Pengenalan Mobile Device

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 11

INTRA INTERNATIONAL SKILLS ACADEMY

(Merly Known As Pusat Kemahiran Intra Sdn Bhd)


NO 21 & 23,JALAN RAJA IDRIS
45000 KUALA SELANGOR
SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )
KOD DAN NAMA
PROGRAM /
IT-020-3:2013 COMPUTER SYSTEM OPERATION
PROGRAM’S CODE &
NAME
TAHAP / LEVEL TAHAP 3

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI /
C04 SERVER INSTALLATION
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

1. ANALYSE JOB ORDER/CHANGE REQUEST


2. EXECUTE HARDWAER INSTALLATION
NO. DAN PENYATAAN
AKTIVITI KERJA / WORK 3. CARRY OUT SOFTWARE INSTALLATION
ACTIVITIES NO. AND
4. PERFORM SERVER FUNCTIONALITY TEST
STATEMENT
5. PREPARE SERVER INSTALLATION SET-UP
REPORT

IT-020-3:2013-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 1


NO. KOD / CODE NO.
Drp / of : 10

TAJUK/TITLE :
NETWORK OPERATING SYSTEM(NOS)

TUJUAN/PURPOSE :
Pelajar-pelajar akan mengetahui secara ringkas jenis-jenis dan ciri-ciri NOS yang
digunakan di dalam system operasi rangkaian.
Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C04/P(1/1)
Drpd / of : 10

PENERANGAN/INFORMATION :
Network Operating System System (NOS) atau Sistem Operasi Rangkaian ialah set
program perisian yang dijalankan di dalam network. Ia digunakan untuk computer
berfungsi dan berhubung diantara komputer yang lain di dalam network. Sesetengah
program menyediakan keupayaan untuk berkongsi file, printer dan maklumat di dalam
network. Sebagai tambahan, perisian ini menguruskan isu keselamatan dengan
menyediakan setiap pengguna dengan sektor persendirian (private section) di dalam
server dan menjaga penggunan lain dari memasuki sektor tersebut. NOS juga
mengawal kemasukan pengguna yang disimpan di dalam server. Sesetengah
pengguna dapat mengunakan program di dalam network dan sesetengahnya tidak
boleh mengunakannya dan ini dilakukan dengan mengunakan katalaluan (password).

JENIS NETWORK OPERATING SYSTEM


Berdasarkan kepada bagaimana komputer di dalam network di konfigurasi dan
bagaimana komputer di dalam network memasuki atau mendapat maklumat, network di
kelaskan kepada 2 iaitu :

 Peer-to-Peer
 Client -Server

Peer-to Peer Network

Peer-to-Peer (P2P) membolehkan pengguna untuk berkongsi maklumat, file dan juga
kebenaran kemasukan (access) untuk berkongsi maklumat daripada komputer lain.
Semua komputer di dalam network adalah sama kerana tidak terdapat central file
server. Keselamatan disediakan oleh local directory database pada setiap komputer.
Setiap komputer berfungsi sebagai client dan juga server, dan biasanya tiada
administrator yang dipertanggungjawabkan untuk mengawal dan penyelenggara
Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C04/P(1/1)
Drpd / of : 10

network. Pengguna pada setiap komputer yang akan menentukan data yang akan
dikongsi di dalam network.

Peer-to-Peer network juga dikenali dengan workgroup. Workgroup menggambarkan


kumpulan kecil individu, biasanya 10 atau lebih dan berkerja bersama. Peer-to-peer
network adalah pilihan yang sesuai untuk persekitaran dimana:
• Terdapat 10 atau lebih pengguna.
• Pengguna berkongsi maklumat dan printer
• Keselamatan bukan isu yang diutamakan
• Organisasi dan juga network yang berkembang dengan terhad.

Client-Server Network

Client-Server membolehkan network memusatkan fungsi dan aplikasi di dalam file


server. Ia juga merupakan standard model untuk networking. File server menyediakan
kebenaran kemasukan (access) kepada maklumat dan juga menyediakan tahap
keselamatan yang diperlukan. Lebih ramai client boleh berkongsi file yang sama yang
terdapat pada file server. Kelebihan yang paling utama ialah keupayaan untuk
memasuki server daripada platform yang berbeza.

CIRI-CIRI NETWORK OPERATING SYSTEM


1. Menyediakan perkhidmatan perkongsian fail.(Fail Sharing)
2. Menyedikan perkhidmatan cetakan atau printing services.
3. Menyediakan perkhidmatan keselamatan.
4. Menyediakan perkhidmatan aplikasi atau application services.

Perkhidmatan Fail
• membolehkan komputer yang berada di dalam rangkaian berkongsi fail.
Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C04/P(1/1)
Drpd / of : 10

• pengguna boleh membaca(read), menulis (write) dan mengurus (manage) fail dan
data.
• perkhidmatan ini melibatkan operasi penyimpanan (storage), pendapatan semula
(retrieval) dan pergerakan fail dan data.
• komputer yang menyediakan perkhidmatan fail di panggil file server.

Printing Service
• menguruskan akses ke pencetak yang dikongsi di rangkaian supaya pengguna
rangkaian dapat menggunakan pencetak tersebut.
• komputer yang menyediakan perkhidmatan fail di panggil print server.

Perkhidmatan keselamatan
• menyediakan keselamatan di dalam rangkaian dan membenarkan pengguna
mengurus dan mengawal rangkaian dengan menggunakan sebuah atau lebih
komputer.
• Perkhidmatan ini menyediakan perlindungan terhadap kehilangan data (data
loss)yang berlaku ketika data digunakan serentak oleh pengguna di dalam rangkaian
komputer.
• Perkhidmatan ini juga yang memberi kebenaran kepada pengguna dan aktiviti yang
boleh dilakukan terhadap data yang dikongsi di dalam rangkaian komputer.

Perkhidmatan applikasi
• Contoh perkhidmatan ini ialah perkhidmatan pesanan dan komunikasi dan web
seperti email dan laman web.
• Mekanisma email ialah perpindahan sesuatu pesanan atau electronic mail dari satu
rangkaian setempat (LAN) ke rangkaian yang lain.
• Contoh application server ialah Microsoft Exchange dan Lotus Notes, Apache dan
Internet Information Services (IIS)

PERISIAN NETWORK OPERATING SYSTEM

Contoh-Contoh NOS
1. Windows 2000 Server & Windows 2000 Advance Server
2. Windows 2003 Server
Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C04/P(1/1)
Drpd / of : 10

3. Windows NT Server (4.0)


4. UNIX (Solaris, HPUX)
5. Novell Netware
6. Linux (Red Hat, Slackware,Mandrake,Debian)

Windows NT
Windows NT mempunyai keupayaan multiTASKing dimana komputer boleh melakukan
banyak TASK secara serentak dalam satu masa. Pakej Windows NT server ini
menyediakan sistem keselamatan yang baik dan menepati piawaian C2 oleh kerajaan
Amerika. Salah satu kelebihan utamanya ialah peningkatan kelajuan yang dihasilkan
oleh New Technology File System (NTFS). Antara Kelebihan yang terdapat lain ialah:
• Dibina dengan fault tolerance – ketahanan kerosakan
• Berupaya mengendalikan file gigabyte-size dan juga bebanan lalulintas data yang
berat.
• Menyelia dan menyelenggara operasi network.
• Menghantar message kepada administrator secara automatik apabila terdapat
masalah pada network.
• Skrin paparan yang dipanggil Net Statistic untuk laporan data.

Windows 2000 server, Windows 2000 Advance Server, Windows XP dan Windows
2003 server adalah perisian NOS yang dihasilkan selepas Windows NT. Keupayaan
dan kelebihan perisian-perisian ini adalah berbeza dengan Windows NT. Tetapi semua
fungsi yang ada pada Windows NT terdapat pada perisian-perian berikut kerana ia
dihasilkan berdasarkan Windows NT.

Linux
Linux ialah perisian percuma yang dikeluarkan oleh Free Foundation’s Public License
iaitu sebuah pertubuhan perisian yang menggunakan lesen awam yang percuma.
Source code atupun sumber kod yang digunakan adalah terbuka berbanding Windows
NT. Pengguna boleh mendapatkan perisian ini secara download daripada Internet.
Linux untuk pasaran dikeluarkan oleh syarikat seperti RedHat Software adan Caldera
Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C04/P(1/1)
Drpd / of : 10

Inc. Syarikat-syarikat ini menyediakan CD-ROM termasuk develepment tools dan


network management tetapi pengguna perlu membayar untuk perkhidmatan ini. Linux
menyokong semua perkakasan, protokol dan aplikasi pada UNIX. Sebagai tambahan,
Linux agak susah untuk digunakan dan ia biasanya digunakan oleh advance user.
Antara perisan Linux yang paling popular ialah Mandrake, SuSe, Debian, Caldera,
Slackware dan FreeBSD.

Novell Netwear
Novell Netwear menyediakan sokongan untuk sais network yang sederhana sehingga
100 user maksimum. Ia menggunakan database untuk mengesan user di dalam
network dan mempunyai tahap keselamatan yang tinggi. Sebagai contoh, administrator
boleh mengawal kebenaran masukan (access) kepada data dan file berdasarkan hari
dan masa dalam sehari kepada user. Sebagai tambahan keselamatan, password yang
diberikan pada user mempunyai had masa dan apabila had tersebut tamat, user akan
diarah untuk mendaftar dengan password yang baru.

WINDOWS ESSENTIALS

SEJARAH WINDOWS SEBAGAI NETWORK OPERATING SYSTEM


Pada tahun 1983 Microsoft mengumumkan pembangunan windows, sebuah perisian
berasaskan antaramuka bergrafik di atas asas MS-DOS. Ia di install bersama computer
IBM dan jenama lain yang bersesuai. Semenjak itu Windows emngalami pelbagai
ivolusi sehingga hari ini.

Microsoft Windows versi 1.0 di perkenalkan pada 20 November 1985. Ms Windows


1.0 dilengkapi dengan Windows Paint, Windows Write, jam, control panel dan
permainan komputer yang dipanggil Reversi.
Muka Surat / Page : 7
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C04/P(1/1)
Drpd / of : 10

Microsoft mencapai kejayaan yang lebih gemilang apabila Windows 3.0 di lancarkan
pada 1990. Ia adalah penambahbaikan kepada Windows 1.0 dengan membenarkan
user menjalankan multitask dengan penggunaan virtual memory.
Antaramuka Windows 3.0 bertambah lebih baik dengan penciptaan VGA Card.
Windows 3.0 dengan multimedia diperkenalkan beberapa bulan kemudian dengan
penambahan perkakasan CD-ROM dan kad bunyi (sound card)

Dengan penjualan melebihi 10 juta salinan, Windows 3.1 diperkenalkan 2 tahun


kemudian. Bermulalah pengusaan Microsoft terhadap pasaran komputer.

pada 1992 Microsoft melancarkan Windows for Workgroup (WfW). Windows for
Workgroup ditambah baik dengan driver dan network protocol menggunakan TCP/IP
dan menyokong rangkaian peer-to-peer.

Windows NT 3.1 diperkenalkan pada July 1992 merupakan kesinambungan kepada


Windows 3.1. Penjualan Windows NT medapat pasaran yang melonjak kerana pada
tahun 1993 pejabat siap dengan rangkaian setempat adalah keadaan biasa. Windows
NT adalah sempurna untuk LAN.

Windows NT juga dilengkapi dengan sistem fail NTFS dan teknologi baru 32bit API. API
pada masa ini dikenali Win32.

Windows NT 4.0 dilengkapi dengan antaramuka Windows 95 pada tahun 1995.


Windows NT 4.0 didatangkan dengan 4 versi:
1. Windows NT 4.0 Workstation
2. Windows NT 4.0 Server
3. Windows NT 4.0 Server, Enterprise Edition
(includes support for 8-way SMP and clustering)
4. Windows NT 4.0 Terminal Server

Microsoft melancarkan Windows 2000 semasa pembangunan Windows NT5.0 pada


bulan Februari tahun 2000. Windows 2000 adalah untuk apsaran server dan
workstation.
Muka Surat / Page : 8
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C04/P(1/1)
Drpd / of : 10

Windows 2000 dilengkapi dengan perkhidmatan


1. Active Directory
2. Domain Name System (DNS)
3. Lightweight Directory Access Protocol (LDAP)
4. Keberos
5. Terminal services

Windows 2000 didatangkan dengan 6 versi:


1. Windows 2000 Professional
2. Windows 2000 Server
3. Windows 2000 Advanced Server
4. Windows 2000 Datacenter Server
5. Windows 2000 Advanced Server Limited Edition
6. Windows 2000 Datacenter Server Limited Edition

Dilancarkan pada 24 April 2003. Ia dilengkapi dengan ciriciri keselamatan baru. Ciri
tambahan lain adalah “Manage Your Server Wizard” yagn memudahkan pengguna
untuk membuat installation dan konfigurasi.

Windows Server 2008 dilancarkan pada 27 February 2008, yang asalnya dikenali
dengan nama Windows Server "Longhorn". Ia dibina utnuk dipadankan dengan
Windows Vista.

Windows Server 2008 mempunyai 10 versi.


1. Windows Server 2008 Standard Edition (32-bit and 64-bit)
2. Windows Server 2008 Enterprise Edition (32-bit and 64-bit)
3. Windows Server 2008 Datacenter Edition (32-bit and 64-bit)
4. Windows HPC Server 2008
5. Windows Web Server 2008 (32-bit and 64-bit)
6. Windows Storage Server 2008 (32-bit and 64-bit)
7. Windows Small Business Server 2008 (32-bit and 64-bit)
8. Windows Essential Business Server 2008 (32-bit and 64-bit)
9. Windows Server 2008 for Itanium-based Systems
Muka Surat / Page : 9
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C04/P(1/1)
Drpd / of : 10

10.Windows Server 2008 Foundation Server

VERSI WINDOW SERVER 2003


Terdapat 6 jenis versi Window Server 2003. Setiap versi telah ditetapkan jumlah
maksimum RAM dan CPU. Selain itu, juga terdapat versi yang di bina untuk CPU 64
bit. Terdapat 1 versi yang tidak boleh dibeli dengan software sahaja tetapi didatangkan
sekali dengan hardware.
Window 2003 RAM CPU Penerangan
Jadual di bawah menentukan versi Windows Server 2003 yang boleh memanfaatkan clustering

Windows Memory Jumlah Penerangan


Server 2003 (RAM) Processor
 Kegunaannya sebagai Web Server.
 Tidak boleh digunakan sebagai
Web Edition 2GB 2 Domain Controller.
 Mempunyai had maksima sebanyak 10
inbound smd.
Standard 4 GB 4  Kegunaannya adalah untuk organisasi
Muka Surat / Page : 10
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C04/P(1/1)
Drpd / of : 10

yang sederhana besar.

Edition  Boleh digunakan sebagai Domain


Controller, Web Server, File dan Print
Server.
 Ia boleh digunakan untuk 8 node
cluster.
 Kegunaannya adalah untuk organisasi
Enterprise
32 GB 8 sederhana besar.
Edition 32 bit
 Boleh digunakan sebagai Domain
Controller, Web Server, File dan Print
Server.
 Ia boleh digunakan untuk 8 node
cluster.
Enterprise  Kegunaannya adalah untuk organisasi
Edition 64 bit 512 GB 64 yang besar.
(Itanium)
 Boleh digunakan sebagai Domain
Controller, Web Server, File dan Print
Server.
 Minima processor yang diperlukan
Datacenter ialah 8 dan clustering dengan 8 node.
64 GB 32
Edition 32 bit  Ia datang bersama server dan tidak
boleh dibeli berasingan (OEM).

SOALAN/QUESTION :
Soalan-soalan ringkas yang meliputi isi kandungan Kertas Penerangan untuk menguji
kefahaman pelatih. Jumlah soalan tidak dihadkan.

1. Nyatakan 3 dari 4 ciri-ciri Network Operating System :

i. ___________________________________

ii. ___________________________________

iii. ___________________________________

2. Terdapat 2 jenis Network Operating Systen. Nyatakan :

i. ____________________________________

ii. ____________________________________
Muka Surat / Page : 11
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C04/P(1/1)
Drpd / of : 10

3. Berikan lima contoh-contoh perisian Network Operating System :

i. _______________________________________

ii. _______________________________________

iii. _______________________________________

iv. _______________________________________

v. _______________________________________

4. Apakah yang dimaksudkan dengan Linux?

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

RUJUKAN/REFERENCE :
1. A+ Certification – DOS/Windows ( NCC Education Limited)
2. http://www.pcguide.com – Network System
3. http://www.windows.com – Windows Server

You might also like