Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

Resepi Tiramisu Mudah

Tweet
Hi

Tiramisu sedap weyh dan juga senang nak dibuat. weheee. Boleh lah kalau teringin2
nak makan dessert feeling buffet kat hotel tuh. I modify2 dah resepi ni. PErnah buat dulu
tapi masa tu bila makan and rasa texture macam kureng so ni I dah modify lah kasi ada
texture sikit bila makan. Crunch crunch gitu tak lembik semata bila masuk Tiramisu
dalam mulut. Wahhh iols macam rancangan My Kitchen Rules sangat ni siap dengan
texture2 bagai. ekekke. Poyo ah jom start.

Bahan-bahan Tiramisu iols ...


1) Gula castor satu cawan minum kopi (ala yang selalu hidang teh bila tetamu datang tu
kan cawan pendek tu kan. Haa cawan tu )
2) Cream cheese 200
3) Whipping cream 200 ml (beli whipping cream dalam kotak tu bukan yang spray tu
weyh)

4) Kek sponge ( boleh buat sendiri okay tapi iols beli je. Later i share recipe from scratch)
5) Biskut Marie
6) Kopi untuk dibancuh

7) Milo 3 in 1
8) Bekas plastik ( better guna empat segi punya bekas sebab edgy senang nak susun
kekekkeke)

STEP 1 : Campuran A
Whipping cream + Cream cheese + Gula castor , sebatikan guna mixer. Mulakan
putaran mixer dari perlahan ke lajuuuuu . Slow dulu tehn baru laju, baru lah gebu. haa
camtuh. Hasilnya begini !

Campuran 1 dah siap. Duk diam diam kat situ jangan banyak bunyik.

STEP 2
Bancuh kopi 3 in 1 tadi tuh. I cilok husband punya kopi. Ini hasilnya.Sah sah lah hasil
camni kan kahkah. Then letak dalam pinggan camni sebab nak rendam japgi senang.
STEP 3
Haaa kek sponge tu kan selalu beli bukan main dalam bentuk bulat camnih tapi I usaha
potong semua jadi rectangle. Edgy lah supaya boleh fit in dalam bekas square cantik2.
Ketebalan pun please potong sama, estimate dalam 1cm lah ketebalan okays.
STEP 5
Biskut Marie yang bulat pun I segikan supaya senang nak susun dalam bekas kotak.
Terpulang korang ah, ada yang jenis tak kisah kalau tak kotak pun. Ikut masing2 okay.
Kalau malas takyah lah nak edgy sangat. Lebihan biskut Marie jangan dibuang, itu pun
nak guna.
See kotakkan semuanya. Lebihan tu jangan buang.

STEP 6 : Susun Menyusun


Mulakan dengan susun kek sponge tadi tu rapat2 dan sendat2. Sebelum susu, rendam 1
saat kek sponge tu dalam air kopi tadi tu. Tapi sekejap je sebab sponge kan menyerap
laju so rendam laju2 dalam 0.5 saat je dah ah. Then susun kasi rapat2 .
Lepas tu layer kan dengan campuran cream cheese + gula castor + whipping cream
yang dah sebati tadi tu atas kek sponge yang dah dibasahkan dengan kopi tadi. Camni..
Next layerkan dengan biskut Marie yang dah dibasahkan dengan air kopi jugak tapi
rendam kejap je jangan sampai lembik plak. Kejappp je rendam 0.5 saat je.
Lepas settle susun biskut Marie basah kopi, taburkan serbuk2 biskut Marie yang lebihan
time potong biskut tadi tu. Serpihan ni tabur je camtuh takyah canpur air kopi. Serpihan
tabur tabur biskut Marie ni lah yang buat texture dia sedap sikit bila masuk dalam mulut.
Teruskan susunan ikut urutan camni..

Sponge kek dibasah sedikit air kopi


Campuran A t ( cream cheese + whipping cream + gula castor )
Biskut Marie dibasah dengan air kopi
Serpihan biskut Marie
Campuran A ( cream cheese + whipping cream + gula castor )

Sponge kek dibasah sedikit air kopi

Campuran A t ( cream cheese + whipping cream + gula castor )


Biskut Marie dibasah dengan air kopi
Serpihan biskut Marie
Campuran A ( cream cheese + whipping cream + gula castor )

Ulang2 sampai penuh tupperware tapi dengan syarat akhirnya diakhiri dengan campuran
A..

Last step ..

Tabur serbuk Milo atas sekali


Settle masuk peti ais then boleh ngapp.

Kalau nak serve Tiramisu untuk majlis, hidang dalam cawan la buat satu2 dalam cawan.
Cantik ah camtu kalau dihidang untuk majlis
Resepi Kek Oren Lembap dan Lembut Resepi kali ini adalah Kek Oren yang sangat lembab dan
lembut. Saya memang meminati kek yang mudah dan simple, dan Kek Oren salah satu dari kek yang
sangat disukai saya dan anak-anak. Kek sebegini sangat sesuai dihidangkan untuk minum petang atau
majlis hi-tea .Bau harum dan segar dari parutan kulit oren dan juga keharuman butter sangat
menyelerakan. Dalam resepi ini ada menggunakan sour cream, tujuannya untuk membuatkan kek
menjadi lembap dan 'rich'. Pasti dapat rasa beza sedapnya kek macam ni yang menggunakan sour
cream. Satu lagi bahan yang menbuatjkn kek anda lembut dan sedap adalah mentega. Pilih mentega
yand berkualiti tinggi...kalau tidak, jenama Buttercup pun ok :) Sila rujuk bahagian tips untuk
panduan.

Ditulis oleh : Che' Nom

Masa:

Penyediaan: 15 minit | Memasak: 40 minit | Keseluruhan: 55 minit Jumlah Hidangan : 5

Bahan-Bahan:

•1/2 cawan (114 g) mentega, unsalted

•3/4 cawan gula kastor

•4 sudu kecil parutan kulit oren

•2 biji telur saiz A

•1/2 cawan sour cream

•1/4 cawan perahan jus oren segar

•1 1/2 cawan tepung naik sendiri

•1/2 sudu kecil garam

Cara Penyediaan:

1.Panaskan oven kepada suhu 160 °C. Griskan loaf tin berukuran 9 inci dengan mentega.

2.Putar mentega yang sudah lembut (tetapi masih sejuk) bersama gula kastor sehingga putih
berkrim.

3.Masukkan zest oren, telur sebiji demi sebiji, sour cream dan jus oren segar. Masukkan pula tepung
naik sendiri sedikit demi sedikit dan putar hingga adunan sebati.

4.Tuang ke dalam adunan dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga lidi yang dicucukkan di tengan
kek bersih apabila ditarik,

Tips
•1.Jika anda tiada tepung naik sendiri, boleh gunakan tepung kek yang dicampur bersama 1 sudu
kecil baking powder dan 1/2 sudu kecil baking soda.

•2.Jika menggunakan salted butter (mentega bergaram) jangan dimasukkan garam lagi di dalam
adunan.

Kek Oren Gebu dan Lembab

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:

150 gram mentega

120 gram gula kaster - guna 115 grm shj

160 gram tepung gandum - ayak

1 sudu kecil baking powder - ayak

3 biji telur

2 sudu besar jus Sunquick - guna jus oren

Sedikit parutan kulit oren - opsyenal

Cara cara:

Putar mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Masukkan tepung yang
diayak dengan baking powder sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren. Akhir sekali
masukkan parutan kulit oren. Kacau sebati.

Tuang ke dalam acuan loyang 7"x7" yang telah dilenser mentega/lapik dengan baking paper atau
acuan cawan kertax 3/4 penuh. Saya bakar 2 adunan menggunakan loyang 8"x8" kerana suka kek
yang lebih tebal.

Bakar dalam acuan yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 25 hingga 30 minit
atau sehingga masak. Hiaskan dengan krim aising oren atau yang disukai. Untuk saya kali ini, saya
membakar selama 1 jam.
Buttercream Oren

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:

6 sudu besar butter - lembutkan

1 3/4 cawan gula icing- ayak

1-2 sudu besar jus oren

1/2 sudu kecil extract vanilla

1/2 sudu kecil extract oren

2 sudu kecil Parutan kulit oren

Putar butter sehingga kembang. Perlahan lahan masukkan gula dan putat hingga ringan dan
kembang. Masukkan 1-2 sudu besar jus oren, vanilla, oren extract dan parutan kulit lemon.

Jika ianya terlebih lembut, sejukkan seketika sehingga mencapai tahap yang kita perlukan dan sedia
untuk digunakan.

jeenngg
KEK KEJU DINGIN BLUEBERRY & COKELAT

Bahan Base:

160 g biskut digestive - di hancurkan


80g mentega cair

Untuk basenya: gaul semua bahan hingga rata, kemudian mampatkan ke dalm
loyang atau taperware yang nak di gunakan, saperti MA letakkan di dalam
gambar dia atas.

Bahan untuk inti keju & blueberry

250g kerim keju


200ml kerim putar tenusu (dairy whipping cream)
80g guala kastor
60 ml air panas mendidih*
13g serbuk gelatin halal*(* di satukan kemudian dilarutkan atas api dengan cara
steamed bath)

Blueberry filling atau coklat ganache untuk hiasan

Cara membuatnya:

1. Geriskan acuan bulat berukuran7"x 3".Lapik plastik wrap. (Ini MA ignore


kan, MA prepair taperware yang telah di mampatkan ngan basenya
yang telah di simpan dalam peti ais kira-kira 20 minit.
2. Pukul kerim putar hingga kembang dan pekat. Ketepikan
3. Pukul kerim keju dan gula kastor hingga kembang dan berkerim.
Masukkan kerim putar tadi dan di kacau hingga sebati.
4. Tuangkan larutan gelatin yang telah sejuk ke dalam adunan keju
tadi.Kacau hingga sebati
5. Tuangkan adunan ke atas base tadi. Ratakan ngan mengetukkan sedikit
acuan/taperware tadi perlahan-lahan sehingga adunan keju menjadi
rata.\
6. Paipkan filling keatas adunan keju tadi mengikut corak yang di
kehendakki. Hiaskan ngan filling yang di kehendaki seperti blueberry /
cokelat ganaghe, srawberry dll.
7. Simpan ke dalam peti sejuk selama 5-6 jam sebelum di potong.
8. Assalamualauikum.....
Atas permintaan beberapa orang sahabat di FB minta saya updatekan resepi caramel
chocolate cake ini, maka diturutkan jua. Keadaan agak kurang selesa sedikit. Mouse saya
bermasalah. Tunggu tuannya free, baru dapat ganti mouse baru. Tuannya sedag sibuk dgn
camping KRS dia. Sabo je la.

Okey, tak mahu buang masa bebel panjang2. Tau dah, bukan ada orang nak baca pun. Meh
kita usha resepi caramel chocolate cake ni.

9.
10.

CARAMEL CHOCOLATE CAKE (loyang 8x8 inci)


Langkah (1)
3 sdm gula pasir
- masukkan gula dalam loyang
- letakkan loyang atas api yang sederhana, tunggu seketika sehingga gula hancur dan mula
perang, jgn sampai hangus sgt, nanti pahit!
- golek2kan loyang, ratakan gula hangus di seluruh permukaan loyang. Ketepikan.

Langkah (2)
Bahan2nya:
2 biji kunig telur
1 biji telur
1 tin susu cair
150 ml air
75 gm gula castor - bergantung pada kemanisan yg anda gemar. Suka lebih manis, boleh
tambah gula. Saya hanya gunakan 3 sdm sahaja.
1 sdt esen vanilla
1 sdb tepung kastard.
- Satukan semua bahan dalam blender, kisar sehingga berbuah dan sebati.
- Tapiskan bahan kisar ke dalam loyang tadi.
- Kukus seketika dalam 5 minit.

Langkah (3)
Pada langkah ini saya suka menggunakan resepi kek coklat lembap dari sahabat FB saya,
kak Marizah Miza
Bahan2nya:
(A)
2 cwn tpg gandum
1 sdt baking powder
1 sdt soda bikarbonat
- ayak semua bahan, ketepikan

(B)
1 cwn serbuk koko
1 cwn gula perang
1 cwn susu pekat
1 3/4 cwn susu cair
1 cwn minyak jagung
- satukan semua bahan ini. Panaskan atas api sederhana sehingga gula larut. Ketepikan

(C)
2 biji telur
1 sdt esen vanilla
- pukul telur dgn whisk je hingga agak berbuih, masukkan esen vanilla.

Cara seterusnya:
- Masukkan B ke dalam mangkuk C. Sebatikan.
- Masukkan A sikit2 sambil sebatikan. Terus mengacau sehingga semua bahan larut dan
sebati.
- Masukkan bancuhan ini ke dalam loyang karamel tadi. Tuang perlahan2 supaya puding
karamelnya tak pecah. Kek coklat bukan seperti kek karamel biasa. Kek ini agak berat, jadi
memang kena pastikan tuang dgn perlahan.
- Bakar teknik steam-bath pada suhu 160 darjah celcius, selama 45 hingga sejam.

- Dah masak, biarkan ia sejuk, baru terbalikkan loyang.


11.
12. Yang ni kita saje je curah cairan coklat...... hehehe

Kek Coklat Berkaramel


Berderet gambar masakan dalam file saya. Masing2 sedang menunggu giliran untuk diupdate kat sini.
Hai la empunya blog.... kenapa kamu sangat2 sibuk sampai tiada masa untuk jeling2 manja ke mari.
Uhuk...uhuk...uhuk....

Ok, disebabkan sudah agak lewat malam, so, saya nak update resepi kek karamel. Tapi, kek karamel
ni agak lain sikit dari kek karamel biasa. Ia diberi nama caramel chocolate cake. Puding karamel saya
agak tebal. Jadi tak mahu ambil risiko, saya kukus seketika pudingnya sebelum masukkan adunan
kek. Kalau rasa mampu tanggung risiko, tak yah la kukus dulu. terus je bakar. Heheheh.... Takut je
karamelnya runtuh. Al-maklumlah, ini karamel tebal punya. :-)

Mari kita lihat bahan2 dan cara membuatnya.


Bahan-bahan karamel:
2 sudu besar gula pasir - ratakan dalam loyang ukuran 8'', dan panaskan atas api sehingga gula
menjadi keperang2an dan ratakan seluruh loyang. Ketepikan dan biarkan ia mengeras.

Panaskan air kukusan, sementara itu sediakan bahan2 untuk membuat pudingnya.

Bahan-bahan puding karamel:


1 tin susu cair
150 ml air biasa
3 biji telur kuning
1 biji telur penuh
70 gm gula
1 1/2 sdt tepung kastard
- Kisar semua bahan sehingga gula hancur. Tapis adunan ini ke dalam loyang tadi, dan kukus selama
7-10 minit.
- Sementara menunggu puding siap dikukus, siapkan adunan untuk kek coklat pula.

Bahan-bahan kek:
Bahan A:
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sdt baking powder
1 sdt soda bikarbonat
* Ayak semua bahan tersebut

Bahan B:
2 biji telur
1 cawan gula halus
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak jagung (minyak masak pun boleh)
* Satukan semua bahan ini dalam mangkuk

Bahan C:
1 cawan air panas

Cara membuatnya:
- Pukul bahan B sehingga kembang dan gula hancur.
- Masukkan bahan A sedikit demi sedikit sambil diselang seli dengan bahan C. Sebatikan.
- Panaskan oven 160 darjah celsius.
- Masukkan adunan kek ini ke atas puding karamel yang telah dikukus tadi.
- Bakar kek dengan kaedah double-boiler selama 45 minit.
- Sejukkan kek, baru terbalikkan dalam pinggan.

Untuk rasa kek yang lebih sedap, masukkan dala peti sejuk dulu. Kek karamel jenis ini sudah ramai
orang membuatnya, tapi saya tetap mahu simpan resepi ini di sini sebagai rujukan saya. :-)

Kek Marble Susu (Kukus)

Kek Marble Susu Versi 1

Resepi saya dapat dari diskusi forum di Ratuhati.com.


Pautan : http://ratuhati.com/forum/index.php/topic,1892.30.html#bot
Dan ini ialah resepi asalnya.

Bahan-Bahannya
250 g mentega (nak sedap guna mentega berkualiti tinggi)
230 g gula halus (saya guna 150 g gula perang sahaja. rasa dia tak manis sangat sebab ramai yang
review manis ikut sukatan asal)
2 camca teh ovalette
4 biji telur gred A
270 g tepung halus*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
60 g susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
2 camca besar susu cair
1 camca teh coklat emulco (saya pakai cappuccino paste)
*Saya tambah lagi 100 ml susu cair ke dalam adunan ini pada step ke-2 sebelum adunan dibahagi 2

Cara membuatnya
1. Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus
memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan susu pekat dan gaul rata.

2. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bahagi
adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di
campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.

3. Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yang telah
dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. Kemudian buat beberapa
pusingan dengan menggunakan chopstick.

4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Sejukkan 5 minit
sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan hias ikut suka..

Nota saya :
* saya tidak ada coklat emalco dan paste cappucino, jadi saya campurkan kopi bersama serbuk
minuman koko, dijadikan pes.
* kek ini saya tak bakar seperti resepi asal. Saya kukus selama 1 jam 15 minit.

UPDATE 6 Mei 2011

Kek Marble Susu Versi 2

Nota untuk versi 2:


* saya kurangkan tepung gandum menjadi 250gm
* saya tambah lagi 30ml susu cair sebelum adunan dibahagi 2.
* saya juga menggunakan choc emulco dan cappucino paste
* dan sangat berpuas hati dengan rasa utk kali kedua ini, kek lebih gebu, lembap dan enak.
* cuma, saya tak berpuas hati dgn kombinasi warna, sebab warna putih lebih dominan

You might also like