Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

No Pendaftaran Sek : JAWI/04/06/2/K07

Rujukan Kami: SRATWMKL /012/14/ BIL (44)


Tarikh : 06 JULAI 2018

‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

Kepada,
Ibu Bapa/ Penjaga,
Sekolah Rendah Agama Al Muttaqin,
Taman Wangsa Melawati,
Kuala Lumpur.

Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN PEMBINAAN PAGAR UNTUK KESELAMATAN MURID


SRA AL MUTTAQIN.

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Sekolah Rendah Agama Al-Muttaqin bersebelahan dengan


Masjid Al-Muttaqin dan menyebabkan kenderaan sentiasa keluar masuk di kawasan sekolah.
3. Untuk pengetahuan pihak Tuan/Puan, keselamatan murid sekolah ini agak berisiko
dengan keadaan sedemikian. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon sumbangan
berbentuk tunai/cek bagi memasang pagar di kawasan sekolah supaya keselamatan murid lebih
terjamin.
4. Segala keprihatinan dan kerjasama dari pihak Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih. Bersama ini dilampirkan sebut harga bagi kos pembinaan pagar
tersebut.
Setiap sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akaun:

KEDAI BUKU SRA AL MUTTAQIN : 12113010056836 (BANK ISLAM)

“ BERKHIDMAT UNTUK AGAMA KERANA ALLAH JUA ”

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………………..
(NIK OTHMAN BIN NIK LAH)
Guru Besar,
Sra Al Muttaqin,
Taman Wangsa Melawati,
KUALA LUMPUR.

You might also like