Masyarakat Majmuk

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Pengenalan

Masyarakat majmuk (Plural society) bermaksud masyarakat pelbagai kaum (Multi-racial


society) yang merujuk kepada suasana kepelbagaian bangsa yang bersama-sama atau berkongsi
hidup dan tinggal dalam sebuah negara yang sama. Masyarakat majmuk menurut Kamus Dewan
membawa maksud masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum. Menurut sarjana Graham
Saunders dalam bukunya bertajuk ‘’The Development Of a Plural Society In Malaya’’ beliau
menyatakan bahawa masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai bangsa yang membentuk satu
kependudukan dari hidup sebagai komuniti-komuniti yang berasingan. Menurut beliau di Tanah
Melayu terdapat tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina, dan India. Mereka bukan sahaja terpisah
kerana adat, makanan dan pakaian tetapi juga daripada segi pekerjaan dan tempat tinggal.

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai
keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ia
merupakan satu-satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam
mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai konsepnya dan sejarah
yang tersendiri di Malaysia. Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik
dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian
budaya, bahasa, agama dan adat resam.

J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk


berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat
majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat
resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang
sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka
amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli.
Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras.
Ciri-ciri Masyarakat Majmuk

Masyarakat majmuk boleh dibahagikan kepada tiga ciri utama iaitu dari sudut politik,ekonomi
dan sosial.

Politik

bermaksud setiap etnik atau bangsa mempunyai tingkah laku tersendiri dalam pendirian politik.
Parti politik dominan lebih berteraskan perkauman dan mengamalkan politik perkauman.
Selain itu terdapat juga parti politik yang berasaskan keagamaan kerana mempunyai pendirian
kepercayaan yang berbeza.

Ekonomi

Dari sudut ekonomi masyarakat majmuk membawa erti setiap masyarakat mempunyai
pengkhususan pekerjaan yang berbeza. Perbezaan pekerjaan juga membawa kepada perbezaan
tempat tinggal, taraf kehidupan, dan komposisi kaum di setiap negeri.

Sosial

Ciri-ciri yang terakhir ialah ciri-ciri dari sudut sosial iaitu setiap bangsa mempunyaiinteraksi
yang lebih di dalam kaum masing-masing dan kurang berinteraksi di antara kaum.Masyarakat
majmuk juga mempunyai azam sosial yang sama. Kewujudan pelbagai kaum danetnik juga
mewujudkan kehidupan yang penuh berprasangka, konflik dan pertentangan dalaman dan
luaran
Konsep Masyarakat Majmuk

Konsep Masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat campuran yang berbilang


bangsa iaitu terdiri dari berbagai ras atau etnik yang berada di bawah satu pemerintahan.
Campuran ini dalam erti kata yang sebenar, bergaul tetapi tidak bercantum. Setiap kumpulan
mengamalkan agama yang berbeza. Menurut J.S Furnival (1948) lagi,

i. Melayu

Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih 50
peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu menunjukkan
orang itu mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan
Melayu. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya.

Umumnya, orang Melayu merupakan penganut agama Islam. Pada masa lalu,
sebahagian besar orang Melayu di Semenanjung merupakan penduduk luar bandar. Namun,
keadaan tersebut mula berubah kerana proses penghijrahan ke bandar yang bermula sejak tahun
1970-an sehingga masa kini. Bagi yang masih tinggal di luar bandar, kebanyakannya terlibat
dalam aktiviti ekonomi pertanian dan perikanan, sama ada dalam skala kecil-kecilan atau
secara komersial. Manakala sebahagian besar etnik Melayu di bandar terlibat dalam pelbagai
sektor seperti sektor perkhidmatan awam, sektor swasta, dan turut terlibat dalam sektor
perdagangan dan perniagaan.

ii. Cina

Orang Cina merupakan golongan etnik kedua terbesar di Semenanjung. Masyarakat mi


menganuti pelbagai agama seperti Buddhisme, Konfusianisme, Kristian, Taoisme dan Islam.
Sebahagian besar etnik Cina tertumpu kepada sektor perdagangan dan perkhidmatan. Dari segi
petempatan, sebahagian besar orang Cina tertumpu di bandar-bandar utama, khasnya di
Lembah Kiang.
iii. India

Orang India pula merupakan golongan etnik ketiga terbesar di Semenanjung. Pada masa
lalu, sebahagian besar orang India bekerja dan menetap di estet. Pada masa kini, terdapat
kalangan mereka yang berpindah ke bandar-bandar dan menerokai pekerjaan di sektor
perdagangan atau perkhidmatan dan menjalani penghidupan bandar. Dalam kategori etnik
India, terdapat golongan subetnik seperti orang Sikh, Tamil, Malayali dan Singhala. Secara
umum, etnik India di negara ml merupakan penganut pelbagai agama seperti Hindu, Sikhisme
dan Islam.

iv. Etnik-entik lain

Golongan etnik terkecil di Semenanjung tetapi terkenal dalam kajian antropologi ialah
Orang Asli. Kebanyakan Orang Asli merupakan penduduk di kawasan pedalaman di beberapa
negeri di Semenanjung. Mereka menganut kepercayaan tradisional, animisme, Kristian dan
Islam. Selain Orang Asli, terdapat kelompok-kelompok kecil seperti masyarakat Baba-Nyonya
di Melaka dan Pulau Pinang, masyarakat Portugis di Melaka, dan Thai di beberapa negeri di
utara Semenanjung. Kesemua masyarakat minoriti tersebut mempunyai budaya yang unik,
seperti budaya masyarakat Baba-Nyonya.

Dalam sektor pekerjaan pula menurut Furnivall, terdapat pembahagian tenaga buruh yang ketara
mengikut kaum. Aspek pekerjaan ialah berbeza-beza mengikut kaum. Orang Melayu mengurus
dalam bidang pertanian dan penangkapan ikan, orang Cina mengurus perlombongan dan
perdagangan. Bagi golongan India pula kegiatan perladang getah dan perladangan lain. Kegiatan
ekonomi yang di jalankan ini juga terpisah iaitu tempat kediaman mereka berlainan dan
mengikut cara kerja yang dilakukan. Golongan Melayu tinggal di kampung berhampiran
kawasan pertanian dan pinggir laut, Cina tinggal di perlombongan dan bandar sebagai pusat
untuk menjalankan perniagaan, India tinggal di stet-estet dan kelapa sawit. Oleh itu, taraf
kemajuan ketiga-tiga kaum berbeza mengikut jenis pekerjaan.
Sejarah Masyarakat Majmuk di Malaysia

Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu didominasi
oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar
juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada
Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum
pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama (James P. Ongkili, 1985:4).

Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan
oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun
faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan
yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah
disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit
demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti
ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya
daripada China dan India.

Kemasukan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu

Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya (1983:159), masyarakat Cina daripada negaraChina
sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Olehitu,
mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke
Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang
telah menetap lama di Tanah Melayu melalui sistem tiket yang sangat popular. Menurut W.L.
Blythe (1953:3), bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah dari
semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang
sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu. Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah
Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh
masyarakat Cina yang semakin bertambah.Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah
mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu.
Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat
baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim.Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian
atau kemajmukkan masyarakat di Malaysiadan mengambarkan keunikannya pada pandangan
masyarakat luar.

Kemasukan Masyarakat India ke Tanah Melayu

Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka
berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami
masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu
yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar
kenegara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak
pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan
bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu.

Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menjadi
tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka
jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan pendatang
Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor danSulawesi serta
beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatangdaripada
Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minangdan Banjar.
Menurut S.N. Arseculeratne (1991:8), pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiridaripada
kaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka datang
dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20. Kedatangan
berterusan ini disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor ekomoni adalah bukan faktor
utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa
yang mereka dapat di negara asal mereka (S.N. Arseculeratne,1991:10).Setelah kemasukan
migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum
seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman,
amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses
pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969. Apabila konflik berlaku dalam masyarakat
majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukangarisan kelas. Pengambilan
pekerja buruh daripada luar dibuat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-
ekonomi dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan masyarakat
majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous seperti manayang cuba dielak oleh negara-negara
Eropah Barat dan Telok (Weiner, 1990:143).

Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki Pulau
Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-besaran daripada luar.
Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan kolonial British di Malaysia iaituselama
lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara tahun itu, Malaysia telah
diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua. Walau bagaimanapun, jangka masa singkat itu
dianggap tidak mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan mobiliti penduduk.
Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu telah mengalami transformasi kepadamasyarakat
heterogenios Malaysia yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan Indiasebagai komponen
utamanya.Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina
danIndia yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya
yang berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga
turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka
wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan,
kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan
Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/malaysia-contoh-terbaik-masyarakat-majmuk-1.13524 Ketua
Setiausaha Kementerian Luar Negeri Tan Sri Mohd Radzi Abdul Rahman. 20 Disember 2011.
GEORGETOWN

You might also like