Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

Pengurusan Kebajikan Terhadap Mualaf: Kajian di Pertubuhan

Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Negeri Sembilan

Norhanani Abdul Rahim1, Mohd Azmir Mohd Nizah2


1
Norhanani binti Abdul Rahim, Dakwah dan Pengurusan Islam, Fakulti Kepimpinan dan
Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia
2
Mohd Azmir Mohd Nizah, Pusat Pengajian Teras dan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan,
Universiti Sains Islam Malaysia

Abstrak
Kebajikan mualaf perlu diutamakan oleh masyarakat Muslim umumnya. Islam
ialah agama yang prihatin, awal-awal lagi agama Islam telah memberi jaminan
bahawa orang yang memeluk Islam dianggap saudara dan perlu dibantu. Oleh itu,
mereka dikenali sebagai saudara baru yang nasib mereka perlu dibela sehinggalah
mereka boleh berdikari, terutamanya daripada segi kebajikan.
Walaubagaimanapun, terdapat banyak laporan dan isu- isu yang melibatkan
masalah kewangan dalam kalangan mualaf akibat dibuang keluarga selepas
memeluk Islam. Oleh yang demikian, PERKIM Negeri Sembilan merupakan
salah satu sebuah organisasi yang bergiat aktif dalam melakukan kebajikan
terhadap mualaf. Golongan mualaf sangat memerlukan bantuan, sokongan dan
tunjuk ajar daripada masyarakat Muslim. Artikel ini membincangkan pendedahan
tentang pengurusan kebajikan terhadap mualaf. Dalam kajian ini, pengkaji
menjalankan kajian berdasarkan 3 objektif penting iaitu, mengenal pasti peranan
PERKIM Negeri Sembilan dalam pengurusan kebajikan terhadap mualaf,
mengenal pasti halangan dan cabaran yang dihadapi mualaf selepas memeluk
Islam, dan menilai keberkesanan pengurusan kebajikan PERKIM Negeri
Sembilan terhadap mualaf. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah
kualitatif iaitu temu bual terhadap pihak yang terlibat secara langsung dan juga
beberapa orang mualaf di samping kajian keperpustakaan. Data-data yang
dikumpul akan dianalisa secara deskriptif bagi mencapai objektif kajian. Diharap
kajian ini dapat membantu pihak berwajib dalam memformulasi pengurusan
kebajikan terhadap mualaf di Malaysia.
Kata kunci: Pengurusan kebajikan, PERKIM, Mualaf
Pengenalan cabaran psikologi seperti cabaran memahami
Kajian bertajuk Pengurusan Kebajikan Islam sebagai agama, tekanan psikologi
terhadap Mualaf: Kajian di Pertubuhan daripada keluarga mereka, keluarga angkat
Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Negeri dan masyarakat seperti tekanan psikologi
Sembilan fokus terhadap perkara yang untuk menyesuaikan diri dengan agama baru.
berkaitan dengan pengurusan kebajikan
mualaf dalam PERKIM Negeri Sembilan. Berdasarkan artikel “Malaysian News Report
Tujuan kajian ilmiah ini adalah untuk on Muslim converts‟ Issues: A Study on
mengenal pasti keberkesanan aktiviti Malaysiakini”oleh Sahad (2013), terdapat
pengurusan kebajikan yang dilaksanakan banyak isu berkaitan dengan kes-kes Mualaf
PERKIM Negeri Sembilan terhadap mualaf. yang mengambil keputusan untuk
meninggalkan agama Islam. Kes-kes yang
Pengurusan kebajikan terhadap mualaf dilaporkan meningkat dengan sungguh
merupakan salah satu isu penting yang perlu banyak. Dapatan kajian ini juga menyatakan
diberi perhatian. Hal ini kerana kebanyakan bahawa Mufti Selangor, Datuk Tamyes
mereka tiada arah tuju selepas memeluk Abdul Wahid mendedahkan bahawa terdapat
Islam (Johari et.,al 2013b). Pengurusan banyak permintaan yang dibuat oleh mualaf
kebajikan terhadap golongan ini perlu untuk meninggalkan agama Islam.
dipertingkatkan dari semasa ke semasa agar Walaubagaimanapun, beliau tidak
keluhuran ajaran Islam dan nikmat hidup mempunyai maklumat mengenai pendedahan
sebagai Muslim dapat dinikmati mereka. itu.
Banyak pihak ingin melihat golongan mualaf
raih kenikmatan beragama setelah memeluk Terdapat beberapa isu yang melibatkan
Islam dan tiada isu-isu besar yang menjadi kesejahteraan mualaf seperti isu kewangan
penghalang bagi mencapai tujuan tersebut. dan intimidasi selepas dibuang keluarga
selepas menukar agama Islam. Petikan
Mualaf selalu berdepan dengan „psychology menurut Fuadah Johari et al, 2013
dilemma‟ yang mana memerlukan menyatakan mualaf telah membuat keputusan
pemahaman, perhatian dan sokongan terbesar dengan menukar agama kepada
daripada masyarakat (Nur A‟thiroh Masyaa‟il Islam sebagai cara hidup. Terdapat lebih
Tan Abdullah.....). Mereka berdepan dengan banyak rangsangan di sekeliling mereka

2
bahawa mereka tidak terbiasa dibuang keluar dan menjadi Muslim. Mualaf disebut juga
dari keluarga, disisihkan dari masyarakat, sebagai saudara baru atau saudara Muslim.
rakan-rakan dan di samping itu mereka
kehilangan pekerjaan dan kehilangan sumber Al-Marbawi pula menyatakan Mualaf
kewangan mereka. bermaksud orang yang baru memeluk Islam.
Perkataan ini berasal daripada dua perkataan
Disebabkan hal yang demikian, bantuan iaitu „Allafa‟ dan „Alifahu‟. Allafa bererti
kebajikan amat diperlukan oleh mereka. taat, dijinakkan dan tunduk patuh. Alifahu
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia pula bermaksud patuh. Gabungan dua
(PERKIM) Negeri Sembilan bergiat aktif perkataan ini memberi maksud Mualaf yang
dalam menguruskan urusan bantuan mana bermakna untuk berubah atau menjadi
kebajikan terhadap mualaf. Kebajikan seseorang yang mengubah agama dan
memainkan peranan penting seperti „to win‟ kepercayaan mereka.
dan „to soften‟ dalam memenangi dan
melembutkan hati golongan Mualaf untuk Kasimin, A (1985) menyatakan dalam
mengikuti Islam sebagai cara hidup. jurnalnya "Saudara Baru Cina di Wilayah
Persekutuan dan Selangor [New Chinese
Pengurusan kebajikan terhadap mualaf sangat Muslims in Wilayah Persekutuan and
penting ditekankan oleh organisasi yang Selangor]" bahawa definisi terkini
bertanggungjawab agar ia dilaksanakan dan mengatakan Mualaf adalah individu yang
diurus dengan baik demi menjaga kebajikan yakin dan hati dijinakkan dengan harapan
golongan mualaf. bersedia untuk menguatkan pegangan mereka
kepada Islam atau individu-individu yang
Kajian Terdahulu: Konsep Mualaf mendorong mereka untuk memeluk agama
Menurut Mohd, Azdi, & Razali, (2016) Islam.
dalam artikel mereka yang bertajuk
“Penerimaan Penggunaan Istilah Mualaf Ensiklopedia Islam menjelaskan bahawa
Dalam Kalangan Mualaf Di Malaysia”, perkataan Mualaf berasal dari bahasa Arab
Mualaf merupakan mereka yang telah 'Al-Muallafa Qulūbuhum' yang bermaksud
bertukar pegangan agama dan kepercayaan "orang-orang yang hatinya menang" atau
mereka yang sebelum ini kepada agama Islam "hati-hati yang memerlukan kelembutan".

3
Selain itu, frasa sebenar adalah berkaitan agama Islam. Cabaran dan masalah mampu
dengan Al-Quran dalam Surah Al-Tawbah: menggugat keimanan mereka sekiranya ia
60, yang bermaksud: tidak benar-benar teguh. Pelbagai masalah
“Sesungguhnya sedekah-sedekah yang dihadapi mereka sama ada dari segi
(zakat) itu hanyalah untuk orang- emosi, adat, budaya, ekonomi, kekeluargaan,
orang fakir, dan orang-orang miskin, kerjaya, birokrasi, perundangan dan
dan amil-amil yang mengurusnya, sebagainya. Masalah seperti ini boleh
dan orang-orang muallaf yang merebak lebih serius dan mengakibatkan
dijinakkan hatinya, dan untuk mualaf kembali kepada agama asal (murtad)
hamba-hamba yang hendak seandainya tidak diatasi dengan segera
memerdekakan dirinya, dan orang- (Lokman Ab. Rahman 1995:62).
orang yang berhutang, dan untuk
(dibelanjakan pada) jalan Allah, dan Menurut Ghafar, Don, Puteh, & Kawangit
orang-orang musafir (yang (t.t) dalam artikel mereka “Isu dan Cabaran
keputusan) dalam perjalanan. Dalam Dakwah Saudara Baru”, antara
(Ketetapan hukum yang demikian itu cabaran dan masalah besar yang sering
ialah) sebagai satu ketetapan (yang membelenggu mereka ialah penyingkiran
datangnya) dari Allah. Dan oleh ahli keluarga mereka sendiri. Secara
(ingatlah) Allah Maha Mengetahui, umumnya ahli keluarga mereka menganggap
lagi Maha Bijaksana.” menukar agama kepada agama Islam adalah
Dari frasa di tersebut, Mualaf sememangnya satu bentuk pengkhianatan dan penghinaan
wajar diberikan zakat (kebajikan) untuk kepada keturunan kerana mereka merasa
'memenangi' dan 'melembutkan' hati mereka seperti terputus ikatan kekeluargaan. Mereka
bagi mempermudahkan mereka dalam juga beranggapan bahawa Islam adalah hanya
meneruskan Islam sebagai cara hidup. untuk orang Melayu. Oleh hal yang
demikian, ada di kalangan mualaf yang
Cabaran dan Masalah Yang Dihadapi disingkirkan oleh keluarga mereka sendiri.
Mualaf
Golongan mualaf tidak terlepas dari pelbagai Selain daripada itu, pandangan negatif dan
cabaran dan masalah dalam menjalani prejudis dari masyarakat Melayu Islam juga
kehidupan yang serba baru setelah memeluk merupakan cabaran dan masalah bagi mualaf.

4
Menurut Ghafar, Don, Puteh, & Kawangit memeluk Islam. Pada peringkat awal mereka
(t.t) lagi, terdapat beberapa orang mualaf terpaksa berdepan dengan masalah
yang sempat mereka temui di PERKIM dan penyingkiran daripada ahli keluarga sendiri,
MACMA menyatakan bahawa cabaran cabaran penerimaan mereka dari masyarakat
peringkat awal pemelukan Islam yang Melayu Islam dan kehilangan hak pusaka
terpaksa didepani selain penyingkiran oleh setelah memilih agama Islam sebagai cara
ahli keluarga ialah penerimaan dari golongan hidup. Sekiranya tidak mengatasi dan
masyarakat Melayu Islam. Kebanyakan kaum menangani cabaran dan masalah yang
Melayu menganggap mualaf memeluk Islam dihadapi oleh mualaf ini, ianya kan
kerana mempunyai motif dan kepentingan mengkeruhkan keadaan sehinggakan mampu
tertentu. Sebagai contoh, memeluk Islam untuk memesongkan kembali golongan ini
demi berkahwin dengan Muslim semata- kepada agama asal mereka dan gaya hidup
mata. Selain itu, kaum Melayu juga asal mereka
menganggap mualaf sebagai orang Islam
kelas belakang (kedua). Metodologi
Dalam mentepatkan bukti empirikal terhadap
Tambahan lagi, mualaf juga terpaksa kajian ini, metodologi kualitatif melalui
mendepani masalah kehilangan hak untuk pendekatan temu bual pegawai PERKIM
mendapat harta pusaka keluarga. Ini adalah Negeri Sembilan dan beberapa orang mualaf
antara masalah membelenggu mereka kerana akan dibuat.
mereka tidak lagi berhak untuk mewarisi
harta pusaka setelah memeluk Islam. Hal ini Metode adalah suatu yang sangat penting
boleh mengakibatkan mereka kembali kepada dalam kajian ilmiah bagi memperoleh hasil
agama asal demi mendapatkan hak yang tidak diragui. Sesuatu penyelidikan
perwarisan tersebut. Oleh itu, wajarlah yang tidak mengguna pakai metode yang
golongan mualaf merupakan salah satu dari sesuai dan betul boleh mengakibatkan hasil
lapan asnaf yang layak menerima kajian dipertikaikan kesahihannya.
pembahagian zakat.
Kajian kuantitatif merupakan kajian secara
Pelbagai cabaran dan masalah yang terpaksa induktif iaitu pengkaji membina konsep,
mualaf hadapi sebagai saudara baru yang hipotesis dan teori untuk di kembangkan,

5
dinyatakan dan dijelaskan. Kajian kualitatif
dijalankan untuk mendapatkan maklumat Keputusan & Perbincangan
terperinci dan mendalam bagi memperolehi Tahap yang paling sukar kepada mualaf ialah
jawapan kepada persoalan kajian. Menurut untuk berkongsi agama barunya dengan
Patton, M. Q., (2002), Kajian kualitatif juga keluarga mereka. Kebanyakan mereka akan
bertujuan memahami keadaan sebenar merasa bersalah terhadap keluarga dan
fenomena dan konteks kajian tanpa sebarang saudara-mara mereka dan menjadi takut
manipulasi oleh pengkaji. keputusannya ditentang. Keluarga mungkin
teragak-agak untuk mengakui perubahan
Pendekatan metode temu bual merupakan agama anak-anak mereka kerana merasa
kaedah yang memerlukan subjek dan seperti mereka telah kehilangan anak-anak
pengkaji turut hadir sama semasa proses mereka atau mereka yang salah hukum
memperoleh dan mengumpul maklumat. mengenai Islam seperti keganasan dan hak-
Metode ini bererti cara yang digunakan oleh hak wanita. Seperti yang dinyatakan oleh A.
seseorang bagi mendapatkan keterangan atau Majid et al, (2010) dalam penulisannya,
pendirian secara lisan daripada responden. terdapat juga beberapa kes majoriti mualaf
Menurut M. Majid (1998), maklumat pengkaji yang akan merasa tersasar dalam mencari
akan diperolehi secara langsung oleh guru atau sumber untuk memelihara iman
penyelidik daripada subjek atau informan. mereka. Walau bagaimanapun, kebanyakan
mereka menghadapi masalah seperti terdetik
Dalam sesi temu bual yang diadakan, pengkaji perasaan rasa tidak diterima oleh komuniti
akan mengajukan soalan-soalan kepada pihak Islam.
berkaitan dengan pengurusan kebajikan
terhadap mualaf dan cabaran-cabaran yang Secara kerap, mualaf mungkin kelihatan
dihadapi mualaf setelah memeluk agama Islam. janggal kerana mereka tidak terbiasa dengan
Melalui metode ini, maklumat yang berkaitan persekitaran mereka. Oleh itu, mereka
dengan pengurusan kebajikan dan cabaran- memerlukan bantuan dan mentor daripada
cabaran mualaf setelah memeluk agama Islam komuniti umat Islam untuk memberi tunjuk
dapat diperolehi daripada pihak yang ajar kepada mereka, menyokong mereka, dan
berautoriti dan bertanggungjawab dalam membimbing mereka melalui pengembaraan
melakukan tugasan tersebut. baru mereka sebagai seorang Muslim.

6
Apabila mereka mempunyai seseorang yang Aktiviti dakwah kepada mualaf merangkumi
telah memberi amaran kepada mereka penerangan, pengIslaman, kelas bimbingan
mengenai isu-isu ini dan sentiasa membantu agama, khidmat nasihat dan kaunseling,
mereka, memberi tunjuk ajar kepada mereka, program muhibbah bersepadu, pusat
dan menjawab soalan-soalan mereka, mereka perkhidmatan, ijtimak saudara baru dan unit
merasa seperti disokong (Johari et al., 2014). Dakwah Bergerak atau dikenali sebagai
Klinik Bergerak. Manakala dari segi
Oleh hal yang demikian, Pertubuhan pendidikan, PERKIM menyediakan Institut
Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP).
merupakan pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) memainkan peranan penting dalam Manakala dari segi cabaran dan masalah yang
mengurus kebajikan terhadap mualaf. dihadapi mualaf, pengkaji dapati banyak
faktor-faktor yang menjadi cabaran bagi
Peranan PERKIM yang meliputi kebajikan mualaf setelah memeluk Islam. Menurut
tercatat dalam Perlembagaan PERKIM Ghafar, Don, Puteh, & Kawangit (t.t),
(1991;2). Peranan PERKIM dalam terdapat beberapa orang mualaf yang mereka
menguruskan kebajikan terhadap mualaf ialah temui di PERKIM mendedahkan bahawa
menjalankan semua kerja-kerja kebajikan cabaran peringkat awal pemelukan Islam
termasuk memberi bantuan, derma, biasiswa yang terpaksa didepani ialah penerimaan dari
atau dermasiswa kepada yang berkelayakan golongan masyarakat Melayu Islam.
dan menjalankan amal jariah yang lain kepada Kebanyakan kaum Melayu menganggap
yang sakit, miskin, susah dan daif. mualaf memeluk Islam kerana mempunyai
motif dan kepentingan tertentu. Sebagai
Banyak usaha-usaha dalam menjalankan contoh, untuk memudahkan urusan
aktiviti telah dirangka oleh PERKIM perniagaan dan sebagainya dengan orang
khususnya untuk golongan mualaf bagi Melayu Islam.
menjaga kemaslahatan dan kebajikan mereka.
Menurut F. Lokman Tah (2009), PERKIM Secara umumnya, pengkaji dapati
bertanggungjawab untuk membantu, penyingkiran mualaf daripada keluarga turut
memimpin dan memberi tunjuk ajar kepada menjadi cabaran dan masalah pada awal
golongan mualaf. pemelukan Islam. Tambahan pula, imej Islam

7
sering kali dikaitkan dengan kemunduran, menjalankan amal jariah yang lain kepada yang
keganasan, kemiskinan dan juga pelbagai sakit dan miskin perlu diutamakan oleh
pandangan yang negatif. Hal ini telah masyarakat Muslim. Sebagai saudara baru,
membangkitkan perasaan takut dan impak pelbagai cabaran dan masalah yang dihadapi
yang pelbagai terhadap penganut agama lain. mereka. Cabaran dan masalah yang mereka
Implikasi yang timbul dari perkara tersebut hadapi ialah penyingkiran daripada keluarga,
menyebabkan wujudnya penentangan dari kewangan dan masalah penerimaan dari
keluarga untuk menganut agama Islam. Oleh golongan masyarakat Melayu Islam. Oleh itu,
itu, pelbagai cara dilakukan daripada oleh PERKIM Negeri Sembilan memainkan peranan
keluarga untuk menghalang ahlinya dari penting dalam menangani cabaran dan masalah
terjurus dengan Islam sama ada dengan tersbut iaitu dengan memantapkan lagi
menghalau, memukul, memarahi dan juga pengurusan kebajikan mereka terhadap mualaf.
mengusir mereka dari rumah. (Mohd Ridhuan
Tee Abdullah 1996). Terdapat saranan dan cadangan bagi membantu
meningkatkan pengurusan kebajikan
Terdapat kes murtad dalam golongan mualaf Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
atas rentetan beberapa sebab antaranya (PERKIM) Negeri Sembilan terhadap
dibuang kerja. Marlon (2014) mendedahkan kebajikan Mualaf iaitu menyediakan
bahawa mualaf yang kehilangan sumber infrastruktur serta kemudahan yang mencukupi
pendapatan iaitu dibuang kerja selepas bagi menampung keperluan mualaf yang makin
majikan yang bukan Islam mendapatinya bertambah. Hal ini dapat menjinakkan hati
memeluk Islam, maka perkara ini akan mualaf terhadap agama Islam dan tidak akan
memberikan impak yang besar kepada orang menyebabkan mualaf berasa susah apabila
Islam. Hal ini kerana pihak-pihak yang memeluk agama Islam.
terlibat tidak mampu memberinya pekerjaan
Rujukan
baru untuk meneruskan kehidupan.
Al-Quran, Juz 10, Ayat 60.
Firdaus Lokman Tah. 2009. Buletin PERKIM.
Kesimpulan
Wawasan Dalam Berdakwah.Disember.
Kerja-kerja kebajikan terhadap mualaf seperti
Ghafar, A., Don, H., Puteh, A., & Kawangit, R.
memberi bantuan, derma, biasiswa atau
M. (t.t.). Isu Dan Cabaran Dalam
dermasiswa kepada yang berkelayakan dan
Dakwah Saudara Baru.

8
Johari, F., Ridhwan, M., Aziz, A., Ibrahim, M. (2016). “Penerimaan Penggunaan
F., Fahme, A., & Ali, M. (2013b). The Istilah Mualaf Dalam Kalangan Mualaf
Roles of Islamic Social Welfare Di Malaysia”, (July).
Assistant (Zakat) for the Economic Patton, M. Q., Qualitative Evaluation and
Development of New Convert, 18(3), Research Methods. Ed ke-3.
330–339. (Thounsand Oaks, CA: Sage
Kasimin, A. (1985). Saudara Baru Cina di Publication Inc (2002), 39.
Wilayah Persekutuan dan Selangor Sahad, M. N. (2013). Malaysian News Report
[New Chinese Muslims in Wilayah On Muslim Converts’ Issues : A Study
Persekutuan and Selangor]. Selangor: On Malaysiakini *, 3(13), 62–66.
UKM Bangi.
Lokman Ab. Rahman. 1995. Cabaran
memilih Islam. Melaka: Balai Islam
Melaka.
Mariam binti Abd. Majid, Ab. Aziz bin Mohd
Zin & Fakhrul Adabi bin Abd. Kadir.
2010.
Marlon Pantino Guleng. (2014). Penyesuaian
Diri Mualaf Terhadap Masyarakat
dalam Kalangan Pelajar Institut
Dakwah Islamiah Perkim (IDIP).
Bangi: Penerbit UKM
Mohd Majid Konting, Kaedah Penyelidikan
Pendidikan. (Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1998) 237.
Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 1996. Saudara
kita selepas memeluk Agama Islam,
cabaran dan penyelesaiannya. Kertas
Kerja Seminar Dakwah Saudara Kita Se
Malaysia 1996.
Mohd, W. A. N., Azdi, F., & Razali, W. A. N.

You might also like