Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Salam sejahtera,

a) Encik Mat Rotan, sebagai seorang Pembantu Tadbir Kanan (Kewangan) yang baru
saja dinaikkan pangkat perlulah membankan yuran sekolah tersebut pada hari yang
sama iaitu 4 januari 2008.Walaupun beliau menyimpan yuran sekolah berjumlah
RM3000 di peti besi sekolah tetapi tidak membankan ,menunjukkan beliau tidak
bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan malah cuai dan leka.Selain itu
menurut Surat Pekeliling Keawangan Bil 4/88 pungutan wang tunai melebihi RM500
perlulah dibankan pada hari pungutan atau keesokan harinya dan direkod dalam
Buku Tunai. Malah Buku Tunai tersebut perlu disemak serta ditandatangani oleh
Guru Besar.

b) Guru Besar merupakan seorang yang memikul amanah untuk menjalankan aktiviti
pengurusan kewangan dengan bertanggungjawab.Pelulah mematuhi Akta Tatacara
Kewanan 1957, Arahan Perbendaharaan, Tatacara Pengurusan dan Kewangan dan
Perakaunan kumpulan Wang Sekolah serta arahan-arahan dari KPM.Dalam situasi ini,
akibat daripada kecuaian Guru Besar wang berjumlah RM1800 yang disimpan di
dalam peti besi sekolah telah hilang.Guru Besar akan dikenakan surcaj telah
menyebabkan berlakunya kekurangan atau kehilangan wang awam atau harta benda
kerajaan.Selain itu apabila Guru Besar melanggar Peraturan-Peraturan Pendidikan
Akaun Dan Audit 2002 yang terkandung di dalam Akta Pendidikan1996 adalah
dianggaptelah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi lima ribu Ringgit Malaysia atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
3 tahun dan kedua-duanya. Mengikut Surat Pekeliling Kewangan Bil 4/88 pungutan
yang melebihi RM500.00 perlu dibankkan pada hari pungutan atau pada hari esoknya
untuk mengelakan penyelewengan.

c) Buku Tunai merupakan perakaunan utama bagi merekod semua urusniga penerimaan
dan pembayaran serta perlu diselenggara mengikut peraturan dan pekelilin yang
sedang berkuatkuasa.Biku Tunai merupakan dokumen asas yang penting bagi
penyediaan Penyata Kewangan Tahunan Sekolah. Dalam situasi ini buku tunai tidak
dikemaskini setiap bulan dan nombor resit baucer tidak dicatat dalam ruangan yang
berkaitan.Ini merupakan kecuaian Pembantu Tadbir Kanan ( Kewangan) dan Guru
Besar juga tidak mengawasi ,memeriksa Buku Tunai dengan teliti.Oleh itu Guru
Besar perlu mengarahkan Pembantu Tadbir Kanan untu mengemaskini semula Buku
Tunai tersebut. AP 147 - Pindaan / Pemadaman dalam Buku Tunai adalah dilarang.
Sebarang pembetulan boleh dibuat dengan angka asal digaris dengan satu garisan
sahaja dan angka yang betul di tulis di atas angka asal tadi. Pembetulan ini perlu
ditandatangan ringkas oleh pegawai yang diberi kuasa (pegawai ini bukanlah pegawai
yang menyediakan Buku Tunai tersebut.Buku Tunai juga perlu diimbang tiap-tiap
bulan tanpa menunggu Penyata Bank dan ditandatangani oleh Penyedia dan Pengesah.

d) Mengikut Perjajnjian, Kerajaan adalah diwakili oleh Guru Besar. Dalam tempoh
perjanjian berkuatkuasa, pengusaha kantin hendaklah membayar kepada kerajaan
sewa kantin berjumlah RM1200.00 setiap bulan kecuali bulan Disember. Pengusaha
kantin hendaklah membayar sewa kantin kepada kerajaan, melalui Guru Besar atau
Pengetua Sekolah, pada minggu pertama tiap-tiap bulan kalendar. Sewa kantin pada
bulan Disember dikecualikan. Jika pengusaha kantin membayar selama 10 bulan ini
bermakna bayaran sewa telah dibuat dari bulan Januari hingga November 2007 dan
bulan Januari 2008 sahaja.Oleh itu pihak sekolah perlu mengeluarkan surat pungutan
peringatan kepada pengusaha kantin sekolah.

You might also like