Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

AKTIVITI PRA BACAAN

Aktiviti pra bacaan merujuk kepada aktiviti yang dijalankan untuk tujuan
memberikan asas kepada kanak sebelum mereka boleh membaca. Walaupun
kemahiran-kemahiran pra bacaan dapat dipelajari secara semulajadi di rumah atau di
prasekolah, kemahiran ini adalah penting dalam perkembangaan kemahiran membaca
kanak-kanak.
Secara ringkasnya kemahiran-kemahiran ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu
1. pengamatan penglihatan
2. pendengaran
3. pergerakan mata & tangan.
KEMAHIRAN PENGAMATAN PENGLIHATAN
Kemahiran pengamatan penglihatan dapat dipupuk dalam pelbagai jenis aktiviti seperti
aktiviti memadan dan juga arah. Aktiviti memadan adalah sebahagian daripada
membaca kerana semasa kita membaca kita sebenarnya sedang memadan huruf atau
perkataan dengan bunyi yang sesuai. Pada peringkat permulaan kanak-kanak boleh
diperkenal dengan memadan bentuk, diikuti corak, huruf dan akhirnya perkataan.
Aplikasi permainan memadan ialah jigsaw puzzle. Manakala aktiviti arah ini lebih
merujuk kepada menyesuaikan kanak-kanak dengan membaca arah ayat dimulakan
iaitu dari kiri ke kanan unutk tulisan rumi. Dalam situasi sebenar kanak-kanak
sememangnya tidak tahu arah ayat dimulakan. Oleh itu semasa ibu bapa atau guru
membacakan cerita atau ayat, mereka harus menunjuk kepada huruf yang dibaca.
Kemudian guru harus menyoal kanak-kanak dari mana ayat mula dibacakan. Demi
menunjukkan kepentingan membaca dari arah yang betul, guru harus mendemonstrasi
dengan membaca secara terbalik. Apabila dibaca terbalik ayat yang dibaca akan
menjadi tidak bermakn
KEMAHIRAN PENDENGARAN
Selain itu, pendengaran juga biasa digunakan terutama bersama pengamatan
penglihatan. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah memperkenalkan huruf-huruf
dengan bunyinya. Ini membolehkan kanak-kanak mengenal pasti huruf sebelum
berkembang untuk membaca perkataan dan ayat. Cara yang boleh digunakan oleh
guru ialah memperkenalkan sebahagian perkataan yang penting kepada pelajar seperti
huruf dalam nama pelajar. Selain itu, guru harus mengajar huruf bersama-sama dengan
ayat. Contoh ialah a untuk ayam, b untuk bola. Pada masa yang sama elakkan
mengunakkan huruf besar kerana ini dapat menimbulkan kekeliruan kepada pelajar.
Bukan itu sahaja, cara yang paling langsung untuk kanak-kanak mahir dalam
pendengaran adalah bertutur dengan kanak –kanak atau membaca kepada kanak-
kanak. Semasa bertutur dengan mereka, kanak-kanak sedang mendengar dan
mendapat pengalaman dalam berbahasa. Pengalaman inilah penting dalam
perkembangan membaca.
KEMAHIRAN PERGERAKAN MATA DAN TANGAN
Kemahiran yang terakhir ialah kemahiran pergerakan mata dan tangan. Kemahiran ini
dapat dipupuk melalui aktiviti motor tangan seperti mewarna. Perkembangan motor
tangan adalah amat penting kerana pada peringkat awal, motor halus kanak-kanak
belum matang lagi. Guru harus mengalakkan kanak-kanak untuk menggunakan
kreativiti untuk melukis dan mewarna mengunakan peralatan yang berbeza. Ini
bertujuan unutk melatih kanak-kanak memegang pensel atau objek yang seumpama
seperti crayon atau pensel warna dengan cara yang betul dan pada masa yang sama
melatih motor halus. Selain itu guru juga boleh memberi permainan yang mengunakkan
objek kecil seperti set bongkah yang dapat membantu dalam perkembangan motor.
Kalau tidak terdapat set bongkah, guru juga dapat member aktiviti seperti mengunting
tetapi harus diingatkan untuk berhati-hati semasa mengunakkannya.

KAEDAH MENGAJAR BACAAN


Kaedah mengajar bacaan merupakan sebagian lanjutan daripada aktiviti prabacaan
tetapi ini lebih berfokus kepada cara memperkenalkan hurf, perkataan dan ayat serta
bunyi kepada kanak-kanak.
Kaedah ini secara kasar dapat dibahagikan kepada tiga:
1. Kaedah bunyi/ fonetik
2. Kaedah huruf
3. Kaedah pandang dan sebut
KAEDAH BUNYI / FONETIK
Kaedah ini lebih mengutamakan bunyi. Terdapat dua cara mengunaan iaitu:
1. Membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang lain.
Contohnya:
ba + pa = bapa
2. Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya suku kata dan akhirnya
perkataan.
Contoh:
b (beh), a (ah) = ba
p(peh), a (ah) = pa
ba + pa = bapa

Kekuatan Kelemahan
Sesuai denagn susuk bahasa Melayu Bacaan murid-murid tidak licin. Ini
adalah terdiri daripada suku-suku kata disebabkan perhatian murid-murid itu
yang hampir tetap bunyinya. tertumpu kepada suku-suku kata, satu lepas
satu.
Kaedah ini membolehkan kanak-kanak Tidak menarik hati kerana suku-suku kata
membaca perkataan-perkataan baharu yang diajar itu tidak mempunyaai makna
walaupun perkataan-perkataan itu diluar yang nyata pada mereka.
perbendaharaan kata mereka.

KAEDAH HURUF
Kaedah yang tertua ini mementingkan mengenal nama-nama buruf dan bunyi-bunyi
huruf. Biasanya kaedah ini dimulakan dengan memperkenalkan huruf-huruf dari a,b,c d
sehingga z kepada kanak-kanak. Kemudian kanak-kanak akan mengenali huruf mana
yang dikategri sebagai vokal dan konsonan. Pada tahap seterusnya kanak –kanak
diajar dengan gabungan vokal dan konsonan serta diftong. Bunyi-bunyi akan
disambung menjadi suku kata seperti su + ka = suka. Seterusnya mereka akan
mengenal rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca.
Vokal a a i
Konsonan s y l r
Gabungan sa ya la ri
Vokal dan
Konsonan
Perkataan saya lari

Kekuatan Kelemahan
1 Sesuai dengan susuk bahasa Malaysia 1. Murid-murid membaca dengan lancar
kerana bahasa Malaysia terdiri daripada tanpa memahami apa yang dibacanya.
suku-suku kata yang hampir tetap Mereka hanya mementingkan sebutan dan
bunyinya kelancaran membaca.
2 Membolehkan kanak-kanak membaca 2. Murid-murid terbawa-bawa tabiat
perkataan-perkataan baharu, walaupun membaca sambil mengeja menyebabkan
belum mempelajarinya kerana mereka mereka membaca merangkak-rangkak.
dapat mengenal huruf-huruf dan Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan
membunyikan vokal dan konsonan kehendak pendidikan dan psikologi murid-
dengan baik. murid kerana pengajaran tidak secara
3 Kaedah ini memberi asas dan binaan yang keseluruhan yang bermakna.
kukuh dalam membaca. 3. Boleh membosankan murid-murid
4 Tercapai kecekapan dan kemahiran terutama apabila mereka diberi latih tubi
membaca serta member keyakinan yang berlebihan.
kepada murid-murid
KAEDAH PANDANG DAN SEBUT
Kaedah ini juga dikenali dengan nama kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan
kaedah ayat yang mementingkan dua perkara iaitu membunyikan perkataan atau
rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar dan membunyikan ayat melalui
gambar yang ada cerita. Kaedah ini tidak mengunakan kaedah emgeja atau membunyi
tetapi mengecam dan membaca.
Peringkat
1. Pada peringkat permulaan, perkataan-perkataan yang disampaikan mengikuti kaedah
ini disertakan dengan gambar. Kanak –kanak diminta untuk mengecam dan mengenal
perkataan dengan memandang keseluruhannya. Setelah dicam, tidak dibunyikan, dan
tidak juga dieja, tetapi terus disebut perkataan itu.
2. Mempelajari ayat pula, kanak-kanak diminta tidak mengeja satu-satu perkataan yang
terkandung di dalamnya tetapi mengecam terus ayat-ayat yang pendek dan mudah
dengan. Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan.
Kekuatan Kelemahan
1 Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak- 1 Bacaan kanak-kanak mungkin terhad
kanak kerana mereka mempelajari sesuatu kepada perkataan, rangkai kata dan ayat-
cara keseluruhan, menarik minat murid- ayat yang telah diajar sahaja
murid. 2 Kaaedah ini tidak membolehkan kanak-
2 Bersesuaian dengan resmi semula jadi kanak mengenal huruf-huruf secara formal.
kanak-kanak mempelajari sesuatu iaitu Lambat mengenal bunyi dan suku kata.
daripada keseluruhan kepada bahagian- 3 Murid-murid tidak mempunyai asas yang
bahagiannya kukuh yang membolehkan mereka
3 Kaedah ini dari awal mementingkan makna. membaca sendiri.
4 Guru dapat melatih kanak-kanak membaca4 Lambat tercapai kemahiran dan kecekapan
dengan sebutan dan rentak irama ataupun membaca.
alunan suara yang betul dari mula.

ktiviti Pratulisan
AKTIVITI PRATULISAAN

Peringkat pramenulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-


aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul.
Dalam tempoh masa ini latihan otot-otot, tangan dan jari serta kordinasi tangan dan
mata diberikan kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Bagi membolehkan mereka
menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran
tulisan yang dirancangkan haruslah sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti
pramenulis ynag berbentuk bebas. Latihan-latihan pramenulis menitikberatkan perkara-
perkara berikut:
a) Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan
b) Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan
sempurna.
c) Melakukan latihan-latihan pergerakan mata.
d) Melakukan latihan-latihan kordinasi tangan dan mata.

Strategi pengajaran pratulisan


Kebanyakan murid yang memasuki sekolah rendah telah pun menerima
pendidikan prasekolah di rumah, TASKI atau TADIKA. Mereka telah pun didedahkan
kepada asas-asas kemahiran menulis dan membaca. Namun begitu, bagi peringkat
permulaan di sekolah rendah, guru patut memberikan kemahiran pratulisan kepada
murid.
Latihan pergerakan tangan dan mata, memilih dan memadan objek mengikut
bentuk, ukuran dan warna, melukis serta mewarna patut dilakukan. Latihan seumpama
ini dapat membantu murid menguasai kordinasi antara tangan dan mata, dan
seterusnya akan menyediakan seseorang murid itu untuk menulis.
a. Latihan bagi tangan
Murid dikehendaki:
i. Menggenggam dan membuka tangan. Hendaklah dilakukan beberapa kali.
ii. Menggenggam dan menghancurkan atau meronyokkan sehelai daun atau kertas.
iii. Menggenggam dan merasa beg yang berisi kekacang.
iv. Menggenggam dan merasa bola.
v. Memegang benda-benda seperti pensel atau pembaris. Guru menunjukkan cara
memegang yang betul.
vi. Melukis bentuk-bentuk bebas menggunakan jari di udara.
vii. Melukis bentuk-bentuk di dalam bekas yang mengandungi pasir atau tanah.
viii. Memasang butang baju, menanggalkan dan memasang semula.
ix. Membuka tali kasut dan mengikat semula.

b. Latihan bagi mata


Murid dikehendaki:
i. Menutup kedua-dua mata dengan tangan, membuka mata, melihat dan menyebut benda
yang ditunjuk atau dipegang oleh guru.
ii. Menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh
guru. Lakukan latihan yang sama pada mata yang sebelah lagi.
iii. Melihat sesuatu benda yang dipegang oleh guru dan dibawa dari kiri ke kanan dan dari
kanan ke kiri.
iv. Menyebutkan nama benda-benda kecil yang dipegang oleh guru seperti getah
pemadam, pengasah pensel, mancis, dan seterusnya benda-benda sederhana besar
dan benda-benda yang besar.
v. Menyebutkan warna benda atau alat yang ditunjukkan oleh guru.
vi. Menyebut bentuk blok-blok geometri yang diperbuat daripada kadbod atau plastik sama
ada segi empat, segi tiga, bulat, separuh bulat, bujur dan sebagaimya.
c. Latihan bagi kordinasi mata dan tangan:
Murid dikehendaki:
i. Menyusun benda mengikut golongan bagi benda yang sama bentuk, warna atau ukuran.
ii. Menyusun gambar-gambar yang diselaraskan mengikut urutan.
iii. Mencantum bahagian-bahagian gambar yang terpotong, misalnyajigsaw puzzle.
iv. Melambung dan menangkap bola sama ada di tempat berdiri secara individu atau
dengan bergerak di padang bersama pasangan,
v. Mewarnakan gambar yang diberikan oleh guru.
vi. Mencantum titik atau sempang untuk membentuk huruf atau gambar.
vii. Mencantum arah jalan atau aliran sungai.
viii. Memadankan gambar bagi benda-benda yang serupa.
ix. Memilih gambar yang berlainan dalam satu set.
x. Mencari lima perbezaan pada sekeping gambar yang seakan-akan sama dengan
gambar asal.
xi. Mencari lima benda yang tersembunyi dalam sebuah lukisan.
xii. Membuat garisan lurus dari atas ke bawah atau sebaliknya
1.0 ANALISA TENTANG AKTIVITI PRABACAAN
M e m b a c a i a l a h a s a s b a g i s e m u a p e m b e l a j a r a n d a n p e n c a r i a n i l m u . Se
kiranya seorang ibu selaku pendidik di rumah, mengajar bayinya membacapada usia
satu, dua atau tiga tahun maka ia tidak akan gagal untuk belajar membaca di
sekolah pada usia enam, tujuh atau lapan tahun. Kenal huruf
dankejayaan adalah berpasangan, manakala buta huruf dan kegagalan adala
. Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca, iaitu kesediaanuntuk bacaan
awal atau asas. Ianya meliputi kemahiran
pengamatanpendengaran, penglihatan, aktiviti kordinasi psikomotor, latihan m
enajamkandaya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. Aktiviti pengamatan p
englihatanbertujuan untuk melatih keupayaan mata mengecam bentuk-bentuk
manakalaaktiviti pengamatan pendengaran untuk mempertingkatkan
ketajamanpengamatan penglihatan dan pendengaran. Aktiviti permainan huruf,
sukukatadan perkataan sebagai pengukuhan bagi pergerakan tangan dan mata.Antara aktiviti
lain bagi memperolehi kemahiran prabacaan ialah
aktivitimembezakan bentuk. Objektifnya untuk mengecam bentuk yang berlain
an didalam satu set bahan bantu belajar. Aktiviti meneka bentuk juga boleh dijalankanyang
bertujuan mengecam bentuk dengan menggunakan deria sentuh. Aktivitilain seperti
memadan huruf, yang bertujuan dapat memadankan bentuk huruf yang sama, aktiviti
nama saya, mengeja nama sendiri, mengenal susunan atauurutan huruf, aktiviti benda-
benda di sekeliling saya yang bertujuan mengaitkanhuruf dengan bunyi perkataan,
aktiviti mengumpulkan kad huruf, menghasilkanmobil abjad. Pada peringkat murid di
prasekolah atau tadika terdapat
banyaklagi aktiviti prabacaan yang boleh dijalankan dalam proses pengajaran
danpembelajaran. Aktiviti kotak huruf misalnya yang bertujuan untuk mengai
tkanhuruf dengan bunyi perkataan. Permainan lain seperti “Di Man
Prabacaan
Membaca ialah asas bagi semua pembelajaran dan pencarian ilmu. Sekiranya seorang ibu selaku pendidik
di rumah, mengajar bayinya membaca pada usia satu, dua atau tiga tahun maka ia tidak akan gagal untuk belajar
membaca di sekolah pada usia enam, tujuh atau lapan tahun. Kenal huruf dan kejayaan adalah berpasangan,
manakala buta huruf dan kegagalan adalah pasangan sebaliknya

Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca, iaitu kesediaan untuk bacaan awal atau asas. Ianya
meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, penglihatan, aktiviti kordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya
ingatan dan latihan bahasa pertuturan. Aktiviti pengamatan penglihatan bertujuan untuk melatih keupayaan mata
mengecam bentuk-bentuk manakala aktiviti pengamatan pendengaran untuk mempertingkatkan ketajaman
pengamatan penglihatan dan pendengaran. Aktiviti permainan huruf, sukukata dan perkataan sebagai pengukuhan
bagi pergerakan tangan dan mata.

Antara aktiviti lain bagi memperolehi kemahiran prabacaan ialah aktiviti membezakan bentuk. Objektifnya
untuk mengecam bentuk yang berlainan di dalam satu set bahan bantu belajar. Aktiviti meneka bentuk juga boleh
dijalankan yang bertujuan mengecam bentuk dengan menggunakan deria sentuh. Aktiviti lain seperti memadan
huruf, yang bertujuan dapat memadankan bentuk huruf yang sama, aktiviti nama saya, mengeja nama sendiri,
mengenal susunan atau urutan huruf, aktiviti benda-benda di sekeliling saya yang bertujuan mengaitkan huruf
dengan bunyi perkataan, aktiviti mengumpulkan kad huruf, menghasilkan mobil abjad. Pada peringkat murid di
prasekolah atau tadika terdapat banyak lagi aktiviti prabacaan yang boleh dijalankan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Aktiviti kotak huruf misalnya yang bertujuan untuk mengaitkan huruf dengan bunyi perkataan.
Permainan lain seperti “Di Manakah Saya”, “Permainan Kad Nama”, “Pokok Nama” dan aktiviti membina
perkataan,

Kaedah Abjad

Berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan suku kata , perkataan dan frasa, membaca ayat dan aktiviti mengeja
menggunakan Bahan Bantu Belajar yang sesuai. Kaedah ini juga dikenali kaedah mengeja. Murid perlu
mengenalpasti nama-nama huruf melalui latihan menyebut dan menghafal abjad a hingga z, huruf besar dan
kecil. Penggunaan Bahan Bantu Belajar amat membantu guru bagi membolehkan murid menguasai aktiviti
membaca. Setelah murid menghafal semua nama huruf, murid perlu di tekankan nama dan bunyi huruf vokal ( a, e,
i, o dan u ). Seterusnya pembentukan suku kata secara berturutan dan diikuti perkataan iaitu latih tubi mengeja.
Pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf dan seterusnya diikuti dengan sebutan suku kata.

Kaedah Suku Kata

Dalam melaksanakan aktiviti seperti menyebut nama huruf abjad A hingga Z, huruf besar dan kecil, menyebut
sukukata V(vocal) dan KV (konsonan vocal), mengeja suku kata, perkataan dan frasa serta latihan membaca ayat
penggunaan bahan Bantu belajar yang sesuai diperlukan bagi membantu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan.

Kaedah Pandang dan Sebut


Aktiviti utama kaedah ini ialah memandang dan menyebut. Kaedah ini memerlukan murid melakukan aktiviti
menyebut perkataan, mencerakin perkataan supaya menjadi suku kata. Ia juga dinamakan kaedah seluruh perkataan
kerana pelajarannya bermula dengan memperkenalkan perkataan terlebih dahulu, barulah huruf atau suku kata.
Seterusnya murid dikehendaki membina dan membaca ayat. Dalam melaksanakan kaedah ini, guru perlu juga
menggunakan bahan bantu belajar seperti kad imbasan, di mana murid menyebut perkataan-perkataan secara
berulang-ulang. Murid sepatutnya memandang gambar objek yang ditunjuk dan seterusnya menyebut perkataannya
pula. Ini bermakna dalam kaedah ini, langkah pertama menyebut perkataan, diikuti mencerakin perkataan supaya
menjadi suku kata. Langkah seterusnya ialah latihan membina dan membaca ayat. Penggunaan bahan Bantu belajar
perlu disediakan oleh guru untuk melaksanakan kaedah ini.

Kaedah Fonik

Menekankan penguasaan murid terhadap hubungan antara huruf dengan bunyi, tanpa mengingat nama huruf.
Bermula huruf vokal, diikuti konsonan dan seterusnya pembentukan sukukata serta perkataan bermakna. Aktiviti
yang boleh dilakukan seperti membunyikan huruf dengan asosiasi benda (Bahan Bantu Belajar). Aktiviti
membantangkan sukukata dan perkataan ialah menyuruh murid menyebut atau membunyikan perkataan tanpa
membatang suku kata menggunakan BBB. Aktiviti seterusnya ialah membaca frasa dan ayat, di mana dengan
menggunakan BBB murid dikehendaki membaca frasa, diikuti aktiviti membaca ayat yang lengkap.
Membaca ialah asas bagi semua pembelajaran dan pencarian ilmu. Sekiranya seorang ibu selaku pendidik
di rumah, mengajar bayinya membaca pada usia satu, dua atau tiga tahun maka ia tidak akan gagal untuk belajar
membaca di sekolah pada usia enam, tujuh atau lapan tahun. Kenal huruf dan kejayaan adalah berpasangan,
manakala buta huruf dan kegagalan adalah pasangan sebaliknya

Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca, iaitu kesediaan untuk bacaan awal atau asas. Ianya
meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, penglihatan, aktiviti kordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya
ingatan dan latihan bahasa pertuturan. Aktiviti pengamatan penglihatan bertujuan untuk melatih keupayaan mata
mengecam bentuk-bentuk manakala aktiviti pengamatan pendengaran untuk mempertingkatkan ketajaman
pengamatan penglihatan dan pendengaran. Aktiviti permainan huruf, sukukata dan perkataan sebagai pengukuhan
bagi pergerakan tangan dan mata.

Antara aktiviti lain bagi memperolehi kemahiran prabacaan ialah aktiviti membezakan bentuk. Objektifnya
untuk mengecam bentuk yang berlainan di dalam satu set bahan bantu belajar. Aktiviti meneka bentuk juga boleh
dijalankan yang bertujuan mengecam bentuk dengan menggunakan deria sentuh. Aktiviti lain seperti memadan
huruf, yang bertujuan dapat memadankan bentuk huruf yang sama, aktiviti nama saya, mengeja nama sendiri,
mengenal susunan atau urutan huruf, aktiviti benda-benda di sekeliling saya yang bertujuan mengaitkan huruf
dengan bunyi perkataan, aktiviti mengumpulkan kad huruf, menghasilkan mobil abjad. Pada peringkat murid di
prasekolah atau tadika terdapat banyak lagi aktiviti prabacaan yang boleh dijalankan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Aktiviti kotak huruf misalnya yang bertujuan untuk mengaitkan huruf dengan bunyi perkataan.
Permainan lain seperti “Di Manakah Saya”, “Permainan Kad Nama”, “Pokok Nama” dan aktiviti membina
perkataan,

Kaedah Abjad

Berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan suku kata , perkataan dan frasa, membaca ayat dan aktiviti mengeja
menggunakan Bahan Bantu Belajar yang sesuai. Kaedah ini juga dikenali kaedah mengeja. Murid perlu
mengenalpasti nama-nama huruf melalui latihan menyebut dan menghafal abjad a hingga z, huruf besar dan
kecil. Penggunaan Bahan Bantu Belajar amat membantu guru bagi membolehkan murid menguasai aktiviti
membaca. Setelah murid menghafal semua nama huruf, murid perlu di tekankan nama dan bunyi huruf vokal ( a, e,
i, o dan u ). Seterusnya pembentukan suku kata secara berturutan dan diikuti perkataan iaitu latih tubi mengeja.
Pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf dan seterusnya diikuti dengan sebutan suku kata.

Kaedah Suku Kata

Dalam melaksanakan aktiviti seperti menyebut nama huruf abjad A hingga Z, huruf besar dan kecil, menyebut
sukukata V(vocal) dan KV (konsonan vocal), mengeja suku kata, perkataan dan frasa serta latihan membaca ayat
penggunaan bahan Bantu belajar yang sesuai diperlukan bagi membantu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan.

Kaedah Pandang dan Sebut

Aktiviti utama kaedah ini ialah memandang dan menyebut. Kaedah ini memerlukan murid melakukan aktiviti
menyebut perkataan, mencerakin perkataan supaya menjadi suku kata. Ia juga dinamakan kaedah seluruh perkataan
kerana pelajarannya bermula dengan memperkenalkan perkataan terlebih dahulu, barulah huruf atau suku kata.
Seterusnya murid dikehendaki membina dan membaca ayat. Dalam melaksanakan kaedah ini, guru perlu juga
menggunakan bahan bantu belajar seperti kad imbasan, di mana murid menyebut perkataan-perkataan secara
berulang-ulang. Murid sepatutnya memandang gambar objek yang ditunjuk dan seterusnya menyebut perkataannya
pula. Ini bermakna dalam kaedah ini, langkah pertama menyebut perkataan, diikuti mencerakin perkataan supaya
menjadi suku kata. Langkah seterusnya ialah latihan membina dan membaca ayat. Penggunaan bahan Bantu belajar
perlu disediakan oleh guru untuk melaksanakan kaedah ini.

Kaedah Fonik

Menekankan penguasaan murid terhadap hubungan antara huruf dengan bunyi, tanpa mengingat nama huruf.
Bermula huruf vokal, diikuti konsonan dan seterusnya pembentukan sukukata serta perkataan bermakna. Aktiviti
yang boleh dilakukan seperti membunyikan huruf dengan asosiasi benda (Bahan Bantu Belajar). Aktiviti
membantangkan sukukata dan perkataan ialah menyuruh murid menyebut atau membunyikan perkataan tanpa
membatang suku kata menggunakan BBB. Aktiviti seterusnya ialah membaca frasa dan ayat, di mana dengan
menggunakan BBB murid dikehendaki membaca frasa, diikuti aktiviti membaca ayat yang lengkap.
LITERASI BAHASA( PEMULIHAN BACAAN)
Pemulihan Membaca.

Pengenalan

Menurut Atan Long (1976) membaca adalah proses menterjemahkan bentuk


penulisan kepada bacaan atau mendapatkan makna daripada bahan bertulis itu.
Justeru, aktiviti pemulihan membaca perlu dilakukan terhadap murid yang tidak
dapat menguasai kemahiran ini.

Terdapat dua faktor yang menyebabkan seseorang murid itu tidak dapat
membaca:
a) Faktor yang ada pada murid itu sendiri (pembaca)
Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini adalah seperti kecerdasan
berbahasa, kebolehan berbahasa, pengetahuan, dan pengalaman sedia ada.
b) Faktor yang ada pada bahan bacaan.
Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini pula meliputi perbendaharaan
kata, panjang pendek ayat, kendungan bahan, struktur cerita, penggunaan dan
organisasi bahan grafik.

Aktiviti Pemulihan Bacaan.


1. Aktiviti utama dalam mengajarkan pemulihan bacaan adalah pengajaran
fonetik dengan betul. Penghasilan artikulasi yang berbeza akan menyebabkan
penerimaan akustik yang berbeza. Pengajaran bunyi vokal, diftong, dan
konsonan juga perlulah ditekankan. Justeru, guru perlu mengajarkan alat-alat
sebutan bunyi seperti:
•Bibir
•Gigi
•Gusi
•Lelangit keras
•Lelangit lembut
•Anak tekak
•Lidah
•Rongga tekak
•Rongga mulut
4.0 Aktiviti Pemulihan Tulisan

4.1 Cara-cara pelaksanaan rancangan pemulihan

Aktiviti Pemulihan Tulisan


Pada masa ini, rancangan pemulihan yang sedang dijalankan di sekolah ditumpukan di sekolah
rendah. Murid-murid yang tidak dapat mengikuti pengajaran guru bersama murid lain diasingkan,
dan seorang guru pemulihan ditugaskan untuk mengajar murid-murid ini. Beberapa waktu pelajaran
telah diasingkan untuk memberi pengajaran secara individu kepada murid-murid ini. Kelas
pemulihan ini biasanya diberi nama kelas lembam (yang kebetulannya membawa berbagai-bagai
makna negatif). Guru pemulihan yang ditugaskan akan membuat penyelidikan dan penyiasatan
latarbelakang murid, supaya pengajaran benar-benar sesuai untuk murid tersebut.
Peperiksaan penilaian darjah tiga di sekolah rendah pula ialah bertujuan mengesan kelemahan
murid untuk dibetulkan, atau diberi pemulihan dalam darjah empat. Setakat mana perkara ini
dilaksanakan terpulanglah kepada kemampuan dan kesanggupan guru-guru darjah empat. Selaras
dengan keperluan kurikulum di sekolah rendah yang mementingkan kebolehan membaca, menulis
dan mengira, berikut dikemukakan cara-cara pelaksanaan rancangan pemulihan dalam 3M.
Sebelum Sesutu rancangan pemulihan dapat dijalankan, langkah yang pertama sekali ialah untuk
mengesan dan mengasingkan murid yang memerlukan pengajaran pemulihan dalam bidang
membaca, menulis dan mengira. Langkah ini diberi nama saringan. Kemudian, setelah murid-murid
tersebut dikesan dan diasingkan, langkah yang kedua ialah diagnosis, iaitu menentukan jenis
kelemahan secara khusus dalam sesuatu bidang sahaja, sama ada bidang membaca, menulis atau
mengira. Diagosis ini akan memberi petunjuk kepada guru mengenai langkah-langkah khusus dalam
pengajarannnya untuk mengatasi kelemahan murid tersebut.

4.2 Pemulihan membaca

4.2.1 Saringan dan diagnosis.


Beberapa cara dapat digunakan untuk membuat tindakan saringan dan diagnosis untuk mengesan
dan menentukan kelemahan membaca. Cara-cara ini adalah seperti berikut :
1. memerhatikan murid yang sedang membaca.
2. menilai jawapan mereka dari soal selidik guru.
3. menggunakan buku bacaan yang telah dikelaskan.
4. mengkaji pergerakan mata murid ketika membaca.
5. memberi ujian tara.
6. memberi ujian yang direka oleh guru.
7. memilih murid untuk pengajaran pemulihan (atau tambahan).
Sebagai panduan, biasanya lebih daripada satu cara digunakan untuk mengesan dan menentukan
kelemahan membaca.

1. Memerhatikan murid yang sedang membaca.


Cara-cara mengesan murid yang mempunyai masalah membaca ialah dengan memerhatikan murid
yang membuat perkara berikut :
a. Membaca sesuatu muka surat terlalu lama, iaitu murid tersebut tidak menukar muka surat yang
dibaca dengan kadar sepatutnya.
b. Menggerakkan bibir ketika membaca yang sepatutnya tidak perlu.
c. Menggunakan jari atau pensil sebagai petunjuk ketika membaca sesuatu barisan.
d. Menggerakkan kepala (dan bukan mata) ketika membaca.
e. Tidak duduk senang, selalu bergerak-gerak dan melihat keluar ketika membaca.
Perbuatan atau tabiat diatas mungkin menunjukkan bahawa bahan bacaan yang sedang dibaca
oleh murid tidak sesuai, atau tidak diminatinya. Walaupun demikian, perkara-perkara seperti diatas
haruslah dikaji dengan teliti oleh guru untuk menetukan perkaitan diantara tabiat tersebut dengan
sesuatu kelemahan membaca.

2. Menilai jawapan dari soal selidik mengenai tabiat membaca.


Guru boleh menyediakan dan memberikan soal selidik mengenai tabiat membaca kepada murid.
Jawapan-jawapan dari soal selidik ini dapat digunakan oleh guru untuk mengesan sesuatu masalah
khusus dengan lebih lanjut. Tujuan dan matlamat sesuatu rancangan membaca ialah agar murid
mempunyai tabiat membaca, dan terus membaca serta ia akan dapat kepuasan dari membaca.
Berikut diturunkan satu contoh soal selidik yang dapat digunakan oleh guru.

Nama murid : ……………………. Tarikh : ………………………..

1. Apa yang anda buat jika anda tidak berada di sekolah?


2. Adakah anda suka membaca majalah dan buku?
3. Apakah jenis buku yang anda suka baca?
Riwayat hidup
Pengembaraan
Cerita binatang
Dongeng
Berita
4. Namakan buku-buku yang telah anda baca pada tahun lalu dan
tandakan buku yang anda suka.
5. Dari manakah anda dapat buku untuk dibaca?
6. Majalah apakah yang selalu anda baca? Mengapa?
7. Kerja sekolah jenis apa yang anda suka?
8. Apakah cita-cita anda apabila dewasa?

3. Menggunakan buku yang telah dikelaskan


Jika ada buku yang telah dikelaskan mengikut darjah, maka murid yang disyaki mempunyai
kelemahan membaca boleh disuruh membaca buku tersebut. Kemudian kefahaman murid boleh
diuji dengan memberinya soalan-soalan berkaitan dengan perkara yang telah dibacanya. Cara ini
harus dapat dibuat untuk beberapa peringkat, atau kelas bahan bacaan hinggakan murid tersebut
benar-benar dapat membaca pantas dan faham bahan bacaan yang dibacanya. Biasanya, berbagai-
bagai jenis bahan bacaan dikemukakan kepada murid tersebut, kerana bahan sains mungkin
menimbulkan kerumitan, manakala bahan sejarah mungkin didapati lebih senang.

4. Mengkaji pergerakan mata ketika murid membaca.


Pakar-pakar psikologi telah mengkaji pergerakan mata ketika membaca. Dari kajian mereka,
beberapa maklumat telah diperolehi. Antaranya adalah seperti berikut :
a. Ketika proses membaca, mata pembaca bergerak dalam satu siri lompatan di satu barisan
tulisan.
b. Pembaca yang pantas akan membuat perhentian dan pematahan balik yang sedikit ketika
membaca jika dibandingkan dengan pembaca yang lambat. Contohnya seorang murid darjah dua di
Amerika Syarikat didapati telah membuat 200 perhentian (lompatan) untuk membaca 100 perkataan
(20 perhentian untuk 10 perkataan), manakala seorang murid berkebolehan biasa di Gred 8 di
Amerika Syarikat ( tingkatan 2 di Malaysia) membuat 93 perhentian untuk membaca jumlah
perkataan yang sama. Dari kiraan ini, murid darjah dua tadi membuat 50 pematahan balik untuk 100
perkataan (5 pematahan balik untuk 10 perkataan), manakala murid tingkatan dua membuat 17
pematahan balik untuk 100 perkataan seperti yang digambarkan dalam rajah berikut :

Pergerakan mata ketika membaca untuk murid darjah dua.

10 perkataan

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
llllllllll
= 10 perhentian
= 15 pematahan balik

= 10 perhentian
llllllllll
jumlah : 20 perhentian

5 pematahan balik
Pergerakan mata ketika membaca seperti ini adalah petunjuk semata-mata untuk beberapa proses
yang berlaku dalam otak ketika membaca. Untuk pengajaran pemulihan dalam bidang membaca,
tidaklah betul jika matlamat pengajaran pemulihan ialah untuk melatih pergerakan mata semata-
mata. Rancangan pemulihan harus memberi pengalaman membaca kepada murid-murid tertentu.
Rekod pergerakan mata seperti ini harus digunakan untuk mengesan dan menentukan kelemahan
membaca dengan maklumat, atau bukti dari ujian dan cara mengesan yang lain.
Untuk mengira perhentian dan pematahan balik pergerakan mata, alat yang paling mudah dan
paling murah ialah dengan menggunakan cermin biasa. Cermin diletakkan di sebelah kiri halaman
buku, dan murid disuruh membaca halaman kanan. Guru berdiri di belakang murid dan mengira
perhentian dan pematahan balik pergerakan mata murid tersebut ketika membaca. Untuk
memudahkan pengiraan, perhentian dikira terlebih dahulu, dan pematahan balik dikira kemudian,
atau sebaliknya. Dengan sedikit latihan cara ini akan menjadi mudah dan keputusan yang diperolehi
amatlah tepat. Berikut diturunkan jumlah purata perhentian dan pematahan balik bagi murid-murid
berkebolehan biasa dari Gred 1 hingga ke maktab di Amerika Syarikat. Jadual ini adalah untuk
panduan kasar semata-mata, kerana data tempatan tidak diperolehi.

Purata pergerakan mata untuk murid-murid dari berbagai-bagai darjah.

Perhentian untuk 100 perkataan 1


250 2
200 3
175 4
140 5
125 6
120 7
115 Menengah atas 93 Maktab 80
Pematahan balik untuk 100 perkataan

60

50

40

30

25

23

21

17

10

5. Memberi ujian tara

Ada banyak ujian tara yang boleh digunakan untuk menilai peringkat membaca seorang murid,
tetapi hampir kesemua ujian ini telah direka di Amerika Syarikat berpandukan data murid-murid
disana. Tambahan pula ujian ini menguji pembacaan di dalam Bahasa Inggeris. Dengan itu, berikut
diturunkan di antara ujian-ujian bacaan yang lazim digunakan untuk pengetahuan dan makluman
sahaja.
a. “Gates Primary Reading Test” : Ujian ini sesuai digunakan untuk murid gred 1,2, dan 3. Masa
pengujian ialah antara 15 hingga 25 minit.
b. “Gates Reading Survey for grades 3 to 10” : Ujian ini menguji empat aspek pembacaan iaitu
perbendaharaan kata, peringkat kefahaman, kepantasan, dan ketepatan.
c. “Iowa Silent Reading Test” : Sesuai untuk menguji bacaan murid gred 4 hingga 8.
d. “SRA Reading Record” : Ujian ini sesuai digunakan untuk murid-murid gred 8 hingga 13. Ujian ini
menguji 10 kemahiran membaca iaitu kadar kecekapan, kefahaman, maksud perenggan, membaca
direktori, membaca peta, jadual, graf, membaca iklan, penggunaan indeks, perbendaharaan kata
teknikal, makna ayat, dan perbendaharaan kata am.

6. Memberi ujian yang direka oleh guru


Berbagai-bagai cara mengesan dan menetukan kelemahan membaca dikalangan murid dapat
dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah.
Untuk menguji kecekapan membaca, satu cara yang mudah boleh digunakan. Semua murid dalam
bilik darjah disuruh membaca satu bahagian dari buku teks mereka yang belum dibaca mereka lagi.
Semua murid disuruh mula membaca pada masa yang sama, dan disuruh membaca dengan cepat.
Kemudian setelah 10 atau 15 minit, semua murid disuruh berhenti membaca, dan disuruh
menandakan perkataan yang terakhir dibaca. Dari jumlah perkataan yang dibaca dan masa yang
digunakan, kadar kecekapan membaca dapat dikira untuk semua murid dalam bilik darjah tersebut.
Untuk menentukan bahawa murid faham bahan yang dibaca, mereka boleh disuruh menjawab
soalan mengenai perkara yang dibaca. Bahan-bahan lain, selain dari buku teks seperti majalah,
surat khabar, novel, atau bahan bacaan yang sesuai boleh digunakan. Sebaik-baiknya, semua
murid harus membaca bahan yang sama. Untuk menguji kefahaman sahaja, amatlah baik jika masa
yang digunakan oleh murid tidak dihadkan, kerana ujian tersebut bertujuan menguji sama ada murid
benar-benar faham bahan yang dibacanya. Jenis soalan yang boleh digunakan untuk menguji
kefahaman adalah seperti berikut :
a. Soalan yang mengukur kebolehan memahami fakta semata-mata.
b. Soalan yang mengukur kebolehan memahami fakta yang dimaksudkan, atau tidak begiti nyata
dalam bacaan.
c. Soalan yang menguji sama ada murid dapat mengumpulkan maklumat penting dalam sesuatu
perenggan.
d. Soalan yang menilai kebolehan membaca dan memahami soalan.
e. Soalan yang menguji pengetahuan murid mengenai makna perkataan.
Dari ujian-ujian ini, guru bilik darjah dapat membuat skel norma atau purata bagi pembacaan untuk
darjahnya atau untuk sekolahnya.

7. Memilih murid untuk pengajaran pemulihan (tambahan)


Setelah murid diberi ujian ( berbagai-bagai cara lain ) untuk mengesan dan menentukan kelemahan
membaca, guru harus memilih murid yang memerlukan pengajaran pemulihan. Walaupun demikian,
perlu ditegaskan di sini bahawa semua murid perlu memperbaiki teknik membacanya, tidak kira
sama ada murid tersebut perlu pengajaran pemulihan, atau tidak. Murid-murid yang berkebolehan
biasa dan berkebolehan lebih tinggi dalam bilik darjahnya harus diberi pengajaran biasa. Untuk
murid yang jauh ketinggalan dan tiada harapan untuk mengejar kemajuan rakannya dalam darjah
yang sama. Mereka ini harus diberi pengajaran asing atau mereka harus disatukan dengan murid
yang sama kebolehan untuk diberi pengajaran pemulihan. Perkara ini harus dimulakan pada awal
tahun supaya masa tidak terbuang, dan pengajaran pemulihan dapat dimulakan awal-awal lagi.

4.3 Kaedah pengajaran pemulihan membaca dan penilaiannya.

4.3.1 Teknik am
Pengajaran pemulihan ( iaitu kaedah, rancangan dan penilaiannya) harus dilaksanakan berdasarkan
maklumat dari saringan dan diagnosis. Jika kecacatan fizikal yang menyebabkan kelemahan itu (
masalah penglihatan, pendengaran, kekurangan makanan, atau zat makanan, atau penyakit teruk)
maka masalah ini harus dirujuk kepada pihak berkenaan (klinik atau hospital). Kira-kira 95 %
masalah penglihatan dapat diatasi dengan penggunaan kaca mata. Walau bagaimanapun, kerja
pengajaran pemulihan harus jangan dimulakan kiranya masalah fizikal murid yang sepatutnya dapat
dirawati, masih belum diberi pertolongan.
Jika saringan dan diagnosis menunjukkan bahawa murid tersebut amatlah lembab dari segi
kebolehan mental, maka guru harus mengajarnya lebih perlahan dengan menggunakan contoh dan
unit-unit konkrit dalam usaha membina perbendaharaan kata mereka. Oleh kerana murid lembab ini
biasanya tidak suka membaca, kerana terpaksa membaca bahan bacaan yang terlalu susah
untuknya, maka berikut dikemukakan langkah-langkah untuk panduan guru bagi mengatasi masalah
ini.
a. Bincangkan perkara mengenai buku, di mana hendak mendapatkannya, dan maklumat-maklumat
seronok yang terkandung di dalamnya.
b. Suruh murid membaca buku yang senang dan seronok baginya tanpa meminta ringkasan buku
tersebut.
c. Tolong murid mencari dan memilih buku yang senang dan seronok baginya. Cerita pendek,
dongeng dan riwayat yang mengandungi perbendaharaan kata terhad amatlah sesuai untuk murid
ini.
d. Berikan projek kecil, atau aktiviti yang memerlukan pembacaan.
Jika masalah yang dihadapi oleh murid berpunca dari rumah, guru yang bijaksana mungkin dapat
menemui ibu bapa murid tersebut untuk mengurangkan masalah ini jika masalah tersebut dapat
dikawal.
Semua data yang dikumpulkan dari usaha saringan dan diagnosis harus dipertimbangkan dan
digunakan untuk merancang sesuatu rancangan pemulihan. Setip murid yang lemah amatlah
berbeza jika dibandingkan dengan murid lemah yang lain. Rancangan pemulihan dan seterusnya
teknik mengajar haruslah berpandukan maklumat setiap murid dalam rancangan tersebut. Walau
bagaimanapun, ada beberapa prinsip asas yang boleh digunakan.
a. Mulakan pengajaran di tahap kebolehan murid. Kesilapan yang sering dibuat oleh guru ialah
menganggap bahawa seseorang murid itu mengetahui lebih daripada kebolehannya yang sebenar.
Bahan yang baru dan lebih tinggi tidak dapat dipelajari selagi bahan asas belum dikuasai.
b. Murid harus diberitahu selalu mengenai kemajuannya. Kemajuan murid harus ditunjukkan kepada
murid tersebut dengan menggunakan graf, carta atau rekod-rekod lain. Ini akan menggalakkan
murid tersebut berusaha lagi.
c. Kerja, atau pelajaran yang diikuti oleh murid harus penting baginya dan mirip kepada keadaan
sebenar. Latihan mengenai sesuatu semata-mata untuk latihan sahaja tanpa memasukkan perkara-
perkara yang bermakna tidak akan menimbulkan kesan. Keperluan murid harus diambil kira.
d. Murid harus merasa puas mengikuti pelajarannya. Latihan-latihan yang dapat melahirkan rasa
puas hati murid akan mempercepatkan proses pembelajarannya lagi.
e. Latihan-latihan yang banyak dan berbagai-bagai jenis harus diberikan. Murid memerlukan
pengalaman yang baru.

4.3.2 Teknik khusus.


Beberapa teknik khusus boleh digunakan untuk pengajaran pemulihan dalam bidang membaca.
Berikut diturunkan secara kasar teknik khusus yang boleh digunakan diikuti dengan pemerian tiap-
tiap satu secara lebih terperinci.

4.3.2.1 Teknik pengajaran pemulihan membaca.


1. Menambahkan perbendaharan kata.
a. Menambahkan perbendaharaan kata yang dilihat.
b. Membaca selalu.
c. Penggunaan kamus.
d. Kajian perkataan secara sistematik.
e. Kajian punca perkataan.
2. Cara-cara mempelajari perkataan yang belum dikenali.
3. Menambahkan kadar kecepatan membaca.
a. Membaca untuk maklumat penting
i . Latihan
ii . Menyatakan tajuk utama
iii . Menyatakan idea pusat.
iv . Mencari ayat tajuk
v . Membaca sepintas lalu.
b. Membaca untuk maklumat terperinci.

I. Menambahkan perbendaharaan kata


Jika saringan dan diagnosis menunjukkan bahawa seseorang murid itu lemah dalam
perbendaharaan kata, maka latihan latihan dalam perkara ini harus diaturkan. Ini adalah kerana
aktiviti pembacaan bergantung berat kepada penguasaan makna perkataan yang mengcukupi.
a. Perbendaharaan kata yang dilihat. Sebelum memulakan seseorang murid dalam sebarang
rancangan pemulihan membaca, guru harus memastikan bahawa murid tersebut dapat mengenal
perkataan-perkataan yang sering terdapat dalam sebarang bacaan. Dalam Bahasa Inggeris ada dua
ratus dua puluh perkataan yang mewakili lebih dari 50% dari semua bahan bacaan biasa. Senarai
perkataan seperti ini biasanya terdiri dari sendi nama, sendi kata, nama, adjektif, adjektif, adverba
dan berbagai-bagai permainan dapat direka oleh guru bersama dengan murid untuk menguasai
perkataan-perkataan biasa ini. Perkataan-perkataan itu boleh ditulis diatas kad-kad, seperti daun
terup, tiap-tiap satu perkataan diatas satu kad. Kemudian dua orang murid boleh bermain dengan
kad-kad ini. Seorang menjadi pemain dan seorang lagi pembantunya. Kad-kad dicampurkan dan
seorang pembantu akan mengambil satu kad lalu menanya pemain. Jika pemain dapat mengenal
perkataan di kad tadi, maka kad tersebut disimpan, jika tidak kad itu diasingkan dan akan disebut
oleh pembantu, diikuti oleh pemain. Maklumat mengenai kemajuan pemain akan dicatatkan pada
tiap-tiap akhir permainan, iaitu berapa kali betul dan salah, hinggakan semua perkataan itu dikenali.
b. Membaca selalu. Cara yang paling berkesan untuk menambahkan perbendaharaan kata ialah
dengan membaca selalu, dan membaca berbagai-bagai bahan bacaan. Dalam konteks sesuatu
ayat, makna perkataan yang tepat mudah dipelajari. Pelajaran mengenai makna perkataan harus
diperkaitkan secara langsung kepada ayat dalam konteks yang dibaca dan tidak boleh dikaji secara
sendiri.
c. Penggunaan kamus. Murid harus digalakkan menggunakan kamus. Bagi murid sekolah rendah,
kamus yang mudah harus digunakan, tanpa simbol dan definisi makna yang membingungkan. Ujian,
atau latihan yang memerlukan kemahiran menggunakan kamus boleh juga digunakan. Contohnya
adalah seperti berikut :
i . Aturkan perkataan-perkataan sebagaimana ia mungkin terdapat didalam kamus.
ii . Cari makna yang sesuai dari kamus bagi perkataan yang bergaris.
d. Kajian perkataan secara sistematik. Kesan pembacaan dapat ditambahkan lagi dengan satu
rancangan yang sistematik mengenai perkataan. Perkataan yang susah mudah dipelajari dengan
menggunakan latihan yang sesuai senarai berbagai-bagai latihan yang boleh digunakan adalah
seperti berikut :
i . Membuat senarai seerti, berlawanan, dan hononim( perkataan yang sama ejaan dan bunyi tetapi
berlainan makna ).
ii . Mencari perkataan lain untuk perkataan yang terlalu sering digunakan.
iii . Membuat pasangan perkataan di satu senarai dengan senarai yang lain.
iv . Mengisi tempat-tempat kosong dalam perenggan dalam perkataan dalam senarai.
v . Menukar perkataan khusus kepada perkataan am.
vi . Membuat senarai perkataan yang mewakili satu keluarga perkataan yang dibina dari punca yang
sama.
vii . Membuat pasangan perkataan dalam jadual tertentu – seperti nama dengan adjektif, kata kerja
dengan adverba, nama dengan kata kerja.
viii . Menyimpan buku nota untuk perkataan, tiap-tiap satu perkataan diikuti dengan ayat.
ix . Memilih gambar dan membuat senarai perkataan yang sesuai dengan gambar tersebut.
x . Mencari perkataan yang sesuai untuk perkataan percakapan biasa, seperti ‘member’, ‘relax’,
‘best’, dan sebagainya.
xi . Menggantikan perkataan bergaris dengan perkataan serti.
Bermacam-macam lagi latihan boleh direka atas bijakpandai dan pengalaman guru. Latihan seperti
ini boleh digunakan untuk berbagai-bagai peringkat, atau tahap kebolehan membaca. Tahap yang
rendah akan menggunakan perkataan yang mampu digunakan oleh murid ditahap itu.
e. Kajian punca perkataan. Sama ada Bahasa Inggeris, atau Bahasa Malaysia banyak perkataan
menggunakan imbuhan. Kajian makna asal sesuatu perkataan, iaitu tanpa menggunakan imbuhan
akan memudahkan mengingati makna berbagai-bagai bentuk perkataan itu kemudian. Kemudian
makna imbuhan pula harus dikaji supaya makna sesuatu ayat itu jelas difahami dari segi makna asal
dan bersama dengan imbuhannya.

II. Cara-cara mempelajari perkataan yang belum dikenali.


Murid yang kurang cekap membaca biasanya lebih banyak mengetahui makna perkataan, tetapi
tidak dapat mengenalnya secara tulisan. Dalam keadaan ini, guru harus memberi murid pelajaran
fonik (atau bunyi biasa). Banyak cara boleh digunakan untuk belajar menyebut bunyi perkataan,
sama ada dalam Bahasa Inggeris, atau Bahasa Malaysia. Satu daripada cara-cara itu adalah seperti
berikut :
w….. Apakah bunyi yang anda sebut apabila meniup lilin?
r…... Bagaimanakah bunyi kucing berehat?
Sy… Apakah bunyi yang anda sebut untuk memberi isyarat supaya
Jangan bisang?
C …. Apakah bunyi yang anda sebut apabila bersin?
Ow…Apakah bunyi yang anda sebut apabila kesakitan?
O …. Apakah bunyi yang anda sebut apabila sesuatu yang tidak disangka
berlaku.
Gr… Apakah bunyi anjing apabila ia marah? (selain dari menyalak)
Banyak lagi bunyi yang dapat ditambahkan kepada senarai ini dari pengalaman guru bilik darjah.

III. Menambahkan kadar kecepatan membaca.


Apabila seseorang murid itu sudah mula pandai membaca, menambahkan kadar membacanya
adalah perkara yang paling mudah. Kadar kecepatan membaca seseorang murid itu biasanya
bergantung kepada tabiatnya. Berbagai-bagai cara telah dikemukakan dan digunakan dalam usaha
menambahkan kadar kecepatan membaca.
a. Membaca selalu. Cara yang mudah dan yang baik untuk menambahkan kecepatan membaca
iailah dengan membaca selalu bahan bacaan yang mudah dibaca dan yang seronok. Murid yang
lambat membaca biasanya kurang membaca. Mereka hanya membaca buku teks sekolah yang
memerlukan bacaan perlahan, dan perhatian sepenuhnya.
b. Penggunaan masa yang terhad. Cara yang kedua yang mudah digunakan untuk
mempercepatkan kadar membaca ialah dengan menghadkan masa membaca. Katakan sesuatu
cerita, atau rencana itu memerlukan setengah jam untuk dibaca dengan kadar biasa, hadkan masa
ini kepada dua puluh minit pula. Dengan cara ini, pembaca terpaksa membaca pantas supaya
rencana tersebut selesai dibaca pada masa yang terhad itu. Dalam mengikuti cara ini, pada
mulanya setengah-setengah makna dalam rencana itu akan kabur sedikit, tetapi lama-kelamaan
perkara ini dapat diatasi.
c. Penggunaan alat-bantu kadar membaca. Berbagai-bagai alat Bantu kadar membaca telah direka
dan dijual di negara maju. Untuk kegunaan guru bilik darjah di negara ini, cara yang paling mudah
dan murah untuk menambahkan kecepatan muridnya membaca ialah dengan menggunakan
sekeping kad yang ditolak oleh guru, atau rakan murid. Sebelum menggunakan teknik ini, guru
harus memastikan kadar pembacaan seseorang murid terlebih dahulu. Katakan murid tersebut
mengambil masa tujuh saat untuk membaca satu baris. Masa ini boleh dikurangkan kepada enam
saat. Caranya seperti berikut :
i . Suruh murid membaca sesuatu bahan seperti biasa.
ii . Apabila murid tersebut telah membaca satu, atau dua baris, sekeping kad akan digunakan untuk
menutup baris yang baru lalu.
iii . Untuk tiap-tiap satu baris,guru harus mengira enam saat, sama ada dengan menggunakan jam,
atau dengan mengira seperti “satu-ribu-satu”, “ satu-ribu-dua”, dan sebagainya, hingga enam kali
untuk enam saat.
iv . sedikit demi sedikit masa ini boleh dikurangkan agar kadar pembacaan murid tersebut
bertambah cepat.
Berbagai-bagai alat lain boleh digunakan, tetapi kesemuanya menggunakan prinsip yang sama.

IV. Menambahkan kefahaman membaca


Tujuan utama semua rancangan membaca ialah untuk menambahkan kefahaman. Perkara yang
diperkaitkan dengan kefahaman membaca ialah keadaan fizikal, rasa hati, kecerdasan akal,
perbendaharaan kata, kadar membaca, pengalaman membaca, minat dan latihan dalam sesuatu
bidang yang tertentu.
Panduan am untuk menambahkan kefahaman tidak dapat diberikan, kerana kefahaman membaca
biasanya dikaitkan dengan isi kandungan, dan kecekapan tertentu. Walau bagaimanapun, beberapa
keperluan membaca dapat dilatih oleh guru.
a. Membaca untuk maklumat penting. Biasanya, bukan semua perkara dalam sesuatu perenggan itu
penting. Murid harus dapat membaca dan mengingat perkara yang penting sahaja. Perkara lain
tidak perlu diingat, dan membaca perkara yang tidak penting ini dengan teliti adalah membuang
masa semata-mata. Beberapa latihan untuk mencapai matlamat ini dapat dikemukakan oleh guru.
Antaranya adalah seperti berikut.
i . Latihan kefahaman : seperti menanya soalan penting, maklumat penting, memberikan tajuk yang
sesuai, dan sebagainya.
ii . Mengarang tajuk utama : seperti contoh tajuk di surat khabar.
iii . Menyatakan idea pusat : di dalam sesuatu perenggan. Berbagai-bagai bahan bacaan boleh
digunakan untuk tujuan ini.
iv . Mencari ayat utama : latihan mencari ayat utama dalam sesuatu perenggan harus diberikan
juga. Biasanya, murid tidak tahu bahawa kebanyakan perenggan mempunyai ayat utama yang
biasanya terletak di permulaan, atau di akhir perenggan. Kadang-kadang ayat ini mungkin terletak
dimana-mana sahaja dalam perenggan tersebut.
v . Membaca sepintas lalu : kebolehan membaca sepintas lalu harus diajar awal, khususnya untuk
membolehkan murid yang sudah lancar membaca untuk memilih buku yang ingin dibacanya, atau
untuk mencari maklumat penting. Membaca sebuah buku sepintas lal, bukanlah bermaksud
membaca dengan penuh ertikata membaca. Apabila seseorang murid membaca sepintas lalu, ia
hanya mencari maklumat yang dikehendakinya seperti, melihat jadual isi kandungan, dan melihat
bab-bab tertentu secara kasar sahaja tanpa membaca tiap-tiap perkataan. Perkara-perkara kecil,
seperti tajuk kecil, petikan dan sebagainya tidak perlu dibaca. Sebaik-baiknya sebelum membaca
sesuatu bahan bacaan ( kecuali cerita yang seronok) maka lebih baik jika pembaca membaca
bahan itu sepintas lalu secara kasar dahulu, kerana ini akan mengurangkan masa membaca bahan
tersebut sepenuhnya, sebab bentuk keseluruhan bahan itu sudah diketahui.

b. Membaca untuk maklumat terperinci.


Kadang-kadang murid perlu juga membaca Sesuatu perkara dengan terperinci. Contohnya ialah
membaca langkah-langkah tertentu untuk ujikaji, mengikuti peraturan mengenai penggunaan
sesuatu alat dan sebagainya. Bacaan seperti ini memerlukan perhatian yang sepenuhnya agar
perkara-perkara kecil dan terperinci tidak tertinggal.
Sebagai kesimpulan, guru pemulihan membaca membaca perlu mengajar, menggabungkan teknik
dan bahan pengajarannya, dan menilai kemahiran yang diperlukan muridnya supaya dapat
membaca. Berikut diturunkan kemahiran ini untuk panduan guru dan untuk memastikan bahawa
murid tersebut telah menguasainya.
i. Kemahiran dekod : kemahiran persepsi
Persepsi visual setiap huruf
Persepsi visual urutan huruf
Persepsi pendengaran sebutan bunyi – konsonan, diftong dan dwilambang.
Persepsi pendengaran perkataan dalam urutan.
ii . Kemahiran dekod mengenal perhubungan fonem-grafem
Analisa fonetik perkataan.
Analisa struktur perkataan.
Perkaitan perkataan yang dilihat dengan perkataan yang diingat dan disebut : bersama maknanya.
Kemahiran membaca secara automatik.
iii . Kemahiran kefahaman.
Memberi makna sesuatu fakta
Memahami makna satu urutan fakta ( perenggan atau cerita )
Membuat kesimpulan atau penutup
Membuat atau mengingat perkara-perkara yang terperinci dalam sesuatu cerita.
Membuat seperti yang diarahkan.
Mengikuti satu urutan arahan (seperti dalam resepi)
Mencari perhubungan yang menyebabkan sesuatu.
Meramal sesuatu akan terjadi atau berlaku.
Menyelesaikan masalah, termasuk mencari maklumat yang diperlukan.
Menilai maklumat untuk kepentingan dan keesahannya.
iv . Kemahiran belajar.
Mengetahui urutan abjad
Mengetahui dan dapat menggunakan berbagai-bagai bahagian buku (tajuk, jadual isi kandungan,
indeks, glosari, dan sebagainya)
Menggunakan format buku ( susunan buku kepada bahagian tertentu, bab dan perenggan) sebagai
panduan untuk mencari idea penting
Mengelaskan bahan kepada tajuk-tajuk tertentu.
Menggunakan bahan rujukan (panduan telefon, kamus dan sebagainya)
Membaca peta,graf,jadual, dan carta.
Menggunakan fail-fail dan bibliografi.
Membuat rencana kasar dan ringkasan.

You might also like