Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

ALIRAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Falsafah barat memainkan peranan terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. Hal


demikian, terdapat beberapa ciri-ciri falsafah barat yang diterapkan dalam falsafah pendidikan di
Malaysia. Falsafah barat terbahagi kepada dua bahagian falsafah iaitu falsafah tradisional dan
falsafah modern. Aliaran falsafah pendidikan tradisional termasuklah perenialisme dan
esensialisme. Manakala falsafah moden ialah progressivism, eksistensialisme dan
rekonstruksionisme. Aliran-aliran falsafah pendidikan barat ini lahirnya daripada falsafah umum
iaitu idealisme, realisme, pragmatisme dan eksistensialisme.

Perenialisme

Perenialisme adalah falsafah pendidikan yang tertua. Ahli falsafah perenialisme ialah Jacques
Maritain, Robert M.Hutchins dan Mortimor J.Adler. Falsafah barat ini adalah dipengaruhi
daripada fahaman idealisme. Menurut Chong, perkataan perenialisme berasal dari kata dasar
perennial yang bermaksud tidak berubah. Pemikiran pendidikan dalam falsafah ini mengatakan
bahawa pendidikan yang tradisional dan juga dikatakan konservatif. Menurut pendapat ahli
falsafah ini, tabii manusia bersifat tetap (Maimun Aqsha Lubis, 2014). Oleh yang demikian
prinsip ini adalah tidak berubah dan sentiasa berulang.

Essensialisme

Falsafah pendidikan ini adalah falsafah pendidikan yang konservatif dan bersifat fleksibel.
Falsafah ini dipengaruhi oleh falsafah realisme dan idealisme. Bermulanya falsafah ini
diperkenalkan dalam pemikiran pendidikan oleh William C. Bagley. Antara tokoh lain ialah
James B. Conant, Hyman G.Rickover, Thomas Briggs, Frederick Breed dan Issac L.Kandel.
Falsafah ini mengesyorkan guru bersifat autoriti. Menurut Mok Soon Sang, guru perlu
memainkan peranan penting dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan segala keperluan
kepada pelajar dalam menghadapi hidup mereka dewasa kelak. Aliran falsafah ini menekankan
pembentukan peribadi pelajar dan menfokuskan kemahiran menulis, membaca dan mengira.
Progresivisme

Progresivisme diasaskan oleh Jean J.Rousseau, Heinrich Pestalozzi dan freidrich Froebel.
Tercetusnya falsafah ini adalah daripada pragmatisme kemudian dikembangkan oleh John
Dewey Aliran falsafah progresivisme menggunakan pendekatan induktif dalam sesi pengajaran
kerana pendekatan ini tidak menggunakan teori malahan terus kepada praktikal. Falsafah ini
menekankan aspek kemahiran diri melibatkan kaedah aktiviti, kaedah projek, penyelesaian
masalah dan pengalaman. Hal ini menuntut pelajar supaya mencari dan menyelesaikan masalah
yang dibangkitkan oleh guru dengan menggunakan pengalaman yang sedia ada pada pelajar
(Maimun Aqsha Lubis, 2014). Peranan guru di sini hanyalah sebagai pembimbing dan penasihat
pelajar dalam menyelesaikan masalah.
Kaedah pembelajaran falsafah ini adalah menggalakkan pelajar melaksanakan
penyelidikan. Pelajar bebas dalam melakukan keputusan dan menyelesaikan masalah dengan
pendapat mereka. Tujuannya adalah pelajar dapat menyampaikan idea, memberi pendapat dan
menggalakkan aktiviti berkerjasama dalam kumpulan.

Rekonstruksionisme

Tercetusnya rekonstruksionisme adalah sebahagian daripada progresivisme. Tokoh falsafah


pendidikan ini ialah George S. Counts, Harold O.Rugg dan Thedore Burghard Hirt Brameld.
Mereka ini adalah penyokong kuat idea-idea John Dewey. Mereka percaya bahawa dalam
meningkatkan potensi individu mampu meningkatkan dan membangunkan masyarakat yang
maju.
Oleh itu, tujuan falsafah ini pembentukan semula masyarakat dengan membaiki dan
membina masyarakat dengan individu yang berpengetahuan. Falsafah ini menekankan kepada
perubahan dan pembaharuan. Sejajar dengan perubahan sekeliling dari segi pembangunan
teknologi seharusnya di dalam pendidikan juga melangkah melakukan perubahan dengan
menggalakkan perkembangan maksimum manusia dalam menentukan perubahan dan
pembaharuan yang perlu dilakukan. Fahaman ini menyatakan bahawa guru bukan sahaja
menyampaikan pengetahuan tetapi berperanan juga untuk menimbulkan isu-isu sosial yang
dianggap penting dan menjadi budaya masyarakat semasa.
Eksistensialisme

Falsafah ini adalah falsafah moden yang memberikan perhatian kepada pembelajaran kendiri.
Falsafah ini menekankan pentingnya pengalaman dan tanggungjawab seseorang individu itu
sendiri. Individu itu sendiri yang melaksanakan pembelajaran tersebut dan membuat keputusan
sendiri seterusnya berusaha mencari kejayaan sendiri. Pendapat Kneller menyatakan bahawa
manusia bebas membuat keputusan sendiri, guru hanya berperanan membanteras dan menasihati
mereka yang terpesong dari nilai-nilai perikemanusiaan(Maimun Aqsha Lubis, 2014).
Tokoh falsafah ini ialah Soren Kierkegaard, Martin Heidegger, Karl Jaspers, Gabreil
Marcel dan Jean Paul Sartre. Falsafah ini berpendapat bahawa setiap individu mestilah mendidik
diri sendiri, seterusnya mampu membuat keputusan dengan tajuk dan kursus yang dipelajari serta
kaedah pembelajaran sendiri. Secara holistiknya, falsafah ini lebih perhatian kepada individu
melihat sendiri kemampuan diri mereka dan berusaha untuk mencapai apa yang dikehendakinya.

Rujukan

Kamal Azmi Abd Rahman, Indriaty Ismail, & Mohd Nasir Omar. 2016. Islam dan Pragmatisme
William James (1842-1910). E-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi. Vol 3(1) : 23-42.

Maimun Aqsha Lubis. 2014. Perbandingan Antara Falsafah Pendidikan Barat Dengan Falsafah
Pendidikan Islam. Bangi : Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

You might also like