Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

JAWATAN KOSONG

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) Malaysia yang ke-19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ialah Universiti
berteraskan keusahawanan yang mengutamakan pendidikan keusahawanan dalam tiga
kelompok bidang pengajian iaitu keusahawanan & perniagaan, teknologi kreatif & warisan
dan agro-industri & sains sumber asli sejajar dengan visi dan misi yang telah ditetapkan.

Universiti memerlukan individu yang boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum
(independent), bekerja dalam satu pasukan (teamwork), dinamik, kreatif dan inovatif untuk
membangun universiti. Individu yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan
seperti berikut :-

JAWATAN BUKAN AKADEMIK

BIL NAMA JAWATAN GRED


1 PEGAWAI TADBIR N41
2 PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41

PENETAPAN GAJI PERMULAAN

Gaji permulaan yang lebih tinggi pada P1T1 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik
UMK berasaskan kepada kelayakan, pengalaman kerja atau kemahiran yang mana
berkaitan.

IMBUHAN DAN ELAUN BERKAITAN (BERDASARKAN GRED GAJI)

Antara Imbuhan yang diberikan adalah termasuk Imbuhan Tetap Perumahan/Imbuhan Tetap
Keraian/Imbuhan Tetap Khidmat Awam dan lain-lain elaun yang berkuatkuasa.

TARAF JAWATAN

Semua jawatan adalah bertaraf TETAP.

SYARAT KEWARGENEGARAAN DAN UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN)

Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan calon-calon lantikan terus
hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 54
tahun pada tarikh lantikan, manakala bagi bekas tentera/polis hendaklah tidak melebihi 45
tahun.

1
KELAYAKAN SPM MENGIKUT SISTEM TERBUKA UNTUK LANTIKAN KE
PERKHIDMATAN AWAM

Calon-calon yang memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dipertimbangkan untuk
dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat
lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh
SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem
terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi :

(a) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata
pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus dalam satu
peperiksaan; atau
(b) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata
pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus yang
dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
(c) memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus, dan mata
pelajaran tertentu sepertimana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

Calon-calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah TIDAK LAYAK
dipertimbangkan untuk maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelulusan
SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT-SYARAT UMUM

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-


syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan yang dibuat
ke atasnya dari masa ke semasa. Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah Luar Negara
hendaklah menyertakan surat pengesahan pengiktirafan ijazah dari Unit Dasar dan
Pengiktirafan, Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam (Malaysia).

CARA MEMOHON

(a) Semua permohonan perlu dibuat secara `on-line’ melalui laman web
http://jobs.umk.edu.my/job/ sepenuhnya.

(b) Permohonan yang tidak lengkap diisi secara ‘on-line’ atau tidak menggunakan
Sistem Permohonan Jawatan secara ‘on-line’ boleh menyebabkan permohonan tidak
akan dipertimbangkan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

18 MAC 2012

KETERANGAN AM

(a) Pemohon boleh memohon sehingga dua (2) jawatan dengan menggunakan satu
borang dan hendaklah disenaraikan mengikut keutamaan.
(b) Calon-calon yang berjaya disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak UMK dalam
tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap TIDAK
BERJAYA.

2
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN JAWATAN BUKAN AKADEMIK

1. JAWATAN : PEGAWAI TADBIR

GRED N41 : P1T1 RM1690.28 - P1T27 RM4640.28


P2T1 RM1784.90 - P2T27 RM4918.55
P3T1 RM1883.70 - P3T27 RM5220.62

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED N41

(a) (i) Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
atau

(ii) Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi –
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.

(Gaji permulaan ialah Gred N41 : P1T3); atau

(iii) Ijazah Sarjana Muda Undang – Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi – institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah Gred N41 : P1T4);

dan (b) (i) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.

2. JAWATAN : PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

GRED F41 : P1T1 RM1899.01 - P1T25 RM4715.47


P2T1 RM1995.02 - P1T25 RM4988.08
P3T1 RM2095.21 - P3T25 RM5284.57

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED F41:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat
yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan minimum ialah pada Gred F41: P1T1);atau

(b) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.

3
(Gaji permulaan ialah Gred F41 : P1T3) ; atau

(c) Ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan
komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi - institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred F41 : P1T6) ; atau

(d) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat
atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred F41 : P1T9)

dan (e) (i) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.

Syarat tambahan;

Calon yang memiliki kemahiran dalam bahasa pengaturcaraan – (JSP, Oracle Form,
Oracle Report, PHP, VB, JAVA) dan pangkalan data – (Oracle, MySQL) akan diberi
keutamaan; atau

Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang rangkaian komputer seperti


Local Area Network (LAN), Virtual Private Network (VPN) dan Wide Area Network
(WAN); atau

Mempunyai pengalaman/pengetahuan asas dalam network switching dan routing;


atau

Mempunyai pengetahuan berkaitan teknologi terkini internetworking dan


penyelesaian yang bersesuaian serta penyambungan dan senibina rangkaian; atau

Selain keperluan diatas, calon yang mempunyai pengalaman/pengetahuan dalam


menguruskan sistem telefon IP, analog, digital dan Private Automatic Branch
Exchange (PABX) akan diberi keutamaan.

You might also like