Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Tajuk: Asas Pembinaan Kefahaman Wacana Hubungan Etnik

Berdasarkan video yang saya telah lihat saya mengetahui bahawa perpaduan dan
kesepaduan dalah dua konsep yang berbeza. Perpeaduan adalah satu proses yang membawa
kesamaan atau kesatuan dalam satu masyarakat dimana setiap anggotanya membentuk satu
identity dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan Bersama di kalangan mereka atau
dalam kata lain adalah membentuk masyarakat yang berpengang pada satu bangsa, satu agama,
satu Bahasa dan satu negara. Manakala, kesepaduan sosial adalah satu konsep dimana kaum
dan kelompok menjalinkan hubungan kerjasama, berkongsi aktiviti budaya , bergantung antara
satu sama lain dalam kehidupan seharian dan pinjam meminjam budaya masing-masing dan
dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Berdasarkan ucapan atau pendapat daripada pakar
kajoian mengenai hubungan etnik di Malaysia iaitu Datuk Dr Syamsuri Amri menyatakan
bahawa Malaysia pada hari ini hanya mampu mencapai kesepaduan dalam masyarakat dan
belum mampu atau tidak mungkin mencapai perpaduan yang diidamkan oleh setiap rakyat
Malaysia dan juga yang diharapkan oleh pihak kerajaan.

Pada 1991 rakyat Malaysia diperkenalkan pula oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad,
Perdana Menteri ketika itu dengan Wawasan 2020 yang berteraskan konsep Bangsa Malaysia,
suatu bentuk perpaduan yang dijangkakan akan dicapai pada tahun 2020. Namun, sehingga
tahun 2009, tiada sebarang tanda-tanda jelas di mana perpaduan yang diharapkan itu akan
dicapai. Maka diperkenalkan pula konsep 1Malaysia oleh Datuk Seri Najib Tun Razak untuk
merangsang masyarakat Malaysia ke arah perpaduan. Apa yang sebenarnya telah dicapai oleh
Malaysia dalam tempoh 42 tahun itu ialah suatu 'kesepaduan sosial' (social cohesion) yang
merupakan prasyarat kepada perpaduan yang kita inginkan. Oleh itu, Malaysia dikatakan masih
berada di peringkat kesepaduan iaitu masih mencari nilai perpaduan yang sering dicabar
dengan kontradiksi dan untuk mencapai penyatupaduan pula, usaha yang lebih giat diperlukan
dengan kerjasama semua rakyat iaitu suara akar umbi untuk merealisasikannya. Kepelbagaian
etnik dalam Malaysia memerlukan budaya tolak ansur, faham memahami, hormat
menghormati, setiakawan, tolong menolong samada negara didalam waktu senang ataupun
susah. Namun terdapat beberapa cara yang diguna pakai oleh kerajaan untuk menyatupadukan
rakyat tanpa mengenal etnik, agama dan bangsa. Antaranya ialah, tujuh panduan yang
mengambil kira Model Ekonomi Baharu dan menjaga sensitiviti setiap kaum dengan Rukun
Negara yang diajadikan penduan. Selain itu, konsep 1Malaysia diharapkan dapat
menyatupadukan rakyat kerana kehidupan dalam masyarakat majmuk perlulah mengambil
tahu dan peka terhadap keperluan dan kehendak masyarakat lain.
Tajuk: Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik

Video berdasarkann tajuk diatas menerangkan tentang hubungkait antara pembangunan


ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia. Masalah jurang pencapaian ekonomi di
kalangan masyarakat Melayu dan bukan Melayu sering menjadi persoalan sehingga
membawa kepada peristiwa hitam dalam sejarah perpaduan negara iaitu rusuhan kaum pada
13 Mei 1969 yang berpunca daripada ketidakseimbangan pengagihan pendapatan, pelajaran
dan status sosial antara kumpulan etnik. Oleh yang demikian, kerajaan memperkenalkan
Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai strategi ke arah mengukuhkan pendapatan dan ekonomi
bumiputera Melayu dan seterusnya dapat mengurangkan jurang ekonomi dengan
masyarakat bukan Melayu.bukan sahaja DEB yang diperkenalkan oleh kerajaan malah dasar -
dasar tersebut berubah mengikut peredaran masa selama 42 tahun yang lalu. Selain DEB
yang berkuatkuasa pada 1971-1990 malah terdapat Dasar Pembanguna Nasional (1991-2000)
dan Dasar Wawasan Nasional (2001-2020) telah diperkenalkan oleh kerajaan demi
menubuhkan kestanbilan sosiopolitik. Dasar-dasar ini membolehkan raykat yang berbilang
kaum di Malaysia menikmati faedah pembangunan dengan pengagihan kekayaan yang adil
dan saksama.

Antara factor yang menyebabkan dasar-dasar ekonomi digubal adalah impak daripada
dasar yang diperkenalkan oleh penjajah sebelum kemerderdekaan negara dicapai. Dasar
pecah dan perintah yang diperkenalkan menyebabkan pengasiangna natara kaum utama di
negara ini dari segi penempatan dan fungsi ekonomi contohnya kaum Cina ditempatkan di
lombong untuk memonopoli bidang perlombongan perniagaan, kaum India ditempatkan di
lading-ladang dan estet untuk menjalankan aktiviti perladangan untuk meyara hidup,
manakala kaum Melayu ditempatkan di luar bandar dan menjalankan aktiviti pertanian. Ia
juga berpunca daripada keadaan rendahnya taraf pendidikan penduduk luar bandar kurang
berpegetahuan pengurusan perbezaan cara pemikiran, tiada modal, keadaan kehidupan dan
corak pekerjaan tradisional yang serba daif dan kekurangan. Jurang ekonomi yang ketara ini
menjadi punca ketidakpuasan hati pihak peribumi dengan antara kaum lain.

Jadi berdasarkan punca-punca dan impak yang berlaku kepada masyarakat di


Malaysia membuatkan kerajaan membuka langkah inisiatif dengan membentuk dasar-dasar
baru bagi memajukan ekonomi serta berusaha menghapuskan pengenalan ekonomi
berasaskan etnik yang menjadi asas kepada penyusunan semula sosioekonomi negara. Antara
contoh dasar ekonomi negara yang telah pun saya sebutkan di atas ialah Dasar Ekonomi
Baru(1971-1990), Dasar Pembangunan Sosial(1992-2000) dan Dasar Wawasan
Nasional(2001-2020). Namun, strategi memperolehi keharmonian hidup perlu difikirkan oleh
kerajaan dan badan-badan lain yang patut membantu kerajaan dimana kekayaan negara perlu
diagih secara adil dan saksama agar semua etnik dapat menikmatk faedah pembangunan serta
untuk mengelakkan ketegangan dan konflik dalam masyarakat.

You might also like