seting di mana
seseorang individu menghabiskan masa bersama-sama keluarga, rakan
sebaya, berada di sekolah atau berada di kawasan setaman atau
sekampung.

Di dalam sistem ini, individu mempunyai hubungan yang langsung dengan ibu
bapa, adik beradik, guru, rakan sebaya, jiran dan lain-lain. Justeru itu, murid
yang tinggal di dalam ekologi sistem mikro dapat membesar dengan sihat dan
sekaligus dapat meningkatkan pencapaian akademiknya. Ini kerana kawasan
persekitarannya telah membantu menjadikannya murid yang seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Gaya kognitif ialah cara individu mempersepsi maklumat mengenai


persekitarannya. Sementara, gaya belajar merujuk kepada pendekatan
individu kepada cara belajar yang digemarinya. Menurut Honey dan Mumford
(1992) dengan mengenalpastigaya pembelajaran individu, ia bukan sahaja
hanya dapat mengeksploitasi gaya pembelajaran yang diamalkan oleh
individu malahan dapat meningkatkan potensi seseorang dalam proses
pembelajaran.

Gaya belajar yang bersesuaian dengan diri seseorang murid adalah salah
satu penentuan ke arah kecekapan dan kebolehan mengasimilasikan ilmu
yang dipelajari dengan cemerlang dan berkesan. Gaya pembelajaran yang
sesuai penting untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Ini kerana,
cara yang bersesuaian dengan ciri-ciri pembelajaran akan menyebabkan
14
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR – KPD 4033 | 2018

pelajar di semua peringkat lebih bermotivasi dan seterusnya akan


meningkatkan pencapaian akademik (Chambers, 1991).
Faktor ini turut disokong oleh Herman Witkin dan Gooddenough (1977) yang
memperkenalkan gaya bebas medan dan bersandar medan. Antara ciri-ciri
pelajar gayabebas medan ialah , suka berinteraksi secara formal dengan
guru, matlamat pembelajaran daripada punca dalaman dan suka merancang
sendiri cara pembelajaran. Manakala,ciri-ciri pelajar bersandar medan ialah
suka berinteraksi secara informal dengan guru, matlamat pembelajaran
daripada punca luaran iaitu ibu, bapa atau guru dan suka pembelajaran
terancang dan berstruktur. Oleh yang demikian, pelajar yang mempunyai ciri
bersandar medan mempunyai pencapaian akademik yang lebih cemerlang
berbanding pelajar bebas medan.

Pencapaian akademik murid yang berbeza turut merujuk kepada gaya kognitif
impulsif dan reflektif. Menurut Slavin (1997) gaya impulsif merujuk seseorang
yang gemar memberi respons secara tepat, yang biasanya tidak
menitikberatkan ketepatan. Pelajar impulsif suka membuat kerja dengan
cepat, tetapi membuat kesilapan kerana belajar mengikut gerak hati.
Manakala, pelajar reflektif seseorang yang sentiasa menganalisis diri dan
pemikiran sendiri. Pelajar reflektif lambat menyiapkan tugasan tetapi kurang
membuat kesilpan. Mereka lebih mementingkan ketepatan jawapan atau
kesempurnaan tugasan daripada menepati masa yang ditetapkan. Perasaan
kurang yakin diri ini menyebabkan mereka lambat menyiapkan tugasan.

5.0 PENUTUP

Dapat disimpulkan bahawa pelajar merupakan seorang yang tidak banyak


bergantung kepada guru (field independence) dan mempunyai kecerdasan
logik matematik. Golongan pelajar sebegini akan memudahkan proses P&P
yang lebih berpusat kepada pelajar. Untuk mengembangkan potensi pelajar
seperti ini kaedah pengajaran yang sesuai adalah pengajaran menerusi
latihan pengukuhan dan perbentangan sesuai dan pengajaran yang
melibatkan pemerhatian, analisis ataupun aktiviti ujikaji makmal perlu
diperbanyakkan.
15
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR – KPD 4033 | 2018

6.0 RUJUKAN

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Syukur (2008),

Siri Pendidikan Guru : Psikologi Pendidikan, Shah Alam : Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

Dr Paul Suparno, Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget, Yogyakarta :


Penerbit Kanisius

Salhah Abdullah (2009), Kecerdasan Pelbagai: Aplikasi dalam Pengajaran


dan Pembelajaran, Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

16
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR – KPD 4033 | 2018

LAMPIRAN 1

BIODATA PELAJAR
Nama Pelajar: Nuraina Najiha Binti Mohd Zuku
No Kad Pengenalan:
Sijil Beranak : BJ 56907
Alamat : Kampung Alor Kabu, 16450, Ketereh, Kelantan
Agama : Islam
Jantina : Perempuan
Adik Beradik : Anak ke-4 daripada 7 orang adik beradik

LATAR BELAKANG KELUARGA


Nama Bapa : Mohd Zuki Bin Abd Rahman
No Kad Pengenalan : 750923-03-5301
No Telefon : 016-2124600
Pekerjaan Bapa : Bekerja Sendiri
Pendapatan : RM500.00
Nama Ibu : Hayati Binti Mohd Ali
No Kad Pengenalan : 820303-03-5248
No Telefon : 012-6400092
Pekerjaan : Guru Kafa

17
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR – KPD 4033 | 2018

LAMPIRAN 2
KECENDERUNGAN KECERDASAN PELBAGAI

BAHAGIAN A: BUTIR-BUTIR PERIBADI


Arahan:
Sila tandakan ( ) pada pilihan anda di petak yang disediakan

1. Nama :…………………………………………………………………..

2. Asal : ……………………………………………………………………

3. Sekolah :………………………………………………………………...

4. Kelas :…………………………………………………………………...

5. Jantina : lelaki ( ) perempuan ( )

6. Umur :………….. (tahun)……………..(bulan)

7. Tahukah anda mengenai kecerdasan pelbagai?


ya ( ) tidak ( )

jika pilhan jawapan untuk soalan 7 adalah ‘Ya’, sila jawab soalan ini.

Dari manakah anda mengetahui mengenai kecerdasan pelbagai?

………………………………………………………………………………

18
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR – KPD 4033 | 2018

LAMPIRAN 2
BAHAGIAN B: KECENDERUNGAN KECERDASAN PELBAGAI
Arahan:
Sila buat pilihan dan bulatkan salah satu daripada lima nombor yang
diberikan bagi menunjukkan tahap persetujuan anda.

STS: Sangat tidak setuju


TS: Tidak Setuju
B: Biasa
S: Setuju
SS: Sangat Setuju
BIL SOALAN STS TS B S SS

1 Saya suka mempelajari tentang diri saya. 1 2 3 4 5


2 Saya boleh memainkan alat muzik. 1 2 3 4 5
3 Saya menyelesaikan sesuatu masalah 1 2 3 4 5
apabila melakukan aktiviti fizikal.
4 Saya selalu mempunyai idea tentang 1 2 3 4 5
muzik.
5 Saya menguruskan kewangan dengan 1 2 3 4 5
mudah.
6 Saya boleh mereka sebuah cerita dengan 1 2 3 4 5
mudah.
7 Fizikal saya adalah diuruskan dengan baik. 1 2 3 4 5
8 Semasa perbualan, saya mendengar 1 2 3 4 5
perkataan yang disebutkan selain
memahami maksud perkataan tersebut.
9 Saya suka menyelesaikan permainan 1 2 3 4 5
crosswords.
10 Saya suka perkara yang jelas. 1 2 3 4 5
11 Saya suka permainan teka-teki yang logik. 1 2 3 4 5

19
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR – KPD 4033 | 2018

12 Saya suka merenung. 1 2 3 4 5


13 Muzik adalah penting untuk saya. 1 2 3 4 5
14 Saya seorang pembohong yang 1 2 3 4 5
menyakinkan.
15 Saya suka bersukan. 1 2 3 4 5
16 Saya suka ujian IQ. 1 2 3 4 5
17 Orang yang tidak rasional menyakitkan hati 1 2 3 4 5
saya.
18 Muzik yang saya ciptakan adalah 1 2 3 4 5
bergantung kepada emosi saya.
19 Saya seorang yang suka bersosial. 1 2 3 4 5
20 Saya suka sesuatu yang sistematik. 1 2 3 4 5
21 Saya suka sesuatu yang tersusun. 1 2 3 4 5
22 Saya mendapati carta adalah senang 1 2 3 4 5
difahami.
23 Saya boleh memanah sasaran dengan 1 2 3 4 5
tepat.
24 Saya dapat mengingat rangkaikata dengan 1 2 3 4 5
mudah.
25 Saya mudah mengingat arah dan tempat. 1 2 3 4 5
26 Saya suka pelbagai jenis muzik. 1 2 3 4 5
27 Apabila saya melakar saya akan 1 2 3 4 5
menumpukan perhatian.
28 Saya boleh memanipulasikan orang. 1 2 3 4 5
29 Saya berasa ilmu Hisab adalah senang. 1 2 3 4 5
30 Saya dapat mengenalpasti suara dengan 1 2 3 4 5
tepat.
31 Saya suka matapelajaran Bahasa Inggeris. 1 2 3 4 5
32 Saya suka berfikir sesuata masalah 1 2 3 4 5
bersama kesannya dengan menyeluruh.

20
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR – KPD 4033 | 2018

33 Saya suka berfikir sesuata masalah 1 2 3 4 5


bersama kesannya dengan menyeluruh.
34 Saya suka perbahasan. 1 2 3 4 5
35 Saya suka sukan yang lasak. 1 2 3 4 5
36 Saya suka sukan yang berindividu. 1 2 3 4 5
37 Saya mengambil berat tentang perasaan 1 2 3 4 5
orang lain.
38 Rumah saya dipenuhi gambar foto. 1 2 3 4 5
39 Saya adalah bagus dalam membuat kerja 1 2 3 4 5
tangan.
40 Saya mempunyai latar belakang muzik. 1 2 3 4 5
41 Saya mengingati numbor telefon dengan 1 2 3 4 5
mudah.
42 Saya menetapkan sasaran untuk masa 1 2 3 4 5
depan saya.
43 Saya seorang yang menyentuh. 1 2 3 4 5
44 Saya boleh menjangka perasaan orang 1 2 3 4 5
lain dengan mudah.
45 Saya boleh membayangkan sesuatu dari 1 2 3 4 5
perspektif yang berlainan.
46 Saya tidak akan menggunakan buku 1 2 3 4 5
panduan semasa memasang perabot.
47 Saya adalah senang untuk bercakap orang 1 2 3 4 5
yang tidak kenal.
48 Saya perlu mencuba terlebih dahulu untuk 1 2 3 4 5
mempelajari sesuatu yang baru.
49 Saya dapat membayangkan imej yang 1 2 3 4 5
jelas apabila menutup mata.
50 Saya tidak menggunakan tangan apabila 1 2 3 4 5
menghitung.

21
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR – KPD 4033 | 2018

51 Saya selalu bercakap didalam otak saya. 1 2 3 4 5


52 Saya suka kelas muzik. 1 2 3 4 5
53 Saya dapat menguasai bahasa asing 1 2 3 4 5
dengan mudah.
54 Saya berasa permainan bola adalah 1 2 3 4 5
menyeronokkan.
55 Saya suka matapelajaran Matematik. 1 2 3 4 5
56 Saya sentiasa mengetahui perasaan saya 1 2 3 4 5
sendiri.
57 Saya mengetahui kekurangan dan 1 2 3 4 5
kelebihan sendiri.
58 Saya mempunyai diari. 1 2 3 4 5
59 Saya memahami gerak geri orang lain. 1 2 3 4 5
60 Saya suka matapelajaran Pendidikan Seni. 1 2 3 4 5
61 Saya suka membaca. 1 2 3 4 5
62 Saya dapat membaca peta dengan mudah. 1 2 3 4 5
63 Saya akan berasa sedih apabila melihat 1 2 3 4 5
orang lain menangis.
64 Saya dapat menyelesaikan perselisihan. 1 2 3 4 5
65 Saya berimpian untuk menjadi ahli muzik. 1 2 3 4 5
66 Saya suka sukan berpasukan. 1 2 3 4 5
67 Saya tidak akan sesat walaupun ditempat 1 2 3 4 5
yang baru.
68 Saya suka menggunakan gambaran 1 2 3 4 5
semasa belajar.
69 Saya suka menghabiskan masa dengan 1 2 3 4 5
bersendiri.
70 Kawan selalu mendengar nasihat daripada 1 2 3 4 5
saya.

22

You might also like