Contoh Artikel "Perbarisan Tamat Latihan PDRM"

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PERBARISAN TAMAT LATIHAN: 153 SARJAN SIAP BAHARU SEDIA BERKHIDMAT UNTUK

NEGARA

Kuala Lumpur, 14 Disember 2018 – Seramai 153 Sarjan baharu terlibat dalam Majlis
Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Kadet Sarjan bilangan 2 Siri
2/2018 setelah sembilan bulan menjalani latihan asas di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala
Lumpur yang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1, CP Dato' Mohd
Haniff Haji Hanuddin bertempat di Dataran Kawad PULAPOL, dekat sini, pagi tadi.

PLAK Kadet Sarjan yang bermula pada Mac lalu bertujuan untuk melatih dan melengkapkan
pelatih dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran asas kepolisan. Contohnya aspek-aspek
ilmu siasatan, memiliki ketahanan mental dan fizikal yang tinggi, membentuk disiplin
sebagai seorang polis serta memiliki keperibadian yang tinggi sebelum diserapkan ke
pelbagai bahagian siasatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam ucapan Dato' Mohd Haniff, beliau menyeru pelapis baharu seragam Sang Saka Biru
untuk menjalankan tugas dengan penuh amanah dan jangan sekali-kali mendekatkan diri
dengan gejala penyelewengan seperti penyalahgunaan kuasa, terjebak dengan aktiviti
jenayah, mengamalkan gaya hidup mewah, rasuah dan sebagainya yang boleh merosakkan
kerjaya seterusnya menjejaskan imej pasukan.

“Di kesempatan ini, saya juga ingin menyeru orang ramai untuk bersama-sama dengan PDRM
bagi menyalurkan maklumat mengenai aktiviti-aktiviti jenayah ataupun apa jua perkara yang
dibimbangi boleh menggugat ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara,”
ujar beliau.

Majlis pagi tadi turut menyaksikan Kadet Sarjan Alecstew Tan dianugerahkan Pelatih Terbaik
Keseluruhan PLAK diikuti Kadet Sarjan Suhada Aziz sebagai Pelatih Terbaik Akademik,
manakala Kadet Sarjan Aznor Zainal pula sebagai Pelatih Terbaik Latihan Luar.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), DCP Dato’ Narenasagaran


Thangaveloo, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, SAC Shamsudin Mat, para Pegawai Kanan
PDRM, ahli-ahli keluarga peserta perbarisan tamat latihan dan rakan-rakan media.

Bagi pihak seluruh warga PDRM mengucapkan selamat datang ke dalam ‘keluarga besar’
pasukan dan selamat menjalankan tugas dan amanah kepada negara.

You might also like