Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2018

SK CONVENT SENTUL 1 (M)

PENGACARA MAJLIS: PUAN SHAHIDAWATI

AKTIVITI TEKS UCAPAN

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum WBT, Salam sejahtera dan Salam Perpaduan.

**protokol

Kata alu-aluan Yang berusaha Pn. Hjh Norhayati Binti Abdul Kadir, Guru Besar SK
Convent Sentul 1, Yang Berusaha, Pn Hamidah Binti Mat Nor, (GPK
1), Puan Nor Aini Binti Shaikh Ismail, (GPK Hem), Pn. Nor Azizah
Binti Abdul Aziz (GPK KoKu), guru-guru serta murid-murid yang
dikasihi sekalian.

Alhamdulillah. Dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta


limpah rahmat-Nya kita diberikan peluang untuk bersua di Majlis
Sambutan Bulan Kemerdekaan yang ke-61 SK Convent Sentul 1 bagi
tahun 2018.

Hadirin-hadirat yang dihormati, sepanjang bulan kemerdekaan ini,


pihak sekolah telah merencana variasi program khas untuk
Pengenalan menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kemerdekaan negara yang
Majlis Ke-61. Antaranya ialah “Kuiz Merdeka (Vle Frog), Pertandingan
Upload Gambar dan Ucapan Kemerdekaan, Lawatan patriotism,
pertandingan ratu kebaya, pertandingan deklamasi sajak,
pertandingan membuat kolaj, pertandingan koir antara kelas dan
taman mini kaktus.

Program-program tersebut adalah bertujuan memupuk semangat


cintakan tanah air, mengasah dan menonjolkan bakat yang
melahirkan murid yang kreatif dan inovatif serta diharap dapat
mengeratkan silaturrahim dalam kalangan murid dan juga guru-guru.

Adat berbicara menyampaikan pesan,

Adat upacara menyampaikan aluan.


Menjemput
Guru Besar Oleh yang demikian, majlis menjemput Yang Berusaha Pn Hjh

untuk berucap Norhayati Binti Abdul Kadir, Guru Besar SK Convent Sentul 1 untuk

dan gimik menyampaikan sepatah dua kata seterusnya melancarkan Program


Sambutan Bulan Kemerdekaan yang ke 61 bagi tahun 2018.

Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

Terima kasih atas ucapan sebentar tadi. Sebagai simbolik kepada


pelancaran pada hari ini, majlis menjemput Puan Hjh Norhayati Binti
Gimik
Abdul Kadir, Guru Besar untuk menekan butang sebagai tanda gimik
majlis pelancaran. Dipersilakan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar kerana sudi
Ucapan terima
menyampaikan ucapan dan menyempurnakan pelancaran sebentar
kasih
tadi sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Persembahan Seterusnya, bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan ini,


dijemput adik-adik dari kelas 3 Amanah untuk membuat
persembahan koir dengan lagu yang bertajuk “Warisan” dan “Sayangi
Malaysiaku” sebagai lagu tema sambutan pada tahun ini. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada murid tahun 3 Amanah. Bergitu


merdu dan bersemangat sekali persembahan koir yang disampaikan
Selepas
oleh mereka. Bagi menaikkan lagi semangat kemerdekaan semua
Persembahan
warga sekolah marilah kita Bersama-sama menyanyikan lagu “Saya
Anak Malaysia” dan “Sejahtera Malaysia”.
Penutup Begitulah tadi meriahnya majlis sambutan “Bulan Kemerdekaan”
ingatlah ini baru sahaja permulaan. Diharapkan sambutan ini akan
sentiasa bersemangat dan hangat sepanjang sambutan bermula
pada hari ini hinggalah pada penutupnya pada 1 Oktober.

Pohon berangan tempat bertemu,


Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua guru dan


murid atas kehadiran dan kerjasama anda. Sekian. Assalamualaikum
W.B.T dan selamat sejahtera.

You might also like