Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

1) Akibat Masalah Dadah Terhadap Negara

Dewasa ini masalah keruntuhan akhlak di kalangan pelbagai masyarakat


di negara kita amat mencemaskan dan menjadi semakin rumit untuk ditangani.
Salah satu masalah sosial yang agak meruncing adalah penyalahgunaan dadah
di kalangan masyarakat.

Mengikut Risalah kecil “Islam Memusuhi Dadah” yang diterbitkan oleh


Pasukan Petugas Khas Anti dadah, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan
Perdana Menteri pada tahun 1993, telah memberi penjelasan seperti berikut :
Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas
sistem saraf seperti menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih, gangguan
tingkahlaku dan sebagainya. Penggunaannya yang berterusan akan
mendatangkan bahaya dan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat, dan
negara (Takrif ini tidak meliputi alcohol dan tembakau serta ubat yang juga
merupakan bahan kimia asli atau tiruan yang digunakan untuk mengesan ,
mencegah atau mengubati penyakit.)

Sejak akhir tahun 1960an, negara kita telah menghadapi masalah


penagihan dadah di kalangan masyarakat terutama golongan remaja. Fenomena
ini merupakan satu gejala yang amat serius berbanding dengan keadaan
penagihan dadah sebelumnya. Sebelum ini golongan yang terlibat ialah
golongan tua yang menggunakan candu. Masalah dadah dilihat sebagai masalah
serius dan membimbangkan sekarang ini disebabkan golongan yang terlibat
majoritinya daripada kalangan muda-mudi dalam lingkungan umur bawah 30
tahun yang merupakan harapan bangsa dan negara. Kumpulan ini adalah sangat
penting kepada negara kerana mereka adalah pelapis pemimpin kita kelak serta
lunas ekonomi negara. Tambahan pula, jenis dadah yang digunakan sekarang
ialah heroin dan lain-lain dadah jenis baru yang bukan sahaja menjadikan
penagih tidak berguna kepada masyarakat tetapi juga kepada dirinya sendiri. Ini
kerana dadah jenis baru ini kebanyakannya mampu merosakkan badan dan otak
serta membawa maut dalam jangka masa yang singkat.
Berdasarkan statistik Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), daripada
jumlah keseluruhan penagih yang direkodkan pada tahun 2006, 71.04% terdiri
daripada golongan belia dan majoriti adalah berumur antara 25-29 tahun,
sementara 78.30% merupakan mereka yang berpendidikan hingga sekolah
menengah (atau sekurang-kurangnya tamat Tingkatan 3). Bagi penagih di
Sabah, secara keseluruhannya bilangan yang direkodkan pada tahun 2005/2006
ialah seramai 2,980 orang, dengan purata sebulan ialah 71 orang.

Dadah biasa digunakan oleh penjajah dahulu untuk melemahkan


keupayaan dan ketahanan sesuatu bangsa. Ini berlaku kerana penagih dadah
tidak dapat mempertahankan diri daripada apa juga penindasan yang dilakukan
ke atasnya. Penagih tidak mempunyai maruah, tidak dapat bekerja kuat, tidak
mempunyai moral, mudah terlibat dengan jenayah, mudah ditindas dan diarah
oleh pengedar untuk membuat apa sahaja. Jika penagih terdiri daripada anggota
angkatan tentera atau polis, maka keselamatan negara kita tidak lagi dapat
dijamin sepenuhnya. Sebahagian besar daripada pendapatan rakyat dan negara
akan lesap akibat daripada aktiviti pembelian dadah secara berleluasa. Di bawah
perbelanjaan berulang tahunan bagi tahun 1998, kerajaan belanja sebanyak
RM90,000.00 untuk membolehkan pemadam sabah dan belanja berjuta-juta
ringgit ke seluruh negara untuk terus mempergiatkan peranannya dalam aktiviti-
aktiviti berunsur pencegahan, keredaan, pemulihan mahupun kebajikan dalam
usaha untuk membendung dari merebaknya masalah-masalah dadah.

Penyalahgunaan dadah yang berleluasa ini telah menimbulkan satu


masalah besar kepada negara. Setiap tahun bilangan penagih kian bertambah
sedangkan yang sedia menagih tidak pula berkurangana atau sembuh. Tambah
pula, dadah menimbulkan masalah jenayah. Jenayah seringkali dikaitkan dengan
penagih-penagih. Masalah ketiadaan sumber kewangan untuk memenuhi
keperluan keluarga dan diri sendiri boleh menyebabkan hilang punca kawalan
diri dan cara yang paling mudah untuk mendapatkan wang adalah melakukan
jenayah sama ada mencuri, memeras ugur, merompak, membunuh. Kes-kes
jenayah yang semakin meningkat ini pasti akan mengancam ketenteraman dan
menjejas imej negara kita dan seterusnya menjejaskan industri pelancongan.

Dadah juga mendatangkan penyakit HIV/AIDS. Salah satu kesan buruk


yang amat ditakuti pada hari ini akibat dari pengambilan dadah yang berterusan
adalah berkemungkinan mengidap penyakit HIV/AIDS. Memang sudah diketahui
umum, bagi penagih yang berada dalam peringkat ketagihan dadah akan
menggunakan berbagai cara untuk menghilangkan ketagihan itu, di antaranya
melalui suntikan pada anggota badan. Bagi yang tidak mempunyai cukup wang,
mereka sanggup berkongsi jarum dan cara inilah yang menyebabkan
menularnya penyakit tersebut. Apa yang lebih mendukacitakan ialah penyakit ini
masih belum dapat dirawat sepenuhnya, hanya bertahan untuk satu waktu yang
tidak dapat dipastikan. Dalam kes seperti ini sama ada penagih itu mengidap
penyakit atau sebagai pembawa penyakit, mereka seringkali dipandang hina
oleh masyarakat bahkan keluarga sendiri termasuk isteri/suami dan anak-anak.
Masyarakat juga takut diri mereka dijangkiti penyakit tersebut. Masalah ini
kadangkala menjeruk hati dan perasaan pasangan berkenaan kerana berada
dalam keadaan serba salah.

Dadah merupakan musuh utama negara kita kerana negara terpaksa


menampung kos yang tinggi seperti berikut:

1. Kos bagi program-program pencegahan, rawatan, pemulihan,


penguatkuasaan, penyelarasan dan juga kerjasama antarabangsa;
2. Kemerosotan daya pengeluaran ekonomi;

3. Kerugian akibat dari aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan; dan

4. Perasaan ketakutan dan kekecewaan yang dialami oleh rakyat.


Kosnya adalah tidak ternyata.

Tanggungjawab untuk memerangi masalah dadah di negara ini bukan


hanya menjadi tanggungjawab kerajaan dan agensi-agensinya semata-mata,
tetapi juga memerlukan penglibatan semua golongan masyarakat secara aktif.
Setiap anggota masyarakat mempunyai peranan yang penting dalam membantu
usaha-usaha kerajaan memeranginya. Semua golongan masyarakat hendaklah
tampil ke hadapan untuk bersama-sama memperhebatkan tindakan menentang
musuh negara ini.

You might also like