Pemodenan Meiji

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 27

1.

0 PENDAHULUAN

Pada era pemodenan ini, kita dapat melihat negara Jepun merupakan antara negara
Asia Timur yang moden setanding dengan negara moden Eropah lain. Pemodenan ini
dapat dilihat melalui penggunaan jentera, teknologi canggih dan terkini serta kaedah-
kaedah yang dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Namun, usaha modenisasi ini
bukanlah sesuatu yang mudah dicapai. Disebalik perkara ini, Jepun merupakan sebuah
negara yang mempunyai sejarah lampau yang menarik. Ketika zaman pemerintahan
Shogun Tokugawa lagi, mereka sudah mula mencorakkan satu perubahan kearah pra-
pemodenan. Pemerintahan Shogun Tokugawa merupakan antara pemerintahan yang
paling lama di Jepun, terutama dalam bidang politik kerana kerajaan mereka adalah
lebih kepada bentuk ketenteraan. Semasa era pemerintahan Tokugawa inilah
wujudnya kuasa daripada golongan daimyo dan samurai yang dilihat begitu
berpengaruh. Walau bagaimanapun, semasa era Tokugawa, dasar pemencilan dari
dunia luar sangat menonjol. 1 Melalui dasar ini, dikatakan orang asing telah dilarang
dan diharamkan daripada memasuki negara Jepun. Tetapi, atas desakan daripada
negara asing, Tokugawa terpaksa bertindak dengan membuka laluan ke Jepun. Perkara
ini telah menyebabkan kejatuhan Tokugawa menjadi sangat cepat.

Terdapat dua pendapat yang menyebutkan tentang kejatuhan pemerintahan


Shogun Tokugawa, pendapat pertama adalah disebabkan desakan daripada negara luar
yang menyuruh Tokugawa membuka dasar pemencilan atau dasar tutup pintu secara
paksa. Kemudian, pendapat kedua adalah disebabkan kedatangan Perry dari Amerika
Syarikat yang telah memasuki pelabuhan dengan tujuan menjalinkan hubungan
perdagangan dengan Jepun.2 Dikatakan atas desakan untuk melakukan perubahan
ekonomi itu sedikit sebanyak telah merosakkan asas-asas bakufu.3 Walaupun pendapat
kedua itu dikatakan kurang tepat kerana perkara itu dilihat begitu kecil untuk
menggulingkan Jepun, kerajaan Tokugawa tetap mengalami kejatuhan kerana tidak
mampu menyediakan langkah-langkah yang lebih mantap untuk mengelak daripada
serangan anti-bakufu yang semakin berleluasa. Perkara ini secara tidak langsung telah

1
Faezah Kassim, Agama dan Falsafah Di Jepun: Perkembangan dan Pengaruh Terhadap Pemikiran
Orang Jepun, Universiti Malaysia Sabah, 2003, Hlm 8.
2
Ibid., Hlm 9.
3
Richard Storry, Sejarah Jepun Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia,
Kuala Lumpur, 1967, Hlm 67.

1
menyebabkan kerajaan Tokugawa mula berubah tangan kepada kerajaan Meiji yang
dilihat boleh memberi laluan kepada pemodenan negara Jepun.

Semasa penguasaan kerajaan Meiji daripada tahun 1868 hingga tahun 1912,
mereka mula melakukan perubahan sedikit demi sedikit yang akhirnya membawa
perubahan besar kepada negara Jepun. Mereka telah melakukan perubahan dimana
mereka mengembalikan semula kuasa Maharaja yang sebenar iaitu Maharaja
merupakan ketua tertinggi dalam masyarakat Jepun. 4 Jika dilihat semasa pemerintahan
Shogun Tokugawa, Maharaja tidak diberi kuasa yang sepatutnya kerana secara
keseluruhan kuasa pemerintahan dan pentadbiran Jepun terletak pada kuasa shogun.

Pemerintahan Meiji telah menekankan empat slogan sebagai bukti dan teras
dalam memajukan negara Jepun kepada rakyatnya. Slogan yang digunakan ialah
Fakoku Kyohei iaitu menyediakan kekuatan ketenteraan dan menguatkan ekonomi
negara. Kemudian, Bumei Kaiko iaitu meningkatkan tahap kecerdikan rakyat terutama
dalam struktur pendidikan. Seterusnya, Shokusah Kogyo iaitu berusaha dalam
menjalankan perindustrian berat dan mereka turut menggunakan slogan Kokusai
Kankei iaitu menjalinkan hubungan dengan masyarakat antarabangsa. Setiap daripada
slogan kata itu adalah sebagai tindak-tanduk Maharaja Meiji memulakan pemodenan
yang bersifat unggul di Jepun.

Pemodenan negara Jepun yang dikenali sebagai Tanah Matahari Terbit ini
semasa pemerintahan Meiji merupakan satu pemodenan sejarah yang terbesar yang
perlu disanjung kerana pemerintahan Meiji telah berjaya menewaskan dan
mengalahkan kerajaan Keshogunan Tokugawa yang sudah hampir 200 tahun
memegang tampuk kepimpinan negara Jepun. Pemerintahan Meiji sangat membawa
kepada perubahan yang besar melalui slogan yang dibina kerana daripada situlah
setiap perubahan itu dapat dilihat walaupun masih ada penentangan daripada
sebahagian pihak. Perubahan itulah yang dikatakan sebagai usaha-usaha Meiji dalam
memodenkan Jepun terutama daripada segi politik, ekonomi dan sosial.

4
Faezah Kassim, Agama dan Falsafah Di Jepun: Perkembangan dan Pengaruh Terhadap Pemikiran
Orang Jepun, Universiti Malaysia Sabah, 2003, Hlm 9.

2
2.0 PEMODENAN MEIJI DALAM ASPEK POLITIK

2.1 PENGHAPUSAN SISTEM FEUDAL

Sistem feudal merupakan sebuah sistem yang telah lama digunakan di negara
Jepun. Sistem ini mula dilihat sangat berkuasa semasa zaman pemerintahan Ieyasu
Tokugawa. Semasa pemerintahannya adalah bercorak sistem kelas iaitu dibahagikan
kepada kelas pemerintah dan kelas diperintah. Kelas pemerintah merupakan golongan
atasan yang mempunyai kuasa kepada golongan bawahan ( kelas diperintah) yang
terdiri daripada Maharaja, Shogun, Daimyo dan Samurai. Manakala, golongan
bawahan terdiri daripada para petani, peladang, pedagang dan juga tukang-tukang
mahir. Setiap daripada golongan pemerintah tersebut, terdapat tugas-tugas khas yang
telah ditetapkan keatas mereka. Sebagai contoh, Maharaja tidak memegang tampuk
pemerintahan, sebaliknya Shogun yang berkuasa dalam sebuah pemerintahan. Disini,
Maharaja hanyalah sebagai simbol ketua negara dan perpaduan antara rakyat. Shogun
turut dibantu oleh Daimyo (golongan bangsawan) dan Samurai (golongan panglima)
yang mempunyai keistimewaan masing-masing.

Sistem ini bukanlah sistem yang terus digunakan hingga ke hari ini, kerana
pada zaman pemerintahan Maharaja Meiji, sistem ini mula dihapuskan. Secara
rasminya, Maharaja Meiji mula berkuasa di Jepun pada tahun 1867 dan dengan kuasa
yang dimilikinya, Maharaja Meiji mula mengetengahkan beberapa usul dalam Ikrar
Piagam (Charter Oath), antaranya menghapuskan adat-adat lama yang boleh
menghalang daripada pemodenan berlaku seperti sistem feudal, golongan atasan
diminta supaya tidak memandang rendah kepada golongan bawahan dan perlu wujud
persamaan taraf antara golongan atasan dan bawahan. 5 Usul ini telah diwujudkan
untuk memudahkan proses pembaharuan dan melaksanakan dasar baharu yang
memerlukan sokongan padu daripada rakyat negara Jepun. 6

Penghapusan sistem feudal ini telah memakan masa yang agak lama sehingga
berlaku pertumpahan darah kerana terdapat golongan yang masih mempunyai taat
setia kepada Tokugawa yang bangkit memberontak. Namun begitu, akhirnya

5
Muhd Yusof Ibrahim, Jepun Selepas Meiji, Penerbitan Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur,
1972, Hlm 3.
6
Ibid, Hlm 3 .

3
Maharaja Meiji tetap berjaya menggulingkan kerajaan yang dulunya berkuasa di
tangan Shogun Tokugawa itu. Bukan itu sahaja, bilangan daimyo juga telah
dikurangkan dan mereka telah diminta untuk menyerahkan tanah jajahan secara
sukarela kepada Maharaja. Walaupun pada mulanya agak sukar untuk menyerahkan
tanah jajahan mereka, tetapi atas pengaruh besar daimyo daripada Satsuma, Choshu,
Hizen dan Toza, akhirnya penyerahan tanah jajahan itu berjaya dilakukan. Walau
bagaimanapun, mereka yang pernah menjadi daimyo telah dilantik untuk menjadi
gabenor di tanah jajahannya. Hal ini demikian kerana, untuk mengelakkan pergaduhan
berlaku. Oleh itu, daimyo yang telah menjadi gabenor itu akan bertugas sebagai ejen
di kerajaan pusat.7

Setelah pembubaran Daimyo, pembubaran Samurai pula dilaksanakan.


Walaupun Samurai telah dibubarkan, namun telah ditubuhkan satu Pasukan Tentera
Kebangsaan. 8 Pasukan ini tidak mengehadkan kemasukan pelajarnya kerana syaratnya
perlu umur lebih daripada dua puluh tahun dan mempunyai badan yang sihat dan
cergas.9 Jika dilihat semasa zaman Takugawa, Samurai hanya dihadkan kepada anak-
anak Samurai sahaja dan hanya mereka yang boleh memegang tampuk pemerintahan
Samurai. Maka dengan itu, sistem itu terus diubah dan tidak hanya dihadkan kepada
golongan itu sahaja. Maharaja Meiji turut melakukan pengharaman terhadap golongan
Samurai iaitu tentang gaya rambut “chonmage” atau sanggul dan pembawaan senjata
kemana-mana sahaja seperti pedang yang sentiasa gantung dipinggang.10

Walaupun pada awalnya Samurai menerima dengan senyap tentang


pembaharuan yang dilakukan, ada juga terdapat pemberontakan kerana tidak puas hati
terhadap apa yang diimpikan. Namun, kerajaan Meiji tetap berjaya mengalahkan
Samurai kerana mereka sudah bersedia daripada segi mental dan fizikal dan mereka
sudah memiliki kecanggihan peralatan senjata yang lebih moden yang didatangkan
daripada negara Barat. Oleh itu, mereka terus kecundang dan perlu akur serta taat setia
kepada pemerintahan kerajaan Meiji. Maka, pengahapusan sistem feudal telah berjaya
dilakukan secara menyeluruh sehingga tahun 1877.

7
Muhd Yusof Ibrahim, Jepun Selepas Meiji, Penerbitan Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur,
1972, Hlm 4.
8
Ibid, Hlm 4.
9
Ibid, Hlm 5.
10
Richard Storry, Sejarah Jepun Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia,
Kuala Lumpur, 1967, Hlm 75.

4
2.2 MEWUJUDKAN ANGKATAN TENTERA DARAT DAN LAUT

Selepas penghapusan segala sistem feudal, pada tahun 1870-an, Maharaja


Meiji mula memikirkan cara untuk menjadikan negara Jepun terus kuat dibawah
kekuasaannya. Maharaja Meiji mula memberikan tumpuan secara khusus kepada
mewujudkan angkatan tentera darat dan laut.11 Segala ilmu untuk mewujudkan
angkatan tentera darat dan laut, hanya dimiliki oleh negara-negara barat, maka dengan
itu, Maharaja Meiji telah menghantar beberapa orang utusannya untuk mendalami
ilmu-ilmu tersebut. Pemilihan orang utusan yang dihantar tidak dipilih hanya secara
rawak, tetapi mestilah mereka yang mempunyai pengetahuan dan kebolehan tentang
ilmu yang ingin dipelajari itu.

Pada akhir zaman pemerintahan Tokugawa, mereka sudah mula menghantar


orang di bawah kerajaannya untuk mendalami ilmu-ilmu dari negara-negara barat,
namun setelah kerajaan mula bertukar tangan kepada pemerintahan Maharaja Meiji,
mereka masih meneruskan dan terus mengembangkan lagi untuk mempelajari ilmu di
negara-negara barat yang dilihat dapat memberikan faedah kepada negara Jepun.
Mereka yang dihantar untuk mempelajari ilmu itu telah dihantar ke negara England
untuk mempelajari ilmu perkapalan dan angkatan laut, manakala ke negara Jerman
untuk mempelajari ilmu tentera darat dan perubatan, ke negara Perancis untuk
mempelajari ilmu undang-undang, dan ke Amerika Syarikat untuk belajar tentang
ilmu perniagaan. 12

Segala ilmu yang dipelajari daripada negara-negara barat inilah yang akan
mewujudkan satu corak kepimpinan yang khusus terutama dalam proses ingin
mewujudkan angkatan tentera darat dan laut. Dengan ini, kekuatan kerajaan Meiji
akan mula terlihat hasilnya dan sekaligus mereka boleh menentang ancaman kuasa-
kuasa barat yang dilihat mula menyebarkan kuasa pengaruhnya di Jepun.

11
Faezah Kassim, Agama dan Falsafah Di Jepun: Perkembangan dan Pengaruh Terhadap Pemikiran
Orang Jepun, Universiti Malaysia Sabah, 2003, Hlm 10.
12
Edwin O. Reischauer, Jepun Dahulu dan Sekarang, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian
Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, 1970, Hlm 122-123.

5
2.3 PEMBENTUKAN PERLEMBAAGAN NEGARA JEPUN 1889

Akibat daripada terlalu minat dengan mempelajari pengetahuan yang baharu,


mereka langsung tidak memikirkan tentang perkara lain. Mereka dikatakan terlalu
sebok mendirikan kekuatan negara sehingga merasakan permintaan untuk
mewujudkan lembaga perwakilan adalah tidak penting.13 Permintaan untuk
mewujudkan lembaga perwakilan ini juga adalah disebabkan rasa tidak puas hati
terhadap sistem politik pada ketika itu yang banyak menghapuskan adat dan tradisi
kuno yang disebutkan dalam Ikrar Piagam 1868. Maka dengan itu, Itagaki Taisuke
dari Tosa dan sebahagian kecil penduduk Jepun seperti bekas ahli-ahli oligarki
(pemerintahan yang dijalankan oleh sekumpulan kecil yang berkuasa) yang terdiri
daripada sarjana, penulis, tuan-tuan tanah, dan pembuat arak telah menubuhkan
persatuan politik. Persatuan politik inilah merupakan persatuan politik terawal yang
telah dibentuk menjadi sebuah parti iaitu “Parti Liberal” ataupun Jiyuto. Kemudian,
Okuma Shigenobu dari Hizen telah menubuhkan sebuah parti lain yang dinamakan
Kaishinto ataupun “Parti Progresif”. Kedua-dua parti ini tidak bertahan lama kerana
telah wujud “Parti Imperialis” ataupun Rikken Teisei yang ditugaskan untuk
menentang kedua-dua parti tersebut.14

Walau bagaimanapun, kerajaan Jepun telah memikirkan untuk menubuhkan


majlis perwakilan kebangsaan. Perintah maharaja itu adalah sebagai pemberian
istimewa kepada permintaan supaya mewujudkan sebuah kerajaan yang mempunyai
wakil-wakil rakyat didalamnya. Dengan mewujudkan kerajaan yang sebegini, Jepun
telah dilihat sebagai negara yang secara tidak langsung mengikuti contoh daripada
negara-negara barat iaitu Jerman, Perancis, Amerika Syarikat dan Britain. 15 Perkara
ini sangat-sangat menjadi kebanggaan buat Ito Hirobumi dan Yamagata Aritomo
daripada Choshu. Dengan itu, wujudlah Perlembagaan Jepun pada tahun 1889. Ito
telah ditugaskan untuk merangka perlembagaan, maka dengan itu, Ito telah melawat
negara Eropah untuk mengkaji dengan lebih dalam tentang perlembagaan asing. Ito

13
Edwin O. Reischauer, Jepun Dahulu dan Sekarang,, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian
Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, 1970, Hlm 123.
14
Richard Storry, Sejarah Jepun Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia,
Kuala Lumpur, 1967, Hlm 82-85.
15
Ibid., Hlm 85.

6
turut mendapatkan khidmat nasihat tentang perlembagaan daripada Lorenz von Stein,
von Gneist dan turut berunding dengan Bismarck tentang hal perlembagaan. 16

Perlembagaan itu telah menetapkan bahawa semua kuasa pemerintahan


terletak dibawah kuasa Maharaja. Maharaja mempunyai kuasa terhadap segala yang
ada di negara Jepun termasuk perkara berkaitan perang dan ketenteraan. Namun, tidak
sewenangnya boleh dilaksanakan, perkara ini perlu mempunyai persetujuan daripada
dewan perwakilan atau Parlimen Maharaja (Imperial Diet).17 Sesuatu undang-undang
juga tidak akan disahkan jika tidak mendapat kelulusan daripada Parlimen atau
Shugiin.

3.0 PEMODENAN MEIJI DALAM ASPEK EKONOMI

Pemulihan Jepun atau juga dikenali dengan Revolusi atau Pembaharuan Meiji
merupakan salah satu peristiwa yang menyaksikan kemunduran dan pengakhiran
zaman Shogun Tokugawa. Pemerintahan Shogun Tokugawa mengalami kejatuhan
berikutan beberapa perkara seperti tekanan ekonomi, penentangan dasar isolasi dan
kedatangan orang Barat ke Jepun. Sorotan peristiwa itu maka bermulalah pemulihan
18
kuasa dan kemunculan pemerintahan Meiji. Antara aspek utama yang diberikan
perhatian dan pembaharuan dalam pemerintahan Meiji ialah ekonomi. Banyak
perubahan yang dilakukan oleh pemerintahan Meiji berbanding dengan pemerintahan
sebelumnya yang mengamalkan dasar isolasi dan sistem sakin kotai. Kegiatan
ekonomi amat penting dalam pembangunan sesebuah negara terutama negara Jepun
yang menekankan slogan “Fukoku Kyohei” yang bermaksud kuatkan tentera, kuatkan
ekonomi. Perkara ini berkaitan dengan usaha pemerintah era Shogun Tokugawa yang
terakhir iaitu mempromosi kegiatan industri untuk tujuan ketenteraan.

Namun, semasa pertengahan abad ke-16, kegiatan dalam negeri dan


antarabangsa berkembang dengan pesat kerana peranan pedagang. 19 Ekonomi
mengalami lompatan daripada revolusi perindustrian kepada tahap perkembangan

16
Ibid., Hlm 85.
17
Richard Storry, Sejarah Jepun Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia,
Kuala Lumpur, 1967., Hlm 86.
18
Ardath W. Burks, Japan : A Postindustrial Power, Westview Press, Boulder, 1984, Hlm. 95.
19
Edwin O. Reischauer, Albert M.Craig, Japan : Tradition and Transformation, Houghton Mifflin
Company, Boston, 1978, Hlm. 73.

7
teknologi yang maju.20 Kegiatan ekonomi bukan sahaja boleh meningkatkan taraf
hidup penduduk malah dapat menjana pendapatan negara. Terdapat pepatah oleh
Alexander Hamilton iaitu “A national debt, if it is not excessive, will be to us a
national blessing.” Hal ini kerana, taraf hidup penduduk boleh diubah kerana
wujudnya peluang-peluang pekerjaan daripada perkembangan pelbagai industri seperti
industri pertanian dan pembinaan. Kerajaan Jepun melibatkan 100% warganegaranya
dalam segala urusan ekonomi. Oleh itu, peluang pekerjaan juga mampu meningkatkan
kuasa beli penduduk terhadap barang asas dan barang keperluan. Walau
bagaimanapun, kita tidak dapat menafikan bahawa pemodenan dalam aspek ekonomi
mampu mengurangkan kadar import negara sekaligus membantu dalam proses
pembandaran negara Jepun. Kejayaan Jepun dalam aspek ekonomi merupakan
fenomena yang luar biasa jika dibandingkan pada zaman dahulu dan hari ini.

3.1 MEMODENKAN SEKTOR PERTANIAN

Usaha utama pemerintahan Meiji dalam meningkatkan ekonomi ialah


memulakan kegiatan pertanian secara moden. Ini kerana kemajuan dalam bidang
pertanian merupakan titik permulaan atau asas kepada perkembangan perindustrian
pada pada tahun 1868 itu. Sektor pertanian menjadi penyumbang terbesar kepada
peningkatan ekonomi Jepun kerana mampu meningkatkan kadar pengeluaran
pertanian terutama bekalan makanan iaitu tanaman padi. Usaha yang dilakukan dalam
pemerintahan Meiji dalam aspek pertanian ialah menghantar para pelajar Jepun ke
luar negara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Pemerintah Meiji mengatakan
bahawa Jepun memerlukan kemahiran dan pengetahuan baru. Itu merupakan deklarasi
penting bahawa ilmu dalam segala bidang perlu dicari dari seluruh dunia. “Knowledge
shall be sought throughout the world” dan seperti yang diperkatakan oleh Monique
Rockliffe “Pursue knowledge as though it is your life-blood, then you will know
greatness!” Oleh itu, pada tahun 1871, kira-kira seramai 54 orang pelajar menyertai
Program Iwakura ke luar negara. 21

20
Ardath W. Burks, Japan : A Postindustrial Power, Westview Press, Boulder, 1984, Hlm. 100.
21
Edwin O. Reischauer, Albert M.Craig, Japan : Tradition and Transformation, Houghton Mifflin
Company, Boston, 1978, Hlm. 161.

8
Di samping itu, Jepun mendapatkan bantuan kepakaran dan kemahiran pihak
yang professional iaitu mengimport tenaga pakar asing untuk mengajar di Jepun.
Pakar-pakar asing ini diambil daripada pelbagai negara seperti Britain, Amerika dan
Jerman sebagai tengaga pengajar di kolej dan universiti. Dalam aspek pertanian,
pelbagai teknik, nasihat dan panduan yang diberikan oleh pakar-pakar pertanian ini.
Para petani turut diberikan panduan penanaman supaya dapat meningkatkan
pengeluaran dan menghasilkan tanaman yang bermutu. Mereka mempelajari teknik
pertanian moden secara lebih mendalam. Antaranya ialah kaedah semaian, kaedah
penanaman, penggunaan baja kimi dan racun perosak dan kaedah-kaedah lain. Walau
bagaimanapun, pertanian bercorak moden tidak tertumpu kepada teknik penanaman
sahaja tetapi untuk mendalami cara mengendalikan jentera moden, cara mengawal
penyakit pada tanaman serta teknik pemasaran hasil pertanian. Seterusnya, sektor
pertanian Jepun mengimport pelbagai jenis tanaman, bekalan bijih benih dan baja
yang terbaik daripada luar. Baja kimia pula digunakan secara ektensif dalam
penanaman. Penggunaan baja yang berkualiti mampu menggalakan pertumbuhan
tanaman. Dalam perkara ini, terdapat baja kimia dan baja organic yang terhasil
daripada bahan-bahan berbeza dan boleh membantu penghasilan buah atau
pentumbuhan daun pada tanaman.

Pembukaan tanah-tanah secara meluas juga berlaku kerana sektor pertanian


merupakan penyumbang terbesar kepada negara. Langkah ini telah memberikan
peluang pekerjaan kepada penduduk untuk menceburi bidang pertanian. Namun,
hanya beberapa kawasan yang sesuai untuk aktiviti penanaman. Mereka menggunakan
kaedah tanaman bergilir. Sesuatu bidang tanah digunakan dua hingga ke tiga kali
setahun mengikut musim. Jenis tanaman yang berbeza akan memberikan nutrient
kepada struktur tanah dan menjadikan tanaman tumbuh dengan subur. Usaha ini telah
meningkatkan penghasilan beras berbanding tahun-tahun sebelumnya. Jenis tanaman
di setiap kawasan adalah berbeza. Contohnya, teh ditanam di kawasan Shizuoka dan
tembakau pula dihasilkan di kawasan Kagoshima.22 Kegiatan penanaman cendawan,
kekacang, sayur-sayuran dan kentang pula dilakukan di kawasan pergunungan.
Namun, terdapat beberapa kawasan yang dikenal pasti tidak sesuai untuk aktiviti

22
John F. Embree, The Japanese Nation : A Social Survey, Greenwood Press, United States Of
America, 1975, Hlm. 50

9
pertanian. Kawasan tersebut ialah Shikoku, Honshu dan Kyushu. 23 Untuk membantu
bidang pertanian, beberapa sistem pengairan, saliran dan empangan dibina.

Di Hokkaido, rakyat Jepun memperoleh pekerjaan baru dalam bidang


penternakan. Namun, bidang ini dijalankan secara kecil-kecilan. Petani
mengendalikan penternakan lembu dan penghasilan susu yang berkualiti. Permintaan
daging mentah yang tinggi daripada luar menyebabkan bidang ini berkembang
meluas. Dalam masa yang sama, penternakan lembu juga dilakukan di beberapa
daerah lain seperti Kobe, Tohoku dan Iwate. Baka-baka lembu diimport daripada
Australia. Usaha lain yang dilakukan oleh kerajaan Meiji bagi memajukan sektor
pertanian ialah membuka sekolah-sekolah dan maktab berteraskan pertanian
ditubuhkan. Perkara ini jelas menunjukkan pemerintahan Meiji cuba melakukan
pembaharuan dalam ekonomi Jepun dengan perancangan yang berkesan terutama
dalam bidang pertanian. Negara Jepun tidak lagi bergantung kepada hasil percukaian
kerana bidang pertanian semakin pesat dijalankan. Aktiviti pertanian juga mencapai
kemajuan dan semakin dikomersialkan kerana telah menyumbang kepada pendapatan
negara serta meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan luar bandar dan
pendalaman.

3.2 PERKEMBANGAN PERDAGANGAN LUAR DAN PEMBUKAAN


PELABUHAN

Sebelum berlakunya pemulihan Meiji, negara Jepun mengamalkan dasar tutup


pintu iaitu menjalankan dasar pemencilan serta kegiatan ekonomi di dalam negara
sahaja. Beberapa faktor yang menyebabkan Jepun bertindak melaksanakan dasar tutup
pintu ini seperti untuk mengelakkan penaklukan kuasa asing terhadap Jepun. Kuasa-
kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, Rusia dan Sepanyol merupakan ancaman
terhadap kesejahteraan politik Jepun. Dasar pemencilan ini berlaku selama 250 tahun
semasa pemerintahan Shogun Tokugawa sehinggalah pemerintahan Meiji, Maharaja
Mutsuhito yang mengambil alih tampuk pentadbiran. Dasar buka pintu Jepun berlaku
apabila komodor Angkatan Laut Amerika Syarikat, Matthew Perry menandatangani
perjanjian Kanagawa pada tahun 1854 dengan Shogun Tokugawa untuk membenarkan

23
Ibid. Hlm. 49

10
mereka melabuhkan kapal di dua buah pelabuhan iaitu di Shimoda dan Hokadate.24
Sejurus itu, pemerintahan Meiji telah menjalankan aktiviti perdagangan secara meluas
dan komersial. Antara barangan atau tanaman yang didagangkan ialah beras, sutera,
teh dan tanaman-tanaman lain. Jepun yang terdiri daripada pulau-pulau seperti
Hokkaido, Honshu, Shikoku dan Kyushu telah memberi ruang untuk Maharaja Meiji
membina pelabuhan. 25 Beberapa pelabuhan dibuka dan menjadi pelabuhan utama di
Jepun seperti di Tokyo, Nigata, Osaka, Yokohama dan Kyoto. Pelabuhan-pelabuhan
ini menjadi lokasi tumpuan pedagang berlabuh dan lokasi pertukaran barang
dagangan. Aspek geografi yang strategik juga menjadikan Jepun sebagai tempat
persinggahan pedagang. Setelah itu, kuasa-kuasa besar dunia mengambil peluang atas
kegiatan perdagangan Jepun ini untuk meluaskan lagi kuasa mereka dengan
menguasai Jepun. Antara kuasa-kuasa besar tersebut ialah British dan Perancis.

3.3 KEGIATAN PERINDUSTRIAN

Perkembangan ekonomi dan penghasilan barangan industri yang murah di


negara-negara seperti India dan China telah mempengaruhi Maharaja Meiji untuk
menjalankan beberapa aktiviti perindustrian bagi membangunkan ekonomi yang stabil
dan pesat. Meskipun agak sukar untuk bersaing dengan negara-negara lain dan
dipandang rendah oleh Amerika Syarikat dan Eropah, ini tidak memusnahkan usaha
pemerintahan Meiji. 26 Antara usaha yang dilaksanakan ialah penghasilan sutera secara
besar-besaran. Pada tahun 1882, seorang pengusaha Jepun telah menggerakkan usaha
menubuhkan syarikat penghasilan sutera. Pengusaha tersebut telah melakukan
perubahan terhadap proses penghasilan sutera iaitu menggunakan kaedah moden
seperti yang digunakan di negara-negara Barat yang mampu menghasilkan sutera
dengan lebih banyak dan berkualiti. Syarikat tersebut dikenali sebagai Osaka Cotton
Spinning Company. Industri sutera telah menyumbang banyak terhadap pembangunan
ekonomi Jepun berekoran terdapat permintaan yang tinggi dan pasaran di negara
Eropah serta kualitinya yang baik setelah menggunakan teknologi moden dalam

24
Maswari Rosdi, Sejarah Timur Jauh, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 1994, Hlm. 184
25
W. Scott Morton, The Japanese : How They Live and Work, Charles E. Tuttle Company, Japan,
1984, Hlm. 13.
26
John F. Embree, The Japanese Nation : A Social Survey, Greenwood Press, United States Of
America, 1975, Hlm. 54.

11
penghasilannya. Perkembangan dalam aktiviti eksport bagi produk sutera telah
membantu mengimbangi import asing.

Sementara itu, pemerintahan Meiji telah membina dan menaiktaraf industri


ringan seperti kertas, pemprosesan makanan dan aktiviti penapisan gula. Sumber
bahan mentah bagi gula dibekalkan oleh penduduk tempatan. Terdapat juga kegiatan
perindustrian lain yang melibatkan penghasilan kain bulu di Senju, tekstil dan kilang
memintal kapas di Nagoya. Manakala, kilang penghasilan simen beroperasi di
kawasan Fukugawa. Dalam masa yang sama, kegiatan perindustrian berat juga aktif
dijalankan. Pembinaan kilang membuat senapang, peluru dan meriam telah
diwujudkan di Osaka dan Tokyo bagi membantu industri pertahanan. Pada lewat
tahun 1880, kedua-dua industri ringan dan industri berat mencapai kemajuan yang
mampu menyumbang kepada kepesatan ekonomi Jepun.

Sepanjang pemerintahan Meiji antara tahun 1868-1912 itu juga, industri


perkapalan diperkembang di Jepun. Hal ini berikutan aktiviti perdagangan yang
semakin pesat dan kewujudan pelabuhan di beberapa kawasan di Jepun seperti Osaka
dan Tokyo. Pemerintah Meiji yang pada awalnya kurang memberi perhatian kepada
industri perkapalan, akhirnya melakukan dasar dan melibatkan Jepun dalam sektor ini.
Namun begitu, ini tidak bermakna Jepun mundur dalam aktiviti perkapalan kerana
terdapat kapal-kapal kecil di beberapa pelabuhan yang digunakan sebagai
pengangkutan hasil pertanian. Tindakan pemerintah Meiji untuk memodenkan industri
perkapalan ini bukan sahaja memberi satu anjakan pembangunan ekonomi malah,
dapat memastikan keselamatan dan kedaulatan negara Jepun stabil dan terjamin. Hal
ini kerana, Jepun turut membina kapal perang sebagai persediaan untuk menetang
musuh. Contohnya, peperangan yang berlaku pada tahun 1904 menentang Rusia yang
sememangnya sebuah kuasa besar dunia. Kini, Jepun mampu duduk sama rendah,
berdiri sama tinggi dengan kuasa-kuasa Barat yang lain. Pada tahun 1875, Jepun telah
berjaya membina dua kapal perang di Limbungan Ngasaki . Kejayaan ini juga diikuti
dengan penghasilan 33 buah kapal pada tahun 1883.

12
3.4 SISTEM KEWANGAN DAN PERBANKAN

Pemerintahan Meiji telah melaksanakan dasar dan menubuhkan institusi


kewangan seperti bank untuk mentadbir urusan kewangan negara. Pada tahun 1873,
beberapa buah bank ditubuhkan di sekitar Jepun. Bank berperanan sebagai penasihat
kewangan yang kukuh disamping memudahkan urusan dan juga menstabilkan
kewangan negara. Pada tahun 1872, Mitsui Bank ditubuhkan diikuti dengan Bank
Negara yang berunsurkan model Amerika Syarikat. Mitsui Bank merupakan salah satu
bank kerajaan yang mengutip cukai dan membekalkan deposit. Namun, Mitsui Bank
ditukar kepada sebuah syarikat swasta pada tahun 1876. Pada tahun1882, Jepun
berjaya menubuhkan Bank Pusat Jepun yang akan mengawal kewangan negara.
Menjelang akhir abad ke 19, banyak bank kewangan ditubuhkan bagi membantu
dalam pertumbuhan ekonomi Jepun. Sistem mata wang yen telah diperkenalkan pada
1871 secara rasminya menggantikan mata wang yang digunakan pada zaman Shogun
Tokugawa. Pelbagai jenis mata wang kertas dan syiling yang digunakan pada zaman
Shogun Tokugawa dikumpulkan sebagai koleksi. Sebelum zaman Tokugawa,
penduduk Jepun mengamalkan sistem barter semasa urusan jual beli. Penggunaan
mata wang yang seragam mampu meningkatkan kekayaan dan produktiviti kerja. Oleh
itu, kita dapat melihat perubahan yang dilaksanakan oleh pemerintahan Meiji dalam
memodenkan ekonomi terutama dalam sistem kewangan Jepun.

Sementara itu, pada lewat tahun 1880, kerajaan Meiji telah menjual sektor
perindustrian kepada syarikat swasta. Beberapa syarikat swasta atau Zaibatsu yang
merupakan gabungan kewangan telah membeli sektor perindustrian Jepun dan
menjadi suatu kuasa besar serta memonopoli ekonomi Jepun. Mereka menjalankan
pelbagai kegiatan ekonomi seperti perbankan dan penjualan insurans. Mitsui, Iwasaki
(Mitsubishi), Sumitomo dan Yasuda empat nama syarikat swasta yang besar di bawah
Zaibatsu yang unggul dan terkenal. 27 Selain itu, terdapat syarikay Kawasaki, Asano,
Shibusawa yang juga sebahagian daripada Zaibatsu. Pengasas utama Zaibatsu, Yasuda
Yenjiro telah memberikan perkhidmatan kepada Jepun dalam bidang perbankan.
Beliau menyediakan perkhidmatan dasar cukai semenjak zaman Shogun Tokugawa
lagi. Setiap anggota Zaibatsu memainkan peranan besar dalam menstruktur dan

27
John F. Embree, The Japanese Nation : A Social Survey, Greenwood Press, United States Of
America, 1975, Hlm. 55.

13
memajukan ekonomi Jepun. Mereka mampu menstabilkan dan mengimbangi
kewangan negara Jepun.

3.5 MEMBANGUNKAN INFRASTRUKTUR DAN PERHUBUNGAN

Perkembangan dalam sektor perindustrian telah mendorong pemerintah Meiji


untuk memperbaharui insfrastruktur dan perhubungan di Jepun. Pembinaan jalan
kereta api telah dimulakan pada tahun 1872 dan ini merupakan kereta api pertama
yang diwujudkan. Laluan kereta api ini menghubungkan dua kawasan iaitu antara
Yokohama dan Tokyo.28 Pembinaan jalan kereta api ini bukan sahaja untuk
mengangkut barang tetapi sejumlah penumpang yang ramai. Pembinaan laluan kereta
api dikembangkan di antara tahun 1883 dan tahun 1890. 29 Seterusnya, Jepun turut
menyediakan servis perkhidmatan pengeposan surat dan barang yang melibatkan
bandar-bandar utama ke kawasan-kawan pendalaman. Contohnya, antara bandar
Osaka dan Tokyo. Selain itu, telegraf yang diciptakan oleh warganegara Amerika
Syarikat juga diperkenalkan di Jepun. Talian telegraf dibina untuk memudahkan
komunikasi berikutan perkembangan perindustrian yang berlaku. Telegraf merupakan
alat yang berperanan dalam mengirim dan menerima pesanan untuk suatu destinasi
yang berbeza dan jauh. Pada 1893, terdapat 400 kawat telegraf dibina di seluruh Jepun
dan semakin bertambah dari tahun ke tahun berikutnya.

Justeru itu, pemodenan yang dilakukan oleh Jepun sedikit sebanyak mendapat
pengaruh daripada negara-negara Barat. Modenisasi yang digerakkan oleh
pemerintahan Meiji telah membawa Jepun ke dimensi yang berbeza. Loncatan berlaku
apabila Jepun yang yang dikenali sebagai negara pertanian, membangun maju sebagai
sebuah negara perindustrian yang gah dan ternama.

28
W. Scott Morton, The Japanese : How They Live and Work, Charles E. Tuttle Company, Japan,
1984, Hlm. 96.
29
Edwin O. Reischauer, Albert M.Craig, Japan : Tradition and Transformation, Houghton Mifflin
Company, Boston, 1978, Hlm. 154.

14
4.0 PEMODENAN MEIJI DALAM ASPEK SOSIAL

Jepun terkenal sebagai sebuah negara maju yang Malaysia sendiri jadikan
sebagai role model dalam pelbagai aspek terutamanya aspek pembangunan dan
ekonomi. Masyarakat Jepun secara sosialnya dapat dilihat secara amnya adalah
masyarakat yang rajin dan tidak membazir masa. Pemulihan Meiji yang dilakukan
oleh Maharaja Meiji setelah beliau memegang tampuk pemerintahan Jepun pada 1868,
membawa perubahan yang besar dalam sejarah Jepun, memusnahkan kuasa besar
shogun dan mengembalikan peranan maharaja sebagai pemerintah mutlak dan utama.

4.1 PENDIDIKAN

Zaman sebelum pembaharuan oleh maharaja Meiji, sistem pendidikan di Jepun


sangat rigid dan tegas dengan hanya membenarkan anak bangsawan sahaja yang
menerima pendidikan. Pendidikan rendah adalah terhad kepada ilmu agama di kuil
yang tidak seimbang. Pendidikan tinggi terhad hanya kepada anak-anak kelas samurai
dan beberapa peniaga kaya yang mempunyai peluang dan keinginan untuk menghadiri
sekolah beberapa guru swasta di salah sebuah bandar besar.30 Satu sebab yang
mungkin untuk kekurangan kemudahan pendidikan untuk orang awam adalah doktrin
kuno yang lama milik Confucius yang menyatakan ‘golongan petani sepatutnya
mengikut tetapi tidak sepatutnya mengetahui’. Ini antara sebab yang menyebabkan
pelan praktikal dan sekular pendidikan ditetapkan dalam undang-undang tahun 1872
dan pada tahun 1890, dan ditambah baik oleh falsafah pendidikan kebangsaan. Sistem
pendidikan termasuk sekolah rendah yang untuk menyediakan enam tahun pendidikan
wajib untuk semua kanak-kanak, beberapa buah sekolah menengah dan beberapa buah
university serta guru-guru kolej. Organisasi pendidikan ini pada peringkat awal dibina
sekitar tahun 1872 semasa undang-undang asas pelajaran menjadi isu penggabungan
banyak cara pembelajaran daripada system persekolahan negara Eropah dan Amerika.
Dalam bidang lain pula, adaptasi cara Barat pada awal masa Meiji diikuti oleh tindak
balas yang membawa kepada penekanan baru terhadap prinsip moral tradisional dalam
kerajaan dan pendidikan.31

30
John F. Embree, The Japanese Nation : A Social Survey, Greenwood Press, United States Of
America, 1975, hlm. 132.
31
Ibid, hlm. 131-132.

15
4.2 KETENTERAAN

Kerajaan Meiji memberikan tumpuan kepada aspek pertahanan negara dengan


mewujudkan angkatan tentera terdiri daripada tentera darat dan tentera laut yang kuat
mengikut acuan negara Barat. Tujuannya menentang ancaman kuasa-kuasa Barat yang
mula memberi ancaman di Jepun sekitar tahun 1870-an.32

Semasa zaman Meiji, golongan lelaki Chosu (Yamaguchi), seperti Yamagata


mendominasi pertahanan dari aspek polis tentera, golongan lelaki Satsuma
(Kagoshima), seperti Togo menguasai hubungan tentera laut berbeza dengan masa
kini dimana general dan panglima datang dari hampir pelbagai daerah. 33

Empayar Jepun menyatakan tentera dan pelaut dapat ditentukan kebaikannya,


sebagai seorang tentera kesetiaan, keberanian, kesetiaan dan keadilan dan
kesederhanaan. Pernyataan tersebut walaupun diisukan oleh Maharaja Meiji, namun ia
adalah semangat yang sedikit berbeza daripada semasa zaman feudal. Untuk
menyelaraskannya, aspek asas dalam latihan ketenteraan adalah seishin kyoiku atau
latihan spiritual, yang pada dasarnya merupakan pengabdian kebaikan jati Jepun
tradisional. Ia mementingkan disiplin diri, menghadapi segala perkara pelik dan
mengangkat maruah bangsaserta negara. Sedikit tambahan dalam penekanan kesetiaan
kepada Maharaja dan mati untuk Maharaja adalah satu penghormatan tertinggi. 34

Organisasi umum askar tentera yang dibina sekitar 1870-an bercorak seperti
system negara Jerman kerana mengambil kira kemenangan Jerman mengalahkan
Perancis pada tahun 1871. Semasa zaman Meiji, kebanyakan pegawai tentera dan
tentera laut mempunyai latar belakang samurai, namun ia berubah mengikut masa.
Rakyat biasa yang tiada latar belakang samurai juga memasuki akademi ketenteraan
dan menerima komisen sehinggalah pada 1941, dicatatkan kurang daripada lima puluh
peratus sahaja waris samurai dalam kumpulan pegawai tentera. Putera kerajaan juga
berada di dalam kalangan pegawai tentera dan ketua komander adalah Maharaja.35

32
Faezah Kasim, Agama dan Falsafah di Jepun, Universiti Malaysia Sabah, Sabah, 2004, hlm. 10.
33
John F. Embree, The Japanese Nation : A Social Survey, Greenwood Press, United States Of
America, 1975, hlm. 99-100.
34
Ibid, hlm. 102-103.
35
Ibid,hlm. 103.

16
Walaupun tentera ditekankan disiplin yang ketat dan fahaman Shinto Negara
yang kukuh, masih juga diterapkan unsur demokrasi. Walaupun pegawai sukar naik
pangkat seperti yang datang daripada sekolah latihan ketenteraan, mereka masih
bergaul dengan baik seperti melakukan aktiviti sukan bersama dan melakukan kaji
kritik perihal ketenteraan. Pegawai yang lebih muda diberi peluang untuk meluahkan
pendapat dan idea untuk penambahbaikan. 36

Selepas tentera pulang daripada latihan, mereka menjadi ahli Persatuan


Simpanan. Ia merupakan sebuah persatuan kebangsaan yang mempunyai cawangan di
setiap daerah. Melaluinya, askar dapat memberikan kawalan walaupun dimasa aman.
Askar simpanan ini juga membantu menstabilakan keamanan dengan undang-undang
dan arahan semasa dalam krisis seperti banjir atau kebakaran. Askar mengekalkan
polisinya dan sistemnya di wilayah luar negeri.37

Tentera laut pada masa itu kurang menyerlah berbanding tentera darat dan
mereka juga lebih rapat dengan golongan kapitalis dan orang atasan. Terdapat
persaingan antara tentera darat dan tentera laut namun tidak memberi kesan buruk
keatas sebarang operasi dan perancangan ketenteraan. Kerana kuasa politik dan sosial
yang dipegang oleh pihak atasan ketenteraan di Jepun, ramai bijak pandai negara itu
memilih bidang itu.38

4.3 IDEOLOGI DAN KEAGAMAAN

Pemimpin pada zaman Meiji memutuskan untuk memperkukuh asas kerohanian


masyarakat dan masyarakat dalam bentuk Shinto Negara yang dijadikan agama rasmi.
Ajaran Shinto memusatkan tumpuan kepada maharaja sebagai objek utama negara
yang terpenting dan sebagai penggerak negara.39 Ajaran Konfucius juga diamalkan
oleh masyarakatnya yang berperanan memperkuat nilai-nilai tradisional berdasar
kepada etika dan ideology. Berdasarkan buku yang saya baca, menyatakan pada tahun
1878, maharaja bersetuju menerima pandangan golongan tradisionalis iaitu
menekankan unsur Konfusian di dalam system pendidikan. Pada zaman itu juga
terdapat dua agama baharu yang berkembang iaitu Tenrikyo dan Konkokyo.

36
Ibid.
37
John F. Embree, The Japanese Nation : A Social Survey, Greenwood Press, United States Of
America, 1975, hlm. 104.
38
Ibid.
39
Faezah Kasim, Agama dan Falsafah di Jepun, Universiti Malaysia Sabah, Sabah, 2004,hlm. 10.

17
Weltanschuung ialah ilmu pengetahuan dan diajadikan kepercayaan anggota
masyarakat. Ia menjadi asas kepada perlakuan sosial sebagai satu penerimaan
bersama. Penyampaian adalah secara lisan dan mempengaruhi aliran pemikiran dan
tindakan anggota-anggota masyarakat dalam usaha menyesuaikan diri dengan alam
sekitar.40 Weltanschuung menurut Kamus Dewan pula bermaksud pandangan
menyeluruh individu tehadap kehidupan manusia sejagat. Weltanschuung ini akan
menjadi asas kepada sesebuah masyarakat dalam memahami alam sekitar mereka. 41

Sikap orang Jepun terhadap fungsi agama dalam kehidupan tidak jauh beza
dengan pendirian orang Cina ekoran dasar kepercayaan mereka adalah memuja roh-
roh nenek moyang serta alam. Masyarakat Jepun mengamalkan agama-agama
Buddha, Islam dan Kristian. Jumlah penganut untuk setiapa agama adalah berbeza dan
mereka mencampuradukkan agama matahari dengan agama nenek moyang. Hampir
tiada perbezaan kecuali orang Jepun menganggap Maharaja mereka adalah Tuhan.

4.3.1 Agama Shinto

Agama Shinto adalah kepercayaan yang tidak berorganisasi, tidak mempunyai


kitab-kitab, perantara atau nabi seperti agama lain. Shinto atau dikenali juga dengan
nama kami-no-mici, ‘Jalan Kami’ dan ‘ Jalan Tuhan ‘ adalah agama purba Jepun.
Kami bererti tuhan atau dewa. Kadang diertikan juga sebagai ‘jiwa’ atau ‘roh’.
Perkataan Shinto muncul kerana orang-orang Cina pada zaman awal percaya adanya
roh kebaikan dan roh kejahatan. Roh kebaikan dinamakan Shin. Kemunculan fahaman
Lao-Tse memperkenalkan Tao dan muncullah perkataan Shinto yang mulanya dikenali
Kamii-no-michi itu.42

Agama Shinto di Jepun mendapat namanya setelah kedatangan pengaruh Cina.


Sebelumnya ia hanyalah kepercayaan animism biasa. Fahaman ini menyerap idea dari
fahaman agama-agama yang datang kemudian, menjadikan Shinto sebagai sebuah
agama yang hanya terdapat di Jepun.

Menurut Weltanschuung Shinto, manusia makhluk yang baik dan tiada istilah
dosa dalam kehidupan Shinto meletakkan dunia sebagai tumpuan utama. Dalam

40
Ibid, hlm. 15.
42
Faezah Kasim, Agama dan Falsafah di Jepun, Universiti Malaysia Sabah, Sabah, 2004, hlm. 23.

18
kepercayaan ini, ada tiga dunia iaitu ‘Takama-no-hara’ ( syurga ), ‘Yomi-no-kumi’
(dunia bawah atau neraka), dan ‘Tokoyo-no-kuni’ (dunia). Takama-no-hara ialah dunia
bercahaya yang lebih baik berbanding dunia nyata dan merupakan tempat tinggal bagi
kami (Tuhan). Yomi-no-kuni merujuk kepada destinasi akhir orang mati, situasinya
digambarkan sebagai gelap dan tercemar. Tokoyo-no-kuni mempunyai makna lain
yang juga adalah makna asalnya iaitu “sebuah kawasan yang jauh di seberang lautan”.
Idea menyamakannya dengan syurga hadir kemudian namun tempat ini tidak
seistimewa takama-no-hara. Walaupun agama ini menumpukankan kepada
kepentingan dunia nyata dan menganggap inilah satu-satunya dunia yang penting
untuk manusia menjalani kehidupan. 43

Kami menurut Cambridge Encyclopedia of Japan mempunyai lima ciri. 44

i. Tidak mempunyai bentuk : Perlu diseru bagi membolehkannya terbentuk. Bentuk ini
kemudiannya digelar Yorishiro. Biasanya berbentuk kurus dan panjang. Sesetengah
orang dikurniakan keistimewaan menjadi pengantara antara manusia dan Kami.
Biasanya pengantara ini adalah wanita yang dipanggil Miko.

ii. Tidak bermoral : Mempunyai kuasa dan tindak balas sama ada menyukai manusia
atau tidak. Tindakannya hanya berdasarkan layanan manusia terhadapnya.

iii. Tinggal di dunianya sendiri : Kami mempunyai dunianya sendiri dan tinggal di
sana. Kami melawat manusia pada musim tertentu. Berkaitan dengan upacara Shinto
yang paling asas iaitu Matsuri.

iv. Tidak menyukai darah : Kebanyakan Kami tidak menyukai darah, kotoran dan
kematian.

v. Kegunaan Kami : Kami digunakan untuk merestui kepentingan material. Sesetengah


Kami disembah untuk memohon pemberian yang tertentu seperti memulihkan
penyakit, mengatur perkahwinandan sebagainya.

Pada abad ke-8 zaman Nara, mitos tentang tuhan-tuhan dikumpulkan di dalam
Kojiki (712M) dan Nihongi (720). Mitos ini dikumpulkan, disusun dan diubah untuk
memberi kedudukan yang istimewa ke atas Maharaja dan keluarganya. Kitab ini

43
Ibid, hlm. 24.
44
Ibid, hlm. 24-25.

19
menceritakan tentang asal Maharaja sebagai cicit Tuhan pada 600 SM. Dengan adanya
mitos ini system maharaja menjadi sangat penting dan dihormati. Kesetiaan yang tidak
berbelah bahagi akan diberikan oleh rakyat terhadap maharaja yang dianggap sebagai
keturunan tuhan. Kedua-dua rekod tersebut juga merupakan asas kepada kitab agama
Shinto walaupun sangat berbeza dengan kitab agama lain. 45

Pada 1318, kerajaan telah sinkretismekan agama Shinto dengan agama Buddha
untuk menyatukan rakyat. Dikenali sebagai Dual Shinto (ryobu), ia
menginterpretasikan Kami sebagai manifestasi kepada Buddha. Shinto dapat
menyatukan penduduk tempatan dengan kuil-kuil.

Pada akhir abad ke-18, nasionalis-nasionalis seperti Motoori Norinaga, Kamo


Mabuchi dan Ban Nobutomo mengkaji semula mitos dan menggunakannya untuk
mengembalikan semula kuasa dan penghormatan maharaja. Kerajaan Meiji pula
mengambil alih Jingi Kan (Jabatan Pemujaan), mengumpul dan menyenaraikan kuil-
kuil Shinto di Jepun, menilai perkhidmatan kuil terhadap masyarakat, melantik
penjaga dengan memberikannya gaji, membuat peraturan khidmat masyarakat dan
kesemuanya diletakkan di bawah bidang kuasa Kyobusho (Jabatan Hal-Ehwal
Agama), setelah itu diletakkan pula dibawah Kementerian Dalam Negeri sekitar
1877.46

4.3.2 Agama Buddha

Buddha berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu Bodhi bermaksud hikmat


yang dalam. Ia juga bemaksud nurani. Mengikut kefahaman Joesoff Sou’ye ia bererti
“Yang Beroleh Cahaya”. Terdapat juga sesetengah pendapat yang menyatakan
bahawa Buddha bermaksud “ Yang Sedar” atau “Yang Cemerlang”. Panggilan-
panggilan tersebut diperoleh ekoran pengasas agama ini iaitu Siddharta Gautama
Buddha yang juga dikenali sebagai Sakyamuni Buddha atau Tathagata, telah
memperolehi kebenaran.

Agama Buddha berasal dari India pada abad ke-6 SM. Mengandungi ajaran-
ajaran Buddha, Gautama Siddharta. Ajarannya yang utama ialah kehidupan manusia
penuh dengan dugaan kerana nafsu, penyakit, kematian dan kehilangan orang yang

45
Faezah Kasim, Agama dan Falsafah di Jepun, Universiti Malaysia Sabah, Sabah, 2004, hlm. 26-27.
46
Ibid, hlm. 27.

20
disayangi. Menjauhkan diri dari nafsu dunia dan hedonism membolehkan seseorang
itu mencapai Nirvana dan terlepas daripada sengsara seterusnya ke tahap kelahiran
semula/penjelmaan semula. 47

Kemunculan agama Buddha di Jepun bermula sekitar 538 atau 552 di dalam
bentuk pemberian kepada Maharaja Korea iaitu Paikche dari Kerajaan Kudara.
Baginda telah mempersembahkan beberapa buah buku mengenai doktrin agama
Buddha dan sebuah patung Buddha kepada kerajaan Imperial Jepun. Maharaja Jepun
mempunyai minat terhadapnya namun ditentang para menteri. Baginda Maharaja lau
menyerahkan patung tersebut kepada salah seorang menterinya, Perdana Menteri
Soga. Soga telah mendirikan sebuah kuil untuk patung tersebut.48

Perkembangan agama Buddha tidak diendah pada zaman Meiji bagi


membolehkan kerajaan memberikan keutamaan kepada Shinto. Dengan
pengisytiharan Shinto sebagai agama rasmi negara, kerajaan telah menyekat
perkembangan Sami Buddha. Semua hak keistimewaan yang diberikan kepada
golongan sami ini dihapuskan dan sebahagian harta benda milik institusi Buddha telah
dirampas. Patung-patung dan kitab-kitab suci Buddha dikeluarkan dari kawasan suci
milik Shinto. Hal ini membangkitkan ketiakpuasan hati dikalangan pemimpin-
pemimpin Buddha. Pemimpinnya seperti Ekido, Nisshu, Tetsujo dan sebagainya
bersatu meminta kerajaan menggubal semula dasar tersebut. Kerajaan Meiji bersetuju
memberi lebih banyak autonomi kepada badan dan institusi agama Buddha.49

4.3.3 Taoisme

Taoisme merupakan ajaran yang dibawa dan disebar oleh Lao Tze. Nama asal
beliau adalah Li. Merupakan sorang ahli falsafah Cina yang termasyhur sebelum
Konfuciuisme. Kitab atau teks yang penting bagi aliran falsafah ini ialah Tao Te Cing.

Fikiran atau falsafah Lao Tze dikenali sebagai suatu aliran agama dalam
pertengahan kurun ke-2. Pada abad ke-6, Taoisme telah digunakan untuk membezakan
agama Shinto daripada agama Buddha. Agama Shinto telah memasukkan “To” atau
yang berasal daripada perkataan “Tao” yang bererti “Jalan”. Taoisme menumpukan

47
Faezah Kasim, Agama dan Falsafah di Jepun, Universiti Malaysia Sabah, Sabah, 2004, hlm. 28.
48
Ibid. hlm. 31.
49
Ibid, hlm. 32.

21
potensi kekuatan manusia iaitu kombinasi naturalism dan supernaturalisme telah
banyak mempengaruhi kepercayaan Korea dan China. Ajaran ini dirasakan sesuai
dengan ajaran Shinto, maka Shinto telah memasukkan idea-idea dan amalan-amalan
Taoisme.

Pada abad ke-17 Shinto cuba memisahkan diri daripada belenggu idea agama
Buddha. Penganut Shinto mendakwa mereka telah menulenkan agama tersebut.
Sebetulnya, ia hanyalah tindakan pihak kerajaan yang mahu memutuskan hubungan
antara agama Shinto dan agama Buddha. Tujuannya adalah untuk memusatkan
kesetiaan rakyat kepada Maharaja dan negara. Begitupun, agama Shinto tidak dapat
dipisahkan daripada agama Taoisme kerana ajarannya masih boleh dipraktikkan dan
penting.50

4.3.4 Konfusianisme

Perkataan Konfusianisme berasal daripada orang Eropah. Asal perkataan ini


ialah Kong Fu Tze. Kong ialah nama keluarga pengasas falsafah ini dan Fu Tze pula
bererti “Guru Yang Terhormat”. Konfusianisme terdiri daripada moral, budaya dan
ajaran-ajaran politik tradisi yang berasal dari China purba.

Semasa pembaharuan Meiji (1868), etika-etika Konfusianisme telah


dipraktikkan dan dianggap sebagai elemen penting di dalam system ideology dikenali
sebagai Tennosei ( Sistem Maharaja). Antara etika Konfusiunisme yang diserap ke
dalam Shintoisme Negara ialah menggabungkan perintah-perintah Maharaja Meiji
dengan nilai-nilai moral Konfusian, terutamanya perihal kesetiaan dan kelakuan
sempurna kepada ibu bapa. Kesemuanya dimasukkan dalam Titah Pendidikan
Maharaja pada 1890.51

4.3.5 Agama Kristian

Agama ini mula tersebar di Jepun setelah penyebar mubaligh Kristian


meluaskan sayap misi sekitar 1549. Kemasukan mereka sama ada sebagai pedagang
atau mengikuti kapal dagang ke Jepun. Layanan baik diterima oleh mubaligh setelah
orang Jepun melihat anak-anak kapal dagang milik Portugis amat menghormati

50
Ibid, hlm. 33-35.
51
Faezah Kasim, Agama dan Falsafah di Jepun, Universiti Malaysia Sabah, Sabah, 2004, hlm. 35-38.

22
mubaligh. Orang Jepun juga mengharapkan untuk mendapat bekalan senjata yang
lebih baik ekoran zaman itu wujud pertelingkahan besar antara puak.

Ieyasu Tokugawa pada awalnya bertoleransi membenarkan agama Kristian


diamalkan di Jepun. Selepas peetukaran tampuk pemerintahan kepada Hideyoshi
sekitar akhir abad ke-15, beliau mengharamkan agama Kristian. Beratus penganut
dihalau, diseksa, dipenjara dan dibunuh. Kebanyakan penganut baharu yang terdiri
daripada petani mati mempertahankan kepercayaan ini. Selepas peristiwa Shimbara
pada Oktober 1683 yang mengorbankan banyak nyawa, agama ini diamalkan secara
sembunyi oleh komuniti kecil di Kyushu. Memasuki tahun 1640, masyarakat perlu
mendaftarkan diri mereka di kuil-kuil Buddha bagi memudahkan kerajaan mengawal
rakyatnya.

Pada 1873, pemerintah Jepun bersetuju membenarkan agama Kristian dianuti


namun bersyarat. Pengharamannya ditarik balik secara rasmi setelah Perlembagaan
Meiji diisytiharkan. Begitupun, penduduk Jepun telah memandang serong kepada
agama yang bukan berasal dari Jepun disebabkan sikap nasionalistik yang tinggi dan
pengisytiharan agama Shinto sebagai agama rasmi negara.52

4.4 BUDAYA

Berdasarkan karya ‘What Is Japan’, penulis menceritakan penemuannya


berkenaan budaya di Jepun semasa lawatan expo di Osaka sekitar 1970. Beliau
menyatakan, budaya Jepun dan masyarakatnya agak sukar difahami kerana berlapis-
lapis dan kompleks. Pada zaman silam, masyarakat Jepun menyembah nenek moyang
dan alam semulajadi. Agama Buddha kemudiannya menjengah masuk dan budaya
yang mulia mula berkembang. Seterusnya Jepun mengalami fasa Shinto Buddha
namun budaya kaum bangsawan ,pahlawan-pahlawan dan orang awam semuanya
tetap berbeza. 53

Salah satu ciri-ciri yang sering digunakan untuk melambangkan budaya


masyarakat Jepun adalah kesederhanaan. Ia merujuki kepada penerimaan secara
seadanya, tidak diubah dan natural.Seperti penggunaan kayu untuk membina rumah,

52
Ibid, hlm. 39-40.
53
Taichi Sakaiya, What is japan? Contradictions and Transformations, Kodansha International, New
York, 1993, hlm. 179.

23
ia sering menggunakan tekniknya yang menjadikan kayu itu kelihatan natural namun
berkualiti, digelar estetik.

Selain itu, tarian dianggap sebagai ‘pergerakan natural’ yang diadaptasi


daripada kehidupan marhaen.Terdapat juga pengaruh negara China dalam tarian .
Kaki atau kasut dalam tarian tidak dinaikkan melebihi bahu dan tiada gerakan
berpusing yang laju. Tarian masyarakat Jepun benar-benar mengandungi
kesederhanaan54.

Waka atau haiku pula dalah sejenis bentuk puisi berirama. Pengaruh negara
China dapat dilihat dari aspek kesusasteraannya namun irama yang digunakan agak
berbeza. Maka haiku dan waka juga digelar puisi yang sederhana.55 Jepun juga
terkenal dengan seni persembahan penyediaan makannya yang unik. Makanannya
disediakan dan dimakan dalam keadaan natural atau mentah seperti sushi dan sashimi.

Jepun, sejarah awalnya mencatatkan keagungan karya lukisannya namun


semakin berkurang peminatnya dalam kalangan pengumpul Barat dan orang muzium
sekitar tahun 1850-an. Golongan seperti pembuat arak, pemotong kayu diserap dalam
industry baru dan diberi latihan teknik yang baru. Pelukis pada zaman Meiji
membawa kepada dunia nilai estetik dan keagamaan yang dimasukkan dalam seni
selama berabad.56

54
Ibid, hlm. 180.
55
Taichi Sakaiya, What is japan? Contradictions and Transformations, Kodansha International, New
York, 1993, hlm.181.
56
Donald H. Shively, Tradition and Modernization in Japanese Culture, Princeton University Press,
United States of America, 1971, hlm.183-184.

24
5.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulan, pemodenan Meiji pada tahun 1800-an telah


menambahkan keupayaan negara matahari terbit itu untuk maju daripada pelbagai
aspek merangkumi politik dan pemerintahan, ekonomi serta pembangunan, social dan
juga budaya. Semasa zaman inilah negeri itu menamatkan pemencilan kuasa asing dan
memasuki dunia antarabangsa dengan menyerap pelbagai teknologi luar untuk diguna
pakai dan ditambahbaik dalam pembangunan negaranya. Zaman pemodenan Meiji
yang mementingkan teknologi dan ilmu baharu dari Barat telah mengimport budaya
Eropah dan Amerika, hal ehwal ketenteraan, sistem politik, undang-undang dan
ekonomi. Maharaja Meiji yang mementingkan ilmu seperti yang diungkapkan oleh
Abraham Verghese “Knowledge is Power” telah membawa Jepun berdiri sama tinggi
dengan kuasa-kuasa besar dan maju di dunia. Kerajaan baharu yang tidak terikat
dengan sistem feudalism berjaya menghapuskan perbezaan kelas yang
memperlihatkan diskriminasi dan penyeksaan berlaku. Kerajaan juga mengambil
inisiatif dengan menggunakan sistem perlembagaan dengan melaksanakan
Perlembagaan Imperialisme Meiji pada tahun 1889 lalu iaitu satu sistem pemerintahan
beraja dan berperlembagaan. Pemerintahan Meiji Jepun yang berteraskan kepada 4
slogan itu hakikatnya adalah sasaran dan matlamat Jepun. Disebalik kejayaan ini
adalah daripada kebijaksanaan pemimpin seperti Iwakura, Okuma Shigenobu,
Fukuzawa Yukichi, Saigo Takamuri dan Ito Hirobumi terutamany yang memberi
semangat dan galakan supaya negara Jepun berubah kearah pemodenan.

25
RUJUKAN

Beasley, William G.1972. The Meiji Restoration. Stanford: Stanford University Press.

Embree, John F. 1975. The Japanese Nation : A Social Survey. United States Of
America : Greenwood Press.
Faezah Kassim. 2003. Agama dan Falsafah Di Jepun: Perkembangan dan Pengaruh
Terhadap Pemikiran Orang Jepun. Universiti Malaysia Sabah.

G.B.Sansom.1931. Japan : A Short Cultural History. Japan. Charles E. Tuttle


Company.

H. Shively, Donald. 1971. Tradition and Modernization in Japanese Culture. United


States of America: Princeton University Press.

Morton, W. 1984. The Japanese : How They Live and Work. Japan : Charles E. Tuttle
Company. Inc.

Maswari Rosdi. 1994. Sejarah Timur Jauh. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd

Muhd Yusof Ibrahim. 1972. Jepun Selepas Meiji. Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan
Melayu (M) Berhad.

O. Reischauer, E. 1970. Jepun Dahulu dan Sekarang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia.

O. Reischauer, E. M.Craig, A. 1978. Japan : Tradition and Transformation. Boston :


Houghton Mifflin Company.

Ryusaku Tsunoda. Wm. Theodore de Bary & Donald Keene.1958. Introduction To


Oriental Civilizations; Source of Japanese Tradition.United States of
America.Columbia University Press.

Richard Storry. 1967. Sejarah Jepun Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Taichi Sakaiya. 1993. What is japan? Contradictions and Transformations. New


York. Kodansha International.

26
Terjemahan Profesor Madya Dr.M.Rajendran. 1987. Sejarah Kebudayaan Jepun :
Satu Perspektif. Jepun. Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.

Varley, H.Paul. Japanese Culture : Third Edition.1984. Japan. Charles E. Tuttle Co.
W. Burks, A. 1984. Japan : A Postindustrial Power. Boulder : Westview
Press.

27

You might also like