Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 23

SPM 2018

KERTAS 3
TEMA UMUM

RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG PERTAMA (RRJP1) 1971-1990 MENGGARISKAN RANGKA


SOSIO-EKONOMI YANG MENYELURUH BAGI MENCAPAI MATLAMAT DASAR EKONOMI BARU
(DEB). SELAIN DARIPADA MENENTUKAN MATLAMAT UTAMA PERTUMBUHAN EKONOMI DAN
PENGAGAIHAN, RRJP1 JUGA MENGGARISKAN DASAR, STRATEGI DAN PROGRAM BAGI MENCAPAI
MATLAMAT TERSEBUT.

1
SOALAN 1 : PENGENALAN [5 markah]

(PILIHAN 1)

Jelaskan latar belakang kepada pengenalan Rancangan Jangka Panjang Pertama (RPJP1) / DEB
Atau
Mengapa berlaku ketidakseimbangan ekonomi ketika British?
Atau
Mengapakah kerajaan memperkenalkan Rancangan Jangka Panjang Pertama(RRJP1) / DEB

Pengenalan Rancangan Jangka Panjang Pertama(RPJP1) adalah kesan daripada pentadbiran British.
Dasar British hanya untuk memenuhi kepentingan ekonomi mereka. Hal ini menyebabkan penduduk
peribumi terus ketinggalan. Peribumi hanya terlibat dalam ekonomi sara diri. British juga
mengamalkan dasar pecah dan perintah antara kaum. Contohnya orang Melayu biarkan di kampung
yang melibatkan diri dalam ekonomi tradisional seperti penanaman padi. Orang Cina pula ditempatkan
di kawasan perlombongan yang kemudiannya berkembang menjadi bandar dan melibatkan diri dalam
perniagaan. Orang India pula ditempatkan di estet untuk menanam getah.
Hal ini mewujudkan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Selain itu mewujudkan pengenalan
kaum mengikut fungsi ekonomi dan tempat tinggal. Kemuncak dari kepincangan ekonomi ini
berlakunya tragedi 13 Mei 1969. Ini menunjukkan pembangunan ekonomi perlu mengambil kira
perpaduan antara kaum.

(PILIHAN 2)

Jelaskan maksud / latar belakang pembangunan eonomi di negara kita. [5 markah]

Pembangunan ekonomi merupakan Rancangan Pembangunan Lima Tahun. Ianya dimulakan oleh
kerajaan Parti Perikatan sebelum merdeka lagi. Pada peringkat awal pembangunan ekonomi beri
penumpuan kepada pembangunan luar bandar. Kemudian kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi
Baru (DEB). Tujuan DEB untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tanpa
mengira kaum. DEB juga dilaksanakan dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun. Apabila DEB
tamat pada tahun 1990 kerajaan memperkenalkan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) untuk
menyambung hasrat DEB sehingga tahun 2000. Menerusi DEB dan DPN banyak dasar pembangunan
dan agensi kerajaan diwujudkan secara bersepadu.

(PILIHAN 3)

Jelaskan pelaksanaan DEB [5 markah]

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan suatu perancangan ekonomi negara jangka panjang. Ia
merupakan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Kedua. DEB dilaksanakan dari tahun 1971 -
1990. DEB dilaksanakan melalui empat rancangan iaitu Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975),
Rancangan Malaysia ketiga (1976-1980), Rancangan Malaysia keempat (1981-1985) dan Rancangan
Malaysiakelima (1986-1990)

2
Jelaskan matlamat DEB 1971-1990) [5 markah]

Matlamat DEB melalui Rancangan Malaysia Kedua(1971-1975) ialah untuk menyelesaikan masalah
ekonomi dan sosial antara kaum. Selain itu untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial antara
wilayah. Seterusnya untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum serta untuk menghapuskan
pengenalan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi. Satu lagi matlamatnya ialah untuk menambahkan
pendapatan rakyat dengan menyediakan banyak peluang pekerjaan. DEB juga untuk merapatkan
jurang ekonomi antara kaum dan wilayah.
Melalui Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) ialah untuk meneruskan usaha membasmi
kemiskinan. Selain itu untuk menyusun semula masyarakat melalui program pembangunan pertanian
dan perindustrian. Juga untuk meningkatkan produktiviti dan membuka peluang pekerjaan bagi
meningkatkan taraf hidup rakyat.
Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) pula bermatlamatkan kepada perkembangan perusahaan
berat. Perusahaan berat ini berasaskan pelaburan modal, penggunaan teknologi serta penggunaan
pekerja mahir.
Melalui Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) matlamatnya ialah untuk meningkatkan sektor
perindustrian. Selain itu pembangunan sektor luar Bandar juga terus diberikan perhatian. Juga dalam
rancangan ini kerajaan memberi tumpuan kepada kemajuan sektor perindustrian.

(PILIHAN 4)

Jelaskan konsep pembangunan ekonomi seimbang [5 markah]

Pembangunan ekonomi seimbang merujuk kepada pembangunan ekonomi dengan kesejahteraan


rakyat. Keseimbangan ini juga merujuk kepada keseimbangan antara sektor pertanian dan sektor
perindustrian negara. Pembangunan ekonomi seiring dengan pembangunan sosial seperti perpaduan
rakyat. Keseimbangan juga merujuk kepada faedah ekonomi dinikmati secara saksama oleh semua
kaum. Juga merapatkan jurang ekonomi antara bumiputera dan bukan bumiputera. Seterusnya
keseimbangan ini juga merujuk kepada keseimbangan antara wilayah seperti antara pantai Barat
dengan pantai Timur dan antara Semananjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Juga merujuk
keseimbangan ekonomi antara bandar dengan luar bandar.

(PILIHAN 5) : Buat Penambahan

3
ISI DAN HURAIAN
SOALAN 2 [20 markah]

(i) RANCANGAN MALAYSIA KEDUA (1971-1975)

Matlamat
Matlamat rancangan ini ialah untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial antara kaum Selain itu
untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial antara wilayah dan untuk membasmi kemiskinan
tanpa mengira kaum. Juga untuk menambahkan pendapatan rakyat dengan menyediakan banyak
peluang pekerjaan. Seterusnya untuk merapatkan jurang ekonomi dan untuk menghapuskan
pengenalan identitI kaum mengikut fungsi ekonomi.

Agensi kerajaan dan fungsi untuk mencapai matlamat yang digariskan


Atau
Usaha Kerajaan untuk mencapai matlamat Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)

Kerajaan telah menubuhkan beberapa agensi khususnya untuk membantu golongan petani,
menggalakkan perkembangan perusahaan dan perdagangan serta memajukan bandar.

Kerajaan menubuhkan Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN) pada tahun 1971 untuk menstabilkan
harga padi.

Selain itu kerajaan menubuhkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pada tahun 1971
untuk membangunkan dan memodenkan industri perikanan serta meningkatkan taraf hidup
nelayan.

Kerajaan juga menubuhkan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) pada tahun 1971 untuk
membangunkan bandar

Seterusnya kerajaan menubuhkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
(RISDA) pada tahun 1973 untuk membantu pekebun kecil getah dari segi penyelidikan dan
penanaman semula getah.

Kerajaan juga menubuhkan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 1973 Membantu golongan petani
melibatkan diri dalam koperasi

Selain itu kerajaan juga menubuhkan Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) pada tahun 1974
untuk memajukan sektor perindustrian dan perniagaan yang berkaitan dengan petroleum

seterusnya kerajaan menubuhkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri(PKEN)


Agensi ini menggalakkan perindutrian dan perdagangan dengan menyediakan tapak perindustrian,
perumahan, ruang pejabat dan kedai.

4
(ii) RANCANGAN MALAYSIA KETIGA (1971-1975)

Matlamat
Matlamatnya ialah untuk meneruskan usaha membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat
melalui program pembangunan pertanian dan perindustrian . Selain itu untuk meningkatkan
produktiviti dan membuka peluang pekerjaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat

Agensi kerajaan dan fungsi untuk mencapai matlamat yang digariskan


Atau
Usaha Kerajaan untuk mencapai matlamat
Antara usaha kerajaan ialah pembukaan tanah secara besar-besaran di bawah program pembangunan
wilayah.
Antara agensinya ialah Penubuhan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Penubuhan
Lembaga Kemajuan Terengganu tengah (KETENGAH) , Penubuhan Lembaga Kemajuan Pahang
Tenggara (DARA)

Kerajaan negeri juga menubuhkan Penubuhan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
Agensi ini berikan tumpuan terhadap penanaman getah dan kelapa sawit untuk keperluan eksport

Peranan agensi pembangunan wilayah diperluaskan dalam sektor pembangunan industri dan
pembangunan bandar

(iii) RANCANGAN MALAYSIA KEMPAT (1981-1985) [10 markah]

Matlamat
Rancangan ini meneruskan program pembangunan ekonomi dalam Rancangan Malaysia Ketiga
Serta memberikan tumpuan kepada perkembangan perusahaan berat
Perusahaan berat ini berasaskan pelaburan modal, penggunaan teknologi tinggi dan penggunaan
tenaga pekerja mahir.

Usaha Kerajaan untuk mencapai matlamat majukan sektor perindustrian


Antara usahanya ialah kerajaan menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) pada
tahun 1980 untuk mengenalpasti , memulakan dan menguruskan industri berat dengan cekap seperti
yang dikendalikan oleh sektor swasta
Seterusnya untuk menggiatkan perindustrian dan menggalakkan pelaburan asing kawasan perusahaan
baru telah dibuka seperti Skudai di Johor / Senawang di Negeri Sembilan , Bintulu di Sarawak dan
Likas di Sabah
Kerajaan juga telah memperkenalkan Zon Perdagangan Bebas seperti Bayan Lepas di Pulau Pinang,
Sungai Way di Selangor
Kerajaan juga memperkenalkan program Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk
Perindustrian.

Selain itu kerajaan memperkenalkan Dasar Penswastaan dan dasar pensyarikatan Malaysia untuk
melibatkan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi negara.
Penglibatan sektor swasta dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh kerajaan

Bagi mengimbangi pemilikan harta dan saham perindustrian antara kaum bumiputera dan bukan
bumiputera Perbadanan Nasional Berhad (PNB) telah dibuhkan dan skim Amanah Saham Nasional
telah dilancarkan pada tahun 1981.

5
Selain itu sektor pertanian turut diberikan perhatian dalam Rancangan Malaysia Keempat menerusi
Dasar Pertanian Negara(DPN). Dasar ini yang dibentuk pada tahun 1984 bermatlamat untuk
memodenkan dan menggiatkan semula sektor pertanian secara bersepadu dengan menyediakan
infrastuktur dan perkhidmatan sokongan.

Rancangan Malaysia Keempat mencatatkan perkembangan keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada
kadar 5.8% setahun. Pendapatan perkapita pula telah meningkat pada kadar 4.4% setahun menjadi
RM4000 juta pada tahun 1985.

(iii) RANCANGAN MALAYSIA KELIMA (1986-1990)

Matlamat
Matlamatnya ialah untuk meningkatkan lagi sektor perindustrian. Seterusnya pembangunan sektor
luar bandar terus diberikan perhatian. Juga beri tumpuan kemajuan sektor pelacongan

USAHA KERAJAAN UNTUK MENCAPAI MATLAMAT

Antara usaha kerajaannya ialah melonggarkan peraturan mengawal hak milik syarikat dan perlesenan
dalam sektor swasta. Selain itu syarakat pelaburan modal asing dilonggarkan untuk meningkatkan
pelaburan sektor perindustrian beorientasikan eksport.

Kerajaan juga berusaha meningkatkan kecekapan pengurusan agensinya agar dapat bekerjasama
dengan sektor swasta dengan lebih berkesan

Pembangunan kawasan luar bandar terus diberikan perhatian. Penggunaan tanah dengan lebih cekap
dititik beratkan supaya dapat mengembang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Industri desa yang
berpotensi seperti kraftangan digalakkan. Untuk kemudahan tersebut kredit dan intensif telah
diperluas. Misalnya melalui Bank Pertanian Malaysia, skim pinjaman khas pertanian dan Amanah
Ikhtiar Malaysia.

Juga kerajaan beri tumpuan kepada sektor pelancongan. Untuk ini kerajaan menubuhkan Perbadanan
Pelancongan Malaysia (TDC). Kerajaan melancarkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990.

Selain itu kerajaan juga memberi penekanan kepada bidang penyelidikan dan pembangunan untuk
meningkatkan keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan untuk meningkatkan produktiviti
negara.

6
SOALAN 3

DASAR-DASAR PEMBANGUNAN EKONOMI

(i) DASAR PERTANIAN NEGARA (DPN) [10 markah]

Matlamat

Bermatlamat untuk meningkatkan pendapatan sektor pertanian ke tahap maksimum menerusi


pengurusan sumber ekonomi negara yang cekap dan berkesan.

Dasar Pertanian Negara juga bermatlamat untuk memaksimumkan pendapatan pekebun kecil
disamping memajukan komoditi utama yang berpotensi untuk dieksport.

Strategi

Antara strategi yang dilaksanakan ialah menggalakkan pembukaan tanah baharu di bawah rancangan
FELDA, agensi pembangunan wilayah dan kerajaan negeri.

Selain itu, program pembangunan in-situ diperkenalkan untuk memulihkan kawasan yang
berproduktiviti rendah. Untuk ini kerajaan menyediakan perkhidmatan sokongan pertanian seperti
pemasaran kredit, subsidi dan penyelidikan.

Penglibatan sektor swasta dalam projek penswastaan pertanian di bawah Kementerian Pertanian
dilaksanakan

(ii) DASAR PENSYARIKATAN MALAYSIA

Matlamat

Dasar ini bermatlamat untuk merangsang penglibatan sektor swasta secara aktif dan berkesan dalam
pembangunan negara.

Malaysia dianggap sebagai sebuah syarikat yang dimiliki bersama oleh kerajaan dan sektor swasta.
Semua kakitangan kerajaan dan swasta merupakan pemilik saham dan semua pekerja
dipertanggungjawabkan untuk memajukan syarikat iaitu Malaysia.

Strategi

Sebuah panel perunding antara pihak kerajaan dengan sektor swasta ditubuhkan. Pegawai kerajaan
ditempatkan di syarikat swasta untuk menjalinkn hubungan dan berkongsi kepakaran.

Selain itu sektor swasta perlu memahami dasar kerajaan dan mengutamakan kepentingan nasional
dalam aktiviti ekonomi disamping mendapatkan keuntungan maksimum. Pihak kerajaan bertindak
memberikan perkhidmatan sokongan bagi memudahkan operasi sektor swasta.

7
(iii) DASAR PENSWASTAAN [10 markah]

Matlamat

Dasar Penswastaan bermatlamat mengurangkan beban kewangan kerajaan. Selain itu, dasar ini
bertujuan meningkatkan produktiviti serta kualiti perkhidmatan atau barangan kerana sektor swasta
dianggap lebih cekap daripada sektor awam. Dasar Penswastaan diyakini dapat mempercepat
pembangunan ekonomi negara melalui pelaburan modal oleh sektor swasta.

Strategi

Unit Perancangan Ekonomi (UPE) bertindak sebagai jawatankuasa penswastaan yang memberikan
garis panduan kepada sesebuah kementerian atau jabatan yang ingin menjalankan penswastaan.
Berdasarkan garis panduan yang disediakan, penswastaan boleh dilaksanakan sama ada secara
sepenuhnya ataupun secara sebahagian.

Menerusi dasar ini, kerajaan memindahkan perkhidmatan, perusahaan, kepentingan, pelaburan dan
kuasa tertentu kepada sektor swasta.

(iv) DASAR PENINGKATAN DAYA PENGELUARAN NEGARA (DPDPN)

Matlamat

Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara (DPDPN) bermatlamat untuk mencapai kadar
pertumbuhan ekonomi yang berterusan walaupun negara menghadapi pelbagai cabaran. Peningkatan
hasil pendapatan negara penting untuk meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi.
DPDPN ini juga memastikan penggunaan sumber negara pada tahap maksimum bagi mengelakkan
sebarang pembaziran disamping memastikan sektor perindustrian dapat bersaing pada peringkat
antarabangsa.

Strategi

Antara strategi pelaksanaan DPDPN termasuklah membaiki sistem pengurusan operasi, struktur
organisasi, penggunaan teknologi terkini serta penerapan nilai dan etika kerja yang murni.

8
(v) DASAR HALA TUJU CARA BARU

Matlamat

Dasar Hala Tuju Cara Baru ialah dasar kerajaan untuk membangunkan kawasan luar bandar. Dasar ini
merupakan pendekatan baharu kerajaan membangunkan kawasan tersebut. Matlamat utama dasar ini
adalah untuk meningkatkan pendapatan golongan petani dan pekerja desa melalui penglibatan mereka
dalam sektor pelaburan.

Strategi

Dasar ini dilaksanakan melalui tiga strategi. Strategi pertama adalah dengan mengelompokkan
kampung-kampung menjadi petempatan yang lebih besar supaya segala kemudahan dapat disediakan
dengan lebih ekonomik. Strategi kedua, meningkatkan pendapatan golongan petani dan pekerja desa
melalui program usahawan desa yang terlibat dengan industri pembuatan barangan. Strategi ketiga
ialah pelaksanaan projek pembangunan oleh agensi kerajaan untuk meningkatkan pendapatan
penduduk luar bandar.

(vi) DASAR KEPENDUDUKAN


Dasar Kependudukan diperkenalkan oleh Perdana Menteri pada 29 Mac 1984. Matlamatnya adalah
untuk mencapai sasaran 70 juta penduduk menjelang tahun 2100. Pertumbuhan penduduk dalam
jangka masa yang panjang akan memberikan kesan positif terhadap bekalan tenaga kerja, peningkatan
produktiviti dan perluasan pasaran. Di samping itu, jumlah penduduk yang besar akan menyumbang ke
arah kekuatan politik dan keselamatan negara. Dasar Kependudukan menitikberatkan keselarasan
antara kadar pertumbuhan penduduk dengan kadar pembangunan sosioekonomi negara khususnya
yang berkaitan dengan kemudahan pendidikan, perumahan, kesihatan dan peluang pekerjaan. Oleh
sebab itu, segala program pembangunan negara didasarkan pada unjuran jumlah penduduk untuk
memastikan pertambahan penduduk tidak mendatangkan masalah kepada negara.

9
MENGAPLIKASI

SOALAN 4 (PILIHAN 1) [10 markah]

Mengapakah rancangan pembangunan ekonomi negara perlu diteruskan sehingga hari ini?

Rancangan pembangunan ekonomi perlu diteruskan. Hal ini kerana


F1 Dapat memajukan ekonomi negara
H1a ini dapat meningkatkan peroduktiviti hasil pertanian , hasil perindustrian
C contohnya kelapa sawit dan barang-barang elektronik
H1b ini dapat meningkatkan eksport negara
H1c hal ini turut mempertingkatakan pendapatan negara kita
Seterusnya….
F2 Dapat menambahkan peluang pekerjaan kepada rakyat.
C dalam sektor perladangan dan pekerja kilang
H2a ini dapat mengurangkan kadar kemiskinan penduduk khasnya di luar bandar
H2b seterusnya dapat meningkatkan pendapatan perkapita negara
H2c Juga dapat meningkatkan taraf hidup rakyat jelata
Selain itu…..
F3 Dapat merapatkan jurang perbezaan pendapatan
H3a antara bandar dengan luar bandar dan antara kaum
H3b ini dapat mewujudkan ekonomi yang adil antara kaum
H3c hal ini dapat mengukuhkan lagi perpaduan antara kaum
Seterusnya…….
F4 Dapat menyusun semula masyarakat di negara kita
H4a ini dapat menghapuskan pengenalan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi
C sebagai contoh identiti orang Melayu sebagai petani dan nelayan sudah dikurangkan kerana sudah
terlibat dalam perniagaan dan perusahaan
H4b hal ini berjaya menghapuskan pengenalan identiti kaum mengikut tempat tinggal
C contohnya ramai orang Melayu dan India sudah mula menetap di bandar

ISI TAMBAHAN:

10
SOALAN 4 (PILIHAN 2) [10 markah]

Mengapakah kerajaan memberi penumpuan kepada sektor perindustrian dalam Rancangan


Malaysia Kempat(1981-1985) dan Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)
Atau
Sektor perindsutrian mencapai matlamat DEB / Kepentingan sektor perindustrian

Kerajaan memberi penumpuan kepada sektor perindustrian kerana….


F1 Dapat menggalakkan pelaburan modal asing
H untuk membangunkan sektor perindsutrian di negara kita
C contohnya dari negara Jepun dalam industri elektronik dan automobil
Seterusnya…….
F2 Untuk memajukan kawasan-kawasan perindustrian baru di negara kita.
H ini dapat mewujudkan zon perindustrian bebas
C Contohnya Bayan Lepas di Pulau Pinang dan Sungai Way di Selangor.
H hal ini dapat membangunkan kemudahan infrastruktur di kawasan tersebut
C seperti kemudahan jalan raya, elekrik dan air
H serta dapat mewujudkan kawasan perumahan baru kepada pekerja kilang
H hal ini dapat mewujudkan bandar-bandar baru di kawasan tersebut spt Nilai, Senawang
Selain itu dapat….
F3 Memberi fokus kepada perkembangan sektor perindustrian negara
H yang berasaskan modal dan penggunaan teknologi tinggi serta penggunaan tenaga kerja mahir
H Untuk ini kerajaan menubuhkan HICOM untuk majukan industri berat negara
C seperti industri membuat kereta Proton
Tambahan pula…..
F4 Dapat menjalankan penyelidikan dan pembangunan
H dalam meneroka perkara-perkara baru dalam sektor perindustrian negara
C untuk ini kerajaan memperkenalkan Kajian Dasar Perindsutrian Malaysia dan Pelan Induk
Perindustrian
H Kajian ini dapat mengenalpasti kelemahan dalam struktur perindustrian negara
H serta dapat menyediakan hala tuju dalam pembangunan sector perindustrian di negara kita.

ISI TAMBAHAN:

11
SOALAN 4 (PILIHAN 3) [10 markah]

Sektor pertanian masih diberi penumpuan dalam DEB (1971-1990). Mengapa?


Atau
Jelaskan kepentingan sektor pertanian kepada negara kita.

Ulang soalan yang ditanya….


F1 Dapat membekalkan keperluan makanan negara
H untuk menampung keperluan pertambahan penduduk
C contohnya menghasilkan beras yang mencukupi kepada keperluan penduduk
H hal ini dapat mengurangkan import bahan makanan dari negara luar
H hal ini juga dapat mengurangkan pengaliran wang ke negara luar
Seterusnya………
F2 Dapat membuka banyak peluang pekerjaan
C contohnya sebagai petani dan peneroka Felda dan nelayan
H hal ini dapat menjana pendapatan kepada para petani dan nelayan
H juga dapat meningkatkan taraf hidup mereka / mengurangkan kadar kemiskinan
Selain itu……
F3 Dapat membangunkan kawasan luar bandar
H melalui program pembangunan wilayah
C seperti KEJORA / DARA / KETENGAH
H dapat memajukan kemudahan sosial dan infrasstruktur di kawasan tersebut.
H juga dapat mewujudkan Bandar-bandar baru berdasarkan pertanian
C contohnya bandar Muadzam Shah dan Jengka di Pahang
H hal ini dapat merapatkan jurang pendapatan antara bandar dengan luar Bandar
H juga dapat mengurangkan kemiskinan penduduk di luar bandar
Tambahan pula……
F4 Dapat membantu membangunkan sektor perindustrian berasaskan pertanian
H melalui membekalkan bahan mentah kepada sektor perkilangan
C Contohnya kelapa sawit untuk kilang minyak masak, sabun . barang kosmetik / getah pula untuk
kilang membuat sarung tangan

ISI TAMBAHAN

12
SOALAN 4 (PILIHAN 4) [10 MARKAH]

Rancangan Malaysia Kempat (1981-1985) dan Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)


memberi penumpuan kepada sektor perindustrian. Buktikan kebenaran pernyataan tersebut.

Rancangan Malaysia Kempat yang telah dilancarkan memberi tumpuan kepada perusahaan berat yang
berasaskan pelaburan modal dan teknologi tinggi serta keperluan tenaga pekerja mahir. Contohnya
kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) untuk mengenalpasti
memulakan dan menguruskan projek industri berat dengan cekap. Antara kejayaannya ialah
pembuatan kereta Proton Saga oleh Perusahaan Automobil Nasional Sendirian Berhad (PROTON)

Selain itu kawasan perusahaan baru telah dibuka bagi menggiatkan sektor perindustrian dan
menggalakkan pelaburan asing. Contohnya di Skudai (Johor). Seterusnya kerajaan perkenalkan Zon
Perdagangan bebas seperti di Bayan Lepas (Pulau Pinang) dan Sungai Way (Selangor). Usaha ini
dapat mempelbagaikan keluaran industri dan mengurangkan kebergantungan kepada negara luar.

Seterusnya Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk Perindustrian telah dilancarkan pada
tahun 1983 bagi memastikan keberkesanan projek perindustrian. Langkah ini dapat mengenalpasti
kelemahan dalam struktur perindustrian negara. Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk menyemak
semula galakkan-galakkan pelaburan.

Pelan Induk Perindustrian pula menyediakan hala tuju pembangunan industri. Contohnya merancang
strategi pelaksanaan yang menekankan sektor perindustrian sebagai enjin pertumbuhan ekonomi
negara serta teras pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Hal ini dapat
meningkatkan lagi imej sektor perindustrian negara kita.

Selain itu kerajaan memperkenalkan Dasar Penswastaan dan Dasar Pensyarikatan Malaysia untuk
melibatkan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi negara.

Kerajaan juga melonggarkan peraturan mengawal hak milik syarikat dan perlesenan dalam sektor
swasta. Selain itu syarakat pelaburan modal asing dilonggarkan untuk meningkatkan pelaburan sektor
perindustrian beorintasikan eksport.

SOALAN TAMBAHAN :

13
SOALAN 4 (PILIHAN 5) [10 MARKAH]
Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk membangunkan kawasan luar bandar.
Buktikan kebenaran pernyataan tersebut.

Antara langkah kerajaan dalam membangunkan kawasan luar bandar ialah, menubuhkan Lembaga
Pertubuhan Peladang (LPP) bagi membantu golongan petani melibatkan diri dalam koperasi
Selain itu kerajaan juga melancarkan pembukaan tanah secara besar-besaran di bawah program
pembangunan wilayah. Antaranya KEJORA, KETENGAH, DARA dan KESEDAR. Melalui program
ini petani dan nelayan dijadikan petani moden.
Seterusnya kerajaan telah memperkenalkan dasar Hala Tuju Cara Baru untuk membangunkan kawasan
luar bandar. Hal ini dilakukan dengan melibatkan petani kecil dalam sektor pelaburan untuk
meningkatkan pendapatan petani dan pekerja desa. Dalam dasar ini kerajaan dapat mengelompokkan
kampung-kampung menjadi petempatan yang lebih besar serta segala kemudahan dapat disediakan
dengan lebih ekonomik.
Satu lagi langkah ialah kerajaan memperkenalkan Dasar Pertanian Negara. Dasar ini bertujuan
meningkatkan pendapatan sektor pertanian ke tahap maksimum serta memaksimumkan pendapatan
pekebun kecil. Melalui dasar ini kerajaan menggalakkan pembukaan tanah baru di bawah rancangan
FELDA. Seterusnya kerajaan juga menyediakan perkhidmatan sokongan pertanian seperti pemasaran
kredit, subsidi dan penyelidikan.
Seterusnya penubuhan FAMA dalam membantu pekebun kecil dalam pemasaran. Hal ini dapat
membantu mengelak petani kecil ditindas oleh orang tengah.
Penubuhan RISDA pula membantu pekebun kecil getah dalam penyelidikan dan penanaman semula
getah.
Kerajaan juga menggalakkan industri kecil dan sederhana (IKS) di luar bandar seperti industri
kraftangan. Bagi memajukan IKS kerajaan menyediakan pelbagai program latihan dan pembangunan
kepada usahawan dan pelabur.
Kawasan luar bandar juga disediakan pelbagai kemudahan infrastruktur asas seperti bekalan elektrik
luar bandar, bekalan air laur bandar

14
MENILAI

SOALAN 5 (PILIHAN 1) [10-15 markah]

Dasar-dasar pembangunan ekonomi melalui DEB (1971-1990) telah membawa kejayaan /


manfaat / kesan / implikasi kepada pelbagai kaum di negara kita. Buktikan.

Antara kejayaannya ialah…….


F1 Berjaya menghapuskan kemiskinan antara kaum.
H Taraf hidup rakyat di luar bandar dipertingkatkan
H hal ini kerana peluang pekerjaan di luar bandar dapat diwujudkan
C contohnya peneroka FELDA
H kemiskinan di bandar juga dapat dikurangkan
Seterusnya……..
F2 Rakyat dapat menikmati kemudahan infrastruktur
H penduduk luar bandar disediakan pelbagai kemudahan asas yang lengkap
C contohnya bekalan air bersih, elektrik, jalan raya
H sistem pengangktan yang lebih moden spt lebuhraya utara-selatan
H hal ini dapat mewujudkan bandar-bandar baru seperti Jengka / muadzam Shah
Selain itu…….
F3 Rapatkan jurang antara bumiputera dan bukan bumiputera
H modal saham milik bumiputera berjaya ditingkatkan sdaripada 2.4% kepada 20.3%
H manakala modal saham bukan bumiputera juga meningkat kepada 46.2%
Juga……
F4 Mewujudkan kawasan perindustrian yang baru
C contohnya Senawang, Bintulu, Sungai Way
H hal ini dapat menarik pelaburan asing
Seterusnya…….
F5 Berjaya mengukuhkan perpaduan antara kaum
H berjaya hapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi
H pergaulan antara kaum diperluaskan kerana pelbagai kaum menghuni sesuatu tempatan
Akhir sekali…..
F6 Kegiatan ekonomi dapat dipelbagaikan
H perkenalkan tanaman-tanaman baru seperti kelapa sawit, koko
H hal ini dapat mengurangkan pergantungan kepada getah dan bijih timah
H memajukan sektor perindustrian dan pelancongan

ISI TAMBAHAN:

15
SOALAN 5 (PILIHAN 2) [10 markah]

DEB(1971-1990) dapat memperkukuhkan perpaduan antara kaum di negara kita.


Berikan penjelasan anda.

DEB berjaya mengukuhkan perpaduan antara kaum. Hal ini kerana

F1 DEB berjaya membasmi kemiskinan


H1a tanpa mengira kaum
H1b taraf hidup rakyat tanpa mengira kaum telah dipertingkatkan
H1c pendapatan pekebun kecil berjaya dipertingkatkan
C contohnya RISDA membantu dalam penanaman semula getah
H1d FELDA berjaya memindahkan penduduk luar bandar yang miskin ke petempatan baru bagi
menjadikan mereka sebagai petani moden.
Selain itu…….
F2 Dapat merapatkan jurang perbezaan pendapatan
H antara bandar dengan luar bandar / antara kaum
H ini dapat mewujudkan ekonomi yang adil antara kaum
Seterusnya…….
F3 Dapat menyusun semula masyarakat di negara kita
H ini dapat menghapuskan pengenalan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi
C identiti orang Melayu sebagai petani dan nelayan sudah dikurangkan kerana sudah terlibat dalam
perniagaan dan perusahaan
H hal ini berjaya menghapuskan identiti kaum mengikut tempat tinggal
C contohnya ramai orang Melayu dan India sudah mula menetap di bandar
Tambahan lagi……
F4 Dapat mewujudkan peluang pekerjaan
H4a dalam pelbagai sektor seperti pertanian dan perindustrian
H4b yang melibatkan penglibatan semua kaum

ISI TAMBAHAN:

16
SOALAN 5 (PILIHAN 3) [10 markah]

Jelaskan peranan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi negara.

F1 Mewujudkan peluang pekerjaan


H1a melalui pembukaan kilang-kilang baru, perniagaan, perdagangan
C seperti Selangor Pewter, Pasaraya Mydin memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk
sekitar

F2 Meningkatkan sumber pendapatan negara


H2a Melalui pembayaran cukai kepada pihak kerajaan
H2b Ini secara tak langsung membantu dalam pembangunan negara

F3 Pembangunan modal insan


H3a melalui pemberian latihan kemahiran samada dalam negeri atau luar negara
H3b hal ini dapat meningkatkan kualiti kerja
H3c juga menggalakkan penyelidikan dan pembangunan

F4 Membangunkan industri sokongan


H4a contohnya kilang papan menggalakkan industry perkhidmatan seperti pengangkutan lori

F5 Membangunkan pelancongan kesihatan


H5a melalui pembukaan hospital swasta yang bertaraf dinis
C seperti KPJ / Sunway Medical Centre / Colombia Medical Centre

ISI TAMBAHAN:

17
MENJANA IDEA

SOALAN 6 (PILIHAN 1) [10 markah]

Bagaimanakah anda sebagai rakyat Malaysia boleh memberikan sumbangan dalam


memajukan ekonomi negara kita?

Saya sebagai rakyat Malaysia boleh memberikan sumbangan dalam memajukan ekonomi negara
dengan……

F1 Menguasai pelbagai ilmu pengetahuan


C rakyat perlu menguasai kemahiran sains dan teknologi
H1a supaya dapat meningkatkan kualiti produk dan kualiti perkhidmatan
Seterusnya……..
F2 Memiliki sifat berdaya saing yang tinggi
H2a untuk menonjolkan kebolehan dan kebakatan rakyat Malaysia kepada dunia luar
H2b hal dapat menyediakan diri kita menghadapi cabaran peringkat global
C Contohnya Malaysia antara pengeluar terbesar barangan elektronik peringkat dunia
Selain itu………
F3 Menyokong segala dasar-dasar kerajaan yang digariskan
C contohnya menyokong Dasar Ekonomi Baru
H3a rakyat perlu membayar cukai seperti SST
H3b membeli barangan buatan Malaysia seperti kereta nasional
H3c berjimat cermat dan menabung ketika kemelesetan ekonomi
H3d membantu mengurangkan beban kewangan kerajaan seperti menyumbang kepada Tabung
Harapan
Juga……….
F4 Melibatkan diri dalam pembangunan dan penyelidikan (R&D)
H4a supaya rakyat boleh mencipta produk-produk baru
H4b mencari idea-idea baru untuk menambahbaik produk yang sedia ada seperti kereta nasional
H4c hal ini menggalakkan daya kreativiti dan inovasi rakyat

ISI TAMBAHAN :

18
SOALAN 7 (PILIHAN 1) [10 MARKAH]

Huraikan cabaran yang dihadapi untuk memajukan ekonomi negara pada hari ini dan cadangkan
langkah mengatasi cabaran tersebut.
Atau
Huraikan cabaran dan langkah untuk mewujudkan negara maju menjelang tahun 2020

Antara cabaran yang dihadapi untuk memajukan ekonomi negara ialah


Pertamanya
F1 Kekurangan teknologi bertaraf tinggi
H1a dalam bidang perindustrian berat
C contohnya dalam industri membuat jentera berat, kapal dan kereta
H1b hal ini menyebabkan negara kita tidak dapat bersaing dalam pasaran antarabangsa
F2 Pergantungan besar kepada penggunaan tenaga buruh luar negara
H2a samaada tenaga buruh separuh mahir dan mahir
C contohnya dalam sektor perladangan , perindustrian dan pembinaan
H2b pergantungan ini menyebabkan pengaliran wang ke luar negara berlaku
F3 Kekurangan modal tempatan
H3a hal ini menyebabkan negara terpaksa bergantung kepada kemasukan modal asing
H3b ekonomi negara mungkin terjejas apabila pelabur asing ini beralih ke negara lain
C contohnya seperti Syarikat Toyota dari Jepun mula mengalihkan lokasi pelaburan dari Malaysia
ke Thailand
F4 Nilai mata wang negara yang tidak stabil
H4a hal ini menyebabkan pelabur asing kurang berminat untuk melabur dalam negara kita
H4b selain itu negara perlu membelanjakan peruntukkan besar untuk mengimport barangan luar negara
C seperti barangan makanan dan ubat-ubatan
H4c hal ini menyebabkan kenaikan harga barang dalam negara yang boleh menjejaskan taraf hidup
rakyat
F5 Ketidakstabilan harga komoditi di pasaran antarabangsa
H5a harga petroleum yang tidak stabil
H5b hal ini menjejaskan pendapatan negara kita
H5b ini membantutkan pembangunan negara

ISI TAMBAHAN:

19
Langkah Mengatasi
F1 Menitikberatkan penggunaan teknologi tinggi
H1a hal ini boleh dilakukan dengan cara pemindahan teknologi dari negara maju seperti Jepun
H1b selain itu kursus-kursus kemahiran tinggi yang sedia ada perlu dipertingkatkan lagi
F2 Mengurangkan pergantungan kepada tenaga buruh luar
H2a dengan menggalakkan pekerja tempatan dalam sector pembinaan dan perladangan dengan
pelbagai insentif untuk menarik mereka seperti elaun harian.
H2b hal ini juga boleh dilakukan melalui penggunaan robotic dan mesin dalam sektor pembinaan
F3 Meningkatkan penggunaan modal tempatan
H3a dengan menggalakkan pelabur-pelabur tempatan melabur dalam negara
C contohnya syarikat-syarikat besar seperti PNB, PETRONAS
F4 Memperkukuhkan nilai mata wang negara
H4a hal ini boleh dilakukan dengan menggalakkan pelaburan luar
H4b juga meluaskan lagi pasaran barangan negara kita dan mengurangkan import negara
F5 Mempelbagaikan ekonomi negara
H5a seperti majukan sektor perindustrian, pelancongan
H5b menghasilkan produk-produk baru yang dapat bersaing dalam pasaran antarabangsa

ISI TAMBAHAN:

20
SOALAN 8 (PILIHAN 1) [10 markah]

Jelaskan iktibar yang diperole daripada usaha kerajaan dalam membangunkan ekonomi
negara. / DEB / RPJP1

Iktibar yang diperoleh daripada usaha kerajaan ialah, kita perlu melengkapkan diri kita dengan
pelbagai ilmu pengetahuan dalam bidang ekonomi agar sentiasa mencari idea-idea baru dalam
memajukan ekonomi negara kita. Hal ini membolehkan kita boleh bersaing dalam ekonomi peringkat
global.

Seterusnya kita hendaklah bersikap kreatif dan inovatif dalam melaksanakan sesuatu program dalam
ekonomi agar dapat meningkatkan produktiviti kerja serta kualiti produk yang dihasilkan.Sebagai
contoh mencipta alat-alat pertanian yang lebih moden. Hal ini dapat meningkatkan pasaran bagi
barang buatan Malaysia.Kita juga perlu bijak merebut peluang ekonomi yang disediakan oleh
kerajaan dalam mengubah taraf hidup rakyat.

Selain itu kita juga menyokong dasar-dasar kerajaan dalam ekonomi supaya dapat menjayakan
matlamat kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat serta dapat mengukuhkan lagi perpaduan
pelbagai kaum di negara kita. Untuk ini rakyat perlu berwawasan untuk menjadikan Malaysia
mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020. Rakyat juga perlu berfikiran positif dalam
melaksanakan setiap dasar kerajaan supaya dasar-dasar itu membawa kejayaan.

Juga perlu mewujudkan keadilan dalam ekonomi supaya kekayaan negara dapat dikongsi bersama.
Ini dapat merapatkan jurang ekonomi antara kaum.

ISI TAMBAHAN:

21
SOALAN 8 (PILIHAN 2)

Jelaskan nilai-nilai murni yang kita boleh pelajari daripada usaha kerajaan
membangunkan ekonomi negara.

Antara nilai murninya daripada usaha kerajaan dalam membangunkan ekonomi negara ialah, kita perlu
mengukuhkan lagi perpaduan kaum di negara kita. Pembangunan ekonomi perlu bermatlamatkan
untuk mencapai perpaduan. Hal ini dapat mewujudkan sikap kerjasama antara kaum di negara kita.

Seterusnya nilai yang mementingkan keadilan dalam ekonomi. Semua kaum bersama-sama menikmati
kemakmuran negara. Pengagihan kekayaan negara perlu dikongsi bersama-sama oleh rakyat Malaysia.
Hal ini penting untuk mengelak perasaan dengki dan prasangka terhadap kaum lain.

Selain itu rakyat berani mengambil risiko dengan menyediakan pelbagai pelan tindakan untuk
memajukan ekonomi negara. Dalam hal ini sikap inovatif dan kreativiti rakyat penting untuk
menjayakan sesuatu pelan tindakan yang digariskan.

ISI TAMBAHAN:

22
SOALAN 9 (PILIHAN 1) [5 markah]

Sediakan rumusan berdasarkan perkara berikut:

(a) Pengetahuan yang diperoleh


(b) Nilai patriotisme
(c) Harapan untuk menjadikan negara dan bangsa Malaysia yang maju

(a) Pengetahuan yang saya peroleh, melalui Dasar Ekonomi Baru pelbagai program pembangunan
telah dirancang oleh kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat serta membasmi kemiskinan
rakyat tanpa mengira kaum. Hal ini berjaya mengukuhkan perpaduan rakyat. Dasar Ekonomi Baru
memberi banyak faedah kepada pelbagai kaum di negara kita.

(b) Unsur patriotisme yang diperoleh ialah rakyat perlu menyokong dasar-dasar kerajaan demi
menjaga kemakmuran dan kedaulatan negara. Semangat cinta akan tanah air penting untuk
memajukan ekonomi negara.
Atau
Nilai murni yang diperoleh ialah kerjasama antara kaum sangat penting dalam memastikan
kejayaan pembangunan ekonomi negara. Kita juga perlu bersikap positif terhadap usaha-usaha
kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup rakyat. Kita juga perlu bersikap kreatif dan inovatif
dalam memajukan ekonomi negara

(c) Harapan saya ialah kerajaan perlu meneruskan dasar-dasar pembangunan ekonomi agar dapat
meningkatkan lagi taraf hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini sekaligus dapat
memperkukuhkan lagi perpaduan kaum di negara kita. Saya juga berharap kadar kemiskinan
negara dapat dikuranagkan agar negara akan mencapai taraf negara maju tak lama lagi.

ISI TAMBAHAN:

23

You might also like