Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

APA ITU BOND?

Bond atau bon adalah pelaburan hutang dimana pelabur melaburkan wangnya
kepada penerbit hutang iatu kerajaan, badan kerajaan mahupun syarikat.

Apabila anda melabur ke dalam bon, anda sebenarnya berperanan sebagai pemberi
pinjaman wang kepada penerbit bon. Manakala penerbit pula bertindak sebagai
peminjam dengan membeli bon tersebut. Seterusnya, penerbit bon akan membayar
faedah tetap kepada anda bagi sepanjang tempoh pinjaman dan memulangkan
jumlah pokok yang dipinjam apabila matang.

Contohnya, sebuah syarikat memerlukan sejumlah wang yang amat besar untuk
sesuatu projek dan cara yang paling mudah untuk mendapatkan dana tersebut
adalah dengan meminjam wang. Syarikat-syarikat besar (malah kerajaan) perlu
meminjam dana untuk membiayai projek tersebut tetapi jumlah dana yang
diperlukan adalah lebih tinggi daripada apa yang boleh dipinjamkan bank. Maka cara
yang paling sesuai untuk mendapatkan dana adalah dengan menerbitkan bon
kepada orang ramai (pelabur).

Pelabur akan meminjamkan wang kepada syarikat-syarikat atau kerajaan ini dengan
membeli bon yang diterbitkan. Selepas tempoh tertentu, syarikat akan membayar
balik jumlah yang dipinjam. Sementara menunggu tempoh matang, syarikat akan
membayar faedah kepada anda secara berkala dengan kadar faedah yang
ditetapkan. Ini juga dikenali sebagai kupon.

Bon digunakan secara meluas di Malaysia oleh kerajaan mahupun pelbagai syarikat
untuk mengumpulkan dana bagi pelbagai pembangunan mahupun projek yang
mahu dijalankan.

Sesetengah bon korporat (dalam bentuk saham pinjaman) di Malaysia tersenarai di


Bursa Malaysia. Namun kebanyakan instrumen adalah diterbitkan secara tawaran
persendirian (“private placement”) dan didagangkan secara atas kaunter atau “over-
the-counter”. Memandangan bon-bon ini diterbitkan tanpa prospektus, ia hanya
boleh diterbitkan atau diberikan kepada sejumlah pelabur yang terhad seperti yang
dinyatakan dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA). Sebagai
contoh, bon-bon ini hanya boleh ditawarkan kepada pelabur individu dengan nilai
bersih RM3 juta dan ke atas.
ISTILAH DAN CIRI-CIRI BON

Terdapat beberapa istilah dan ciri-ciri bon yang anda harus ketahui, seperti di
bawah:

Nilai nominal (Nominal Value) – Jumlah yang dipersetujui oleh penerbit untuk
dibayar kepada pemegang bon pada tempoh matang. Ini juga dipanggil sebagai nilai
muka, nilai tara, nilai tebus atau nilai matang.

Kadar kupon (Coupon Rate) – Jumlah faedah yang akan diterima oleh pemegang
bon secara berkala, juga dikenali sebagai bayaran kupon.

Contohnya: Jika anda memiliki RM100,000 bon dengan kadar kupon 5%, bayaran
faedah tahunan adalah: RM100,000 x 5% = RM5,000

Tempoh hingga matang (Duration) – Bilangan tahun atau tarikh apabila penerbit
akan membayar balik pemegang bon pelaburan prinsipalnya.

Pemegang amanah (Trustee) – Pihak ketiga yang membuat surat amanah. Tugas
pemegang amanah adalah untuk memastikan terma-terma dan syarat-syarat surat
ikatan amanah dipatuhi.

Jenis penerbit (Issuer) – Jenis penerbit bon adalah aspek yang harus diutamakan
apabila memilih bon untuk dilabur. Di Malaysia, jenis penerbit bon termasuklah
kerajaan, bank-bank, institusi-institusi kewangan dan syarikat-syarikat.

Kadar hasil (Dividend yield) – Kadar diskaun atau kadar faedah yang pelabur bon
inginkan daripada pelaburannya. Kadar hasil tidak sama dengan kadar kupon
sesuatu bon.

Harga bon dinyatakan berkadaran dengan kadar hasil. Apabila kadar hasil
meningkat, harga bon menurun dan sebaliknya.

Peruntukan panggilan (Call Option) – Memberi penerbit hak untuk membeli balik
atau “call” bon daripada pemegang pada kadar yang dinyatakan dalam tempoh
tertentu.

Dana terikat (sinking fund) – Dalam bon dana terikat,penerbit pada secara berkala
akan mengasingkan wang untuk bayaran hutang pada akhir tempoh dana. Ini
mungkin dinyatakan dalam surat ikatan amanah untuk melindungi pelabur.

SIAPAKAH PENERBIT BON DI MALAYSIA?

Penerbit utama bon awam adalah Kerajaan Malaysia, Bank Negara Malaysia,
Syarikat separa kerajaan(GLC).
Manakala Bon Korporat dan Bon Bercagar (Asset-backed) diterbitkan oleh Syarikat
Cagaran Malaysia (CAGAMAS BERHAD), institusi kewangan dan syarikat awam.

Penerbit bon mempunyai pilihan samaada untuk menerbitkan bon secara


konvensional mahupun menurut prinsip syariah (Sukuk).

PERBEZAAN BON DAN SAHAM

Perbezaan diantara Bon dan Saham adalah seperti berikut:

Bon Saham

Bon adalah hutang Saham adalah ekuiti

Apabila anda membeli saham, anda


Apabila anda membeli bon, anda ialah
memiliki sebahagian daripada syarikat
pemiutang kepada syarikat
tersebut

Saham sah selagi syarikat masih


Bon mempunyai tarikh matang
beroperasi

Pulangan dalam pelaburan bon telah Pulangan bergantung kepada


ditetapkan pencapaian syarikat
APAKAH JENIS-JENIS BON YANG ADA?

Pelbagai jenis bon terdapat dipasaran, antaranya seperti berikut:

Zero-coupon bond – Tiada bayaran kupon akan dibuat kepada pelaburnya, namun
bon ini akan diterbitkan pada harga yang lebih murah atau diskaun. Harga bon ini
akan menyamai harga mukanya apabila tempoh matangnya tiba.

Convirtible bond – Bon ini mempunyai opsyen bagi pemiliknya untuk menukar bon
mereka menjadi saham apabila sesuai masanya jika harga saham itu meningkat
pada harga tertentu untuk menjadikan bon ini menarik.

Callable bond – Penerbit bon ini mempunyai hak untuk menebus bon ini sebelum
tempoh matang jika kadar faedah jatuh. Harga bon ini didagangkan lebih tinggi
daripada bon lain memandangkan risiko penebusan lebih awal.

Manakala, hayat bon adalah seperti berikut:

Jangka panjang (long term) – Mempunyai tempoh tidak kurang daripada satu tahun,
dan pada kebiasaannya lima tahun

Jangka pendek (short term) – Tempoh matang tidak melebihi satu tahun

Bon dapat diterbitkan secara konvensional mahupun secara patuh syariah:

Bon konvensional – Instrumen kewangan yang boleh dagangkan dan diterbitkan


oleh syarikat atau perbadanan apabila mereka ingin meminjam dana

Bon Islam(Sukuk) – Bon yang mematuhi undang-undang dan prinsip-prinsip


pelaburan Islam

ADAKAH BON BEBAS DARIPADA RISIKO?

Seperti pelaburan lain, pelaburan bon juga mempunyai risiko. Antara dua jenis risiko
yang utama adalah risiko kredit dan risiko kadar faedah.

Risiko Kredit

Risiko kredit adalah apabila penerbit gagal membayar kupon atau tidak mampu
membayar balik duit modal pada tempoh matang. Secara umumnya, bon yang
paling kurang risikonya adalah bon yang yang diterbitkan oleh kerajaan.
Risiko kadar faedah

Risiko kadar faedah juga dikenali sebagai risiko harga atau risiko pasaran. Ini
merujuk kepada kemungkinan hasil pulangan dan/ atau duit modal susut akibat
perubahan kadar faedah yang menjejaskan harga bon.

Bon diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di bawah peraturan


berasaskan pendedahan (disclosure-based regulation) dan pelabur hendaklah
membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diberikan oleh penerbit, dalam
dokumen transaksi dan melalui lain-lain saluran informasi yang berkaitan.

Bagi pelabur yang tidak suka menghadapi turun naik pasaran saham, anda boleh
mencuba untuk melabur dalam bon. Jika anda seorang pelabur yang mempunyai
beberapa jenis produk berisiko tinggi dalam portfolio, adalah baik untuk melabur
dalam bon untuk menyeimbangkan tahap pelaburan.

ADAKAH PELABUR DILINDUNGI JIKA PENERBIT BON GAGAL MEMBAYAR


HUTANG?

Hak pemegang bon dilindungi oleh Akta Syarikat 1965 dan Akta Pasaran Modal dan
Perkhidmatan 2007 (CMSA).

Di bawah Akta Syarikat, pemiutang termasuklah pemegang bon boleh memfailkan


petisyen penggulungan syarikat apabila penghutang gagal membayar hutangnya.
Apabila arahan penggulungan dibuat, mahkamah akan melantik pembubar yang
akan memantau proses pembubaran tersebut.

Di bawah CMSA pula, semua pemegang bon wajib menandatangani surat ikatan
amanah dengan seorang pemegang amanah yang dilantik. Surat ikatan amanah
merangkumi peruntukan bon, perjanjian dan lain-lain keperluan yang ditetapkan oleh
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Tugas pemegang amanah adalah untuk menjamin
kepentingan pemegang bon seperti mana yang tertakluk dalam surat ikatan amanah
dan CMSA.

Dokumen bon (seperti prospektus, penyata terma dan memorandum maklumat) juga
mempunyai perjanjian dan klausa-klausa tetapan yang memberikan perlindungan
tambahan kepada pelabur. Anda boleh mendapatkan salinan penyata terma
dan/atau terma-terma dan syarat-syarat penting penerbitan bon di laman web
Suruhanjaya Sekuriti.

You might also like