Professional Documents
Culture Documents
Perlembagaan Surau
Perlembagaan Surau
2. Motto
3. Tujuan
i. Semua muslimin dan muslimat yang telah baligh dan bermastautin di Taman Indah KLIA,
Sepang, Selangor.
ii. Tiada apa-apa syarat untuk penyingkiran atau pemulauan ahli kecualli tidak menepati
kehendak hukum syarak.
iii. Tiada yuran keahlian yang dikenakan untuk menjadi ahli.
5. Mesyuarat Agung
a. Seorang Pengerusi
b. Seorang Timbalan Pengerusi
c. Seorang Setiausaha
d. Seorang Penolong Setiausaha
e. Seorang Bendahari
f. Seorang Penolong Bendahari
g. Sebelas orang ahli jawatankuasa termasuk seorang wakil muslimat
(7 orang dilantik dalam mesyuarat Agong dan 4 dalam mensyuarat
Jawatankuasa)
h. Dua orang Pemeriksa kira-kira
iii) Pencalonan
Ahli yang tidak hadir didalam mesyuarat agung tidak boleh di calon dan dilantik kecuali
ahli yang mempunyai alasan yang kukuh tidak dapat hadir tetapi menawarkan diri untuk
berkhidmat. Surat menawarkan diri mestilah sampai kepada setiausaha sehari sebelum
mesyuarat agung dan akan di maklumkan oleh Setiausaha di dalam mesyuarat tersebut.
iv. Bagi ahli jawatankuasa, 7 orang adalah dilantik didalam mesyuarat agung mengikut
jumlah undi terbanyak dan 4 orang lagi akan di lantik oleh didalam mesyuarat
Jawatankuasa yang pertama bagi sesi akan datang.
7. Peranan Jawatankuasa
i. Jawatankuasa berperanan mengelola dan mengatur program dan aktiviti harian surau
dan membuat keputusan atau sesuatu perkara yang tidak terkeluar daripada landasan
kebenaran yang termaktub dalam Al-Quran dan Assunah.
ii. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 4
bulan. Pemakluman bagi setiap mesyuarat hendaklah dimaklumkan kepada ahli
Jawatankuasa 7 hari sebelum mesyuarat dijalankan.
iii. Pengerusi atau sekurang-kurangnya 5 orang ahli jawatankuasa (Setiausaha atau Naib
Setiausaha, bendahari dan 3 orang AJK ) boleh memanggil mesyuarat Jawatankuasa
pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai (pemakluman mesyuarat mesti mengikut para
2 di atas). Sekurang-kurangnya ½ daripada jumlah AJK hendaklah hadir bagi
mengesahkan perjalanan mesyuarat.
iv. Ahli jawatankuasa dan pegawai surau (ketua) yang gagal menghadiri mesyuarat 3 kali
berturut turut tanpa alasan yang munasabah adalah di sifatkan kurang berminat dan
telah menarik diri dan akan diganti dengan ahli qariah lain.
v. Jika ada AJK yang telah meninggal dunia atau berpindah atau menarik diri,
jawatankuasa berhak melantik sesiapa sahaja ahli qariah berdasarkan pilihan majoriti
dalam mesyuarat jawatankuasa.
vi. Jawatankuasa boleh menubuhkan jawatankuasa kecil dan melantik ahli jawatankuasa
kecil bagi membantu melicinkan lagi tugas-tugas jawatankuasa.
v. Jawatankuasa hendaklah menghantar senarai nama-nama AJK baru dan pegawai-
pegawai surau yang dilantik di dalam mesyuarat agung kepada Pejabat Majlis Agama
Islam Selangor dalam tempoh 2 minggu selepas mesyuarat untuk makluman.
8. Skop Tugas Ahli Jawatankuasa
8.1 Pengerusi
i. Menjadi ketua kepada organisasi surau
ii. Mempengerusikan setiap mesyuarat Jawatankuasa
iii. Merasmikan program dan aktiviti surau
iv. Turut mengimami solah berjemaah jika ketiadaan imam.
v. Mewakili surau ke program pihak lain jika di jemput.
vi. Memastikan perjalanan surau berjalan dengan baik
vii. Memantau perjalanan setiap ahli jawatankuasa dan pegawai-pegawai surau.
viii. Boleh mengimami solat berjemaah jika ketiadaan imam.
8.3 Setiausaha
i. Menguruskan rekod dan maklumat pentadbiran surau
ii. Memanggil mesyuarat AJK.
iii. Menyediakan minit mesyuarat Surau selepas mesyuarat dan mengedarkan
kepada ahli.
iv. Menguruskan surat menyurat dalaman dan luaran surau.
v. Memaklumkan aktiviti dan program surau dari masa kesemasa.
vi. Menguruskan maklumat untuk mesyuarat agung Surau.
vii. Menyimpan semua rekod surat menyurat dan apa jua berkaitan perjalanan
surau.
viii. Boleh mengimami solat berjemaah jika ketiadaan imam.
9. Penasihat
i. Dua orang yang bukannya AJK surau atau pegawai surau boleh dilantik didalam
mesyuarat agung sebagai pemeriksa kira-kira (juru audit dalam). Tempoh khidmat adalah
dwitahun.
ii. Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira tahunan surau dan membuat
laporan atau pengesahan untuk diluluskan dalam mesyuarat agung. Pemeriksa kira-kira
juga boleh pada bila-bila masa mengaudit kira-kira kewangan surau jika difikirkan perlu
dalam tempoh khidmat mereka.
iii. Pemeriksa kira-kira sebaiknya dikalangan ahli yang mempunyai pengetahuan dan
pengalaman luas dalam perkara kewangan dan pengauditan.
a. 3 orang Imam
b. 3 orang Bilal ( Muazin )
c. 3 orang Siak
d. 1 orang Pengurus Inventori Peralatan dan Kelengkapan surau
e. 1 orang Pembantu Pengurus Inventori Peralatan dan Kelengkapan surau
f. 1 orang pengurus dan 1 orang Pembantu urusan Pengkebumaian lelaki
g. 1 orang pengurus dan 1 orang Pembantu urusan Pengkemubian wanita
i. Pegawai pegawai surau adalah dilantik oleh Ahli jawatankuasa berdasarkan ilmu,
pengetahuan, kemahiran dan komitmen. Ahli jawatankuasa Surau juga boleh menjadi
pegawai surau sekiranya berkelayakan.
ii. Syarat untuk menjadi pegawai surau adalah sepertimana syarat menjadi Ahli
Jawatankuasa.
iii. Semua ketua imam, ketua bilal dan ketua siak dimestikan hadir pada setiap kali
mesyuarat Jawatankuasa kerja. Pegawai lain adalah dijemput hadir.
v. Tempoh perkhidmatan pegawai surau adalah selama 2 tahun (sama seperti perlantikan
Ahli Jawatankuasa surau)
v. Khidmat pegawai surau ini adalah khidmat sukarela.
vi. Penamatan pegawai surau hanya boleh dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa dengan
persetujuan majoriti Ahli Jawatankuasa
12. Kewangan
i. Wang surau ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan
program surau termasuklah perbelanjaan pentadbiran, bayaran bil eletrik dan air, belian
peralatan surau, belanja pembaikkan surau, jamuan dan keraian, saguhati penceramah
dari masa semasa.
ii. Semua wang surau hendaklah di simpan di Akaun Bank dan semua cek atau kenyataan
pengeluaran wang dan kira-kira surau hendaklah di tandatangani bersama oleh
pengerusi, setiausaha dan bendahari atau mana mana dua antara tiga penama
(pemegang amanah).
iii. Bendahari di bolehkan menyimpan wang runcit tidak melebihi dari RM 200.00 pada
sesuatu masa. Wang selebihnya perlu di masukkan kedalam akaun Bank atas nama
Surau.
iv. Perbelanjaan yang melebihi daripada RM 500.00 bagi sesuatu masa tidak boleh di buat
tanpa kelulusan Jawatankuasa terlebih dahulu manakala perbelanjaan yang kurang dari
RM500.00 boleh di luluskan oleh pengerusi dan bendahari dengan syarat untuk
kepentingan khusus kepada ahli qariah.
v. Penyata penerimaan dan perbelanjaan setiap bulan hendaklah disediakan oleh
bendahari untuk disahkan dalam mesyuarat jawatankuasa manakala penyata tahunan
hendaklah disediakan oleh bendahari dan di audit oleh pemeriksa kira-kira yang dilantik
apabila telah tamat tempoh kewangan setiap tahun. Penyata kira-kira yang telah diaudit
hendaklah dimaklumkan untuk kelulusan mesyuarat agung dan salinannya hendaklah
diedarkan untuk makluman ahli.
vi. Tahun kewangan surau bermula pada 1 januari dan berakhir pada 31 Disember pada
setiap tahun.
i. Surau boleh menerima sebarang bentuk sumbangan wang dan peralatan dan apa sahaja
yang sesuai dari orang ramai samada melalui tabung surau, kutipan derma, projek
ekonomi dan lain-lain yang dibenarkan oleh syarak.
ii. Surau boleh memberi saguhati sebagai imbuhan yang terdiri daripada penceramah,
pengajar dan sesiapa sahaja yang difikirkan sesuai berdasarkan jumlah yang dipersetujui
oleh Jawatankuasa dari masa kesemasa.
iii. Surau juga boleh menerima wang keuntungan dari bank atau dari sumbangan bukan
islam dan wang ini hendaklah di gunakan untuk tujuan pembangunan prasarana surau
seperi tandas, pagar, dll. Surau tidak boleh menerima wang dari kutipan zakat dari orang
ramai.
14. Tafsiran Undang-Undang
ii. Kecuali perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat
dalam mesyuarat agung, keputusan jawatankuasa adalah muktamad jika tidak diubah
dalam mesyuarat agung.
15. Larangan
i. Sebarang jenis salah laku yang bertentangan dengan syarak yang jelas boleh
mencemarkan kesucian rumah Allah seperti berjual beli, hiburan melalaikan, maksiat ,
pergaduhan dan lain-lain adalah di larang sama sekali.
ii. Surau ini tidak boleh mengambil bahagian dalam menjadi tempat untuk kempen mana-
mana parti politik atau pun ceramah politik yang bertentangan dengan islam.
iii. Surau tidak boleh dijadikan tempat tidur yang berpanjangan bagi orang-orang yang
tidak berkenaan.
i. Undang-undang dan peraturan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan
keputusan mesyuarat agung. Sebarang pindaan perlulah di usulkan dan di
bahaskan dalam mesyuarat agung samada diterima atau di tolak oleh ahli-ahli.
ii. Undang-undang dan perlembagaan surau ini tidak terikat dengan mana-mana akta
rasmi oleh pihak berkuasa. Undang-undang tubuh ini adalah sebagai panduan
dan etika untuk membantu ahli dalam mengelolakan surau berdasarkan peraturan
yang dipersetujui bersama.
- Sekian -