Mesyuarat Moral 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL BIL.

2 / 2018

SEKOLAH KEBANGSAAN KERATONG 10

TARIKH : 26.07.2018
HARI : KHAMIS
MASA :1:30 Petang
TEMPAT : PUSAT SUMBER SEKOLAH

KEHADIRAN :

BIL NAMA GURU JAWATAN


1 Cik. R Punita A/P Ramakrishnan Ketua Panitia & Guru Darjah 3
2 En. Zulkornain Bin Hassan Guru Darjah 5
3 En. Mohd Taib Bin Mohd Kasmuri Guru Darjah 2
4 Pn. Puan Kamnisah Binti Ab. Aziz Guru Darjah 1 & 4

1. KATA-KATA ALUAN PENGERUSI


Ucapan salam dan terima kasih atas kehadiran AJK.

2. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT


2.1 Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Moral
Kali 1-2018.

2.2 Cik. R Punita A/P Ramakrishnan. mencadangkan Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan
Moral Kali 1-2018 disahkan dan Pn.Puan Kamnisah Binti Ab. Aziz menyokong.

Tindakan: Semua guru moral


3. PEPERIKSAAN
3.1 Peperiksaan pertengahan tahun sudah dijalankan sebelum cuti pertengahan tahun.

3.2 Format peperiksaan


3.2.1 Soalan-soalan ujian boleh dalam bentuk seperti aneka pilihan dan soalan pendek,
isi tempat kosong, gariskan dan sebagainya.

3.2.2 Markah peperiksaan


Markah peperiksaan ialah 90%.
Markah sahsiah murid ialah 10%.

3.3 Guru yang menyediakan soalan perlu menyerahkan kertas soalan kepada guru panitia ,
bersama JSU dan juga jawapan,untuk disemak.
4. PENINGKATAN KAEDAH PENGAJARAN-PEMBELAJARAN
4.1 Guru haruslah menggunakan bahan bantu mengajar semasa menjalankan P&P.

4.2.Guru juga boleh menggunakan pelbagai kaedah Pedagogi yang telah dipelajari
seperti berlakon,perbincangan,membuat folio dan sebagainya supaya lebih menarik.

4.3 Sebelum P&P bermula,guru perlu mengawal disiplin murid dan kebersihan kelas.

4.4 Guru mesti memupuk nilai murni dalam setiap Pengajaran dan Pembelajaran.

4.5 Guru perlu sentiasa mengalakkan murid memberikan cadangan atau pandangan sendiri.

Tindakan: Semua guru moral


5. PERKARA LAIN
5.1 Guru moral digalakkan sentiasa menampal kata-kata motivasi dan kata-kata hikmat di
sudut Moral pada setiap kelas.

6.2 Guru perlu menamparkan hasil kerja murid di dalam bilik darjah.

Tindakan semua guru

6.0 PENANGGUHAN MESYUARAT


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2:30 ptg dengan ucapan terima kasih daripada pengerusi panitia
kepada semua yang hadir.

Disediakan oleh:

..............................................

( R PUNITA A/P RAMAKRISHNAN )

KETUA PANITIA PENDIDIKAN MORAL

Sesi 2018.

SK Keratong 10

You might also like