Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN

1.0 PENGERTIAN PENDIDIKAN AL-QURAN


2.0 FALSAFAH PENDIDIKAN AL-QURAN
2.1 Hukum Mengajar Al-Quran pada Zaman Rasulullah
2.2 Sejarah Pengkhususan dalam Pengajaran Al-Quran
3.0 ZAMAN RASULULLAH DI MAKKAH DAN MADINAH
3.1 Makkah
3.2 Madinah
3.3 Perbezaan Pendidikan Al-quran Di Makkah dan Madinah
3.4 Bahan Pengajaran Rasulullah s.a.w
3.5 Kurikulum Pendidikan Al-Quran pada Zaman Rasulullah
3.6 Kebijaksanaan Rasulullah dalam pendidikan
3.7 Langkah-Langkah Pengajaran Rasulullah
3.8 Metodologi Pengajaran Rasulullah
4.0 SEJARAH PENDIDIKAN AL-QURAN PADA ZAMAN SAHABAT
4.1 Tingkatan Ilmu Yang diajarkan
4.2 Sumbangan Besar dalam pendidikan Ummah
4.3 Kurikulum Pendidikan al-Quran pada zaman Khulafa.
5.0 SISTEM KEBERKESANAN PENDIDIKAN AL-QURAN ZAMAN RASULULLAH
PENUTUP

RUJUKAN

1
1.0 PENGERTIAN PENDIDIKAN AL-QURAN

Menurut ilmu tatabahasa Melayu, pendidikan ialah nama terbitan daripada kata dasar“didik” yang
membawa maksud jaga, pelihara, atau ajar dengan hati-hati sejak kecil. DalamBahasa Inggeris disebut
Education berasal dari dua cantuman kalimah bahasa latin iaitu e’ex dan Ducereduc . E’ex bererti keluar dan
ducereduc bererti memimpin. Oleh itu, iajugabolehdiertikanbahawaPendidikan ialah menyerap ilmu pengetahuan
dalam bentuk teori serta melakukan latihan dalam bentuk praktis bagi membentuk keperibadian dan watak serta
mencungkil bakat terpendam.

Dalam Bahasa Arab juga disebut At-Tarbiah iaitu kata terbitan dari kata Rabba yang berertimengasuh,
memelihara atau memimpin. Ta’dib juga sinonim dengan makna pendidikan cuma perkataan ini lebih menjurus
kepada pendidikan adab dan akhlak. Menurut Syed Naquib al-Attas, Ta'adib adalah kata yang paling sesuai
untuk memberi pengertian terhadap pendidikan. Seorang pelajar yang cemerlang dalam akademik tetapi
tidak beradab belum boleh dikatakan berjaya kerana matlamat pendidikan yang utama adalah membentuk
akhlak dan sahsiah bukannya sekadar menyediakan pelajar dengan pengetahuan semata-mata. Kalimah al-
Quran pula ialah kalimah bahasa arab yang bererti bacaan. Dalam ilmu saraf,kalimah al-Quran dibawa
imbangannya seperti berikut:

‫قرانا‬-‫يقرأ‬-‫قرأ‬

Jadi, Quran di sini bermaksud dibaca. Sebahagian ulama berpendapat bahawa kalimah al-Quran tidak diambil
dari mana-mana perkataan lain. Ia adalah kata nama khas bagi kitab Allah. Ia sama sahaja dengan kitab-kitab lain
seperti Taurat, Injil dan Zabur. Semuanya merupakan nama-nama bagi kitab Allah yang diturunkan kepada nabi-
nabi sebagai pegangan dan panduan umat nabi berkenaan. Al-Quran yang ada pada kita sekarang ialah kitab
Allah yang mempunyai mukjizat, yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w dengan perantaraan Malaikat
Jibril yang termaktub di dalam mushaf, yang dipindahkan kepada kita secara tawattur dimulakan dengan surah
al-Fatihah dan disudahi dengan surah An-Nas serta mendapat pahala membacanya. Menyentuh mengenai
perkaitan antara pendidikan dengan al-Quran, kedua-duanya saling berkait iaitu pendidikan adalah satu usaha
untuk membentuk akhlak serta memberi ilmu kepada masyarakat dan al-Quran adalah kitab panduan yang turut
terkandung didalamnya ayat-ayat yang menyentuh soal pendidikan. Oleh itu, pendidikan al-Quran bolehlah
didefinisikan sebagai proses membentuk sahsiah pelajar, menyampaikan ilmu pengetahuan serta
mencungkil bakat pelajar berdasarkan kaedah yang digariskan di dalam al-Quran.

2.0 FALSAFAH PENDIDIKAN AL-QURAN

Setiap proses pengajaran dan pembelajaran tentunya mempunyai kaedah, pendekatan,strategi, langkah
dan sebagainya bagi menjamin matlamat pengajaran tercapai. Begitu juga dengan pendidikan negara,
mempunyai falsafah dan matlamatnya yang termaktub bagi memastikan pelajar-pelajar mempunyai
keseimbangan dari segi jasmani, emosi,rohani dan intelek. Pendidikan Al-Quran pastinya lebih luas daripada itu
kerana Ianya kitab panduan sejagat dan dustur ummah yang mendidik manusia menuju kebahagian abadi dunia
dan akhirat. Al-Quran menuntut umatnya menjadi seorang yang mahir ataupun pakar dalam apa sahaja bidang
yang diceburi. Dalam pada itu al-Quran mendidik manusia supaya kenal Tuhannya, kenal Penciptanya serta
menginsafi setiap dosa yang dilakukan dan bertawakkal hanya kepadanya. Terdapat beberapa aspek di dalam al-
Quran yang bertujuan untuk mendidik dalam bidang-bidang tertentu iaitu:

1. Pendidikan tauhid

Dalam Al-Quran, Allah mendidik manusia beriman dan mempercayai hanya Allah yang layak disembah dan
tempat berserah segala sesuatu kerana Dialah sahaja yang berkuasa. Disamping itu Allah s.w.t juga memberi
ancaman kepada manusia jika tidak bertauhid dan melakukan syirik kepada Allah.

2. Mensyukuri nikmat

Manusia perlu menyedari bahawasanya segala nikmat yang diperolehi adalah dari Allah semata-mata. Jika
dihitung nescaya manusia tidak akan terhitung nikmat yang Allah telah kurniakan kepada manusia. Secara
kasarnya, nikmat boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

2
a. Nikmat jasmani

b. Nikmat rohani

c. Nikmat harta benda

Atas segala nikmat ini manusia harus berfikir bahawa manusia tidak seharusnya ingkar dan menyekutukan Allah
sebaliknya mensyukuri segala nikmat yang Allah telah kurniakan.

3. Mendidik supaya bertakwa kepada Allah

Bertakwa bererti melakukan segala sesuatu atau meninggalkan sesuatu kerana taat kepada perintah Allah atau
takutkan kemurkaannya. Al-Quran mendidik manusia supaya menjadi orang yang bertakwa. Kerana orang yang
bertakwa itu dikasihi Allah dan diberi pangkat dan darjat yang tinggi disisi Allah.

4. Mendidik supaya bertawakkal

Tawakkal bererti menyandarkan segala usaha kita kepada Allah. Apa pun yang kita lakukan natijahnya perlu
diserahkan kepada Allah. Kerana kita hanya mampu berusaha tetapi yang menentukan natijah baik atau buruk,
berjaya atau tidak, menang atau kalah hanyalah Allah s.w.t.

5. Menegak yang makruf dan melarang kemungkaran

Tugas dakwah adalah tanggungjawab yang perlu dipikul oleh semua umat islam. Dalam masyarakat terdapat
pelbagai jenis manusia. Ada yang jahat, pencuri, perogol, pembunuh dan sebagainya. Oleh itu perlunya ada
dikalangan manusia yang bangun untuk memberi nasihat dan melarang segala perbuatan yang mungkar
dikalangan masyarakat.

2.1 HUKUM MENGAJAR AL-QURAN PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W

Hukum orang yang mengajar al-quran kepada orang lain pada zaman Rasulullah s.a.w. Adalah fardhu
kifayah sepertimana Kata imam al-Suyuti :

”Ketahuilah bahawa menghafaz al-Quran itu fardu kifayah ke atas umat demikian juga mengajar al-
Quran, ia adalah sebaik-baik ibadah kepada Allah”.

Mengajar al-Quran adalah satu daripada cara berdakwah ke jalan Allah, malah ia dianggap antara
dakwah yang paling mulia dan paling penting.

Ibn Hajar berkata : ” Berdakwah kepada Allah itu berlaku dengan pelbagai cara, antaranya menerusi
pengajaran al-Quran”.

Ia dianggap antara cara dakwah yang paling mulia. Manakala Rasulullah s.a.w. apabila ditanya
mengenai orang yang terbaik dalam kalangan manusia, baginda bersabda :

” Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling baik membaca al-Quran dan paling bertakwa kepada
Allah.

2.2 SEJARAH PENGKHUSUSAN DALAM PENGAJARAN BACAAN AL-QURAN

Pengajaran bacaan al-Quran secara intensif telah bermula sejak zaman nabi lagi seperti yang diriwayatkan
bahawa baginda telah bersabda :

”Hendaklah kamu mempelajari al-Quran daripada empat orang” Abdullah bin Mas’ud, Salim Mawla (hamba)
Abu Huzaifah, Mu’az bin Jabal dan Ubai bin Ka’ab (Bukhari, hadith no.3758)

Imam Bukhari telah meriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik yang menyebut bahawa Nabi s.a.w. telah
bersabda kepada Ubai bin Ka’ab r.a. :

”Sesungguhnya Allah menyuruh aku mengajarkan al-Quran kepada engkau ”. Mendengar itu Ubai (dalam
kehairanan) bertanya : ” Adakah Allah telah memilihku dengan menyebut namaku kepada engkau, wahai

3
Rasulullah ? ” Jawab Rasulullah : ” Ya, Allah telah menyebutkan nama engkau kepada aku. ” Mendengar
jawapan itu, Ubai pun menangis. (Sahih Bukhari, hadith no.4578)

Sesungguhnya Allah menyuruh Rasul-Nya mengajarkan Ubai bin Ka’ab hukum tajwid iaitu tentang makhraj-
makhraj huruf, sifat dan hukum-hukum bacaan yang mutawatir seperti yang diterima oleh Nabi s.a.w. daripada
Jibril. Menurut sejarah, sesudah peristiwa itu, Ubai giat menghafaz al-Quran sehingga beliau mencapai
kedudukan tinggi dalam jurusan ini yang merupakan satu kemuncak kejayaan yang besar.

Oleh kerana itu, Rasulullah sendiri pernah bersabda : yang paling banyak membaca al-Quran dalam kalangan
kamu ialah Ubai. (at-Tirmidzi) Nabi s.a.w. Juga telah mengutuskan kepada kabilah Zakwan, Asiyyah dan Bani
Lihyan tujuh puluh orang daripada kalangan Ansar yang merupakan Qurra’ (pembaca dan pengajar al-Quran)
pada waktu itu sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik : ” Kami menamakan mereka Qurra’ pada
zaman mereka. ” (Bukhari. Hadith no.4090.)

Terdapat dua golongan sahabat yang mempelajari bacaan al-Quran daripada Nabi s.a.w. Iaitu :

1. Golongan yang mempelajari al-Quran terus daripada Nabi s.a.w. seperti Ibn Mas’ud, Abu Musa al-
Ash’ari, Ubai, Zaid dan para sahabat lain yang termasuk golongan yang banyak mendengar al-Quran daripada
Nabi s.a.w.

2. Golongan yang mempelajari al-Quran daripada sahabat-sahabat yang lain seperti Ibn Abbas, Abdullah
bin al-Sa’ib dan lain-lain yang merupakan golongan sahabat yang lebih muda

3.0 ZAMAN RASULULLAH S.A.W. DI MAKKAH DAN MADINAH

3.1 PERINGKAT MAKKAH

Pada zaman pra Islam atau lebih dikenali sebagai zaman jahiliah kebanyakan penduduk jazirah arabiah berada
dalam keadaan buta huruf dan hanya sebilangan kecil sahaja yang mengenali angka dan huruf yang
membolehkannya menulis dan membaca.

Menurut al- Salaby (1976:19) antara penduduk Makkah yang mula-mula belajar menulis huruf arab ialah Sufyan
bin Umayyah dan Abu Qais bin Abd, Manaf, mereka belajar daripada Bishr Abd. Malik dari negeri Hirah
Mengikut Dr. Abdullah Isyak (1089:35) bahawa Ibnu Khaldun juga telah meriwayatkan orang yang belajar
menulis di Hirah pada masa itu ialah Sufyan bin Umayyah. Sesetengah pengkaji menjelaskan Harb bin
Umayyah, mereka belajar daripada Azlan bin Sidrah. Menurut Sejarah orang yang mula-mula menulis dan
membaca sebagai satu mata pencarian di tanah arab ialah seorang yang berasal dari Wadi al-Qurra iaitu suatu
perkampungan yang terletak di Madinah. Ia telah berusaha memberi pelajaran mengenal huruf kepada beberapa
orang penduduk Madinah. Fakta diatas menjelaskan bahawa asal kota Makkah sememangnya tidak mengenali
huruf,. Ilmu angka dan huruf berasal dari Madinah. Al- Salaby (1976:19) menjelaskan orang Quraisy yang
pandai menulis dan membaca hanya lapan belas orang sahaja .

Kedatangan agama islam telah mengubah tamadun keilmuan jahiliah ini. Turunnya al Quran sebagai kitabillah
terakhir telah memaksa orang arab jahiliah mempelajari al-Quran samada huruf atau tulisan untuk membolehkan
mereka membaca la-Quran dan memahami isi al-Quran . Memang benarlah al-Quran itu membimbing manusia
dariapda Zulumat (kegelapan) kepada nur (cahaya). Dalam surah al Baqarah 2:257 dan arahan membaca dalam
surah al Alaq 96;1 melalui mengenali huruf dan kemudian membolehkan mereka membaca. Manusia dapat
melibatkan diri dengan proses keilmuan yang membawa kepada arus kemajuan dan melauinya juga mereka akan
mengalami proses dari segi kognitf dan efektif.

Bagi mengatasi masalah arab Quraisy ini, baginda Rasulullah saw tidak jemu-jemu menggalakkan orang Islam
supaya belajar ekoran daripada wahyu pertama ayat 1-5 surah al Alaq.

Salah satu cara baginda Rasulullah saw mengembangkan ilmu menulis dan membaca ialah dengan mengenakan
syarat kepada tawanan-tawanan perang Badar yang boleh menulis dan membaca agar setiap daripada orang
tawanan itu dikehendaki mengajar 10 orang anak-anak daripada orang islam membaca dan , menulis sehingga
pandai sebagai ganti membebaskan diri.

4
Mengikut al-Abrashi (terjemahan h. Bustami 1970:60) baginda nabi juga menggunakan kepakaran orang Yahudi
dan Nasrani yang pandai menulis dan mambaca agar mengajar kemahiran ini kepada kaum muslimin. Begitulah
sifat marunahnya baginda dalam konteks ilmu dan pendidikan.

Rasullallah saw menggunakan teknik rangsangan dengan mangarahkan umat islam agar rajin menuntut ilmu
seperti hadis baginda yang bermaksud:

“menuntut imu adalah wajib dikalangan muslimin dan muslimat”

Rasulullah saw meminta Shaffah al Adawiyah mengajarkan isteri nabi Saiyyiditina Hafsah dengan pelajaran
menulis dan membaca, dorongan dan galakan daripada baginda yang berterusan ini, apatah lagi dalam menuntut
ilmu hukumnya wajib maka para keluarga dan sahabat baginda telah berusaha bersungguh-sungguh untuk
mempelajarinya.

Seterusnya al-Abrashi (hal. 44) telah menjelaskan bahawa atas suruhan baginda inilah menyebabkan jumlah
orang islam pandai menulis dan mengenal huruf telah bertambah. Dengan itu lahir lah jurutulis- jurutulis atau
khatib yang diberi tugas untuk mancatatkan ayat-ayat al Quran dan hadis-hadis nabi setelah kawafatan baginda.

Antaranya ialah Abi Ka’ab al-Ansari, Zaid bin Thabit, Uthman bin Affan dan lain-lain. Pada peringat awal
perkembangan islam ilmu pengetahuan dan pendidikan islam telah sampai di rumah baginda dan rumah sahabat
baginda seperti rumah al- Arqam bin al-Arqam, Rasulullah saw menyampaikan ilmu-ilmu islam peringkat
asasnya ilmu akidah dan ahklak . Pada zaman Makkah ini Rasulullah saw berperanan sebagai seorang guru,
murid-muridnya tediri daripada kalangan dan para sahabat yang rapat dengan baginda manakala rumah baginda
dan rumah al-Arqam Bin al-Arqam beperanan sebagai intistusi pertama pendidikan islam. Rasulullah saw
menyampaikan setiap wahyu yang diterima atau setiap kali wajah diturun kepada kaum keluarga baginda, para
sahabat dan sekalian kaum muslimin secara terbuka.

Rasulullah berbuat demikian kerana tugas Rasullullah untuk menyampaikan ajaran islam dan menyeru manusia
ke jalan Allah, firman Allah yang bermaksud.

“wahai rasul, sampaikanlah apa-apa yang telah diturunkan oelh Allah kepoada engkau daripada tuhan engkau,
kiranya engakau tuidak melakukan demikan, maka tidaklah engakau menyampaikan risalah.” (Surah al-Maidah
5:67)

Bentuk pengajaran Rasulullah saw ialah membaca al-quran karim kepada para sahabat dan menerang maksud
ayatnya supaya dapat difahami dan di hayati serta diamalkan pada saat itu, juga.

Baginda Rasul juga menyuruh para sahabatnya mengahafal setiap ayat yang telah diajar di samping Rasulullah
saw menyeru para sahabatnya untuk menulis agar dapt sentiasa diulang kaji pada masa yang lain.

Baginda Rasulullah saw menunjukkan dan melatih para sahabat dan semua kaum muslimin agar mengamalkan
serta mengamati segala pelajaran yang disampaikan oleh baginda . Sesungguhnya nabi Muhammad saw ialah
seorang rasul dan guru yang telah mendidik melatih dan memandu umat islam dengan penuh tanggungjawab,
mesra dan penuh perasaan kasih sayang. baginda Rasulullah s.a.w selalu menjadikan dirinya sebagai teladan dan
contoh-contoh yang diikuti.

Para sejarawan islam telah memulakan kajian tentang pendidikan islam pada zaman Rasulullah saw bermula
dari Institusi al-Arqam bin al-Arqam di Assafah, Makkah pada tahun 610 masihi. Disinilah bermulanya era
pendidikan islam dan Quran (Barnadib, 1985:85)

Pada zaman Makkah, hubungan perkembangan dakwah nabi selari dengan perkembangan pendidikan islam.
Dengan itu pendidikan nabi terhadap golongan pemeluk islam bertitik tolak daripada gerakan dakwah nabi
secara sulit selama kira-kira tiga tahun. Ali al-Jamilathi dan Abu al-Tuwanisiah (1978) menerangkan bahawa
Rasulullah saw telah memulakan institusi pendidikannya di rumah al-Arqam bin al-Arqam di Assafah, Makkah
pada tahun khasnya terdiri daripada sahabat-sahabat nabi yang rapat dengan baginda termasuk keluarga baginda,
seperti isteri baginda

Rasullallah saw kemudian berkembang menjadi tiga puluh lapan orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan
masyarakat dan peringkat umur. Pendidikan tersebut telah di atur dan kendalikan oleh baginda nabi secara sulit
selama tiga tahun.

5
Selain institusi pendidikan al-arqam bin al-arqam. Rasulullah saw juga menngunakan rumahnya sebagai pusat
pembelajaran. langkah pertama yang dilakukan oleh baginda dalam proses pengajaran pembelajaran ialah
melalui metod iqra (bacaan).

Iaitu dengan membaca ayat-ayat al-quran yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada para sahabatnya melalui
metod Tartil Menurut Kassim Ahmad (1984) Rasulullah saw juga menekan kaedah penurunan wahyu pada masa
itu, satu era yang istimewa pada zaman pendidkan Rasulullah saw di peringkat makkah ialah apabila diturunkan
wahyu yang pertama kepada nabi Muhammad saw yang menekankan konsep bacaan.

Para pengkaji sejarah islam menjelaskan bahawa isi kandungan pendidikan yang disampaikan itu bergantung
kepada wahyu daripada Allah swt sendiri. Maka dengan itu, kelahiran Pendidikan islam adalah satu era baru bagi
dunia pendidikan yang ada pada masa itu. Bukan sahaja wahyu yang turun kepada nabi Muhammad saw itu
sebagai bahan pengajaran nabi bahkan ia juga merupakan sumber pendidikan Rasulullah saw kepada keluarga
dan para sahabat baginda , wahyu yang menekan persoalan akidah masyarakat Quraisy pada masa itu telah
dikuliahkan oleh agenda di Institusi dirumah Al-Arqam. Metodologi penyampaian Pendidikan islam kepada
Murid-muridnya dilakukan secara :

1. Baginda membacakan ayat-ayat yang diterima kepada murid-muridnya

2. Menjelaskan maksud ayat

3. Dihafal

4. Mendidik dengah penuh kasih sayang

Keberkesanan pendidikan Rasulullah saw ini bukan sahaja dapat dicapai melalui aspek kognitif malah juga
aspek efektif dan psikomotor dalam bentuk amalan dan penghayatan .

Sebagai contoh keberkesanan tiga domain pendidikan di atas dapat dilihat daripada peristiwa murid baginda
Saad bin Abi Waqas dengan ibunya dan dijelmakan oleh Allah swt melalui surah yang bermaksud:

“dan kami wajibkan kepada manusia (berbuata) kebaikan kepada kedua-dua ibu bapanya dan jika kedua-dua
ibu bapanya mammaksa unutk mempersekutukan aku dengan seseuatu yang tidak ada pengetahuan tentangya,
maka jnganlah kamu mengikuti kedua-duanya. hanya kepad akulah kamu akan kembali, lalau aku khabarkan
kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. (surah al-ankabut)

Sepanjang penglibatan baginda Rasulullah saw sebagai guru pendakwah atau seorang rasul, baginda banyak
menerima cabaran dan ugutan daripada pelbagai pihak yang terdiri daripada ketuaketua kafir quraisy di makkah,
segala penentangan mereka tidak di hiraukan oleh baginda . Baginda tidak pernah tunduk dengan tawaran-
tawaran yang diberikan kepadanya. sabda Rasulullah saw. yang bermaksud

….bahawa sebenarnya aku di utuskan sebagai seorang pendidik.

3.2 PERINGKAT MADINAH

Perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam lebih pesat dan menggalakakkn apabia Rasulullah ke
madinah pada tahu 622 Masihi . Perkembangan ini berkait rapat dengan peranan masjid yang telah didirikan oleh
Rasulullah s.a.w.

Disana masjid telah di jadikan markas kegiatan sosial dan kemasyarakatan selain daripada tempat ibadah.
kegiatan ini termasuklah proses pembelajaran dan pendidikan. Bagi memastikan kesucian masjid sebagai tempat
ibadah maka nabi telah membina surau yang bersambung dengan masjid tersebut, surau itu dikenali dengan
nama al-suffah. Ia boleh dikatakan sebagai sebuah sekolah kerana kegiatan pengajaran pembelajaran yang
dijalankan disitu lebih sistemetik dan formal. Manakala metode pengajaran adalah dalam bentuk halaqah yang
disampaikan melalui kaedah syarahan dan praktikal. Sejajar dengan perkembangan dan tersusun. Pelbagai aspek
kehidupan dipelajari dan diajar kepada mereka. Memandangkan kepesatan perkembangan islam maka lebih
banyak sekolah didirikan pada masa itu. dikatakan terdapat sembilan buah sekolah yang telah dibina pada zaman
Rasulullah saw. antaranya yang terpenting ialah sekolah Kaabah.

6
Rasulullah saw selalu melawat sekolah berkenaan serta mengadakan serta mengadakan perbincangan dengan
murid-muridnya. Baginda juga menghantar ramai guru untuk mengajar di seluruh wilayah islam di semenanjung
tanah arab. Fakor utama Rasulullah saw berhijrah ke Madinah kerana gesaan Allah swt.

Akibat ancaman orang Quraisy yang semakin membahayakan sehingga baginda di Madinah terus membina
sebuah masjid yang diberi nama Masjid Quba' yang kemudiannya menjadi intitusi pendidikan terpenting. Masjid
Quba Rasulullah saw terus mengumpulkan umat islam dan memperkenalkan sistem Halaqah di masjid
tersebut .Selepas menunaikan solet berjemaah, para muslimin duduk mengelilingi nabi dalam separuh bulatan
untutk mendengar pengajaran nabi tentang agama islam. Ekoran penerimaan serta sokongan tempatan madinah
daripada pelbagai lapisan masyarakat. Baginda menyususkan strategi pengajaran dalam tiga bentuk iaitu :

1. Pendidikan Rasulullah saw dalam bentuk umum

Ia dijalankan sendiri oleh Rasulullah saw dan oleh para sahabat baginda di dalam dan diluar kota
Madinah. dari segi metodologi pengajaran Rasulullah saw menggunakan pendekatan khutbah dan halaqah.
Kaedah khutbah digunakan ketika baginda mengajar di masjid manakala bentuk halaqah diadakan di rumah
baginda sendiri atau di rumah para sahabat. Kandungan pengajaran baginda meliputi sembilan kandungan
antaranya akidah, syariah dan huraian isi wahyu yang mencakupi siasah (politik), ijtimaiyyah (sosial) dan
iqtisyho diyah(ekonomi) Dari segi pelajar dalam sistem pendidikan umayyah ini terdiri daripada pelbagai lapisan
umur dan status hidup daripada kalangan kaum lelaki dan wanita, kecil dan tua. kaedah pengajaran baginda
selain dua metode di atas ialah:

a) Amalan Semua ajaran baginda yang berkaitan dengan suruhan dan larangan Allah dibuat secara terus dan diri
peribadi nabi menjadi ikutan, contoh serta teladan melalui qudwah hsanah. Antara contoh dan teladan “nabi
melakukan sesuatu sesuatu perbuatan (sunnah) agar menjadi petunjuk kepada umatnya”

b) Pendekatan jiwa Kasih sayang nabi kepada umatnya sering ditunjukkan telah menambat hati murid untuk
patuh dan taat keapada baginda Rasulullah.

2. Pengajaran Nabi dalam Bentuk Khususiah.

• Pendidikan ini dikhususkan kepada kanak-kanak, tawanan perang dan sahabat nabi. Rasulullah mendidik
kanak-kanak dengan menggunakan kaedah teguran, suruhan, amalan, qudwah hasanah dan member pengajaran
dengan mengambil iktibar daripada cerita-cerita yang berbentuk Bashir Wa-Nazir. Kenyataan diatas dapat dilihat
melalui riwayat daripada Omar ibn Salmah, beliau berkata : sewaktu saya masih kecil dan berada di bawah
jagaan baginda Rasulullah S.a.w. baginda berkata kepada saya :

“Wahai kanak-kanak, bacalah bismillah sebelum makan dan makanlah dengan tangan kanan serta ambillah
makanan yang paling hampir dengan kamu dahulu”

Inilah kaedah-kaedah yang harus diterapkan kepada pendidik untuk mendidik anak-anak murid atau pelajar yang
berada di bawah umur.

3. Pendidikan melalui Institusi (madrasah)

• Proses pengajaran yang lebih sistematik digunakan oleh Nabi iaitu dapat dilihat melalui institusi tersebut yang
dinamakan sebagai madrasah bermaksud sekolah. Melalui system ini terdapat dua peringkat :

i. Menulis dan membaca

ii. Ashab Assaffah

Proses menulis dan membaca ini ditujukan kepada kanak-kanak. Mustaffa (1985), rasulullah s.a.w menggunakan
bebrapa orang tawanan Perang Badar yang terdapat daripada kaum musyrikin yang berkebolehan menulis dan
membaca untuk mengajar kanak-kanak muslim atas kadar seorang tawanan dengan sepuluh orang kanak-kanak
islam.

Mereka perlu mengajar kanak-kanak islam ini sehingga mereka pandai dan ini merupakan jaminan kebebasan
tawanan tersebut. Dimana pada peringkat Ashab Assaffah pula merupakan peringkat golongan pemuda belia,
Rasulullah s.a.w dan para sahabat menerapkan ilmu kepada golongan belia ini dengan tentang ilmu syarak,
kemasyrakatan, ekonomi, pendidikan jasmani dan politik sebagai persiapan hidup pada masa yang akan datang.
7
Kedua-dua peringkat pendidikan ini dibuat disekeliling masjid dan di bangunan-bangunan yang dikhaskan untuk
pendidikan Islam. Untuk memastikan kesucian masjid sebagai tempat ibadah, nabi telah membina surau yang
bersambung dengan masjid tersebut dan dikenali sebagai Al-Suffah.

As-suffah ini dikenali sebagai sebuah sekolah kerana kegiatan pengajaran pembelajaran yang dijalankan lebih
sistematik dan formal. Hal ini kerana ia dijalankan di kawasan masjid dan keadah pengajaran yang digunakan
adalah halaqah yang disampaikan melalui kaedah syarahan dan pratikal. Kesan daripada peperangan menentang
kaum musyrikin penganut islam semakin bertambah lantaran kejayaan Rasulullah dalam mentarbiyah mereka.
Baginda telah membahagikan murid-murid kepada tiga golongan iaitu :

1. Kanak-kanak diberi pendidikan dalam bentuk khususiyah

2. Kaum lelaki dewasa, diberikan pendidikan umumiyyah.

3. Kaum wanita dewasa, diberikan pendidikan umumiyyah.

Hasil daripada rasulullah dalam bidang penulisan ini maka lahirlah tokoh-tokoh sahabat yang berkemahiran
membaca dan menulis seperti Abi Ka’ab, al-Ansori, Zaid bin Thabit, Uthman bin Affan dan lain-lain yang antara
yang dilantiik menjadi jurutulis nabi untuk menulis dan membaca surat-surat sama ada untuk dihantar ke Rom,
Parsi atau yang diterimanya dari Negara luar dalam hubungan diplomatik antara madinah dan Eropah.

Kota Madinah pada masa itu telah menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan. Pelbagai
jenis ilmu yang telah disebarkan di Madinah iaitu di Jazirah Arabiah dan Negara-negara sekitarnya. Di Madinah
telah terdapat Sembilan buah masjid yang berperanan sebagai institusi pendidikan nabi. Antara sekolah yang
terkemuka iaitu sekolah Kaabah.

3.3 PERBEZAAN CIRI PEMBINAAN PENDIDIKAN AL-QURAN DI KOTA MAKKAH DAN


MADINAH

• Period kota Makkah:

Teras pembinaan pendidikan islam di kota Makkah adalah pendidikan tauhid, titikberatnya adalah menanamkan
nilai-nilai tauhid ke dalam jiwa setiap individu muslim, agar jiwa mereka terpancar sinar tauhid dan tercermin
dalam perbuatan dan tingkah laku dalam kehidupan sehari-hari.

• Period kota Madinah:

Pokok pembinaan pendidikan islam di kota Madinah dapat dikatakan sebagai pendidikan sosial dan politik, yang
merupakan kelanjutan dari pendidikan tauhid di Makkah, iaitu pembinaan di bidang pendidikan sosial dan politik
agar dijiwai oleh ajaran , merupakan cermin dan pantulan sinar tauhid tersebut.

3.4 BAHAN PENGAJARAN (SILIBUS) RASULULLAH S.A.W.

Menurut Ghazali Darussalam, Wahyu merupakan bahan pengajaran (sukatan) dalam proses mendidik atau
mengajar pengikutnya. Ia berbentuk Alquran mahupun hadis. Ini dapat dinyata dan dijelaskan bahawa baginda
s.a.w. tidak bercakap atau mengajar sesuatu melainkan ditunjuk oleh wahyu sepertimana dalam firman allah
yang bermaksud :

“Dan tiadalah yang diucapkan itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah
wahyu yang di wahyukan” (surah Al-Najm, 53:3-4)

Maka dengan itu, bahan pengajaran Rasulullah adalah lengkap dan sempurna hal ini kerana wahyu yang datang
adalah daripada allah s.w.t. Alquran ialah kitab yang sedikit pun tiada kekurangan. Firman Allah s.w.t. yang
bermaksud :

“Tiadalah kami alpakan suatu pun dalam al-Kitab”

Dengan bahan pengajaran yang telah diwujudkan oleh nabi iaitu Alquran. Kita sebagai umatnya dan pendidik
harus mengikut apa yang telah rasulullah s.a.w. tetapkan. Semestinya bahan yang disediakan itu berlandaskan
syariat Islam dan hukum Allah.
8
3.5 KURIKULUM PENDIDIKAN AL-QURAN PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W

Kurikulum pendidikan pada zaman Rasulullah sangat sulit, sebab Rasul mengajar pada sekolah kehidupan yang
luas tanpa dibatasi dinding kelas. Rasulullah memanfaatkan berbagai kesempatan yang mengandungi nilai-nilai
pendidikan dan rasulullah menyampaikan ajarannya dimana saja seperti di rumah, di masjid, di jalan, dan di
tempat-tempat lainnya. Sistem pendidikan islam lebih bertumpu kepada Nabi, sebab selain Nabi tidak ada yang
mempunyai keutamaan untuk menentukan isi-isi pendidikan islam. Dapat dibezakan menjadi dua period

i. Makkah
• bahan yang diajarkan hanya berkisar pada ayat-ayat Makiyyah sejumlah 93 surat dan petunjuk-
petunjuknya yang dikenal dengan sebutan sunnah dan hadits.
• bahan yang diajarkan menerangkan tentang kajian keagamaan yang menitikberatkan pada
keimanan, ibadah dan akhlak.

ii. Madinah
• pendidikan yang dilakukan Nabi pertama-tama membangun lembaga masjid, melalui masjid ini
Nabi memberikan pendidikan islam.(al-Quran)

• Bahan pendidikan islam(al-Quran) yang diajarkan berkisar pada bidang keimanan, akhlak, ibadah,
kesihatan jasmani dan pengetahuan kemasyarakatan.

Metod yang dikembangkan oleh Nabi adalah:

a. Bidang keimanan: melalui soal jawab dengan penghayatan yang mendalam dan di dukung oleh
bukti-bukti yang rasional dan ilmiah.

b. Bahan ibadah : disampaikan dengan metod demonstrasi dan peneladanan sehingga mudah
didikuti masyarakat.

c. Bidang akhlak: Nabi menitikberatkan pada metod peneladanan. Nabi tampil dalam kehidupan
sebagai orang yang memiliki kemuliaan dan keagungan baik dalam ucapan maupun perbuatan.

3.6 KEBIJAKSANAAN RASULULLAH S.A.W DALAM PENDIDIKAN

Untuk melaksanakan fungsi utamanya sebagai pendidik, Rasulullah telah melakukan serangkaian kebijaksanaan
yang amat sistematik serta sesuai dengan situasi dan keadaan. Proses pendidikan pada zaman Rasulullah berada
di Makkah belum berjalan sebagaimana yang diharapkan. Hal yang demikian belum di mungkinkan, kerana pada
saat itu Nabi Muhammad belum berperanan sebagai pemimipin atau ketua Negara, bahkan baginda dan para
pengikutnya berada dalam bayang-bayang ancaman pembunuhan dan kaum kafir quraisy. Selama di Makkah
pendidikan berlangsung dari rumah ke rumah secara sembunyi-sembunyi.

Diantaranya yang terkenal adalah rumah Al- Arqam. Langkah yang bijak dilakukan Nabi Muhammad SAW pada
tahap awal islam ini adalah melarang para pengikutnya untuk menampakkan keislamannya dalam berbagai
hak.tidak menemui mereka kecuali dengan cara sembunyi-sembunyi dalam mendidik mereka. Setelah
masyarakat islam terbentuk di Madinah barulah, barulah pendidikan islam (alQuran) dapat berjalan dengan
berleluasa dan terbuka secara umum dan kebijaksanaan yang telah dilakukan Nabi Muhammmad ketika di
Madinah adalah:

a. Membangun masjid di Madinah. Masjid inilah yang selanjutnya digunakan sebagai pusat kegiatan pendidikan
dan dakwah.

b. Menyatukan berbagai potensi yang semula saling berserakan bahkan saling bermusuhan.

3.7 LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN RASULULLAH S.A.W

Menurut Ghazali Darussalam dalam bukunya Pedagogi Pendidikan Islam telah menyatakan pelbagai langkah
dan cara yang Rasulullah telah anjurkan untuk dalam bidang pendidikan supaya semuanya berjalan dengan
lancar dan sempurna.

9
Antara langkah yang diambil oleh baginda ialah :

 Mewujudkan pusat pendidikan

Banyak institusi yang digunakan oleh baginda bagi tujuan untuk mengajar ajaran islam kepada umatnya. Antara
pusat-pusat atau tempat pendidikan ialah :

1. Rumah sebagai pusat pendidikan

Sejak awal kerasulan bagi lagi, rumah dijadikan tempat pendidikan kepada pengikutnya. RUmah Al-Arqam bin
Abi al-Arqam menjadi pusat pengajaran dan pusat pertemuan baginda bersama para sahabat. Selain itu juga, ia
dijadikan tempat menyampaikan ajaran agama Islam kepada kaum muslimin. Dan buat pengetahuan semua
keadah ini berkekalan sehingga baginda berhijrah ke Madinah.

2. Tempat Umum dan terbuka.

Rasulullah s.a.w. juga diperintahkan supaya menyampaikan ajarannya secara terang-terangan oleh Allah s.w.t.
dimana dalam firman Allah yang bermaksud :

“Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan kepadamu dan
berpalinglah daripada orang yang musyrik”

Setelah itu, baginda bergerak ke Bukit Safa yang menjadi kelaziman orang Quraisy dijadikan sebagai tempat
mengumpulkan orang ramai.

3. Institusi Masjid

Antara masjid yang menjadi tempat pengajaran Islam iaitu Masjid Quba’ dan Masjid An-Nabawi. Selain itu
terdapat Sembilan buah masjid yang terdapat di Madinah menjadi tempat pendidikan. Umat Islam di Madinah
mengantar anak-anak mereka ke masjid untuk diberikan pendidikan. Selepas pembukaan Kota Mekah, Baitullah
menjadi pusat pengajaran Islam untuk seluruh kaum muslimin.

4. Pengajaran Kepada Masyarakat Terdekat

Nabi telah memulakan pendidikan al-quran dengan mendahulukan kaum kerabatnya sebagaimana firman firman
Allah Swt :

Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat (Qs.As-Syu'ârâ;214)

Pada peringkat pertama, orang yang paling awal memeluk Islam adalah isterinya, Khadijah binti Khuwailid, Abu
Bakar bin as-Siddq, Zaid bin Harithah dan Abi Bin Abi Talib. Kesemuanya adalah sahabat terdekat Rasulullah.
Setelah itu, Islam semakin berkembang luas dan menyebar ke seluruh pelosok. Inilah sebabnya pendidikan yang
baik adalah yang dimulai dari rumah oleh orang tua kepada anakanaknya. Sebagaimana sabda Rasulullah :

"Ajarlah anak-anakmu (dengan ilmu pengetahuan) kerana sesungguhnya mereka dijadikan untuk zaman yang
lain daripada kamu."

5. Berlaku Adil Terhadap Anak Didik

Dalam menyampaikan ajaran Islam, Rasulullah diajarkan oleh Allah supaya tidak berlaku diskriminasi. Baginda
rasulullah diperingatkan Allah ketika Abdullah bin Ummu Maktum datang hendak menemui baginda. Pada saat
itu, Rasulullah sedang berbincang dengan para pembesar Quraisy dan Rasulullah telah bermasam muka. Maka
turunlah ayat Al-Quran sebagai teguran akan kesilapan baginda itu :

Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling kerana telah datang seorang buta kepadanya.(Qs.'Abasa ;1-2)

3.8 METODOLOGI PENGAJARAN RASULULLAH S.A.W.

Menurut Ghazali Darussalam dalam bukunya Pedagogi dalam Pendidikan Islam iaitu menerangkan Rasulullah
s.a.w. Mempunyai pelbagai cara dalam menyampaikan pengajarannya kepada umatnya dan orang lain. Antara
kaedah yang bersifat kognitif, efektif dan berbentuk psikomotor. Terdapat banyak pengajaran yang disampaikan
oleh baginda s.a.w dengan menggunakan kaedah ini, antaranya :

10
1. Kuliah dan khutbah atau pidato.

Ini adalah cara pengajaran yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w iaitu kuliah dan berkhutbah atau pidato yang
seringnya disampaikan di Masjid dan juga dirumah. Ini jelas bahawa Rasulullah s.a.w mengajar kaum muslimin
dengan berkhutbah di masjid pada setiap hari Jumaat. Pada musim haji juga baginda berucap di Arafah, Mina,
Perigi Ghadir dan di Uhud. Pada pengajaran ini hanya baginda sahaja yang bercakap dan umatnya hanya
mendengar apa yang baginda ucapkan.

2. Halaqah

Sepanjang pendidikan baginda kepada para sahabat, baginda amat gemar menggunakan kaedah halaqah dimana
Rasulullah s.a.w bersila di dalam masjid yang dikelilingi oleh umatnya. Kesan daripada pengajaran yang
dilakukan oleh baginda adalah konsep pengajaran dua hala. Iaitu kaedah ini masih digunakan oleh semua
pendidik terutama di peringkat tertinggi.

3. Soal Jawab

Rasulullah s.a.w juga menggunakan cara pembelajaran secara soal jawab. Hal ini jelas dimana Rasulullah s.a.w
di suatu masa telah soal jawab dengan malaikat Jibril tentang rukun Iman, rukun Islam, tentang Ihsan dan
tentang Kiamat. Baginda bersoal jawab dengan tujuan untuk mengajar kepada orang ramai.

4. Hafalan

Teknik ini adalah salah satu teknik yang terdapat dalam pribadi Rasulullah, terbukti ketika Rasulullah menerima
wahyu Allah yang pertama, beliau bersungguh-sungguh dan terus menerus menghafalnya agar tidak lupa.

5. Perdebatan

Teknik ini digunakan ketika perdebatan tentang Ibrahim dengan Raja Namrud. Al-Quran telah menjelaskan hal
ini, melalui firman Allah yang berbunyi :

"Apakah kamu tidak memerhatikan orang yang mendebat Nabi Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah
telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan) ketika Nabi Ibrahim berkata. 'Tuhanku ialah
Allah yang menghidupkan dan mematikan; Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka
terbitkanlah dari Barat, lalu terdiamlah orang kafir itu; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang
zalim. '"(Qs.Al-Baqarah ;258)

6. Penceritaan

Dalam menyampaikan ajaran Islam, Rasulullah banyak menggunakan metode bercerita. Hal ini terlihat kerana di
dalam terdapat banyak ceritacerita lampau berkaitan dengan nabi-nabi dan umat terdahulu.

7. Menggunakan Bahasa Isyarat.

Dalam menyampaikan pengajaran, Rasulullah juga sering menggunakan gaya atau isyarat dengan anggota badan
Rasulullah. Contohnya ketika beliau menjawab pertanyaan tentang orang yang memelihara anak yatim, seperti
yang digambarkan dalam sabdanya :

"Aku dan orang yang memelihara anak yatim seperti dua ini (diisyaratkan ibu jari dan jari tengah)"

4.0 SEJARAH PENDIDIKAN AL-QURAN PADA ZAMAN SAHABAT

Menurut Prof. Dr Hassan Langgulung(1988) dalam buku Asas-asas Pendidikan Islam menerangkan bahawa
bertahun-tahun pemerintahan Khulafa al-Rasyidin merupakan perjuangan terus menerus antara hak yang mereka
bawa dan dakwahkan kebatilan yang mereka perangi dan musuhi. Pada zaman khulafa al-Rasyidin seakan-akan
kehidupan Rasulullah SAW itu berulang kembali. Pendidikan islam masih tetap memantulkanAl-Qur’an dan
Sunnah di ibu kota khilafah di Makkah, di Madinah dan di negeri- negeri lain yang ditakluki oleh orang-orang
islam. Prof. Dr. Hasan Langgulung, Asas-asas Pendidikan Islam, Jakarta: Pustaka Husna, 1988. Hal 121

11
Berikut penguraian tentang pendidikan Islam(al-Quran) pada masa Khulafa al- Rasyidin:

A. Masa Khalifah Abu Bakar as-Siddiq

Menurut Prof. Dr. H. Samsul Nizar, M.ag (2008) dalam bukunya Sejarah Pendidikan Islam pola
pendidikan al-Quran pada masa Abu Bakar masih seperti pada masa Nabi, baik dari segi isi kandungan mahupun
lembaga pendidikannya. Dari segi isi kandungan pendidikan Islam terdiri daripada pendidikan tauhid atau
keimanan, akhlak, ibadah, kesihatan, dan sebagainya. Menurut Ahmad Syalabi lembaga untuk belajar membaca
menulis ini disebut dengan Kuttab. Kuttab merupakan lembaga pendidikan yang dibentuk setelah masjid,
selanjutnya Asama Hasan Fahmi mengatakan bahwa Kuttab didirikan oleh orang-orang Arab pada masa Abu
Bakar dan pusat pembelajaran pada masa ini adalah Madinah, sedangkan yang bertindak sebagai tenaga pendidik
adalah para sahabat rasul terdekat.

Lembaga pendidikan Islam(al-Quran) masjid, masjid dijadikan sebagai benteng pertahanan rohani,
tempat pertemuan, dan lembaga pendidikan Islam, sebagai tempat shalat berjama’ah, membaca Al-qur’an dan
lain sebagainya.

B. Masa Khalifah Umar bin Khattab

Menurut Prof. Dr. H. Samsul Nizar, M.ag dalam bukunya Sejarah Pendidikan Islam berkaitan dengan masalah
pendidikan , khalifah Umar bin Khattab merupakan seorang pendidik yang melakukan penyuluhan pendidikan di
kota Madinah, beliau juga menerapkan pendidikan di masjid-masjid dan pasar-pasar serta mengangkat dan
menunjuk guru-guru untuk tiap-tiap daerah yang ditaklukan itu, mereka bertugas mengajarkan isi Al-qur’an dan
ajaran Islam lainnya. Adapun metod yang mereka pakai adalah guru duduk di halaman masjid sedangkan murid
melingkarinya.

Pelaksanaan pendidikan di masa Khalifah Umar bin Kattab lebih maju, sebab selama Umar memerintah
Negara berada dalam keadaan stabil dan aman, ini disebabkan disamping telah ditetapkannya masjid sebagai
pusat pendidikan juga telah terbentuknya pusat-pusat pendidikan Islam di berbagai kota dengan ilmu yang
dikembangkan, baik dari segi ilmu bahasa, menulis, dan pokok ilmu-ilmu lainnya.

Pendidikan dikelola di bawah pengaturan gabernor yang berkuasa saat itu,serta diiringi kemajuan di
berbagai bidang, seperti jawatan pos, kepolisian, baitulmal dan sebagainya. Adapun sumber gaji para pendidik
waktu itu diambilkan dari daerah yang ditaklukan dan dari baitulmal.

C. Masa Khalifah Usman bin Affan.

Menurut Prof. Dr. H. Samsul Nizar, M.ag dalam bukunya Sejarah Pendidikan Islam pada masa khalifah Usman
bin Affan, pelaksanaan pendidikan Islam(al-Quran) tidak jauh berbeza dengan masa sebelumnya. Pendidikan di
masa ini hanya melanjutkan apa yang telah ada, namun hanya sedikit terjadi perubahan yang mewarnai
pendidikan Islam.

Para sahabat yang berpengaruh dan dekat dengan Rasulullah yang tidak diperbolehkan meninggalkan
Madinah di masa khalifah Umar, diberikan kelonggaran untuk keluar di daerah-daerah yang mereka sukai.
Kebijaksanaan ini sangat besar pengaruhnya bagi pelaksanaan pendidikan di daerahdaerah.

Proses pelaksanaan pola pendidikan pada masa Usman ini lebih ringan dan lebih mudah dijangkau oleh
seluruh peserta didik yang ingin menuntut dan belajar Islam dan dari segi pusat pendidikan juga lebih banyak,
sebab pada masa ini para sahabat memilih tempat yang mereka inginkan untuk memberikan pendidikan kepada
masyarakat. Tugas mendidik dan mengajar umat pada masa ini diserahkan pada umat itu sendiri, ertinya
pemerintah tidak mengangkat guru-guru, dengan demikian para pendidik sendiri melaksanakan tugasnya hanya
dengan mengharapkan keridhaan Allah.

12
PENULISAN AL-QURAN DI ZAMAN SAIDINA UTHMAN IBN AFFAN

Di zaman khalifah Uthman Affan, Islam telah berkembang luas sehingga ke Afrika di barat dan ke Azarbaijan di
timur. Dengan demikian terdapat ramai orang Islam bertaburan di merata tempat, khasnya negeri-negeri yang
baru dibuka. Guru-guru dalam kalangan sahabat telah dihantar ke negeri-negeri berkenaan untuk mengajar al-
Quran dan pengetahuan Islam. Masing-masing membaca al-Quran mengikut bacaan sahabat atau guru yang
dihantar ke situ. Dengan demikian terdapat sedikit kelainan bacaan antara satu tempat dengan tempat lain. Ada
yang mengikut bacaan Ubai bin Ka’ab, ada pula yang membaca mengikut bacaan Ibnu Mas’ud dan di tempat
lain mengikut bacaan Abu Musa al-Ash’ari. Masing-masing mengatakan bacaannya sahaja yang betul dan ada
menyalahkan orang lain. Hal ini telah berlarutan hingga sampai ke satu tahap yang menimbulkan persengketaan
yang hampirhampir mencetuskan pergaduhan sesama muslimin. Sebenarnya sahabat-sahabat besar menerima al-
Quran daripada Rasulullah dengan tujuh jenis bacaan (qiraat). Apabila mereka mengajar, mereka hanya mengajar
satu jenis bacaan yang mereka minat sahaja. Dengan sebab itu terdapat perbezaan bacaan pada tempat-tempat
tertentu. Seorang sahabat yang bernama Huzaifah bin al-Yaman yang baru balik dari negeri Syam setelah selesai
pembukaan Armenia dan Azarbaijan memberitahu hal ini kepada Saidina Uthman. Beliau mencadangkan supaya
diambil sesuatu tindakan untuk menyelamatkan umat Islam. Tindakan yang dimaksudkan itu ialah menulis
semula al-Quran dalam beberapa naskah dan dihantar ke semua negeri Islam. Dengan demikian, orang Islam
boleh membaca al-Quran dengan cara yang sama seperti yang tertulis itu. Uthman bersetuju dengan cadangan ini
dan terus meminta Suhuf yang ditulis di zaman Abu Bakar yang masih ada di tangan Hafsah binti Umar al-
Khattab. Zaid bin Thabit sekali lagi dilantik menjadi ketua panitia pengumpulan al-Quran di peringkat ini.
Mereka terdiri daripada Abdullah bin Zubair, Said bin al-’As dan Abdul Rahman bin al-Harith.

Mereka disuruh supaya menulis semula dengan baik mengikut lahjah atau loghat Arab Quraish. Al-
Quran yang ditulis ini tidak mempunyai titik dan baris (tanda bacaan). Ini adalah untuk meraikan Qiraat Tujuh.

Mengikut as-Sayuti, penulisan ini dibuat dalam lima naskah untuk dihantar ke bandar-bandar besar
seperti Kufah, Basrah, Makkah, Yaman dan lain-lain. Naskah-naskah lain yang pernah ditulis oleh sahabat di
zaman Rasulullah diperintah supaya dibakar semuanya. Semua orang Islam disuruh membaca al-Quran mengikut
seperti dalam mushaf ini. Inilah al-Quran yang disebut Mushaf Uthmani yang ada pada kita sekarang. Cuma
mushaf yang ada sekarang telah ditulis dengan khat yang baik dan diletakkan titik dan baris dengan sempurna
untuk memudahkan orang yang bukan arab membacanya.

Usaha meletakkan baris diusahakan oleh Abul-Aswad Ad-Duali dengan izin khalifah dan usaha ini
disempurnakan dalam kurun pertama hijrah. Itulah tiga peringkat penulisan al-Quran iaitu di zaman Rasulullah,
Abu Bakar dan Uthman. Ketiga-tiga peringkat ini mempunyai sebab-sebabnya yang tersendiri kenapa tindakan
penulisan itu perlu dibuat. Peringkat pertama sebagai rekod segala wahyu diturunkan dan untuk rujukan dikala
lupa. Peringkat kedua takut kehilangan al-Quran kerana kematian para huffaz dan peringkat ketiga ialah untuk
kesatuan bacaan dan perpaduan ummah di samping mengelakkan perpecahan.

Sebagai orang Islam, kita patut bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Allah dan berterima
kasih kepada sahabat-sahabat yang telah berusaha menulis al-Quran dalam sebuah naskah yang akhirnya menjadi
mushaf-mushaf yang banyak seperti yang kita dapati hari ini. Demikian juga dengan usaha meletakkan tanda-
tanda al-Quran, baris, titik dan sebagainya. Tanpa ada usaha ini mungkin sangat sukar bagi orang bukan arab
untuk membacanya.

PERMULAAN WAHYU SELEPAS PENULISAN AL-QURAN PADA ZAMAN SAIDINA UTHMAN

Dari Aisyah, Ummul Mukminin, Radhiyallah ’Anha berkata,

” Wahyu yang pertama yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. adalah mimpi yang benar dalam tidur. Dia
tidak melihat dalam mimpi, kecuali datang seperti falaq (fajar) subuh, kemudian setelah itu, dia suka
menyendiri dan dia menyendiri di Gua Hira. Dia bertahannuts (khalwat) di dalamnya, beribadah selama
beberapa malam. Sebelum meninggalkan keluarganya, dia membawa bekal, kemudian kembali ke Khadijah,
kemudian membawa bekal lagi untuk berikutnya. Ia terus berulang hingga datanglah kebenaran dalam kondisi
dia berada di Gua Hira. Malaikat datang dan berkata, ’’ Bacalah ! ” Dia berkata, ” Saya tidak boleh membaca.
” Dia memelukku hingga terasa sesak, kemudian dia melepaskanku, kemudian setelah itu, dia minta saya
membaca, saya katakan, ” Saya tidak boleh membaca” , kemudian dia kembali memelukku untuk yang kedua
kalinya sehingga saya measa tersesak, kemudian melepaskanku dan berkata, ” Bacalah.” Saya katakan, ” Saya
tidak boleh membaca.” Kemudian dia kembali memelukku yang ketiga kalinya, kemudian melepaskanku’, dia

13
berkata,” Bacalah dengan nama Rabb-mu yang telah menciptakan manusia dari ’alaq (segumpal darah yang
menempel), bacalah dengan nama Rabb-mu yang Maha Mulia.

D. Masa Khalifah Ali bin Abi Thalib

Menurut Prof Dr. H. Samsul Nizar, M.ag menyatakan dalam bukunya iaitu pada masa Ali telah terjadinya
kekacauan dan pemberontakan, sehingga di masa ia berkuasa pemerintahannya tidak stabil. Dengan kericuhan
politik pada masa Ali berkuasa, kegiatan pendidikan Islam(al-Quran) mendapat hambatan dan gangguan. Pada
saat itu ali tidak sempat lagi memikirkan masalah pendidikan sebab keseluruhan perhatiannya itu ditumpahkan
pada masalah keamanan dan kedamaian bagi seluruh masyarakat Islam.

Adapun pusat-pusat pendidikan pada masa Khulafa al-Rasyidin antara lain:

1. Makkah

Guru pertama yang mengajar di Mekah setelah Mekah ditakluki ialah Muaz bin Jabal. Beliaulah yang mengajar
al-Quran dan perkara halal haram dalam Islam.

2. Madinah

Lebih terkenal dan lebih mendalam ilmunya kerana di sana terdapat Khalifah Abu Bakar, Umar, Ali, Zaid bin
Thabit serta sahabat-sahabat Nabi Muhammad.

3. Basrah

Sahabat yang terkenal ialah Abu Musa al-Asyari dan Anas bin Malik.

4. Kuffah

Sahabat yang tinggal di Kufah ialah Ali bin Abu Talib dan Abdullah bin Mas’ud. Tugas Ibn Mas’ud ialah
mengajar al-Quran dan ilmu agama. Beliau diutus oleh Umar al-Khattab ke Kufah untuk menjadi guru.

5. Damsyik (Syam)

Setelah negeri Syam menjadi sebahagian negara Islam dan penduduknya ramai memeluk Islam, maka Saidina
Umar menghantar tiga orang guru agama ke negeri itu iaitu Muaz bin Jabal, Ubadah dan Abu Dardak al-Dardak.
Mereka mendirikan madrasah agama dan mengajar al-Quran serta ilmu agama pada tiga tempat iaitu Abu al-
Dardak di Damsyik, Muaz bin Jabal di Palestin dan Ubadah di Hims.

4.1 TINGKATAN PELAJARAN ILMU YANG DIAJARKAN

Pada masa khalifah-khalifah al-Rasyidin sebenarnya telah ada tingkat pengajaran hampir serupa seperti
sekarang. Tingkat pertama ialah Kuttab, tempat murid-murid belajar menulis dan membaca, menghafal al-Quran
serta belajar dasar-dasar agama Islam. Setelah tamat al-Quran, mereka meneruskan pelajaran ke masjid.

Pelajaran di masjid itu terdiri dari peringkat menengah dan peringkat tinggi. Pada peringkat menengah gurunya
belumlah ulama besar, sedangkan pada peringkat tinggi gurunya ulama yang dalam ilmunya dan terkenal
kealiman dan kesahihannya. Umumnya guru memberikan pelajaran kepada murid-murid seorang demi seorang
sama ada di Kuttab atau di masjid pada peringkat menengah. Pada peringkat tinggi pelajaran diberikan oleh guru
dalam satu halaqah yang dihadiri oleh para pelajar.

4.2 SUMBANGAN BESAR DALAM PENDIDIKAN UMMAH

Saidina Uthman seorang khalifah yang berjasa besar dalam bidang pendidikan umat Islam. Pemerintahan beliau
dilanda masalah dengan sebab pasukan tentera Islam bercanggah dalam bacaan al-Quran. Percanggahan itu
hampir menimbulkan perpecahan dalam kalangan sesama tentera dan di antara panglima-panglima. Hal ini
berlaku disebabkan perbezaan mashaf yang mereka miliki. Pertelingkahan bacaan al-Quran ini melarat kepada
orang-orang Hims, Kufah dan Basrah.

Orang yang menyedari keadaan ini ialah Huzaifah ibnul Yaman yang dengan segera memberitahu Khalifah
Uthman demi menyelamatkan umat Islam daripada pertelingkahan seperti yang berlaku kepada umat Yahudi dan
Nasrani. Saidina Uthman segera mengarahkan supaya al-Quran yang ada pada Hafsah binti Umar disalin
sebanyak enam salinan. Tugas yang amat berat ini dilaksanakan oleh sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh
sahabat besar, Zaid bin Thabit berpandukan kepada hafalan para hafiz dan dirujukkan kepada bacaan Quraisy
14
kerana al-Quran diturunkan mengikut dialek tersebut. Al-Quran yang telah dibukukan itu dipanggil ” Mashaf ”
dan dikenali dengan ” Mashaf Uthmani ”. Salinan-salinan tersebut kemudian dihantar ke negeri-negeri Islam dan
diperintahkan supaya Mashaf yang lain daripada itu dibakar. Tindakan tegas saidina Uthman itu telah
menyelamatkan umat Islam daripada perpecahan yang boleh merosakkan masa depan Islam.

4.3 KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (AL-QURAN) PADA ZAMAN KHULAFA ALRASYIDIN


(632-661M/12-4H)

Menurut Dr.Armai Arief (2005) menerangkan di dalam bukunya mengenai sistem pendidikan islam(al-Quran)
pada masa khulafa al-Rasyidin dilakukan secara mandiri, tidak dikelola oleh pemerintah, kecuali pada masa
Khalifah Umar bin al;khattab yang turut campur dalam menambahkan materi kurikulum pada lembaga kuttab.

Isi kandungan pendidikan islam(al-Quran) yang diajarkan pada masa khalifah Al-Rasyidin sebelum masa Umar
bin Khattab, untuk pendidikan dasar:

a. Membaca dan menulis

b. Membaca dan menghafal Al-Qur’an

c. Pokok-pokok agama islam, seperti cara wudlu’, shalat, shaum dan sebagainya

Ketika Umar bin Khattab diangkat menjadi khalifah, ia menginstruksikan kepada penduduk kota agar anak-anak
diajari:

a. Berenang

b. Mengendarai unta

c. Memanah

d. Membaca dan menghapal syair-syair yang mudah dan peribahasa.

Sedangkan silibus pendidikan pada tingkat menengah dan tinggi terdiri dari:

a. Al-qur’an dan tafsirnya

b. Hadits dan pengumpulannya

c. Fiqh (tasyri’) 20

Dr.Armai Arief, MA, Sejarah Pertumbuhan dan Perkembangan Lembaga Pendidikan Islam Klasik. Bandung:
Penerbit Angkasa,2005. Hal 13

5.0 KEBERKESANAN PENDIDIKAN DI ZAMAN RASULULLAH DAN SAHABAT

5.1 PENDAHULUAN

Mempelajari Sejarah Pendidikan islam amat penting, terutama bagi pelajar-pelajar agama islam dan pemimpin-
pemimpin islam. Dengan mempelajari Sejarah Pendidikan Islam kita dapat mengetahui sebab kemajuan dan
kemunduran islam baik dari cara didikannya maupun cara ajarannya. Khusunya pendidikan islam pada zaman
Nabi Muhammad SAW.

Sejarah Pendidikan Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW terdapat dua period. Iaitu period Makkah dan
period Madinah :

• Period Makkah, Nabi Muhammad lebih menitikberatkan pembinaan moral dan akhlak serta tauhid kepada
masyarakat Arab yang bermukim di Makkah

• Period di Madinah Nabi Muhammad SAW melakukan pembinaan di bidang sosial politik. Disinilah pendidikan
islam berkembang pesat.

Menurut Mahmud Yunus dalam bukunya Sejarah Pendidikan Islam, menyatakan bahawa pembinaan pendidikan
Islam khususnya al-Quran pada masa Makkah meliputi:

15
1. Pendidikan Keagamaan Iaitu hendaklah membaca dengan nama Allah semata-mata jangan dipersekutukan
dengan nama berhala.

2. Pendidikan Akliyah dan Ilmiah Iaitu mempelajari kejadian manusia dari segumpal darah dan kejadian alam
semesta.

3. Pendidikan Akhlak dan Budi pekerti Iaitu Nabi Muhammad SAW mengajarkan kepada sahabatnya agar
berakhlak baik sesuai dengan ajaran tauhid.

4. Pendidikan Jasmani atau Kesihatan. Iaitu mementingkan kebersihan pakaian, badan dan tempat kediaman.

Cara Nabi melakukan pembinaan dan pengajaran pendidikan agama islam di Madinah adalah seperti
berikut:

1. Pembentukan dan pembinaan masyarakat baru, menuju satu kesatuan sosial dan politik. Nabi Muhammad
SAW mulai meletakkan dasar-dasar terbentuknya masyarakat yang bersatu padu secara intern (ke dalam), dan
ke luar diakui dan disegani oleh masyarakat lainnya (sebagai satu kesatuan politik). Dasar-dasar tersebut
adalah:

• Nabi Muhammad saw mengikis habis sisa-sisa permusuhan dan pertentangan antara suku, dengan jalan mengikat
tali persaudaraan diantara mereka. Nabi mempersaudarakan dua orang, mula-mula diantara sesama Muhajirin,
kemudian diantara Muhajirin dan Ansar. Dengan lahirnya persaudaraan itu bertambah kukuhlah kesatuan kaum
muslimin.

• Untuk memenuhi keperluan sehari-hari, Nabi Muhammad menganjurkan kepada kaum Muhajirin untuk berusaha
dan bekerja sesuai dengan kemampuan dan pekerjaan masingmasing seperti waktu di Makkah.

• Untuk menjalin kerjasama dan saling menolong dalam rangka membentuk tata kehidupan masyarakat yang adil
dan makmur, turunlah syari’at zakat dan puasa, yang merupakan pendidikan bagi warga masyarakat dalam
tanggungjawab sosial, baik secara material mahupun moral.

• Suatu kebijaksanaan yang sangat efektif dalam pembinaan dan pengembangan masyarakat baru di Madinah,
adalah disyari’atkannya media komunikasi berdasarkan wahyu, iaitu salat juma’t yang dilaksanakan secara
berjama’ah dan azan. Dengan solat juma’at tersebut hampir seluruh warga masyarakat berkumpul untuk secara
langsung mendengar khutbah dari Nabi Muhammad SAW dan salat jama’ah jum’at

• Setelah selesai Nabi Muhammad menyatukan kaum muslimin, sehingga menjadi bersaudara, lalu Nabi
mengadakan perjanjian dengan kaum Yahudi, penduduk Madinah. Dalam perjanjian itu ditegaskan, bahwa kaum
Yahudi bersahabat dengan kaum muslimin, tolong- menolong , bantu-membantu, terutama bila ada serangan
musuh terhadap Madinah. Mereka harus mempertahankan negara bersama-sama kaum Muslimin, disamping itu
kaum Yahudi merdeka memeluk agamanya dan bebas beribadat menurut kepercayaannya. Inilah salah satu
perjanjian persahabatan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.

2. Pendidikan sosial politik dan kewarganegaraan.

Pendidikan sosial dan kewarnegaraan islam pada masa itu adalah pokok-pokok fikiran yang terkandung dalam
konstitusi Madinah, yang dalam pengamalannya diperincikan dengan lebih lanjut dan disempurnakan dengan
ayat-ayat Al-Quran yang turun Selama period Madinah. Tujuan pembinaan adalah agar secara beransur-ansur,
pokok-pokok fikiran konstitusi Madinah diakui dan berlaku bukan hanya di Madinah sahaja, tetapi luas, baik
dalam kehidupan bangsa Arab mahupun dalam kehidupan bangsa-bangsa di seluruh dunia.

3. Pendidikan anak dalam al-Quran Dalam islam, anak merupakan pewaris ajaran islam yang dikembangkan
oleh Nabi Muhammad saw dan generasi muda muslimlah yang akan melanjutkan misi menyampaikan islam ke
seluruh penjuru alam.

16

You might also like