Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

PERKEBUNAN & HORTIKULTUR (VEA3023)

KULIAH 8
SEM 1 2018/2019

TAUGEH

PENGENALAN

T augeh merupakah sejenis sayur segar yang popular di kalangan masyarakat Malaysia. Taugeh
dihasilkan daripada kacang hijau (Vigna radiata) ataupun daripada kacang hitam (Vigna mungo).
Taugeh merupakan kacang hijau atau kacang hitam yang telah bercambah. Pada masa dahulu,
perusahaan taugeh kebanyakannya diusahakan oleh kaum Cina tetapi pada hari ini, telah ramai
juga pengusaha kaum Bumiputera yang mengusahakan penanaman sayur ini. Kacang hijau atau kacang
hitam yang digunakan kebanyakannya diimpot dari negara Myanmar, China atau Thailand. Penanaman
taugeh dilihat dapat memberikan pulangan yang menguntungkan. Proses penghasilan taugeh kelihatan
mudah, namun demikian setiap proses penghasilan itu sangat penting dalam memastikan kejayaan
penghasilan taugeh.

Rajah 9.1: Taugeh


ISI KANDUNGAN

PENANAMAN TAUGEH

P
roses penghasilan taugeh nampak mudah, namun demikian banyak faktor yang perlu diambil kira
dalam menentukan kejayaan penghasilannya. Terdapat beberapa faktor penting yang menentukan
kejayaan penghasilan taugeh. Antara faktor-faktor tersebut ialah;

1. Lokasi penanaman
2. Sumber air
3. Benih kacang
4. Proses pengasingan
5. Proses membasuh
6. Tempoh rendaman
7. Persekitaran rendaman

Pemilihan lokasi yang sesuai amat penting bagi memudahkan proses pemasaran dan pengangkutan
taugeh. Selain daripada itu, sumber air mestilah daripada sumber yang bersih, tidak tercemar dan
bekalannya mencukupi. Sumber air yang tercemar akan menyebabkan tanaman taugeh dicemari dan ini
akan menyebabkan taugeh tersebut beracun dan sangat merbahaya kepada manusia. Benih kacang bagi
menghasilkan taugeh juga mestilah sihat, mudah bercambah, bersaiz besar serta bekalannya dapat
diperoleh secara berterusan. Benih kacang perlu diasingkan dan dibasuh dengan teliti sebelum benih
kacang direndam. Tempoh rendaman juga memainkan peranan penting dalam penghasilan taugeh yang
bermutu. Bekas rendaman perlulah tebal dan tidak lut cahaya supaya taugeh dapat bercambah dengan
sempurna.

PROSES PENGELUARAN TAUGEH


Proses pengeluaran taugeh bermula dengan pemilihan lokasi yang sesuai serta mendapatkan bekalan
kacang hijau atau kacang hitam yang mencukupi. Pada kebiasaannya, anggaran kacang sebanyak 1 kg
boleh menghasilkan 10 kg taugeh. Sebelum direndam, bahan mentah ini perlu diasingkan bagi membuang
kacang yang rosak, benda asing seperti batu dan sampah. Kemudian benih kacang akan dibasuh terlebih
dahulu dan kemudiannya direndam dalam tempoh 6-8 jam menggunakan sedikit larutan Sontoso 1.5%.
Larutan Sontoso ini bertindak sebagai penggalak percambahan dan pertumbuhan serta memendekkan
akar. Ia juga berperanan untuk menghasilkan taugeh yang bersaiz seragam Setelah itu, benih ditoskan dan
dicampur pula dengan bahan Siako 1%. Bahan Siako 1% ini berperanan untuk memanaskan kacang dan
juga mempercepatkan percambahan. Siako juga bertindak untuk meninggikan kadar penyerapan air.
Bekas atau tong penanaman yang digunakan mestilah tebal dan tidak lut cahaya. Ini bagi memberi
ketahanan dan perlindungan kepada taugeh untuk bercambah. Bekas ini mestilah bersih dan diletakkan di
kawasan yang berbumbung dan sesuai. Bekas yang digunakan juga mestilah berwarna hitam kerana
keadaan gelap di dalam tong diperlukan untuk percambahan taugeh.
Lokasi penanaman taugeh perlulah lengkap dengan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air dan juga
akses jalanraya yang baik. Terdapat beberapa sistem penanaman yang boleh digunakan mengikut
kemampuan pengusaha seperti sistem separa automatik, sistem automatik ataupun sistem manual. Proses
penyiraman yang berjadual adalah sangat penting dalam pengeluaran taugeh. Penyiraman perlu dilakukan
dalam tempoh 2-4 jam sekali. Pengawasan perlu dilakukan dengan kerap bagi memastikan bekas
penanaman tidak mmengandungi air yang terlalu banyak dan benih terendam.
Taugeh sedia dipungut selepas enam hari dengan bersaiz anggaran 6-8 sm panjang. Setelah kacang mula
bercambah, proses seterusnya yang perlu dilakukan ialah mengasingkan taugeh daripada kulit kacang
supaya taugeh yang dihasilkan tidak terkontaminasi.

Rajah 9.2: Penghasilan taugeh daripada Rajah 9.3: Penyiraman benih kacang
benih kacang hijau secara automatik

Rajah 9.4: Taugeh yang dihasilkan daripada percambahan


benih kacang hijau di dalam bekas hitam (tidak lut cahaya)
MASALAH YANG DIHADAPI

Dalam pengeluaran taugeh, terdapat beberapa masalah yang sering dihadapi oleh pengusaha taugeh.
Antara masalah-masalah tersebut ialah;

1. Kegagalan menyiram pada waktu malam


2. Hasil yang tidak konsisten disebabkan siraman dan jumlah air yang tidak menentu
3. Isipadu air siraman yang tidak konsisten
4. Ketidakseragaman waktu menyiram kerana tauge memerlukan purata kekerapan siraman
2-4 jam sekali selama 5 hari berterusan.

Masalah-masalah yang dihadapi ini menjejaskan mutu pengeluaran taugeh. Oleh yang demikian,
pengusaha perlu mencari kaedah yang terbaik untuk mengatasi masalah ini bagi memastikan mutu
pengeluaran taugeh terjamin.

RUMUSAN

1. Taugeh dihasilkan daripada kacang hijau (Vigna radiata) ataupun daripada kacang hitam (Vigna mungo).
2. Terdapat beberapa faktor penting yang menentukan kejayaan penghasilan taugeh.
3. Proses pengeluaran taugeh bermula dengan pemilihan lokasi yang sesuai serta mendapatkan bekalan
kacang hijau atau kacang hitam yang mencukupi.
4. Larutan Sontoso bertindak sebagai penggalak percambahan dan pertumbuhan.
5. Bahan Siako 1% ini berperanan untuk memanaskan kacang dan juga mempercepatkan
percambahan.
PETA KONSEP

Prospek
Penanaman
Taugeh

Taugeh

Faktor yang Masalah yang


mempengaruhi dihadapi
penanaman

You might also like